Takhtit (perancangan) Islami

Tajuk ini bukan tulisan saya. Ia merupakan petikan yang saya sedut dari majalah Al-Ain yang diseliakan oleh Abu Ammar. Saya muatkan disini untuk menyempurnakan lagi perbincangan kita sebelum ini tentang mafhum “jamaah” dan hubungan jamaah dengan NGO.

Sekilas Pandang Mengenai Kemenangan AKP Di Turki

Kemenangan AKP dalam pilihanraya parlimen yang berlangsung ahad lalu 22/07/07 disambut gembira oleh seluruh gerakan beraliran Islam di seluruh dunia. AKP disifatkan beraliran Islam kerana latarbelakang peminpin utamanya seperti Tayyib Erdogan, Abdullah Gul dan lainya adalah pemuda yang berasal dari Parti Erbakan yang beraliran Islam. Mereka yang tidak setuju dengan pembawaan fundamental oleh Erbakan [...]

Hubungan “Jamaah” dengan NGO

NGO istilah popular yang tidak perlu diterjemahkan lagi. Ia dalam konteks Jamaah dianggap sebagai wajah (wajihah) kepada tanzim Jamaah yang tidak boleh dimunculkan sepenuhnya. Saya mengkategorikan parti politik juga sebagai NGO. Tajuk ini walaupun bukan isu umum namun semakin hari semakin hangat diperkatakan oleh golongan tertentu. Tujuan saya ialah untuk membantu mereka yang berbincang agar [...]

LUPA SEBAHAGIAN SEBABKAN PERPECAHAN

Siapa sangka bahawa kalimah lupa yang sering disebut dengan ringan dan mudah oleh lidah kita yang tidak bertulang boleh membawa masalah perbalahan dan kebencian?
Dalam surah al-Maidah ayat 14 Allah menyebut (maksud); “lalu mereka melupai sebahagian dari peringatan, lalu Kami jerumuskan mereka kepada lembah permusuhan dan kebencian.”