Siapa Ikhwan di Malaysia?

Abuadil kata Ikhwan yang paling hampir kepada manhaj nabi. Tetapi siapa Ikhwan di Malaysia? Soalan cepu emas kata orang.

Saya rasa ini persoalan yang sudah lama diperbincangkan. Saya tidak pasti apakah persoalan ini masih relevan?

Mari kita uji

imam_shahid_hasan_al_banna01_320

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.

Abuadil orang PAS, sempat baca buku ikhwan sambil tebar roti canai?

64 Respons

  1. malam semalam, ambe mengikuti ucapan peresmian muktamar pemuda pas oleh us nasha. beliau menyentuh tentang tabiat jalan dakwah bertonggak pada iman/amal, mahabbah dan ikha’, dengan memetik ayat alquran dan tulisan syeikh mustafa masyhur almarhum.

    kemudian disentuh tentang unsur2 tanzim ie syura, qiadah/imarah, taat, baiah…
    diperjelas tentang qoidah dan neraca syarak yang mengikat jamaah termasuk siasah khorijiyyah merangkumi soal tahaluf serta pendekatan damai.
    akhirnya persiapan pemuda…..
    us nasha konsisten dalam fikr amal islami, terasa pas akan menghampiri IKHWAN… andai perwakilan pas memberikan peluang kepadanya! tapi halangan dalaman tentunya banyak… biarlah anjing menyalak, kafilah dakwah tetap meneruskan perjalanan.

    doa agar kawan2 pengomen blog ini, dapat bersama membantu us nasha!!!
    jadikan pas sebagai wadah politik kita!! bukankah ikhwan jordan juga mempunyai wadah politik?

  2. ikhwan indonesia juga??

  3. doa kita sepatutnya untuk semua orang-orang beriman termasuk ahli-ahli ameno agar dapat kebaikan dunia jua akhirat..

  4. dulu aku pernah dapati dalam laman web mustafa tahan, dimasukkan PKS (indonesia)sebagai geng2 ikhwan. malaysia tak adapun samada laman tersebut atau laman ikhwan yang resmi!!! nampaknya peluang kita pengomen2 diblog ini nak tubuh ikhwan masih ada!! camna? kita bincang dulu tentang pemikiran ikhwan!

  5. x ada laman x semestinya x ada ikhwan yg rasmi. Hubungan yg baik ataupun persamaan dlm beberapa kaedah & pendekatan bukanlah dalil yg solid utk kata sesuatu organisasi tu sama dgn Ikhwan.

    Lgpun, kalaulah PAS atau mana2 gerakan Islam yg lain di Malaysia bukan cawangan Ikhwan secara rasmi pun (atau bawa fikrah Ikhwan), takkanlah Ikhwan akan layan mcm musuh pulak.

    mcmmana ustz Abdullah? itu pndpt ana je laa…

  6. assalamualaikum..

    abuadil..

    semua orang boleh berkata itu dan ini..”..kami adalah ikhwan berdasarkan itu dan ini..” “kami ikhwan kerana buku-buku dan sumber rujukan kami drpd tulisan ikhwan..” “kami ikhwan kerana kami juga masuk dalam p/raya..” dan mcm2 lagi..ikhwan dan para pejuangnya ada satu prinsip penting yang cukup jelas dan semua perlu semua tahu iaitu :

    kurang bercakap dan banyak beramal..

    wallahulmustaan ala ma tasifun.

  7. تلك بعض آثار جماعة الإخوان المسلمين العملية ، ولا أذكر لك الدروس والمحاضرات والخطب والمقالات والوفود والرحلات والمجامع والزيارات ، فلعل هذه في عرف الناس وسائل قولية ، وقد قلنا حتى مللنا القول وتكلمنا حتى سئمنا الكلام ولم يبق إلا أن نعمل .

    Ini adalah peranan yang telah dimainkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Ini tidak termasuk kelas-kelas pengajian, ceramah, khutbah, penulisan rencana, perutusan, lawatan, perhimpunan dan ziarah. Mungkin menurut masyarakat semua tindakan ini dalam bentuk percakapan. Kami sudah terlalu banyak bercakap. Kami telah banyak berbicara sehingga rasa jemu untuk berbicara. Apa yang perlu kami lakukan kini ialah bekerja secara praktikal.

    (Adakah Kita Golongan Yang Bekerja)

  8. komentar bumi anbiya dan muslim sukacita dirujuk!
    1. sukar nampaknya kita nak bersetuju bahawa kita mesti mutolaah sumber asal ikhwan untuk memahami ikhwan sebagaimana sepatutnya. kewajipan ke 14 untuk para ikhwan antaranya ialah meningkatkan kemahiran belajar, membanyakkan mutolaah risalah2 ikhwan, wujudkan kutub kanah…..
    bukan isu mendakwa ikhwan kerana menggunakan sumber ikhwan, tetapi kita sama2 mengkaji buku2 ikhwan untuk sama2 memahami ikhwan… itu saja!! tak perlu guna pendekatan circular reasoning (berputar2 ditempat yang sama). Kata seorang teman PAS, tukang masak nasi beriyani, menasihati ambe, kalau anda sudah membaca majmu’ah rasail sebanyak sekali, anda kena baca 9 kali lagi. kalau anda sudah membaca majmu’ah rasail sebanyak 10 kali, anda kena baca sebanyak 10 kali lagi…..

    2. amal merupakan rukun baiah kedua dalam ikhwan. rukun pertama “alfahmu”. tanpa kefahaman yang sohih, amal tidak akan membuah hasil yang sebenarnya.
    kata syeikh arrosyid “pendapat2 akan matang melalui berbincangan di dalam 3 ribu kali ijtimak”

    3. memang tidak semesti tiada link ikhwan malaysia dalam web ikhwan resmi bermakna tiada ikhwan di malaysia. persoalan kita ialah kita sedang menumpukan memahami ikhwan, bukan semata2 mengesahkan kewujudan ikhwan di malaysia.
    anda beruntung bersama us lah menjadi ikhwan!!! ambe pas, bersyukur berada di medan amal yang betul!!!

  9. ya betul, kita kena kurangkan bercakap, bykkn amal.
    tapi, abuadil dtg bercakap kerana ust abdullah zaik mengajukan persoalan kpdnya.. jdi, saya rasa xsalah kalau dia dtg utk menjawab.

    dan dlm keadaan masyarakat yg ramai masih xkenal islam, saya rasa segala bntuk percakapan yg memberi faedah perlu dilakukan. semuanya termasuk dgn apa yg saudara muslim utarakan.

    dan saya bercakap ini utk memberi kefahaman ttg pentingnya suatu percakapan yg berfaedah.

    ya, kurangkan bercakap, bykkan beramal.

