Dalam Islam kalimah yang paling jamik untuk menceritakan tentang teori kepimpianan ialah perkataan qudwah. Orang yang paling layak digelar pemimpin ialah seorang da’i. Memahami dua hakikat ini dapat merungkai kekusutan politiking yang sering berlaku dalam organisasi dakwah yang terpengaruh dengan amalan hizbi dan tidak mendalam fahamnya terhadap hakikat Islam, maudhu’ dakwah yang dibawa oleh mereka.
Kepimpinan Islam ialah orang membawa manusia menuju Tuhannya (kesempurnaan keperibadian) dengan cara menegakkan qudwah. Demikian peri pentingnya qudwah dalam dakwah. Kita sering mendengar kata-kata hikmat “amalan seorang lelaki pada seribu lelaki baik daripada seribu kalimah pada seorang lelaki”.
Khusyuk, warak, inkisar hati (merasai tiada helah) dihadapan kekuatan takdir, keyakinan kepada Allah, tawakkal, kecekalan, kesunguhan, kesediaan untuk berkorban, ithar (mengutamakan orang lain), iltizam syarak yang tinggi, ketat dalam mengambil rukhsah, bersedia berdepan dengan muskilah, tabah dalam ujian, berpandangan jauh, mementingkan tindakan, menjauhi takwil dalam masalah harta dan mengutamakan kepentingan umum atas kepentingan sendiri, tidak menangguh dalam menunaikan wajibat, bertanggunjawab dan tidak membolos diri daripadanya, tidak mudah lepas tangan dan seumpamanya antara sifat-sifat qukwah yang perlu ada pada diri pendakwah.
Pendakwah di abad ke 21 ini berhadapan dengan keruntuhan dalam semua aspek kehidupan. Keruntuhan yang terbesar ialah keruntuhan jiwa dan keinginan untuk bangkit semula dari kejatuhan yang amat teruk. Ini meletakkan ke atas bahu pendakwah satu tanggungjawab yang besar untuk memimpin kebangkitan semula ini. Mereka perlu himmah yang tinggi untuk menegakkan qudwah dalam setiap lapangan, keaau mereka ingin memulihkn keyakinan dan keinginan terhadap projek kebangkitan semula ini.
Tanpa himmah yang tinggi ini dia tidak mungkin dapat menegakkan qudwah, tanpa qudwah ida tidak mungkin dapat melakukan tugas kepemimpinan. Dan tanpa itu semua ida tidak mungkin sesaorang menjadi pendakwah yang berjaya. Sesungguhnya Islam telah sempurna, iman telah wujud dalam jiwa umat Islam, apa yang perlukan ialah menegakkan qudwah. Dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh pendakwah yang benar.
Betapa ramai orang yang bercakap tetapi keadaan umat Islam tidak berubah juga. Sebab hanya bercakap tidak cukup jika jiwa perdakwah sendiri kosong dari sebarang kekuatan untuk menegakkan qudwah amali dalam segenap aspek. Bagaimana kita akan dapat tarik manusia kepada Islam jika kita tidak mampu memberi bukti keyakinan bahawa ia boleh di laksanakan melalui contoh kesungguhan kita dalam melaksanakannya.
Kepimpinan Islam yang sebenar bukan manusia yang menyandang jawatan dan memaksakan qararnya dengan api dan besi, tetapi mereka yang mampu memberi keyakinan dengan qudwah bahawa kegemilangan Islam boleh ditegakkan kembali.
Mereka yang tidak faham hakikat ini berfikir bahawa ia boleh memimpin apabila ia berkuasa dan mendapat mandat sedangkan jiwanya bengkrap himmah, kalamnya kosong dari sebarang keyakinan, tingkah laku Islamnya lesu tidak barroh. Ia hanya bijak dengan putar belit dan menghias kelemahan dengan kepalsuan.
Ya Allah! berikan kami kekuatan untuk menegakkan qudwah dijalan mu ini.
Difailkan dalam: fikrah | Tagged: hizbi, maudhu', pendakwah, qudwah

Gambar kenangan di Afrika Selatan
jazakallahu khair ustaz. peringatan untuk semua dhuat yang mencintai Islam.
bercakap soal qudwah, ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan seperti yang disebut ustaz..
Tetapi kekadang…
ikhlas tetapi kurang “capability”,
ada “capability” tetapi kurang ikhlas
sincerity is not a substitute for capability. we need both!
mungkin lepas ini ustaz boleh cerita, macam mana caranya untuk membangun qudwah dalam diri..
(rasanya banyak diceritakan dalam buku-buku fikrah.. tapi mungkin ustaz boleh “compact”kan ke dalam satu artikel)
berat, berat sekali tanggungjawab…