Ikhwania al muslimin !
Mari kita bermuhasabah diri sejauh mana kecermatan kita dalam melaksanakan tanggungjawab tanzimi yang di amanahkan kepada kita.
Maksud saya bukan sahaja dari segi keikhlasan tetapi dari ketepatan dari segi masa dan juga dalam bentuk yang dikehendaki. Seperti solat harus dilakuakan pada masanya dan dalam bentuk yang dirahkan maka begitu juga tugasan tanzimi. Itu penting bagi memastikan amalan kita sah dan diterima Allah.
Sebagaimana solat luar waktu atau tidak cukup rakat atau terlebih rakaat tidak diterima Allah begitu juga ibadat kita dalam amalan tanzimi jika tidak ikut masa dan tidak dilaksanakan dalam bentuk yang dikehendaki juga akan membawa kegagalan kepada kerja-kerja tanzimi.
Ia bukan sahaja tidak diterima sebagai ibadat bahkan juga sia-sia dalam amal tanzim, yakni tidak membuahkan hasil yang diharapkan atau membawa kegagalan yang memeritkan.
Justeru kita harus memeliki kepekaan sebegini dalam melaksanakan tugas tanzimi kita.
Ikhwania al muslimin
Mari kita belajar dari peristiwa Uhud, kenapa tentera Islam kalah dan menerima kerugian yang begitu besar?

Dalam perang Uhud tentera Islam pada mulanya telah memenangi pertempuran, tetapi keadaan berubah apabila kumpulan pemanah yang diarahkan supaya terus berada di atas bukit samada tentera menang atau kalah telah mengingkari arahan dan turun sama untuk mengutip ghanimah menyebabkan tentera musyrikin kembali dan menyerang mereka dari belakang.
Keingkaran itu telah menyebabkan tentera Islam kalah dan mengalami kerugian besar, di mana ramai dikalangan sahabat besar telah terkorban.
Kadang-kadang kita tidak tahu rahsia disebalik arahan dan kesan melewat-lewatkannya lalu kita mengambil mudah dan melakukan arahan dan amanah dengan sambil lewa tidak ikut masa dan lari dari spespikasi yang ditetapkan menyebabkan kesan buruk kepada perjalanan dakwah yang terpaksa kita tanggung. Bayangkan setiap kali kita tangguh setiap kali kita telah menyebabkan kesusahan kepada tanzim dan juga kepimpinan.
Tidak syak lagi bahawa kegagalan melaksanakan tugas seperti yang sepatutnya telah menyebabkan kerugian dan kesan buruk kepada dakwa samada kita sedar atau tidak. Disamping ia juga mengudang dosa di sisi Allah.
Oleh itu sikap harus kita betulkan. Kita hendaklah teliti dalam melaksanakan arahan, tepat masa dan mengikut spespikasi yang telah ditetapkan. Dan dengan perasaan masuliayyah di depan Allah dan muraqabah yang tinggi.
Ya Allah ampuni kami dan saudara kami dari dosa yang kami tahu dan dosa yang kami tidak tahu.
Sekian wassalam.
Difailkan dalam: tazkirah pagi selasa

Mempersembahkan cendera kenangan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan berupa potret Masjid Kubah sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
Iftar bersama SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
jazakullah khairan ya akhi….sungguh bermakna
terima kasih atas taujihat kepada kami yang baru bekajar..memang kita banyak melihat banyak kegagalan yang berlaku dalam tanzim sebab memandang remh temeh dalam sekecil2 sehingga menyebabkan berkalu masalah yang ditanggung oleh orang lain..sama2 lah kita patuh kepada arahan dalam apa jua bentuk dan zuruf sekalipun…
Alhamdulillah..
ahlan wa sahlan untuk kembali menguatkan saf. bersama-sama menuruti perintah qiadah lambang ketulusan hati seorang mujahid. tq
salam, ustaz, ana suhail sufian,
tahun 2 Al-Azhar Tonto,
ISMA- mesir, cawangan Azaretta, Iskandariah
ana ada sedikit hadiah untuk ustaz, harap ustaz suka.
http://s389.photobucket.com/albums/oo340/suhailsufian/?action=view¤t=pengatasblogbaru.jpg
kalau ada ape2 ustaz komenlah dkt photobucket (link diatas) insya’allah ana sedia adjust ikut kehendak ustaz.
Shukran.