  10. satu hari nanti kita akan nampak…
    suatu hari nanti……

  11. apakah mafhum “amal” menurut ikhwan?
    bukan pendengaran dan penglihatan adalah media penting tarbiyyah?
    kalau benar, bolehkah orang mendengar kalau kita tak bercakap?

    akhi, ambe bukan ingin bercakap banyak, tetapi sikap anda mematikan perbincangan dengan membangkitkan banyak beramal dan kurang bercakap tanpa apa2 hujah apakah apa yang ditulis oleh ambe melampau atau menyalahi syarak, boleh membawa kepada kesimpulan bahawa anda ingin menutup kefahaman orang lain tentang ikhwan? boleh kita bertemu sekali??

  12. alhamdulillah… perbincangan yang baik. Ramai orang mahukan ikhwan dan mencontohinya. Moga-moga keseluruhan fahaman ikhwan dan manhajnya diterima pakai, bukan hanya sebahagian sahaja.

    Dalam UD AGM ISMA yang lepas, ISMA membawa agenda perubahan kesatuan ummah demi keutuhan bangsa dan agama (sila rujuk buku UD 2009). Saya rasa ini adalah juga sebahagian kefahaman ikhwan (rujuk majmuk rasail).

  13. ..insyaAllah, satu hari nanti kita akan lihat.. ya satu hari nanti.. mari kita teruskan beramal dan berjihad..

  14. Perkongsian..sebagai salah satu rasa ‘izzah selama saya ikut prgoram ISMA…
    Cuba link ni:
    http://www.ikhwantube.org/video/2499/Save-Gaza
    Jzk
    Harap semua bersangka baik….Peace 4 All……

  15. mematikan perbincangan perkara furu’ atau perkara yg x bawa maslahah pd amal dakwah sesuatu yg memang perlu…

    rasanya itulah maksud “bercakap” drpd kata-kata ‘kurangkan bercakap banyakkan beramal”….. x gitu?

  16. Salam. menarik jugak kalau abuadil buat blog sendiri untuk menyatakan pandangan beliau berkenaan dakwah islam ni. Wassalam

  17. siapa ikhwan di malaysia?
    kalau ditanya kepada public hatta penyokong2 pas, umumnya mereka tak ambil kisah pun.!
    dari pemerhatian, maklumat internet, tulisan2, pergaulan dsb, 3 kumpulan dikatakan mempunyai hubungan tanzim dengan ikhwan ie IRC/JIM, HALUAN dan ISMA. tetapi takkan ketiga2 diiktiraf mewakili ikhwan, kerana tidak boleh berlaku berbilang tanzim!!! menyalahi asolah, menurut syeikh mustafa masyhur.

    jadinya, mana yang ikhwan iktiraf.?
    dalam buku islamic struggle in syria, tulisan omar f abdullah, dicatatkan syria pernah mempunyai lebih dari 10 buah tanzim ikhwan!!!! akhirnya bersatu menjadi satu saja tanzim dibawah dr mustafa siba’i. namun muraqib berikutnya ‘isom attar digulingkan dan beliau kemudiannya dihantar ke german membantu taqnzim dauli. di kuwait pun banyak kumpulan ikhwan.
    tak heranlah kalau di malaysia pun berlaku, hatta lebih teruk lagi. orang melayu dengan sikap berdendam, tidak berterus terang, suka mengamok, dengki, sentiasa tak puas hati dengan orang lain, tak suka mendengar pendapat orang lain dll, dibawa bersama ke dalam tanzim islami!!! apa yang mereka cuba pertahankan atau rebutkan, aku tak tahu….

    soalnya mengapa? apakah faktornya?
    marilah kita bincang secara tenang dan santai. tak perlu persoalkan niat, nanti tanzim kita jadi mayat!!!

  18. “(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.”

    ana petik statement Ustaz Haron Din (Timb Mursyid Am PAS) dr MalaysiaKini [ http://www.malaysiakini.com/news/105995 ]

    apa komen ustz ttg mekanisma utk jaga sesuatu gerakan Islam drpd manipulasi pihak luar mcm yg disebut Ustz Haron Din tu?..mungkin lebih khusus, mcmmana Ikhwan hadapi benda tu?

  19. salam utk semua,

    kalau nak guna ta` mabsutoh/ maftuhah(terbuka) boleh tapi pastikan isteri 4 org jer jgn lebih dari itu, maka haram hukumnya. pening kepala den!!! siapa yg tak faham bhasa arab boleh tanya tuan blog. tq.

  20. terima kasih Bumi anbiya,

    Isu menyerap pengaruh luar(musuh) dalam satu-satu organisasi itu dalam penulisan haraki di istilahkan sebagai “ikhtiraq”. sebab tak banyak masa nak ulas dari segi tasrif nahunya saya ringkaskan denag terjemahan denagn maksud ceroboh.

    Berbagai cara ikhtiraq boleh berlaku antaranya dengan cara hantar orang masuk/ menyelinap atau menyamar atau dengan cara ikhtiraq fikri(pemikiran).

    Tujuan ikhtiraq ialah antaranya untuk mengintip dan mendapat maklumat atau juga untuk memesongkan organisasi dari halatujunya yang asal.

    Ikhtiraq fikri boleh berlaku dari luar dengan mengrekrut anasir dari dalam organisasi yang membawa fikrah lain dari fikrah organisasi.

    Sebelum itu saya tidak menjawab soalan ini dalam kontek PAS atau apa yang berlaku pada PAS sebagaimana yang diajukan oleh saudara yang bertanya. Jawapan saya adalah secara umum.

    Soalannya, bagaimana ikhwan mengatasi masalah ini?

    Pertama,

    dari segi konsep keanggotaan/intima’ disis ikhwan adalah intima’ fikri dan aqidi (akidah). Peringkat keahlian dalam ikhwan disusun berdasarkan kepada kadar kekuatan sesaorang dalam intima’ islaminya.

    - tidak sama orang yang duduk dengan orng yang berjihad
    - tidak sama orang yang silam sebalum pathu makkah dengan selepas fathu makkah
    - tidak sama sahabat yang terlibat dengan perang Badar dengan yang terlibat dengan perang Badar

    Allah menjadikan tingkatan Islam dan iman bertingkat-tingkat tidak sama dari seorang keseorang. Maka diatas asas itu berlaku penapisan yang sangat teliti.. amat sukar untuk dilepasi oleh mereka yang menyamar, kerana orang yang menyamar lambat laun akan terdedah dengan cepat dalam melalui proses ini.

    kedua,

    Deria sensitiviti keselamatan yang tinggi menjadikan mereka sangat peka denga latar belakang sesaorang, hubungan mereka , cara cakap mereka, cara fikir mereka dan sebagainya. sebarang penyamaran biasanya boleh terdedah diperingkat awal dakwah fardiayah lagi.

    Yang penting secara umumnya Ikhwan memiliki prosedur penapisan ahli yang ketat…sebelum sesaorang diiktiraf sebagai ahli. Dalam organisasi terbuka seperti PAS saya rasa prosedur ini mungkin sukar untuk dilaksanakan.

    Dari pengalaman lompat parti boleh berlaku dengan mudah….semalam orang UMNO bila keluar UMNO esok boleh jadi ahli PAS(seoalah-olahnya).

    keahlian ikhwan bukan dilihat dari segi daftar ahlinya dengan isi borang tetapi sejauhman orang itu iltizam dengan fikrah ikhwan iaitu islam sebagaiman yang diterangkan oleh Al Banna dalam usul 20.

    Sejauhmana sesaorang faham, beramal, berkorban dan memuliakan fikrahnya sejauh itu kedudukannya dari segi kenggotaan dalam tanzim.

    Wallahu aklam..

  21. IKHWAN hanyalah satu jemaah drp banyaknya jamaah yg memperjuangkan Islam.. Ikhwan sepperti juga jemaah lain… menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah, Qias, Ijma’ sebagai panduan… Perbincangan seolah2… siapa lebih ikhwan.. dialah yg terbaik.. Adakah kita mahu menafikan sumbangan jemaah lain yg kononnya tak brape ikhwan.. sufi, tabligh, pas, abim dlll… Bagi saya selagi manhaj yg diguna oleh jemaah Islam itu tidak menyalahi Al-Quran & Sunnah itulah yg benar… Menjadi 100% ikhwan mungkin belom tentu sesuai bg suasana Malaysia.. Modifikasi adakalanya sangat perlu.. kerna Islam itu sangat luas..

    Apalah salahnya kita berlapang dada… bersangka baik sesama kita.. bukankah redha Allah tujuan kita semua..

    ~saya sayang semua jamaah islam~ ^_^

    *tengah makan roti canai yg ditebar abuadil..~. hehe.. jgn marah..

  22. askm

    sebenarnya mudah sahaja nak tahu siapa ikhwan di malaysia ni..cara yang ustaz abdullah sebutkan tadi itu ada kebenarannya tetapi bukanlah cara yang mutlak, kerana ramai orang atau parti atau pertubuhan inginkan “pengiktirafan” sebagai ikhwan tersebut tetapi tak boleh diiktiraf sebagai ikhwah sekiranya ia bukanlah cawangan rasmi ikhwan di malaysia. kalau nak jawapan mudah, tanyalah ikhwan di mesir siapa ikhwan sebenar di malaysia ni, takut2 jawapannya semua ikhwah adalah ikhwan, ni jawapan berbau ukhuwwah bukan secara rasmi
    kalau guna kayu ukur yang ditulis oleh ustaz abdullah, maka sesiapa sahaja yang meniru sesiapa secara 100% maka dia layak dikira orang ditiru…ini tak boleh dipakai sebab ikhwan di malaysia hanyalah wakil ikhwan yang sebenar di malaysia, bukan sejauh mana manhajnya di tiru atau di gunapakai kerana perhubungan organisasi yang mutlak sahajalah yang boleh memberikan pengiktirafan tersebut
    nak tiru dan gunapakai manhaj adalah cerita lain, ini tidak menjadikah seseorang itu diiktiraf sebagai ikhwan

  23. pandangan encik kizar nampaknya sangat kuat. secara perlembagaan atau peraturan begitulah. dan kerana itu jugalah kalau satu kumpulan diiktiraf, kumpulan lain tak puas hati. kira2 10 tahun yang lalu, anak buah syeikh utara kata meraka berjuang bukan kerana ikhwan, bukan kerana dikatakan ikhwan, bukan juga kerana pengiktirafan ikhwan. mereka memperjuangkan islam, kerana mendapatkan keredhaan Allah. tak mengapa tak bersama ikhwan. mungkin ini nada merajuk, tak dapat pengiktirafa kot.!
    ambe disini lebih fokus, bagaimana caranya menyatukan kefahaman, hati, perasaan dan amal agar kita dapat duduk atas platform bersama. justeru usaha bersungguh2 memahami majmu’ah rasail albanna sudah semestinya.
    kalau salah satu kumpulan diiktiraf, yang lain dengan penuh kesedaran dan keinsafan secara beramai2 (enbloc)
    menyertai kumpulan yang telah diiktiraf. yang penting mestilah sama2 mengkaji terlebih dahulu majmu’ah rasail. kalau tidak, masalah akan lebih besar. sanggupkah kita berbuat demikian.

    ambe orang pas amat ingin melihat penyatuan berlaku berdasarkan wihdatulfikr.

  24. wahai pengikut2n ikhwan!
    solat ghaib dok lagi dengan pemergian syeikh dr. fathi yakan…
    kalau ikut kata syeikh, kita hanya duduk di pinggiran dakwah!!!
    innalillah wa inna ilaihi roojiuun!

  25. Nampaknya ada dua aspek tidak boleh dipisahkan dalam melihat keikhwanan satu-satu gerakan.
    (Harap semua orang setuju).

    Saya kumpul dua-dua pandangan:

    Pertama; hubungan idari seperti ditekankan oleh KIZAR
    Kedua; iltizam manhaj seperti di tekankan oleh abu adil

    Saya nak petik kata-kata al Banna dalam perkara ini. Setelah menjelaskan sepuluh rukun baiah dan 38 wajibat akh amil Hasan al Banna menyebut;

    ” Aku beriktiqad bahawa jika anda mengerjakannya (rukun baiah dan wajibat) dan menjadikannya cita-cita dan matlamat hidup anda, anda akan menadapat kemulian dan kemenagan didunia dan kebaikan dan keridhaan di akhirat, anda daripada kami dan kami dari anda, dan jika anda berpaling dan tidak mengamalkannya maka tidak ada hubungan antara kami dengan anda, walaupun anda mengepalai majlis kami, membawa gelaran yang paling hebat dan tampil dengan penampilan yang paling hebat. Allah akan muhasabah anda kerana itu dengan hisab yang paling sukar. Pilihlah untuk diri anda apa yang sesuai, kami berdoa kepada Allah untuk kami dan anda hidayah dan taufiq”.

