Rumah > Uncategorized > Untung Sabut Timbul, Untung batu tenggelam

Untung Sabut Timbul, Untung batu tenggelam

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam begitulah satu falsafah hidup semenjak kecil saya dengar dari ibu saya walaupun tidak saya fahaminya pada waktu itu. Setiap kali ia berdepan dengan keputusan takdir yang sukar dirungkai hakikat atau hikmat disebalik satu-satu kejadian beliau akan menyebut untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Kini saya sudah berusia lebih empat puluh tahun dan berdepan dengan berbagai gelombang hidup yang sukar dijangka kesudahannya saya mula faham maksud falsafah yang diulang-ulang oleh ibu saya itu.

Semakin kuat fahaman saya tehadap kebijaksanaan tuhan dan keyakinan dengan hikmat keputusan takdirnya, semakin tersingkap kepada saya betapa falsafah yang unggul itu telah menjadi rahsia kekentalan dan ketabahan ibu saya yang tidak memiliki apa-apa mengharungi hidupnya yang penuh berliku.

Sehingga kini saya belum boleh lupa kecekalan ibu saya dalam mengharungi hidupnya. Saya sangat simpati kepadanya dan masih terhutang budi kepadanya. Budi yang tidak mungkin dapat saya balas selamanya.

Pelajaran yang paling besar saya belajar darinya ialah kecekalan itu. Ikhtiarnya tidak pernah berhenti sehingga dia hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Disaat-saat dia nazak dan hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bertanya “ buah nenas dikebun sudah diambil atau belum?.

Saya masih ingat lagi diwaktu dia terlantar tidak boleh bergerak kerana kemalangan saya berkata kepadanya, bersabarlah, cukuplah dengan keperitan hidup yang dilaluinya sebelum ini, “mungkin Allah mahu mak berehat”. Dua minggu selepas itu ibu saya meninggal dunia.

Kini saya cukup dewasa, melalui berbagai rintangan hidup. Kini fahamlah saya maksud dari falsafah hidup ibu saya itu, bahawa kita tidak boleh melihat sesuatu dalam satu dimensi. Kita tidak boleh berserah sehinggalah Allah menyingkap rahsia takdir. Sentiasa berbaik sangka terhadap keputusan Tuhan.

Kita perlu memahami kejadian alam ini dengan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Tuhan disebalik takdir. Jangan bersedih dan bersusah hati kalau kelihatan pada lahir sesuatu kejadian itu tidak baik atau kita tidak suka, kerana itu tidak semestinya menggambarkan bahawa kita sudah tidak beruntung.

Lihatlah keuntungan berdasarkan hakikat sesuatu perkara. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, yakni sama ada timbul atau tenggelam kedua-duanya untung belaka. Maka tabahlah dalam berdepan dengan ujian hidup sehingga tersingkap hikmat disebaliknya.

Untung rugi tidak seperti yang kamu sangka. Boleh jadi kamu tidak suka sesuatu tetapi ia lebih baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kamu.

About these ads
Categories: Uncategorized
  1. Julai 12, 2008 at 12:39 am

    Assalam mu alaikum wr wbt.
    Falasafah untung rugi yang dikira berdasarkan benda-benda zahir dimuka bumi ini selalungnya tidak tepat, tetapi perkiraan kita dihadapan Allah swt yang patut diambil kira. Ibarat seekor kera, kalau ia lapar datanglah ribut atau taufan melanda pokok tempat dia berteduh, sukar baginya untuk jatuh kebumi. Tetapi kalau dia kenyang, tak perlu ada angin ribut datang, bila dia mengantuk akan gugurlah dia. Analogi ini elok diperhatikan. Bekalan untuk kita yang hakiki ialah pahala. Sebanyak mana pahala yang telah kita kumpulkan? Itulah harta dan kekayaan yang kita perlu ambil kira sebagai keutamaan dalam hidup dan perjuangan. Yang lain adalah asam garam yang perlu ditempuhi sebagai cubaan dan dugaan. Apakah kamu mengira sudah beriman dengan Allah SWT sedangkan kamu belum diduga dan dicuba. Sekian TQ

  2. abu razin
    Julai 13, 2008 at 3:43 pm

    betul ke kita sekarang berada di akhir zaman?
    sedangkan sejak zaman Nabi lagi, nabi sudah beritahu, kiamat sudah hampir. kini sudah 1429 tahun, tanda-tanda besar Kiamat belum muncul-muncul. Matahari keluar sebelah Barat, Yakjuj Makjuj, Dajjal, Nabi Isa, Imam Mahdi dll.

    mana lebih teruk, zaman sekarang atau zaman Nabi? Zaman Nabi, siri peperangan tidak putus-putus. Zaman sekarang, kita tidak berperang. Namun berbagai gejala sosial berlaku.

  3. Julai 18, 2008 at 12:42 am

    terima kasih. jzkk ustaz. apa yg saya fahami dari tulisan ustaz ini ialah, seorang mukmin itu, klu diberi nikmat dia bersyukur, klu ditimpa musibah dia sabar dan redha. krn itu yg terbaik untuk dirinya. Paling penting, teruskan berusaha mencari keredhaan Allah dlm hidup sehari2.

  1. Ogos 6, 2008 at 8:08 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers

%d bloggers like this: