Tiga hakikat penting berkaitan dengan dakwah Islam yang kita bawa, saya harap saudara fahami dengan sungguh-sungguh. Saya akan menyebutkan dengan ibarat yang ringkas dan pendek supaya mudah diingati.
Pertama: Fikrah kita Islam semata-mata
Ketahuilah bahawa dakwah kita adalah dakwah Islam (penyerahan diri kepada Allah), dakwah agama atau dakwah mengajak manusia menuju pengabdian diri kepada Allah.
Oleh itu hanya ada satu cara dan satu jalan iaitu jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan pengikutnya tanpa pengurangan dan tambahan. Kita tidak mungkin sampai ke distinasi dengan mengambil cara-cara lain.
Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad; inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah bersama pengikut-pengikutku”.
Fikrah kita, objektif kita, wasilah dan uslub kita adalah Islam dalam semua aspeknya. Imam al Banna menyebut, “Dakwah kita ialah Islam yang mudah seperti yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w”.
Kita bukan parti politik walaupun menegakkan pemerintahan Islam adalah objektif kita dan cara kita sangat berbeza dengan parti-parti sekular dan NGO-NGO yang berasaskan tujuan-tujuan tertentu mengikut ideologi, peraturan dan undang-undang sekular yang dicipta oleh manusia.
Kalau hendak diungkap mengikut gaya fikir orang zaman sekarang khususnya mereka yang sezaman dengan Al Banna maka ia merangkumi ciri-ciri dakwah salafiah, tarikat sunniyyah, hakikat sufiyyah, lembaga siasah, kumpulan sukan, pertubuhan budaya, syarikat ekonomi dan pertubuhan social. Ia merangkumi semua makna-makna tersebut tanpa terjuzuk-juzuk.
bersambung……
Difailkan dalam: fikrah | Tagged: Dakwah, fikrah, Islam, pemikiran

Mempersembahkan cendera kenangan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan berupa potret Masjid Kubah sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
Ana nak copy and paste siri yang ini boleh ustaz? Nak forwardkan dalam yahoogroups…
boleh
salam ziarah ust.. terima kasih berkongsi ilmu dan pengalaman disini..
Isinya padat dan mudah difahami.. bila lagi Ustaz nak tambah lagi 2 hakikat? Tak sabar menunggu…
semoga kita semua termasuk dalam golongan orang2 yang selalu istiqamah dalam menjalankan syariat islam…
Assalamu’alaykum, ustaz. Apakah dua lagi yang tinggal tu?
salam.
alhamdulillah..ana pun tertunggu2..=)
salam,
Bila ust nak update laman web ni…sungguh membosankan jika ianya dalam keadaan statik begini, bagaimana orang nak tertarik kepada ISMA jika laman web pun beku dan buntu aje…harap dapat berbuat sesuatu
Ana baru nak copy masuk juga dlm yahoo groups.minta izin .
Jazakallah ustaz kerana menulis…sangat bermanfaat, harap teruskan la menulis..dapat kami yg tak berapa pandai menulis dan kurang ilmu ni tumpang faham sama…