    Kemudian beliau menyebut ayat 10-14 surat as sof yang bermaksud;

    ” wahai orang yang beriman! mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azam yang pedih?. Kamu beriman kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa raga. itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. …..sehingga akhirnya”.

    Imam al Banna seolah-olah membuat firasat bahawa mungkin berlaku disetengah keadaan atau tempat, tanzim menjadi struktur yang kosong tanpa makna yakni tidak melaksanakan rukun baiah dan wajibat. Jesteru beliau memperingatkan kita kepada hakikat intimak yang sebenarnya iaitu dengan melakukan kepatuhan kepada Allah s.w.t bukan berbangga dengan rasmiyyah dan jawatan semata-mata.

    Janganlah sampai kita bercakaran mengenai jawatan, struktur, aspek-aspek pengurusan, sape yang syarie? sedangkan dakwah tidak bergerak……….umat terus dipimpin oleh orang yang fasik. Ketahuilah bahawa yang dikira disi Allah ialah amalan kita dan apa yang kita lakukan untuk menyelamatkan umat ini.

    Jesteru kita kena faham hakikat ini. Jawatan dinilai dengan sejauhmana mengamalkan tuntutan dan intipati dakwah (rukun baiah dan 38 wajibat).

    IMAM AL BANNA MENGIKAT KEMENANGAN DAN KEMULIAN DENGAN AMAL BUKAN DENGAN SYAKLIYAH IDARIYAH SAMA SEKALI. ini bezanya Ikhwan dengan organisasi lain, intimaknya ialah intima’ fikri dan aqidi bukan syakli idari.

    Wallahu aklam

  26. salam
    syukran.. moga allah memberi hidayah kepada diri ini juga seluruh hambanya yg dkehendaki..

    nampaknya banyak lagi perkara yg perlu ana tahu..
    bukan untuk di ucap2 atau didebat2 dengan panjang lebar tapi untuk diamalkan dengan penuh rasa kehambaan kepada allah

  27. salam
    teringat sebuah hadis yang ana baca dalam buku ust rahmat abdullah…yang lebih kurang begini maksudnya… ” tidaklah menjadi cepat amal seseorang itu kerana nasabnya…”
    ikhwah yang dikasihi semua.. kenapa by the end, ust abdullah tekankan apa yang imam al-banna tekankan, iaitu keikhwanan tu bukanlah dikira dari sudut hubungan formal, tapi dari sudut amal?
    pada pandangan ana, imam al-banna bukanlah nak meng-ikhwan-kan semua orang (kalau kita ambik kira konteks ikhwan atas nama, atas iktiraf, atas formaliti). bukan, tapi imam al-banna nak mengajak semua muslim kembali memainkan peranan mereka yang sebenar, sebagai hamba dan khalifah. sebagai ummat pilihan, sebagai pemimpin alam. sebab tu pentingnya amal.
    memang betullah kata2 yang abuadil petik dari kata2 seorang syeikh utara..”beramal bukan kerana ikhwan dsbgnya..”
    mungkin kita risau, amal kita betul atau tak, sahih ke tak. kalau risau, teruslah belajar dan teruslah beramal. kan baginda rasulullah s.a.w dah beri jaminan, ijtihad yang salah pun dapat satu pahala.. jadi kalau kita yankin dengan imam yang kita ikut tu, beramallah… kerana di penghujungnya, Allah yang akan nilai dan terima. jangan kerana sibuk nak mendakwa kita ni ikhwan, sampai hati jadi bongkak, otak jadi kering, hingga akhirnya amal tidak diterima..
    jadilah kita seperti para sahabat r.a. semakin tinggi tingkatan iman mereka, semakin tawadhuk pula hati mereka..
    wallahua’lam.. sama2 kita renung kata2 al-banna dalam INILAH AKU…

    ya Allah, satukanlah hati2 kami dalam perbezaan…

  28. alhamdulillah, orang jim dah beri komen, orang haluan tak berminat ke? minggu lepas ambe ada terima surat rayuan derma untuk bangunan jim. marilah kita sama2 menderma. berbalik cerita siapa ikhwan…..
    imam albanna mengatakan bahawa kita semua tak layak untuk dakwah ikhwan, kecuali kita menguasai dakwah ini dengan segala aspek dimensinya. justeru kita semua, terutama ambe, sepatutnya sentiasa mengkaji dan murojaah majmu’ah rasail. payah ke memberi masa satu jam sehari untuk membacanya? tolong, please, mulakan dari sekarang. cuba fahami keseluruhan idea albanna, elakkan mentafsir atau menta’wil menurut diri sendiri atau menggunakan tafsiran orang lain, nanti kita akan keliru. setelah kita menghazamnya, belikan kertas lukisan satu rim. lakarkan dalam bentuk peta minda. setelah anda berpuas hati, pindahkan dalam power point atau mana2 program. kemudian emailkan kepada teman2 dan buat group kritikan. setelah itu adakan seminar dsb. insyakAllah kita akan dapat satukan kefahaman kita.
    selamat mencuba!!

  29. cdngan abuadil mmg menarik dn bernas

  30. salam perjuangan

    agak pelik bila kita meletakkan ikhwan sebagai benchmark yang lebih aula dari sumber syariat islam itu sendiri..sedangkan bumi mesir itu pun sudah berbeza dgn tapak bumi malaysia yang kia diami ini, apatah lagi dari segi praktikaliti teori yang diungkapkan..

    praktikalkan teori, biar ia bukan sekadar ilusi
    yang membuaikan kita dgn mimpi “aku sudah beramal”

    kurangkan bercakap banyakkan beramal
    biarlah kita bersikap adil juga dgn ungkapan ini

    saya menantikan komen balasan ust abdullah zaik

  31. salam utk semua,

    teringat kisah nabi saw menghadapi karenah isteri2 baginda.. bersabarlah…saya cadangkan tuan blog listkan tokoh “ulama` mujtahid semasa” yg menjadi sandaran harakah2 islamiyah di dunia ini..

  32. Hangat perbincangan ini, menambahkan kefahaman untuk orang yang baru belajar. Kena baiki banyak lagi dalam diri ni..

    Kepada semua Pejuang2 Islam, kita punya matlamat yang sama tapi kita punya payung berbeza-beza.. Doaku agar kita akhirnya mendapat keredhaan Allah amin..

  33. Ikhwan tu cuma alat je, bukan matlamat kita. Ia cuma sekadar alat yang membantu kearah matlamat yang lebih besar. peace :)

  34. Orang selalu gaduh siapa ikhwan yang sebenar di Malaysia.

    Ada orang kata, kita jangan dok sibuk nak mengaku kita ikhwan sampai tahap amal kita jadi kering.

    Di sanalah kecantikan di dalam da’wah ikhwan seperti yang digariskan oleh al-marhum Mustafa Masyhur di dalam risalah da’wah fardiyah.

    Seseorang yang umum tidak akan mengetahui bahawa da’wah yang dilakukan itu adalah da’wah ikhwan tetapi orang akan ditarik kepada Islam terlebih dahulu. Biar intima’nya dengan Islam terlebih dahulu.

    Hanya pada langkah-langkah yang terakhir baru seseorang itu dibawa kepada memahami bahawa amal jama’i adalah penting, dan ikhwan mengajak orang yang yang telah lama melalui proses “penapisan” bersama-sama dengannya untuk tujuan da’wah kepada Islam.

    Apabila orang sudah sampai tahap tersebut, mereka yang melakukan intima’ sepenuhnya dengan ikhwan adalah mereka yang memahami bahawa Ikhwan hanyalah satu alat untuk melakukan islah di mana bumi yang mereka pijak. Tetapi mereka meyakini bahawa ia adalah satu alat yang tidak boleh tidak mesti digunakan dengan baik, tanpa menjadikannya alat peribadi walau sedikitpun.

    Orang yang beramal tidak akan risau persoalan adakah mereka ikhwan atau tidak…

    -betulkan sebarang kesalahan-

  35. kepada tariq-ziad..

    Beramal adalah rukun baiah ikhwan yang kedua.. Sila rujuk huraian tersebut..

  36. Actually arkanul bay’ah untuk Ikhwanul Muslimin (tiga yang awal) adalah seperti susunan ini, dan tidak berubah untuk anggota Ikhwan atas kepentingannya yang tertentu:
    1. Faham
    2. Ikhlas
    3. Amal

  37. kepada abu adil

    anta sebutkan ada 3 NGO yang diiktiraf ikhwan dan takkan mereka berbilang2 tanzhim..ayat anta ni menunjukkan anta sendiri tak tahu siapa ikhwan sebenarnya di malaysia dan menjadi wakil rasmi ikhwan di malaysia..

    di malaysia hanya ada satu tanzim ikhwan..dari dulu sampai sekarang..cuma haluan, jim, isma, konsis dll adalah wajihah / kaki,tangan,mulut kepada jemaah ikhwan di malaysia..ops, rupanya PAS tak termasuk dalam senarai tersebut..

    apapun, usaha PAS mengislah ummah adalah usaha yang baik..cuma orang-orang PAS jangan cepat mengkritik dan menghukum apatah lagi menjadikan “taadud jamaah = haram” sebagai makanan ruji antum baik di luar atau dalam usrah..kesian jemaah islam lain, mereka hidup selama ni dalam keadaan haram dan berdosa rupanya..

    lebih dibimbangi apabila hadith-hadith tentang jemaah dirujuk kepada PAS atau di mesir sebagai PMRAM atau di negara lain sebagai hizbi..dan lebih teruk apabila dikatakan wala tafarraqu itu jangan berpecah daripada kelompok kalian sedangkan ayat tersebut bermaksud jangan berpecah daripada memegang TALI ALLAH..bukan tali-tali jemaah kalian..

    wassalam

  38. anda semua duk sibuk pasal JIM,ISMA,ABIM, dsb…walhal yg duk bz bincang pasal hasan albanna,mustafa mashur,fathi yakan.abdul karim zaidan….yg paling layak brckp bab ikhwan ini adalah tUAN GURU HJ ABDUL HADI AWG and usta haron taib jer ….mrk berdua la berusrah bersama2 dan anak didik direct dgn said hawwa….anda yg lain tu….dgn duk berangan2 la …buang masa jer….mrk berdua jer yg bwk dakwah ini ke dlm PAS….

  39. harap us lah tak bagi komen tulisan tuan hadi!

    yang kita cuba bincang berdasarkan sejauh mana jamaah2 yang ada di malaysia mengikut manhaj ikhwan. aku ahli tua pas, dan aku akui pas bukan ikhwan. tapi aku tetap bersama pas insyakAllah hingga akhir hayat selama pas ikut syarak.
    uht lebih berminat nak ikut manhaj hizbuttahrir, kata seorang pengikut dia yang kuat. wallahu a’lam…. ini isu sentitif!!!

  40. Hari ini http://www.forbes.com telah menyenaraikan harvard university berjaya melahir lebih 5% jutawan dunia.
    saya mengharap ISMA dalam jangka masa tiga tahun lagi(selepas 15 tahun penubuhan) berjaya melahirkan 10 orang yang berjaya menguasai pentas dakwah di malaysia, disamping melahirkan seribu orang pendawah aktif(murobbi yang fakeh) yang bertebaran dibumi malaysia. amin.

  41. insya Allah, sama-sama doakan

  42. salam ziarah…

    sikit pndgn..

    moga semua yang terlibat dalam komen2 di atas dirahmati Allah..

    sebagai org yg baru2 berjinak2 dalam dakwah ila Allah..tk layak komen bnyk2 tentang “sejarah” siapa lebih ikhwan :)

    kajilah sejarah utk mencipta sejarah,dan janganlah kamu membangkitkan sejarah sekadar utk kamu menjadi bahan sejarah yang berulang

    dakwah bil ahdaf-dakwah bilwasilah

    berdakwahlah utk mengejar matlamat,yakni meletakkan Islam pada tempatnya,mengajak manusia kembali kepadaNYa,dan menegakkan kebenaran di muka bumi ALlah.dan elakkan fokus kepada wasilah,sehingga matlamat asal tergadai.”matlamat tak menghalalkan cara”

    kalau akui mengikut ikhwan,ketahuilah awlawiyyat al banna dalam mengetengahkan kesatuan Ummah walaupun telah wujud beberapa aliran dakwah ketika itu.(rujuk fiqh awlawiyyat,al-qordhowi)

    menyokong kepada perkara yang dipersetujui,dan berlapang dada kepada perkara yang diperselisihkan.

    surah as-syura ayat 3 : dan tegakkanlah agama,dan jangan kamu berpecah belah tentangnya

    Ulasan Ibn Kathir,cetakan Isa Halabi jilid IV :

    Allah SWT mewasiatkan kepada semua Nabi2nya,supaya selalu berada dalam kesatuan dan persatuan,bukan sebaliknya,berselisih dan bertentangan.

    Ruj : Agama dan Politik ,Al-Qardhawi

    jadi dalam hal ni,semua MUSLIm sepatutnya tiada masalah dalam menggembleng tenaga dalam menggerakkan dakwah di Malaysia ni,dengan satu kesatuan : iaitu kesatuan aqidah sesama Muslim.

