Saya menerima keputusan pilihan raya ke 12 dengan tiga bentuk perasaan: mengejutkan, mengembirakan dan merisaukan.
Mengejutkan kerana walaupun media kempen dan peluang tidak setara antara parti memerintah BN dengan pembangkang sebelum ini BA, namun keputusannya luar jangkaan sama sekali. Lima negeri jatuh dan menafikan dominasi 2/3 BN dalam parlimen.
Mengembirakan kerana ia menunjukkan bahawa pengundi kini lebih matang dan sudah pandai menggunakan hak tanpa terikat dengan “pengaruh tradisi”..dan boleh menimbang keritaria calun dan maslahah lebih memihak.
Risau terhadap kemungkinan sentimen politik sempit, ketamakan individu, kerakusan politik perebutan kuasa akan menjadikan masa depan negara, kepentingan agama, isu bangsa dan perpaduan umat terhimpit dicelah-celah.
Masyarakat masih perlukan pendidikan siayasi syari supaya mampu menggunakan kuasa mereka (undi) ke arah kepentingan Islam dan umat Islam.
Difailkan dalam: komentar

Mempersembahkan cendera kenangan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan berupa potret Masjid Kubah sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
Bersama Ahli Parlimen Palestin Musyir al-Masri
Nantikan impak perubahan yang telah berlaku ini.
http://penamaya.wordpress.com
saya melihat keputusan yang dramatik ini sebagai sesuatu yang positif untuk perkembangan dakwah dan kebangkitan pergerakan ke arah penerapan kembali nilai islam dalam seluruh sistem masyarakat di malaysia..kita masih teramat jauh daripada ‘kemenangan besar’ yang kita cita-citakan tapi sekurang-kurangnya kita memohon kepada Allah supaya ‘ujian pilihan raya’ ini dapat dijadikan sebagai ‘peluang berharga’ yang boleh kita manfaatkan dalam menggalakkan lagi pendidikan siayasi syari secara menyeluruh bermula dari peringkat bawahan (akar umbi) dan merebak ke atas..insya Allah