Antara Syiah dan Yahudi

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Sebab lama tak menulis kena mula dengan salam balik.. Sibuk sangat tak sempat nak ucap selamat hari raya…Tak lama lagi dah nak raya haji dah. Tak pe lah…

masjid
Masjid yang dibakar oleh syiah dalam satu peristiwa hitam di Iraq,
di mana 200 masjid dibakar dlm satu hari.

Baru ni saya menghadiri persidangan kemanusiaan mengenai isu Iraq mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ramai juga wakil badan-badan kebajikan dan kemanusiaan Iraq yang datang. Boleh dikatakan hampir semua badan penting diwakili. Mereka ceritakan pendiritaan rakyat Iraq kesan dari penjajahan Amerika. Secara umum keperitan mereka kita tidak beza sangat dengan keperitan yang dilalui oleh rakyat Palestin, dari segi bentuk, bilangan dan golongan terlibat. Masalah pelarian, yatim, janda, ibu tunggal, orang cacat, keperluan kesihatan, kebajikan, pendidikan, keamanan dan sebagainya.

 

remand tahanan

Kesukaran mereka bukan sahaja datang dari tentera Amerika tetapi juga gerila syiah yang melampau dan puak-puak al-Qaeda yang membunuh bukan sahaja penjajah tetapi juga orang Islam. Dalam kemelut berbagai penjuru ini puak sunnilah yang paling terhimpit. Mereka benar-benar berhadapan dengan agenda penghapusan etnik, diskriminasi, penyisihan dan penafian hak.

Pemerintahan, pentadbiran, keselamatan dikuasai oleh puak Syiah. Penguasa-penguasa yang dikuasai syiah ini pula mengaizinkan pusat-pusat kesihatan seperti hospital dan klinik serta pusat-pusat pendidikan di kawal oleh gerila syiah. Yang menyedihkan ialah apa yang dilakukan oleh puak-puak syiah ini terhadap sunni melalui gambar-gambar yang ditunjukkan mungkin tidak dapat kita lihat dalam perlakuan Yahudi terhadap rakyat Palestin.

kekejaman kejam2

Satu masa saya pun tertanya-tanya kenapa puak sunni tidak setuju dengan pengunduran Amerika sekarang namun bila mendapat penjelasan sebenar saya rasa alasan mereka amat munasabah. Mengikut mereka syiah sekarang merasai kedudukan mereka kuat kerana mereka menguasai semua pos penting, jika Amerika keluar sekarang mereka akan menguasai Iraq sepenuhnya. Oleh itu puak sunni yang merasai diri mereka terancam bimbang nasib yang akan menimpa mereka jika tentera Amerika meninggalkan Iraq. Mereka bimbang penghapusan etnik besar-besaran akan berlaku.

Dalam kita berbicara tentang memperdekatkan antara mazhab dan dailog Islam -Islam kita kena faham sensitiviti puak sunni Iraq dan faham hubungan antara ideal dan realiti.

13 Respons

  1. banyak menjelaskan..jzkk.

  2. Ana lihat isu Iraq ni macam kejap makin ok kejap makin teruk.
    Dalam kekacauan yang sedang berlalu ni, mcmane dgn proses islah gerakan islam yg berjalan di sana? Adakah situasi ni memungkinkan usaha tu berjalan?

    Juga ana tertanya apa sebenarnya jalan keluar kepada isu iraq yg complicated ni? Adakah jalan jihad qital atau rundingan politik atau macam intifada di Palestin?

  3. Salam,
    terima kasih ust utk info ttg Iraq, skrg jelas kpd kita bhw syiah tidak boleh dipandang sebelah mata.
    sbgmana kita mengenali yahudi sbg musuh kita, spt itu jugalah kita perlu mengenali syiah….
    Allahul Musta’an…
    wasalam

  4. ana rasa takde dalam lipatan sejarah yang syiah membantu islam..lbih baik ust terangkan lagi berkenaan syiah ni.

  5. lawati web saya di
    http://mindamerdeka-tko.blogspot.com/

    artikel ustaz bagus sekali

  6. saya merupakan pelajar uum,masih lagi keliru tentang peranan syiah dalam sistem politik islam sekarang. Adakah benar bahawa puak syiah merupakan ancaman kepada keamanan dan keharmonian masyarakat islam dunia hari ini
    ?. saya juga ada membaca beberapa artikel mengenai puak syiah yang mengatakan bahawa kumpulan ini adalah merupakan puak islam yang sesat, adakah ianya benar ? bagi pendapat saya jika puak syiah merupakan umat islam yang sesat mengapa mereka masih lagi signifikan sebagai pembawa nama islam dan masih lagi di iktiraf sebagai islam?. Adakah kenyataan barat yang mengatakan bhawa islam adalah pengganas berpunca daripada tindakan atau perbuatan kaum syiah ini dalam kebanyakkan konflik yang melibatkan umat islam dan barat?.

  7. Dlm isu ini, insyaAllah akan ada penyelesaiannya..
    Ana menyeru dan mengharap kalian berdoa demi hidup Islam yang lebih sejahtera..

  8. Ana pun keliru dgn status syiah, adalah mereka duri dalam daging bg umat Islam. Stkt yg ana belajar dulu syiah ni ada byk puak dan ada yg diiktiraf oleh sunni. Dlm kes Iraq, adakah mereka dilabelkan sbg musuh Islam atau bagaimana? Mgkn ust bleh trgkn lg ttg isu syiah ni….

  9. Syukran ustaz sbb tulis artikel ni..ni boleh bongkarkan lg kegiatan syiah yg sebenar..setahu ana syiah memng terpecah keopada bebarapa kumpulan,dan ade sebahagian mereka yg mngatakan ade sebahagian dr puak syiah yg hampir kpd ahli sunnah wa jamaah..(tapi ini tak dpt dikeluakan dr mna pendapat ni diambil) dan ulama’ di saudi tidak sama sekali menerima mn2 puak syiah..setahu ana syiahlah punca kacau bilau dan merekaq ade hubungan yg kuat dgn yahudi..

  10. salam ustaz..
    moga dalam rahmat allah sentiasa.
    harap2 ustaz lekas sembuh, kna jwab byak soalan kami nie..hihi
    em,4 diz article, its lyke a mind opener 4 me.
    byak sgt sy tak tahu sal iraq rupenye..masya allah.jzkk ustaz

  11. salam ust……saya nak tanya ust sedikit tentang amalan puak2 syiah….”memberi salam tak wajib,kalau beri isyarat mata pun sudah dikira sah solat” dan “qiam dalam solat tak wajib,kalau berdiri dengan tangan di sisi semasa berdiri dalam rakaat pun dah dikira sah”………….adakah ini antara amalan2 puak syiah?mohon ust beri sedikit penjelasan dan mintak ust sertakan lagi antara amalan2 lain puak syiah….syukran ust…salam

  12. can u xplen 2 me again n detail whats dfrent islam syiah n islam in m’sia???

  13. Assalamualaikum pak ustadz. Saya azi dari indonesia. Saya sangat senang mendengar penjelasan tentang kesesatan syiah. Dan saya harap kita semua terhindar dari fitnah syiah,nasrani dan yahudi. Termasuk fitnah ahmadiah yg terkutuk. Selamat menyebar luaskan ajaran muhammad SAW pak ustadz..! Wassalam

Tinggalkan jawapan