    [kisah benar]

    apa yg jd sekarang,sikap label-melabel dan merasakan sesetengah pihaklah jemaah paling syumul,dan satu2nya yang layak ada di Malaysia ni.di tokok tambah dengan kutukan dan fitnah terhdap usaha dakwah pihak yang lain.Perkara ni especially,banyak berlaku di kampus-kampus,di kalangan mahasiswa/i yang penuh dengan ideologi,dan doktrin emosi yang sukar dibuang.Even,kepada para penghafaz al-quran pun tak dapat lari dari doktrin yang menyempitkan pemikiran,menentang dan melabel usaha dakwah pihak lain tanpa hujjah.seolah2 pihak lain yang membawa dakwah ni mcm bwk ajaran sesat.Ini realiti yang berlaku.sangat sedeyh dengan sikap dan akhlaq yang ditonjolkan dalam menghadapi ta’addud jemaah ni.dalam hal ni,isma lah menjadi mangsa ketidak matangan,dan emosi dalam membawa dakwah.fitnah dilemparkan bertubi2,hanya kerana seorang ahli dari pihak jemaah yang lain,mahu berintima; dengan isma.harap semua pihak,tarbiyah balik anak2 buah,especially yang bertitle mahasiswa/i d kampus2.Banyaknya dalam kampus je meletup,habis je..sume jadik cair cam eskrem/ais kacang.

    benar kata pengomen2 sebelum ni,ikhwan kita ada amal,bukan sekadar retorik dan idea semata2.

    “Nahnu Qaumun Amaliyyun!!”

    Kita adalah Ummat yang bekerja!!”

    berckp menyampaikan risalah juga adalah satu kerja..tapi perlu di ingat,pesan al-banna,medan amal lebih luas dari medan bercakp…

    Moga ISMA terus konsisten dengan agenda UMMah yang dibawa,dan InsyaAllah,sejarah pasti akan berulang,dengan formula kejayaan yang pernah terlakar sebelum ini,Islam pasti mengenggam dunia kembali!!

  43. askm, ustz abdullah,

    maaf tanya, cara ustz jawab tu macam hubungan idari tu tak penting sedangkan ikhwan juga mengajar kita untuk taat atau adakah tuan bermaksud kita tidak perlu diiktiraf oleh ikhwan? saya faham maksud petikan dari imam hasan albanna tu, tapi bercakap soal tanzim yang nak membangunkan khalifah, negara, masyarakat dan sebagainya bukankah rukun taat, tsiqah tu semua akan memainkan peranan penting kelak?
    saya bagi senariolah, katakan ada 1000 jemaah dimalaysia ni memang ikut manhaj ikhwan tapi tak ada hubungn idari, bagaimana pulak nak menuju negara islam, semua ada kepala masing masing… di peringkat internasional pulak macamana? ikhwan negara lain nak iktiraf ke mereka yg tak di endorse oleh ikhwan.bagaimana pula jika ikhwan internasional ada master plan dan jemaah di malaysia tak masuk dalam agenda?? iyelah kite bercakap pasal long term agenda untuk bina khilafah dsbgnya.. so pada saya hubungan idari tu penting sangat untuk synergy dan kesatuan tanzim..sya percaya ungkapan tuan tu menuju kearah skop jemaah yg umum, tapi bagi mereka yg serious nak tubuhkan khilafah mesti menuju akar dan matlamat yg lebih fokus.. ada kabinet bayangan khalifahnya, ada calon khalifahnya dan ada struktur2 yang govern ikhwan diseluruh dunia… kalau ikut manhaj takat faham, ikhlas amal je insyaallah dapat capai masyarakat islam….. tapi macamana pulak bila bab taat semua jemaah dok pakat taat tanzim masing masing… kalau daripada 1000 tu 100 orang nak jadi calon khalifah, tu dah haru tu….harap komen…

    pendek kata sya tak berapa pasti pasal “keikhwanan” tu berbanding ikhwan yg memang betul2 ikhwan dari sudut idari dan sudah pasti mnhajnya.. kalau tak masakan digelar ikhwan?..dari saya yg nak tahu

  44. salam:isu yg hngt dan agak pnjng komen2nye..tapi bnyak mebri kefahaman dan penjelasan tuk ana lebih memahami waqi pergerakan islam di m’sia..
    p/s ingtkan di mesir je ade isu..balik m’sia ade jg

  45. Salam; setuju dgn persoalan ‘nak tahu’.. harap ust lah dapat respon. Hairan kenapa baru sekarang ust kata tak perlu/tak penting hubungan idari. Tanpa hubungan idari, tanzim tidak bermakna.
    Fahami kembali rukun baiah. Ingat kembali janji setia utk taat kepada qiadah samada suka atau terpaksa. Wajib taat selagi pemimpin menepati syarak..
    Sekadar muhasabah..

  46. Renungi Kisah Ini..

    Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai’e

    “Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!”

    Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’unya.

    “Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

    “Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.

    Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

    “Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

    Sang mad’u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

    “Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

    “Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?”

    Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

    “Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?”

    Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

    “Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?” Tanya sang murabbi lagi.

    Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

    “Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.”

    Sang mad’u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

    “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT.”

    “Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”

    “Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak kesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” Sambungnya panjang lebar.

    “Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai’e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah.”

    Sang mad’u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

    “Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?”

    Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

    “Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!” Sahut sang murabbi.

    “Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri.”

    Malam itu sang mad’u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama’ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

    Kemenangan atau Mati Syahid

    Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

  47. salam, sekadar perkongsian..

    Wajib akur dan Taat keputusan qiadah/syura walaupun tidak bersetuju

    Ini merupakan prinsip asas dalam amal Jamaie, taat dengan keputusan syura jamaah walaupun kurang bersetuju dengannya. Lihat kembali kisah Umar al-Khatab dalam perang Badar. Tatkala tentera Islam berjaya menawan tentera musuh, Umar berpendirian tegas bahawa musuh Islam dalam saat genting itu perlu dibunuh. Akan tetapi syura Rasulullah bersama sahabat mengambil keputusan untuk mengampuni tawanan tersebut. Hal ini membawa kepada penurunan ayat surah al-Anfal ayat 67.

    “Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

    Turun ayat ini menyokong pandangan Umar. Setelah itu datang sahabat lain membawa ayat ini kepada Umar seraya berkata “Bergembira wahai Umar, Allah bersama mu”. Mendengar itu lalu Umar menangis terisak-isak.

    Jelas disini tentang akurnya Umar dengan keputusan syura walaupun beliau tidak bersetuju. Walaupun pendapat beliau didapati benar dan disokong Allah, tidak pula dia berkata “Nah, lihatlah.. bukan sudah aku kata dulu tetapi mereka semua degil!”. Inilah prinsip amal jamaie, akur keputusan syura/qiadah samada suka atau terpaksa. Inilah janji dalam baiah kita.
    Wassalam

  48. Salam

    Pelik tak, sibuk2 bincang sape ikhwan. Kalau ade pun kenyataan rasmi dari ikhwan mesir, ape sangat la effect die? Bukannye orang yg tak diisytihar ikhwan tu akan berhenti bekerja. Sedangkan yang ikut ikhwan pun, sekarang dah makin tak ikut, sebab nanti hilang kuasa. Sampaikan orang yang ikut-mengikut ikhwan pun sekarang dah boleh claim orang ikhwan bukan ikhwan. Fitnah orang supaya kite dapat kuasa, ikhwankah itu? Islamkah itu?

  49. bila berjamaah mendahului pengisian ilmu, maka timbullah macam2 kekeliruan yg sukar untuk mendapat jawapan.
    pada waktu yg sama, keghairahan untuk menuntut ilmu Allah drp sumber2 yg asal makin luntur dan sebaliknya merasa cukup dgn keberadaan dalam jamaah IM….

  50. Apabila umat Islam berfikiran dan faham Islam, mudah saja nak satukan tak perlu kepada hubungan dengan ikhwan pusat. Ikhwan itu adalah satu jemaah dakwah. Jemaah2 lain berkerja untuk Islam dan penegakan khilafah islamiyyah juga. Maka yang paling penting kita fahamkan umat, jgn buang masa dengan menda2 remeh, selepas majoriti faham, kita sudah tentu dapat tegakkan negara Islam.

    Kita harus faham manhaj ikhwan seperti satu pendapat daripada byk pendapat tentang sesuatu masalah. Tidak mungkin untuk menentukan yang manakah yang haq tetapi mungkin untuk menentukan secara personal yang manakah lebih betul dan lebih kuat. Oleh itu, orang yang taasub dengan manhaj ikhwan tidak ada bezanya dengan orang yang taasub mazhab.

    Jadi, ubat kepada taasub mazhab adalah memahami asas-asas Islam iaitu Usul Al-Fiqh, Maqasid Ash-Syariah, Qawaid Al-Fiqhiyyah etc.

    Ubat kepada taasub manhaj dakwah tidak lain tidak bukan perkara yang sama meskipun bahan rujukan itu berbeza sedikit kerana dakwah banyak dirujuk kepada sirah

    Sirah harus dipegang dengan pemahaman yang betul. Dakwah kepada orang kafir tidak boleh disamakan dengan orang Islam.

    Asas-asas Islam itu tidaklah susah hendak dipelajari. Kita berusaha Allah pasti tolong. Ada orang yang membuatnya susah seolah-olah ia adalah susah padahal memahaminya itulah membuatkan hati kita suka pada Islam kerana kita dapat lihat pada kesenangan Islam.

    Kesimpulan: Imam Hassan Al-Banna berijtihad berdasarkan pemahamannya ttg Islam , begitu juga kalian harus berijtihad untuk waqi2 yang berbeza, jgn bertaqlid sahaja.

    Ijtihad kita bukan untuk mengeluarkan hukum tetapi cuba untuk mengikut Islam sebaik mungkin. Ini kerana tidak mungkin kita sentiasa menunggu ijtihad ulama untuk satu2 perkara. Sahabt2 yang biasa2 tidak tanya sahabat2 yang lebih pakar dalam hal remeh temeh. Bila keperluan tinggi baru tanya.

    Sebab tu Yusuf Al-Qaradhawi buat buku mcm2 sebabnya dia nak kita praktis. Buku dia bukan hanya ditujukan kepada ulama tetapi kepada orang islam kebanyakan.

    JazakALLAH khaira.

  51. Bekerja dalam jemaah adalah memudahkan kerja dakwah tetapi bukan tujuaanNya untuk berorganisasi.

    Igt, kita tidak berorganisasi, kita berdakwah secara berjemaah.

    Bila orang fikir ttg organisasi, itulah yang menyebabkan datang kegilaan kuasa, birokrasi, taasub dan sebagainya.

  52. harap saudara2 semua dapat membaca buku As-Sahwah Al-Islamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-Mashru’ wa At-Tafarruq Al-Mazmum.

    Atau dalam bhs melayu : Fiqh Ikhtilaf

    Buku ini sangat bagus. kalaulah semua orang yang berdakwah baca buku ini, aman dunia.

  53. setuju dengan ibnukathir..:) jazakallahu khairan katheeraa

  54. apakah kumpulan2 ijtihad pas dalam membina manhaj perjuangan? katakan dalam konteks Malaysia, Ikhwan tak sesuai, manhaj mana yang sesuai? fiqh dakwah mana yang kita sepatutnya guna pakai?
    Selamat hari raya, maaf zahir batin. kullu am wa antum bikhair

  55. Salam,

    Manhaj ikhwan bukanlah tidak sesuai di Malaysia tetapi tidak sesuai pada semua keadaan dan semua orang.

    Manusia ini Allah ciptakan berbeza-beza, memahami bahawa perbezaan2 ini adalah sesuatu yang haq , realiti dan sunnatullah menyedarkan kita betapa pentingnya melakukan dakwah dalam uslub yang berbeza-beza untuk manusia yang berbeza-beza di samping tetap berpegang kepada asas-asas islam dan dakwah yang tidak berubah. Ramai yang mengikut manhaj ikhwan adalah manusia-manusia yang mempunyai fitrah dan naluri yang lebih kurang sama dengan Hassan Al-Banna. Inilah menyebabkan mereka sefahaman.

    Fiqh dakwah yang harus dipakai ialah memahami ilmu dakwah betul2 dan praktis ia pada keadaan2 yang berbeza. Sikap menggunakan taktik yang sama pada semua orang adalah satu kesilapan besar dalam dakwah.

    Buku-buku yang wajib dirujuk ialah buku-buku yang ditulis oleh ulama2 muktabar dan elakkanlah daripada membaca buku2 ulama2 harakah kerana buku2 ini bukan salah tapi cuma ilmu dakwah sudah diinterpretasi dalam konteks masyarakat mereka. Iaitu ia bukanlah masyarakat kita.

    Tambahan pula, banyak buku2 harakah tidak ditulis oleh ulama.

    Sebaik-baiknya adalah mempelajari buku2 yang mana ulama2 muktabar ini mempelajarinya ataupun dalam kata lain apa yang menjadikan mereka muktabar.

    Pas pada pandangan saya memberikan peluang kepada semua ahlinya berdakwah dalam cara yang mereka suka asalkan tidak terkeluar daripada jalan Islam. Kerana itu, ada sesetengah ahli pas yang terkeluar daripada jalan yang sebenar. Ada juga yang taasub pada tuan2 guru.

    Meskipun begitu, tuan2 guru di dalam pas mereka berilmu tinggi dan mereka cuba mengamalkan dakwah dengan mengikut keadaan. Kerana itulah kita melihat mereka berbeza pendapat dalam beberapa hal. Sikap terbuka ini menyebabkan pas terus utuh dan tidak goyah pada hari ini. (kena tolak tepi manipulasi perkataan oleh media2 kerajaan).

    Sebaik2nya kita semua bekerja dan sentiasa ingat kita adalah satu tetapi pelbagai macam kita semua umat islam tapi ada melayu, india, cina etc

    Allah tidak mencela kita menjadi melayu dan tidak mencela kita mencintai melayu tetapi mencela kita taasub pada melayu. Begitu juga dalam hal2 yang lain seperti dalam dakwah.

    JazakALLAH khaira

  56. banyak buku2 fiqh yang memasukkan bab dakwah di dalam nya.

    Sebenarnya ana baca yang bahasa arab punya, so kalo anta boleh baca bahasa arab ana boleh suggest buku2 nya.

  57. ana suggest pada semua orang yang komited dalam dakwah supaya berusaha menjadi ulama’.

    Kerana kalo kita asyik ikut ulama, kita tidak akan fleksible dalam dakwah. (maksud ana mengikut fatwa dan ijtihad mereka)

    Ulama ni bagaikan permata. Rasulullah mula berdakwah ketika berumur 40 thn dan baginda berjaya mengeislamkan seluruh jazirah arab dalam masa 23 thn.

    Yusuf Al-Qaradhawi mendapat Phd ketika berumur 50an, selepas itu populariti beliau mula meningkat. Sebelum itu beliau tidak popular. Dakwah beliau mempengaruhi satu dunia islam.

    Begitu juga dengan ulama2 lain.

    Jgn asyik terikut dengan sesetengah orang yang berkata kalo nak tunggu jadi ulama bila nak berdakwah? Berdakwah tanpa ilmu itu adalah haram.

    Untuk berdakwah dengan berkesan, mahu tak mahu kena ada ilmu yang cukup.

    Untuk berdakwah, bachelor dalam syariah dah ok dah. Tapi ini tidak perlu kalo ada ulama yang sanggup ajar kita di rumahnya atau di masjid dalam subjek2 penting sepertu usul-al afiqh, maqasid ash-shariah, siyasah syariyyah, al-qawaid al-fiqhiyyah, fiqh as-sirah, fiqh ad-dakwah etc

    Kalo nak jadi ulama fiqh kena at least ada master atau phd.

  58. Berdakwah tanpa ilmu samalah seperti solat tapi tak tahu rukun2 solat, syarat sah, syarat wajib etc

  59. ulama fiqh boleh je kalo takde master or phd tapi kena banyak merantau cari shaikh2 bagus untuk bertallaqi dengan mereka (sistem ijazah. ijazah = kebenaran untuk mengajar)

  60. takperlu rasanya: elakkan daripada membaca buku2 haraki hnya disebabkan ianya bukn ditulis oleh ulamk yng muktabar..
    tak salh juga kita mengikuti selok belok dakwah terdhulu.. ana rasa yang diambil ialah mnhaj dn bukan sekadr uslub.. uslub yng diguna paki bersifat waqa’i.. kalau kita yakin ssuatu manhaj tu baik, kita ambil sbagai pndun..dan manhaj kita hakikatnya ialah Islam.. Al-banna yang menubuhkan ikhwan digelar mujaddid oleh ulamak2 muktabr.begi tuga dengan sa’id nursi badi’uzzaman n beberapa orang lagi.. bgi yang meyakini ikhwan, tak slh untuk mereka mengambil ikhwn sebagai panduan.. bagi ana, ana yakin al-banna digelar mujaddid sebab dakwah yang dibawanya bersift ‘alamiah(menyeluruh).. soal wasilah..merupakan perkara bersifat waqi’ie..dulu takde internet, sekrng dah ada.. kalau wujud mujaddid baru untuk kurun bru pn, tak salah untuk ikut mujddid bru or mujaddid lama..sebabny..n ykin mujaddid lame dan baru takkan de perbezaan dari segi manhaj yang dibawa.. terang lagi bersuluh..

    wallahul musta’an

  61. saya harap bantuan pengomen2 semua, perbezaan antara manhaj dengan uslub dalam kontoks perbincangan kita ini.

    antara ulama ikhwan ialah qorodawiy, abdul karim zaidan, abdullah alkhatib, ghuddah, arrosyid, ghotban, manaa’ qotton, abu faris, faisal maulawi, said hawwa, abdullah naseh ulwan,,,,, sekedar bebera nama…. siapakah antara mereka yang agak2lah ulama muktabar?
    atau ulama muktabar antaranya syeikh fauzan, ben baz serta lain2 ulama salafi? atau termasuk juga Nik Aziz?

  62. ana setuju dgn dai atau pendakwah kena ada ilmu. tapi tak semestinya kena ada ijazah atau phd baru nak boleh berdakwah. yang penting kena ada ilmu. belajarlah di mana sahaja biar tanpa sijil sekali pun tetapi belajar dgn ikhlas dan daripada syeikh yg mursyid adalah lebih bagus daripada ada phd atau ijazah tapi peperiksaan meniru, soalan spot sana spot sini….itu yg bila keluar universiti sekali org tanya soalan on the spot terketaq jawab…..

  63. Salam

    Agak menarik ISMA memilih ”kesatuan ummah” dalam AGM mrk tempoh hari. Namun agak sedih ummah yg nak disatukan terpilih-pilih. Mana kelompok yg dirasakan tidak lagi punya roh ikhwan disingkirkan dan diperang habis-habisan.

    Kes-kes lama diungkit kembali bagi membuktikan kelompok ini tidak lagi punya harapan untuk sembuh. Semua generasi baru diracun agar menyokong andaian mrk. Jika kelompok ini menjadi kepimpinan, tidak perlu lagi ditaati, syura mrk tak layak diikuti. Melekehkan para masyaikh yg lebih awal turut yg bersama kelompok ini.

    Inilah ikhwan malizi baru agak nya..mungkin lebih asolah bagi sisi ISMA..

Tinggalkan jawapan