Rumah > komentar > Kemulian Ramadhan; Pada bulannyakah, pada al-Qurannyakah atau pada puasanya??

Kemulian Ramadhan; Pada bulannyakah, pada al-Qurannyakah atau pada puasanya??

Allah memuliakan sesuatu ke atas sesuatu yang lain, sebagaimana Dia memuliakan Muhammad atas segala nabi, hari Jumaat atas segala hari dan Dia telah memuliakan Ramadhan atas segala bulan. Ramadhan bulan yang diturunkan padanya al-Quran, sesiapa yang akil baligh, hidup, sihat dan tidak musafir pada bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa (maksud ayat al-Quran).

Selain dari memuliakan Ramadhan, puasa juga membawa manusia kepada ketakwaan. Jadilah ramadhan dengan itu bulan tarbiah (meningkatkan diri kepada Allah). Meletakkan hati pada tahap kepekaan tertinggi, mendidik diri manusia dengan sifat kasihan belas sesama manusia, meninggikan ruh dari pengaruh madiah yang rakus. Mendorong manusia mengejar hakikat kehidupan disebalik material. Alam pahala, kurnian pahala, keampunan dan keredaan tuhan yang lebih besar dari alam “maddi shawani”, sekadar makan minum, syahwat/seks dan kebendaan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan runtuhan kurniaan Tuhan untuk hamba-hambanya yang rabbani. Segalan amalan anak adam digandakan kepada 70 kali ganda kecuali puasa, ia untuk Ku dan Aku akan menganjarinya seperti sewajarnya. Selain puasa, amalan-amalan sunat seperti ibadah fardhu dan fardhu digandakan. Digalakkan sedekah, tadarus al-Quran, iktikaf dan sebagainya. Satu hadiah istimewa lebih daripada itu semua iaitu malam “al qadar” yang lebih baik dari seribu bulan. Yakni ibadah didalamnya lebih baik dari seribu bulan.

Seseorang mungkin keliru apakah yang paling utama? Bulannyakah, al-Qurannyakah atau puasanyakah???.

About these ads
Categories: komentar
  1. September 19, 2007 at 12:01 pm

    Jadi apa jawapannya ust? Bulannyakah atau qurannyakah atau puasanya? :)

  2. Abdullah Zaik
    September 20, 2007 at 7:49 am

    hmmmm,,….besiberani tak menangkap nampaknya….

  3. agi
    Januari 9, 2008 at 9:03 am

    untuk menafikan kemuliaan bulan ramadhan tidak boleh tetapi kita perlu mengamati di sebalik itu ramadhan itu berpanjangan sampai ke akhir hayat erti kata lain puasa itu adalah satu peluang untuk kita kembali kepada Allah dengan menundukkan hawa nafsu kita dan bertakarop kepada Yang Maha Esa.Kaedah itu yang perlu kita garapkan kedalam kehidupan kita dengan penuh penyaksian (syahadah) kepada Allah dengan cara Rasullullah ,sebagaimana beliau menyatakan rasa cinta yang sepenuhnya tanpa ragu.Bersandar, tawakal, rindu, mengharap, redha, mengharapkan keredhaan dariNya. Manakala Quran pula nyatalah kita adalah penyata dan pelaksana ayat-ayat Allah di muka bumi ini. Lahaulawalakuwataillahbillah.

  4. agi
    Januari 9, 2008 at 9:55 am

    Di bulan Ramadhan lah kita di uji dengan pelbagai ujian. Ujian keikhlasan di mana kita menyangka kita atas kudrat kita lah yang kita dapat melaksanakan segala amalan seperti berpuasa , segala amalan-amalan sunat diwaktu malam sedangkan segala-galanya di bentangkan(peluang-peluang) kepada kita oleh Allah.Contohnya di hantarnya peminta sedekah kepada kita agar kita dapat bersedekah,diberi rezeki agar dapat bersedekah dan segala-gala yang berkaitan dengannya.Matlamat kita sepatutnya bukan lagi ganjaran tetapi Allah itu sendiri,selagi kita masih mengharapkan yang lain keikhlasan kita kepada Allah masih lagi boleh di ragui.Kita sepatutnya adalah mengamal Al-Quran bukan lagi hanya membacanya sahaja sebagai contoh ayat pertama pada surahAl-Fatehah ” Alhamdulillahirrabbilalamin yang bermaksud segala puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam, bagaimanakah kita hendak mengamalkan ayat ini tetapi tidak sekadar menbaca sahaja. Dengan ikut segala yang perintah Nya dan meninggalkan segala laranganNya ,kita sudah menyatakan bahawa Allah adalah tuhan kita dengan melaksana segala yang dituntutNya di dalam kehidupan kita dan dapat melihat akan keagonganNya. Atau rujuk kepadaNya atas segala yang hendak kita lakukan atas perintahNya di mulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Lahaulawalakuwataillahbillah.

  5. drmuthiah
    Mac 15, 2008 at 12:56 pm

    soalan yg susah sekali..
    personally ana rse ia bulan untuk mentarbiah diri..ambillah peluang itu yg lebih utama..
    mendekatkan diri pada allah
    Yes!its sure can be done also in otha months, tp ramadhan ini sbg mangkin.. manusia mmg lumrahnya nak kan balasan d sebalik ‘pengorbanan’..=)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: