Mari Kita Optimis

Mengenangkan keadaan umat Islam yang semakin hari semakin leka seseorang mungkin kecewa dan hilang harapan. Dalam keadaan semua sendi kehidupan berada dalam cengkaman musuh, umat Islam cuai dengan seribu kelalaian… dan hati mereka terdinding dengan seribu hijab. Masih ada harapankah untuk Islah???
Ya, analisa dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan tidak memberi harapan bahawa Islam akan [...]

Asia Barat Panas Lagi

Kerajaan perpaduan yang dianggap kejayaan siasi oleh HAMAS gagal mencapai objektifnya. Mengikut sumber HAMAS persetujuan Mahmud Abbas menerima saranan mengadakan kerajaan perpaduan adalah untuk menyerap ketegangan semata-mata. Keputusan Abbas mengizinkan pasukan bersenjatanya menghabisi Izzuddin al Qassam berakhir dengan kegagalan yang memilukan. Jika keadaan berterusan nyawa Dahlan penasihat keselamatan Abbas akan terancam. Justeru rancangan perlu ditamatkan [...]

Himmah Yang Tinggi Asas Keperibadian Seorang Pendakwah

Perkataan himmah digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu. Manusia secara psikologinya sentiasa menghendaki sesuatu yang baru. Citarasa dan kehendak yang sentiasa berubah dan baru adalah sifat normal bagi setiap insan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak memperbaharui keinginannya atau tidak ada keinginan, dia dianggap sebagai bermasalah dan dia mungkin menghidapi penyakit kemurungan.
Perkataan [...]

Dakwah Kepada Islam Tidak Perlu Pada Nama

Kebenaran Atau Pembawaan Individu ??
Akhir-akhir ini wujud kekeliruan dikalangan adik-adik yang baru berkecimpung di medan dakwah, sama ada berdakwah perlu pada nama atau tidak perlu pada nama? Mereka menganggap berdakwah menggunakan nama itu seperti satu bid’ah atau penyelewengan. Kata mereka kita sepatutnya berdakwah kepada Islam bukan kepada nama-nama pertubuhan tertentu. Nampak seperti benar ….tetapi sebenarnya [...]

Tribulasi “Syumul”

Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah.
 
Faham syumuliah Islam ini merujuk kepada pemikiran mujaddid kurun 20 Imam As-Syahid Hasan Al- Banna yang banyak disebut dalam risalah-risalahnya. Sejak awal lagi kefahaman Islam syumul menjadi [...]