Rumah > fikrah > Kenegaraan Islam dan Perpaduan Umat

Kenegaraan Islam dan Perpaduan Umat

Saya berpendapat bahawa umat Islam khususnya kaum Melayu muslim di Malaysia sedang berhadapan dengan “krisis jatidiri politik”.

Ini bukan satu-satunya masalah. sebaliknya ia berpunca dari masalah yang lebih parah daripada itu iaitu kekeliruan identiti. Kekeliruan identiti itu menyebabkan keserabutan dalam agenda politik sehingga hampir tidak jelas kenapa orang Melayu berpolitik?.

Saya maksudkan orang Melayu disini bukan sebagai individu atau pertubuhan tetapi sebagai sebuah umat yang sepatutnya memiliki risalah.

Setelah membuat sedikit penelitian saya dapati bahawa kaedah nasionalis sekular ala UMNO melalui BN mungkin tidak akan dapat bertahan dan kaedah demokratik sosialis sekular ala PR juga tidak akan membawa kepentingan Melayu kearah yang lebih baik.

Pada saya hanya satu kaedah yang dapat menyelamatkan kepentingan Islam dan Melayu ialah konsep kenegaraan Islam.

Konsep kenegaraan Islam akan menjamin kedudukan agama Islam tertinggi dan kuasa politik di tangan orang Islam. Ia akan menghadkan proses libralisasi yang semakin hari semakin rancak dipromosikan oleh semua pihak demi merebut undi bukan Islam.

Namun ia bukan pilihan popular. Ia memerlukan keazaman yang tinggi, kehendak sebuah umat yang kukuh utuh bersepadu.

Oleh itu “perpaduan umat Islam” adalah satu kefarduan.

Saya percaya jika konsep kenegaraan Islam difahami dengan sebetulnya dan peri mustahaknya kita kepada konsep itu pada hari ini, tidak patut ada orang Islam yang akan menolaknya.

Nikmat Allah yang tidak terhingga menjadikan unsur perpaduan dikalangan umat Islam di Malaysia lebih banyak dari unsur perselisihan. Akidah kita sama, kiblat kita sama, mazhab kita sama, kita semua dari ahli sunnah wal jamaah, satu bahasa, satu budaya dan satu bangsa. Yang kita tidak sama ialah mazhab politik. (saya dah cakap pasal politiking sebelum ini)

Dalam situasi mencabar seperti hari ini, saya merayu semua pihak agar memurajaah mazhab politik masing-masing, sejauhmana ia membawa keuntungan kepada ugama dan bangsa kita?.

Adakah berbalui kita membiarkan “hizbiyyah” kita menjadi penentu segala mauqif (pendirian)?

About these ads
Categories: fikrah
  1. abuadil
    Jun 16, 2009 at 9:49 pm

    insyakAllah tajuk ini dapat membantu kita merumus satu rancangan kenegaraan islam di malaysia.
    1. suka dicadang ustaz membuat banyak penelitian, bukan sedikit. kerananya ayat menyebut kaedah demokratik sosialis sekular ala PR”….. kurang tepat. ambe sebagai ahli pas yang berpegang kepada penjelasan tok syeikh rusila yakin PR adalah tahaluf siasi yang longgar tidak melibatkan ideologi masing2. PR dan DAP memang ada persamaan, tapi tidak PAS. beberapa bulan lalu seminar berkaitan telah diadakan, malangnya ramai pimpinan tidak hadir.
    2. soal kenegaraan islam, pas selepas PRU 1999 telah melancarkan dokumen negara islam, dan melakukan promosi besar2an. DAP menolak mentah2 tanpa diberi peluang kepada pas menjelaskannya. tak perlulah ambe menceritakan insiden2 yang tak sepatutnya berlaku. selepas pru2004, PKR melalui ucapan dasar presiden menyatakan kesukaran mereka bekerjasama dengan parti berdasarkan agama.
    3. apakah pas bersifat hizbiyyah, seperti umno?
    sama sekali tidak!! kata syeikh rusila sesiapa yang mengatakan pas sama dengan umno adalah seperti orang yang mengidap demam panas, yang tak tahu membezakan antara garam dan gula!!
    kata syeikh qorodhowiy berhubung aulawiyyaat alharokah islamiayyah, antaranya al-amal assiasi: “untuk mengambil pemerintahan dari tangan2 orang2 yang lemah dan pengkhianat2, agar diberikan kepada orang2 yang kuat, amanah yang tidak ingin ketinggian angkuh dibumi ini serta melakukan fasad……..m/s19.
    dalam bahasa abuadil merampas dari tangan toghut dan diserahkan kepada pimpinan yang kuat dan amanah.
    ambe insyakAllah akan sambung lagi….

  2. Jun 17, 2009 at 12:48 am

    salam..

    1) merujuk no.2 dari abuadil, dokumen negara islam yg telah dilancarkn PAS pd tahun 1999 adalah ketika masyarakat sah-sah majoriti masih belum memahami Islam

    Ana yakin, Ust. Lah bermaksud konsep ‘kenegaraan islam’ tersebut diterapkn dalam keadaan masyarakat pada jumlah yg banyak, telah sedar akan pentingnya ISLAM

    2) merujuk no.3 dari abuadil, cube perhatikan sendiri orang2 pas, betul ke mereka tak bersifat hizbiyyah?? Ya, PAS tk sama dgn UMNO, tapi cube perhatikan orang PAS dan orang UMNO.. mungkin para pemimpinnya & segelintir yg faham tidak hizbiyyah, tapi cube perhatikn ‘ahli2’nya yg lain..

  3. Islam
    Jun 17, 2009 at 6:27 am

    Kekadang kita terlalu melihat ‘kecantikan’ Islam dari kacamata group kita, hingga meghalang org lain dari melihat keindahannya. Kadang terasa kita saja yang betul hingga terpaksa mengarang ayat yg panjang untuk membenarkan ‘grup’ kita. Adakah itu tabiat perjuangan Islam? Jarang kita melihat Islam dari kacamata Islam sendiri. Akhirnya perjuangan kita adalah ‘cakap’ bkn ‘amal’. Ukuran kejayaan kita adalah ‘byk cakap’ bukan’byk amal’. lantaran itu gerakan Islam di Malaysia menghasilkan org yg banyak cakap…terbinakah negara Islam dgn byk cakap?.

    Wahai Ikhwan, kita jgn terbawa-bawa dgn arus itu. Biar kita banyak beramal bkn byk bercakap. Ramai lagi org perlu ditarbiah…itu kerja asasi kita.
    La, akupun dah byk cakap….berjangkit penyakit abuadil

  4. abuadil
    Jun 17, 2009 at 11:03 am

    terima kasih syeikh dan islam kerana komen anda memberi ruang kepada ambe menjelaskan sedikit realiti perjuangan islam di malaysia. yang banyak, buatlah kajian sendiri agar kita dapat memahami sendiri tanpa dipengaruhi orang lain.
    1. negara islam tak ada disebut dalam perlembagaan pas, cuma menyebut membina masyarakat berdasarkan nilai2 islam. kali pertama pas memperomosikan negara islam dalam satu dokumen ialah melalui tulisan budiman radhi, pemimpin pemuda pas perak seawal tahun 60han. tulisan tersebut banyak berdasarkan tasawur negara islam maududi!
    2. malaysia dihuni sekitar lebih 50% orang islam, samada pas, umno, pkr, jim, abim, isma atau tak melibat mana2.
    justeru islam agama fitrah, lambat bangat pas yakin masyarakat malaysia majoritinya akan menerima islam dalam kehidupan bernegara. memandangkan public sering bertanya tentang negara islam, ekonomi islam, masyarakat madani, politik islam, hak2 asasi menurut islam dsb, sudah tentu menjadi kewajipan pas menjelaskannya, sebagaimana imam albanna pun menjelaskannya.
    3. masalah hizbiyyah dalam pas tak timbul. kes2 terpencil tak boleh dijadikan kesimpulan. insyakAllah, kami akan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. tak elok menyamakan orang pas dengan umno, seolah2 meletakkan pas sekelompok dengan umno. Apakah sama orang beriman dengan orang yang fasiq?
    4. ambe teramat kurang senang bila kita memcerca sesama kumpulan islam, hatta apabila kerajaan bertindak ke atas al arqam, kami juga terasa kesedihannya. syeikh rusila sering mengingatkan bahawa semua kumpulan islam adalah saudara kita. musuh kita adalah yang memusuhi islam, hatta dengan umno pun syeikh rusila sejak dulu menawarkan muzakarah!!
    5. ambe tidak memaparkan kecantikan pas yang tiada pada orang lain.almarhum us fadhil nor berucap semasa ijtima’ antarabangsa gerakan islam di rusila menegaskan bahawa pas melihat ikhwan sebagai jamaah induk(jamaatul um).
    tetapi ambe perlu menjelaskan pas menurut pandangan presiden pas. jika ada kelemahan, itu perkara biasa, dan kami sentiasa berusaha mengatasi kelemahan tersebut.
    6. perlu difahami, wasilah pas seperti ditegaskan oleh presiden dalam muktamar tahun lepas di ipoh, ada tiga, ie siasah, dakwah dan tarbiah. disamping pas tidak menafikan jihad adalah kewajipan hingga hari qiamat. disinilah persamaan yang jelas antara pas dengan ikhwan sebagaimana yang dijelaskan dalam majmuah rasail. justeru kami amat menghormati anda kerana anda ikhwan!! sekali lagi: apa itu amal menurut mafhum albanna? tidak menjadi kesalahan kalau anda sentiasa murojaah majmuah rasail, tanpa tafsiran dan takwilan sendiri!!

  5. Abdul Hanan
    Jun 17, 2009 at 11:23 am

    Diharap pihak ISMA dapat mengorak langkah untuk memperinci dan menjelaskan kepada orang-orang Melayu Islam di Malaysia mengenai Konsep Kenegaraan Islam yang dicadangkan sebagai penyelesaian.

    Sudah tiba masanya bagi ISMA menjadi jurudamai umat bagi menyatukan PAS & UMNO dan mengelakkan perpecahan terus berlanjutan.

  6. salam
    Jun 17, 2009 at 2:20 pm

    jdi, klu nk bykkn amal, kurgkn bercakap, hentikanlah segala kutukan terhadap jemaah lain. hormtilah mereka semua. deletelah semua blog2 dan wordpress2 agar kita semua beramal… x ker cmtuh…?

  7. Akmal Hakim
    Jun 17, 2009 at 6:22 pm

    @salam

    Kurangkan bercakap tidaklah bererti meng\’hazaf\’kan apa yang kita WAJAR lakukan.

    Menulis itu adalah satu yang penting, sebagai azam, sebagai satu bicara bergerak ke langkah \’turning point\’ kita.

    Cuma yang menjadi TIDAK WAJAR, perkara yang telah sedia ada, baik dan membawa manfaat itu diputar-putar isinya, itu dan ini.

    Maka di situ bagi saya, itulah yang BANYAK CAKAP.

    “Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

  8. Jun 18, 2009 at 9:31 pm

    sebuah kisah yg menarik utk semua…

    Ana bersembang dgn seorang warga Indonesia di hulu selangor.. Ana menerangkn betapa minatnya ana dgn pkembangan pnerimaan Islam oleh masyarakat melalui PKS yg dipimpin ramai golongan muda…

    Org Indonesia:::
    “Berbeda bangat politik Malaysia berbnding politik Indonesia”

    Ana:::
    “mengapa begitu?”

    Org Indonesia::
    “Di Indonesia, para pemimpin partai tidak pernah ‘attack’ keperibadian pemimpin partai lain, mereka berkempen atau berpolitik hanya dgn mengkritik dasar partai lawan dan apa2 yg tidak dipersetujui disuarakn dgn bahasa yg baik. Pas sendiri pn tidak mengamalkn ini”.. (Ana terkejut bile die mnyebut tntg PAS)

    Teringat tentang kandungan2 di dalam lidah rasmi PAS (harakah). Mungkin ada benarnya kata2 org Indonesia itu..

    Abuadil membezakan org PAS dgn UMNO dgn hujah “tak sama org beriman dgn fasiq”. Ana rasa ini tidak tepat..

    Dalam masa kita ‘claim’ kita bawa risalah dan kebenaran kepada satu2 kelompok, kita tk boleh ‘declare’ mereka musuh kita atau fasiq

  9. Islam
    Jun 19, 2009 at 7:47 am

    ورحم الله الإمام علي-رضي الله عنه- حين قال ناصحا: ” طلبة هذا العلم على ثلاثة أصناف، ألا فاعرفوهم بصفاتهم وأعيانهم:
    – صنف منهم يتعلمون للمِراء والجدل.
    – وصنف منهم يتعلمون للاستطالة والختل.
    – وصنف منهم يتعلمون للفقه والعمل.
    فأما صاحب المِراء والجدل تراه فمؤذيا مماريا للرجال، في أندية المقال، قد تسربل بالتخشع، وتخلى من الورع، فدقَّ الله من هذا حيزومه، وقطع منه خيشومه. وأما صاحب الاستطالة والختل فإنه يستطيل على أشباهه من أشكاله، ويتواضع للأغنياء من دونهم، فهو لحلوائهم هاضم، ولدينه حاطم، فأعمى الله من هذا بصره، وقطع من آثار العلماء أثره. وأما صاحب الفقه والعمل تراه ذا كآبة وحزن، قد قام الليل في حندسه (ظلمته)، وقد انحنى في برنسه، يعمل ويخشى، خائفا وجلا من كل أحد إلا من كل ثقة من إخوانه، فشد الله من هذا أركانه، وأعطاه يوم القيامة أمانه”.
    فانظر أيها السائر في ركب الدعوة من أي الأصناف أنت؟

    وعن عمر – رضي الله عنه-مرفوعا :( إن أخوف ما أخاف على أمتي: كل منافق عليم اللسان ) حديث حسن رواه أحمد والدارقطني، قال الإمام المناوي -رحمه الله- معلقاً: (كل منافق عليم اللسان، أي عالم للعلم، منطلق اللسان به، لكنه جاهل القلب والعمل، فاسد العقيدة، مغرٍ للناس بشقاشقه وتفحصه وتقعره في الكلام).
    وعن عمر-رضي الله عنه- قال ” كنا نتحدث : “إنما يهلك هذه الأمة كل منافق عليم اللسان ” ، وكان معاذ –رضي الله عنه-يقول في مجالسه: ” احذر زلة العالم، وجدال المنافق “.
    ولهذا كان عمر كثيرا ما يستعيذ بالله من المنافق العليم، وقد سئل: “كيف يكون منافقا وعليما ؟، قال: “عالم اللسان، جاهل القلب”.

  10. abuadil
    Jun 19, 2009 at 12:08 pm

    aku memang yakin di Indonesia tidak ada attack peribadi kepada parti lain, terutama ahli PKS tak pernah attack orang/parti lain kecuali sekali ie men”attack” PAS sebagaimana tuan syeikh nyatakan. PKS selalu memuji pihak lawan berdasarkan etika islam hatta suharto dipujinya, lalu memerosotkan sokongan terhadapnya terutama jakarta dalam pemilu terbaru yang sungguh memilukan!! aku ingin bersama bulan bintang!!!

    dalam usia aku lebih setengah abad, tak pernah aku dengar golongan dakwah menyamakan PAS dengan UMNO samada ABIM yang pernah bersama UMNO, Haluan, JIM, IRC dll. Cendikiawan, sekali pun mereka cenderung kepada umno tetap membezakan antara keduanya dengan mengakui PAS adalah parti bernuasa islam, sekurang2nya. tanya sendiri prof ahmad atory husin atau zainal kling, nasionalis totok. Cuma pengikut ISMA sahaja mengidap demam panas. (aku tak perlu berlembut). aku tak tahu sama ada mereka telah selesai perkara2 asas yang membezakan antara islam dan jahiliyyah, iman dan kufur atau haq dengan batil. cubalah lihat kembali buku2 maududi, said hawwa,qorodhowi atau mukaddimah mustika hadis. aku juga syorkan agar isma selesaikan perkara2 asas ini. kami telah lalui ini di rusila awal 80han.
    satu hal lagi, aku cuba elak menyerang sesama pertubuhan dakwah, tetapi menyamakan kami dengan umno bererti memberi lesen untuk kami menyerang sama “kumpulan islam jadi2an”. cuma JIM tetap saya ingati sebagai kumpulan yang dekat dihati kami. setiap kali aku membaca kenyataan presiden JIM, sdr Zaid kamarudin atau temuramah majalah atau akhbar dengan beliau, amat terasa bahang ukhuwwah beliau dengan pas. terasa kebimbangan beliau pas akan dikhianati, seolah beliau juga ahli pas! kata orang2 tua, cubit paha kiri, paha kanan terasa. kalaulah dikatan jim cawangan ikhwan, teringin aku mengiyakan juga.

    kepada encik islam, banyakkan lagi copy and paste! orang pas seperti aku, amat suka mira’ dan jadal!!
    tak perlu kita berbincang, belajar berfikir dan melontarkan idea kita untuk dikongsi bersama. kuncupkan ekspresi intelektual anda, carilah nas2 atau asar, atau kata2 salaf/ulama agar perbincangan yang membogelkan kelemahan kita dapat ditutup rapat. tambahkan mangga dipintu perbincangan/muzakarah, bukakan seluas2nya prasangka antara jamaah islam, serta berkhayal bahawa kita berada di mustawa yang lain dari yang lain, kerana kita ikhwan, dan ahli pas tak faham apapun tentang dakwah dan tarbiyyah, hanya tahu politik maki hamun semata2.

  11. Abdullah Zaik
    Jun 19, 2009 at 3:13 pm

    Abu adil, teruslah bersikap adil dan terbuka. Saya menyiarkan komen-komen disini, saya tidak tahu latarbelakang si pengomeng. Jadi jangan tuduh ISMA atau ahli ISMA sewenang-wenang.

  12. darussalam +
    Jun 19, 2009 at 3:59 pm

    salam utk semua,

    APA DAH JADI DGN aBu AdIL TU? Astaghfirullah 100 x..

  13. Jun 19, 2009 at 6:03 pm

    rilek aa bro abu adil..
    bwk istighfar sket~

  14. abuadil
    Jun 19, 2009 at 8:15 pm

    alhamdulillah, kerana syeikh dan en islam bukan orang isma.
    aku minta maaf kepada presiden isma.
    ambe selama ini cuba tidak menyerang, tetapi beberapa orang pengomen terlalu teruk misalnya syeikh yang menyamakan pas dengan umno. tiada siapa pun orang pas berdiam diri, kerana menyama sebuah organisasi islam dengan organisasi kufur(tetapi orang umno cerita lain). ini bermakna begitu ramai ulama yang berjuang dalam pertubuhan kufur iaitu pertubuhan politik yang bertujuan menegakkan negara berdasarkan nilai2 kufur!!
    dari segi ilmiah bolehkan anda menggunakan hujah seorang ahli? PKS lalu anda membuat kesimpulam. siapakah anda?adakah anda ahli mana2 pertubuhan dakwah?sila nyatakan. penjelasan berhemah aku sikit pun kau tak hargai!! akhirnya blok ini akan jadi sampah sarap.

    En Islam! sila tukar nickname anda agar kekeliruan anda tidak menyebabkan orang keliru terhadap Islam!

  15. al-aslami
    Jun 19, 2009 at 11:19 pm

    salam
    huhu..
    banyak baca komen dari baca entri.. apa2 jela..
    memang tabiat manusia suka benda panas(isu).. tapi harap2 jemaah2 islam kat malaysia x begitu..
    takut bergerak atas isu dan emosi bukan kefahaman.. nauzubillah
    untuk abu adil salam alaik dari kuantan.

  16. perjalananjauh
    Jun 19, 2009 at 11:48 pm

    Salam,
    Sepanjang mengenali abang2, ust, atau sesiapa ahli ISMA, tak pernah mereka berkata kasar, tuduh menuduh, malah sentiasa menjaga akhlak islamiyah..

    Mungkin ada salah faham..Setinggi mana pun pangkatnya, jika tidak menjaga kewajiban yang kami faham maka dia bukanlah daripada kalangan kami.

    Maaf kepada Abuadil. Salah faham je tu.

  17. Jun 20, 2009 at 10:23 pm

    Tidak terniat sedikit pn di hati utk menyakiti hati saudara seagama sebangsa senegara. Minta maaf Abuadil.. Mari elakkan emosi ye..

    1) PAS tk sama dgn UMNO, jelas sekali (merujuk post pertama ana) bilamana perlembagaan PAS berteraskn ISLAM (merujuk perlembagaan PAS 1993), jauh sangat la dgn UMNO yg lebih kpd nasionalisme.. tapi “unsur negatif” yg menyamakan ‘orang’ PAS dan ‘orang’ UMNO wujud, dan perlulah dibasmi.. Ini yg nak disampaikan..

    Ana setuju sangat kalau tarbiyyah ahli PAS dipermantap, ini yang akan menjauhkan jurang perbezaan orang UMNO dan orang PAS. memang itu pn yg ditekan2 skrang ni dalam harakah (dalam posting “Ulama’ juga perlu ditarbiyyah”, dll)..

    2) PKS kalah dalam pemilu, bukan kalah dalam perjuangan. Kerana “menang pemilu” bukan matlamat mereka pd pandangan ana..

    Pengalaman ana dgn qiyadah PAS, bersama Dato’ Hassan Ali di rumah ana, makan bersama Dato’ Husam Musa, lunch bersama Dato’ Haron Din, usrah bersama Ustaz Ismail Kamus mengingatkn ana betapa ‘hardworking’nya orang2 PAS.. Teruskan perjuangan!!

  18. abubasil
    Jun 21, 2009 at 8:54 pm

    Salam. Rileklah abu adil. Walaupun ana pas dan bukan isma, tapi kenyataan enta tu panas sangatlah. Walau camanapun ana sokong knyataan enta yang JIM lebih dekat dengan pas dan wajar kalau dikatakan ikhwan di malaysia… Semoga perjuangan Islam ini sentiasa dihati semua. Allahuakbar. Sollu ala habibil mustafa.

  19. abuadil
    Jun 22, 2009 at 8:40 pm

    Aku sedang bersedih kerana pas menolak UG tanpa melihat dari segi syarak ie sebagai pendekatan strategik dalam siasah syar’iyyah.
    1. mengurangkan kezaliman umno dan mendekati ahli2nya.
    2. membendung peningkatan kuasa politik bukan islam yang dikuasai oleh bukan islam?
    aku simpati dengan syeikh rusila dan us nasha.
    menjaga perpaduan pas, tetapi menafikan kewajipan dakwahdan perpaduan ummah? yang mana pilihan di hati?

  20. Abdullah Zaik
    Jun 22, 2009 at 11:11 pm

    Saya berpegang kepada prinsip tidak masuk campur hal rumah tangga orang.

    Namun sebagai orang yang inginkan kebaikan kepada PAS, saya perihatin terhadap keupayaan PAS untuk membuat keputusan yang merdeka berasaskan syariat dan kepentingan umat keseluruhan.

    Maaf cakap, saya perhatikan kelab penyokong PAS yang baru setahun jagung telah begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju PAS.

    Apa jadi kalau dah kuat dan rasmi nanti……???

  21. abuadil
    Jun 23, 2009 at 12:23 pm

    ketua lajnah klab penyokong pas dalam temuramah harakah, beliau pernah bersama alami semasa di mesir? guane pulok tersasar atau inhiraf?? us tentu pernah bersama nya. berilah nasihat, kerana nasihat itu untuk Allah, Rasulnya, untuk pemimpin2 dan semua orang mukmin!

  22. salam
    Jun 23, 2009 at 10:05 pm

    salam.

    kepada abuadil:

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21383&Itemid=1

    err… mungkin abuadil dah baca tpi harap ia sekadar peringatan.

    saya fikir, point utama dlm menolak isu UG ni ialah supaya umat islam tidak dipatuk ular dua kali.

    memang UG mndatangkn kebaikan, tpi adakah BN/UMNO benar2 ikhlas dlm pembentukan UG ni?

  23. abuadil
    Jun 24, 2009 at 8:47 am

    salam,
    kepada salam,
    noktah pandangan saya samada disini atau tko atau dd atau mana2; mesti melihat UG serta lain2 isu spt tahaluf, agenda lompat dsai 916, usul tak percaya kpd pak lah, erdogan, dll berdasarkan analisis syar’i, syumuli, usuli, ta’sili, waqi’i. riskasnya berdasarkan syarak. mana ada? TGNA lebih menggunakan sergahan seperti mullah dalam tradisi syiah!

    tanpa analisis syar’i dibimbangi kita tersasar,lalu merugikan ummah!
    cubalah baca buku bawariq aliroq, almasar , usulul ifta’…. mungkin boleh membantu.

  24. Julai 29, 2009 at 7:55 pm

    Ustaz, maaf bertanya.ana ada satu pertanyaan. Perlukan jawapan :

    Tentang politik dan dakwah? apa pandangan Isma tentang politik? kemudian suara yang mengatakan isma mengasingkan politik dan dakwah ?

    Boleh ustaz beri penjelasan mengenai keadaan ini secara terperinci?

    Harap boleh emailkan pada ana : ainurdina@yahoo.com

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: