Rumah > komentar > Apa ertinya syura

Apa ertinya syura

Saya ingin memberi sedikit respon terhadap satu perkara yang banyak di ulas oleh para pengunjung memberi komen terhadap tulisan-tulisan saya sebelum ini. Antara perkara yang banyak disentuh ialah isu keputusan Syura (syarat anggota dan ikut keputusan) Syura, 1. Syura adalah satu mekanisma pengeluaran hukum atau pandangan syar’e mengikut kaedah istislah dalam bab yang tidak ada nas syarak,

2.  Justeru amat mustahak ahli syura memiliki latar belakang syarak, memahami kaedah-kaedah pengeluaran hukum khususnya ijtihad istislahi. Disamping bantuan oleh mereka yang pakar dibidang-bidang berkaitan

3.  Ketepatan dalam mengunakan disiplin syarak penting dalam mengukur kebenaran keputusan yakni sejauhmana ia menepati kehendak syarak dan kaedah iltizam maslahinya.

  • Sering berlaku keputusan bersalahan dengan hukum syarak sendiri (menghalalkan yang haram dan mengaharamkan yang halal tanpa disedari), melangkaui bidang.

4.  Undi majoriti semata-mata tidak menjadikan keputusan tepat dan benar walaupun ia mungkin sah dari segi idari/pengurusan. Ini perbezaan antara syura dan demokrasi.

About these ads
Categories: komentar
  1. April 2, 2009 at 5:36 am

    boleh ust terangkan apa itu “kaedah istislah”?

  2. April 3, 2009 at 6:15 am

    4. Undi mejoriti semata-mata tidak menjadikan keputusan tepat dan benar walaupun ia mungkin sah dari segi idari/pengurusan. Ini perbezaan antara syura dan demokrasi.

    Menarik tu….

  3. Abdullah Zaik
    April 7, 2009 at 4:12 am

    1. Kaedah istislah ialah mengeluarkan hukum menggunakan kaedah maslahah atau munasabah.

    2. Sebagai contoh jika berlaku satu kes yang memelukan kepada hukum atau pandangan sayarak dan tidak ada nas yang jelas berkenaan dengan kes tersebut, tidak ada asal yang boleh dikias, tidak termasuk dalam kontek umum mana-mana ayat tetapi kes tersebut secara amnya ada persamaan dengan hukum-hukum lain dari segi pemeliharaan mana masalahah daripada maslahah syarak. kaedah ini dinamakan kaedah istisalah dan hubungnan antara kes yang baru dangan kes lain yang sudah diterima dinamakan munasabah.
    3. Dalam kes larangan menggunakan nama Allah yang dikuatkuasakan oleh JAKIM umpamanya boleh dilihat dari aspek menggunakan kaedah ini.
    4. Tidak ada hukum sebelum ini yang melarang perkara tersebut, tetapi dalam kontek kes kebenaran menggunakannya akan memberikan ruang kepada krisitan untuk mengelirukan remaja Islam, maka larangannya adalah satu tidankan yang tepat demi menjaga masalahah yang jelas iaitu menjaga agama.

  4. abu basil
    April 8, 2009 at 3:40 am

    benar tetapi syarat-syarat tersebut bukan secara aini ya ustaz. Ia memerlukan beberapa orang yang munasabah agar keputusannya dipercayai. Yang lain pula ialah anggota-anggota yang pakar dibidang masing-masing yang mempunyai `adalah dan komitmen. Ini kerana syura adalah lebih umum daripada ijtihad. Ijtihad adalah untuk mencari hukum syarie pada perkara yang tiada nas manakalah syura ialah menangani masalah-masalah samaada hukum, tanzim atau lainnya yang mungkin timbul dalam organisasi. Dalam syura zaman khulafa’ , kita tak boleh mengatakan bahawa semua sahabat dalamnya adalah alim dan mujtahid kerana yang alim dan mujtahid dalam hukum fiqh di situ hanya beberapa orang yang terkenal seperti Ali, Zaid bin Thabit dll. Manakala yang lain ialah ahli syura yang yang adil dan berkebolehan di bidang masing2. Itu sudah mencukupi.

  5. abuadil
    April 8, 2009 at 3:05 pm

    apa yang ambe lalui dalam pas adalah jelas berhubung dua pengertian syura. syura yang kami lakukan diperingkat cawangan atau kawasan hanya melibatkan pemilihan pimpinan, pentadbiran atau strategi yang bersifat tempatan.
    syura yang mengilzamkan semua ahli ialah keputusan majlis syura ulama. dan kami yakin dengan keputusan majlis syura ulama bertepatan dengan maksud syarak.
    Soal jakim dan keputusannya berhubung penggunaan nama Allah oleh kristian, soalnya jakim sendiri dipersoalkan oleh ahli2 pas, kerana jakim juga yang mempertahankan Islam hadhari serta merupakan badan yang ditubuhkan oleh sebuah kerajaan yang tidak menegakkan syarak. lainlah jakim telah berjaya menunjukkan sikap berkecuali. ini tidak bermakna pas bersetuju nama Allah digunakan olek kristian, dan kami masih menunggu keputusan majlis syura ulama.

  6. radzhi
    Mei 28, 2009 at 11:59 am

    Syura ni lebih kurang parlimen ajelah ye….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: