Rumah > komentar > ISMA dan Politik

ISMA dan Politik

Terima kasih kerana bertanya. Maaf lambat respon sebab masalah kesihatan.

Biar saya bereterus terang.

ISMA menganggap politik sebahagian dari Islam, menegakkan kerjaan /pemerintahan Islam adalah satu kefarduan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan. Tiga level;

  • Level individu
  • Level jamaah /masyarakat
  • Level kerajaan

ISMA tidak pisah politik dengan dakwah, tetapi dakwah ada marhalah, setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling jatuh menjatuh antara satu sama lain  dengan apa cara sekali pun.

Pada pandangan kami, masa ini masyarakat belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat laksanakan Islam seperti sepatutnya.

Satu perkara lagi, pada perhitungan kami, dalam konteks percaturan politik Malysia yang terdiri dari berbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita sentiasa memastikan bahawa kuasa mesti dipastikan sentiasa berada di tangan orang Islam samada adil atau fasiq. dan mesti memastikan komposisi muslim dalam parlimen sentiasa dominan.

Oleh itu sifir kami berbeza, kami tidak lihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan PR tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.

Untuk menegakkan Islam perlukan kekuatan. kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Sebab itu bagi kami perpadun umat islam/melayu adalah pra syarat ke arah itu. Jangan harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.

Oleh itu harap anda faham bahawa kami tidak menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi kami fikir perlaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.

Saya harap, jika ada tidak jelas mana-mana point boleh sambung perbincangan.

Maaf saya banyak buat shot cut dalam penjelasan ini.

About these ads
Categories: komentar
  1. b_r
    Ogos 7, 2009 at 5:28 am

    Assalamu’alaykum wbt

    Jazakallahukhair atas penjelasan yang ringkas dan mudah difahami.

    Dan ana lega dengan penjelasan ustaz dan yakin dengan halatuju ISMA.

  2. Ogos 7, 2009 at 6:14 am

    nicely written, ustaz.

    (^_^)

  3. pujangga_sepi
    Ogos 7, 2009 at 12:32 pm

    cuba kita andaikan dalam medan politik hari ini tiada pas sertainya atau mana2 parti politik islam, bagaimana agaknya keadaan ummah?

  4. Ogos 7, 2009 at 4:09 pm

    syukran ustaz atas penjelasan…
    semoga kita thabat dalam membangunkan ummah ini….

  5. Ogos 7, 2009 at 4:27 pm

    Salam ziarah Ustadz..

    Moga cepat sembuh. Saya kira sifir yang boleh difahami dengan panduan dan aturan seerah Nabawiyyah.

    “Apa itu politik ?” Mungkin tajuk ini dari kaca mata anak watan Malaysia (terutamanya bangsaku Melayu) perlu dihurai ringkas terlebih dahulu sebelum pembaca disuakan persoalan yang akhirnya enggan mereka persetujui dek kerana terperangkap dengan permainan istilah dan suasana yang kian lama menyengkam.

    Teruskan usaha ustadz. Muga Allah kurniakan masa dan kesihatan yang barakah.

    A.S.

  6. zafry
    Ogos 7, 2009 at 6:58 pm

    Setuju dgn A.S. Oleh disebabkan faham politik majoriti melayu adalah berbeza, maka gerak kerja isma agak sukar difahami. Apatah lagi isma tidak melibatkan diri secara langsung dalam pilihanraya, satu mekanisma yg sangat rapat dgn definisi politik Malaysia. Pengalaman di Jordan,Mesir & juga Palestin & mgkn juga Indonsia boleh ditelaah bagi memahami faham politik menurut IM.

  7. Ogos 7, 2009 at 10:48 pm

    *penting

    salam, sy setuju x semestinya tggu PAS menang baru islam dapat ditegakkan..

    tp sy minta penjelasan yg lebih tepat, adakah kita perlu satukan umat islam malaysia di bawah perjuangan kebangsaan melayu sahaja??
    islam x dipandang dan dinilai melalui bangsa.. dan islam di malaysia x semestinya melayu.. di sabah cthnya, ramai yg bukan melayu adalah islam (ikut statistik perangkaan negara)..

    dan 1 lg, x semestinya jika UMNO dan PAS x bergabung secara terbuka maka umat islam boleh dikategorikan sbgai berpecah belah.. UMNO dan PAS perlu ada untuk wujudkan keseimbangan dan tegur menegur.. ia juga utk elakkan rasa kurang sng non-muslim terhadap dominasi melayu dalam kuasa politik..

    jd, sy harap kekalkan PAS dan UMNO dlm keadaan skrg tp bermesyuarahlah dgn baik dalam isu2 melibatkan islam.. itu saja.. mudahan2 islam akan mudah difahami..

  8. hajirikhusyuk
    Ogos 8, 2009 at 11:10 am

    Salam…

    Dalam berpolitik, bersosial malahan dalam apa jua pun, jangan sedikitpun lupakan Allah, kerana apabila kita lupa, maka ketika itu yang berkuasa adalah nafsu, dan nafsu sudah pasti membawa kepada kehancuran..

    cuma ingatan ikhlas daripada, http://jhajirikhusyuk.wordpress.com

  9. Ogos 8, 2009 at 9:10 pm

    Salam..

    Perlu diingatkn bahawa dalam berblogging, terutama blogging menyebarkan kebaikan dan menegakkn kebenaran, adanya golongan yang sentiasa berusaha menjatuhkn blogger tersebut, dengan mengacau-bilaukn pemikiran dengan ‘provoking’..

    Mereka2 ini very ‘well-trained’ dari segi psikologi, kerjanya hanya nak melaga2kan orang2 yang mahukan kebaikan dan kebenaran..

    Ada orang panggil mereka ‘SB’.. wallahua’lam

    Apa2 pn, memang dah terjadi sesetengah blogger yang pada mulanya ‘islamic’, akhirnya selepas dikacau bilaukan ‘SB’ ini, bahasa mereka pn jadi ‘immoral’ dan akhirnya dikalahkn nafsu amarah sendiri..

    Moga mendapat manfaat

  10. mansuh ISA
    Ogos 8, 2009 at 9:35 pm

    hidup2!!!hidup rakyat

    mansuh2!!mansuh ISA

  11. IkhwanPAS
    Ogos 9, 2009 at 5:44 pm

    Menarik… suka juga bila sesekali dapat dengar pemikiran drp NGO2 kecik cam ni.. hehe.. luar kotak..

    Sedikit soalan ;

    1. Apa pandangan ISMA pada hukum mengundi dlm pilianraya di Msia hari ini.. memang cam perasan, ahli ISMA mcm buat tak tahu jer dgn praya ni.. Adakah benda ni x masuk dlm kategori “Taawun fi mattafakna..?”

    2. Pemrintah Islam samada ADIL @ FASIQ ??? Kalulah misalnya tempat saya ada calon UMNO yg pekat sekularnya… VS… Calon DAP yg boleh terima pakatan dgn Islam…? Jadi x wajib mengundi ker ?…

    Harap sangat org ISMA boleh jawab… :D

  12. bumi-anbiya
    Ogos 10, 2009 at 5:32 am

    ana pernah dgr cerita drpd seorang pimpinan ISMA di sekitar N9 yg sanggup balik ke Kepala Batas, Penang utk mengundi walaupun kwsn tu confirm BN menang.

    tp ana x mampu beri komen dr segi pnglibatan ISMA terhadap pilihanraya. ana bukan penentu polisi.

    apapun pilihanraya bukan segalanya…

  13. Ogos 10, 2009 at 10:12 am

    kepada ikhwanPAS

    1. betul ke ahli ISMA macam buat tak tahu je? kalau anda perasan macam tu kenapa anda tidak pergi kepada individu tu dan bertanya padanya. jangan buat spekulasi mudah je.

    2. sepekat mana sekular si UMNO itu pun dia masih Islam, aqidahnya masih Allah. seterang mana sekali pun DAP itu menyokong Islam belum tentu dia akan Islam. wajib atau tidak mengundi terserah kepada kebijaksanaan anda.

    saya harap semua pembaca dapat memahami apa yang ditulis oleh Us Lah ini dengan kefahaman yang betul. ISMA tidak menolak politik. tetapi ISMA melihat di luar lingkungan politik ada ruang yang cukup luas untuk berdakwah.

    jangan lihat kejayaan PKS di Indonesia pada hari ini dari sudut pandang politik sahaja. tapi kaji sejarah mereka sejak tahun 80an. anda akan berjumpa bahawa mereka tidak bermula dengan politik tetapi mereka bermula dengan dakwah, kerja dakwah dan amal dakwah yang tidak dilakukan orang lain ketika itu. Nah sekarang lihat apa hasil yang mereka dapat biarpun mereka belum memerintah.

    Ahli ISMA 0507

  14. asyraf
    Ogos 10, 2009 at 11:13 am

    ikhwanPAS,

    kalo di Iraq, mana yg lagi bagus; Zaman rejim Saddam Hussin (MUSLIM) yg kejam,bunuh org etc ngn zaman selepas kejatuhannya yg dipelopori Amerika (KAFIR) ?

    setiap tindakan perlu kepada persediaan yg teliti, kalau tidak akibatnya amat teruk

  15. Abdullah Zaik
    Ogos 10, 2009 at 6:44 pm

    Betul ke IKhwanPAS ni? gaya tak macam Ikhwan……..tapi boleh jadi juga sebab dah jadi IkhwanPAS.

    Solan pertama dah ada orang jawab, saya pun tidak minat pergi ditil-ditil dalam kontek taawun.

    Cuma sedikit kupasan dari segi bahasa. Taawun atas wazan tafaaul, iaitu tindak balas dua pihak. maknanya saya tolong awak dan awak tolong saya. kalau saya tolong awak, awak tak tolong saya itu kena guna wazan lain.

    kedua, saya nak ajak ikhwanPAS ni baca tafsir sepotong ayat dari surah al anfal yg bermaksud, “wahai orang yang beriman jagan kamu mengambil bitonah (rakan setia) bukan dari kaum sejenis kamu(membelakangakan mereka/ (muslimun), yang mereka ni tidak peduli pun kalau keburukan menimpa kamu, mereka nak kamu susah dan mendapat mudhorat, telah terkeluar dari mulut mereka kebencian dan hak mereka simpan dalam hati lebih teruk lagi…

    Macam mana IkhwanPAS boleh nilai DAP boleh terima pakatan dengan ISLAM. Tidakkah kenyataan Jeff Ooi, tindakan Ronei liu di Selangor dan Karpar Sing sebelum ini “kalau nak buat negara Islam langkah mayat saya dulu”, dan cabar PAS keluar PR bila HJ Hadi sebut pasal muzakarah dengan UMNO, tidakkah itu semua beri maksud yang berlainan.

    Tinggi sungguh husnuzzan dengan DAP????

    Bagi saya wala’ hanya kekal sesama Islam, tanpa menafikan ia ada darjat darjat yang berbagai sejauhmana iltizam sesaorang dengan Islam.

  16. Ogos 10, 2009 at 9:22 pm

    setuju 200% dgn ustaz lah…

    jgnlah sampai kita ni boleh meletakkan sangka baik kita kepada bukan Islam namun amat sedih kita tidak boleh bersangka baik dengan rakan muslim seaqidah kita.

    sekali lagi saya jelaskan orang Islam itu biar jahat macam mana sekali pun dia masih Islam dan dia masih ada ruang utk bertaubat dan menyokong Islam. namun orang bukan Islam belum tentu dia akan selamatkan Islam dan belum tentu dia akan Islam walaupun saya tidak nafikan kemungkinan dia boleh memeluk Islam.

    kita juga kena ingat Sulh Hudaibiyah (perjanjian Hudaibiyah) melibatkan kerajaan Islam dengan kerajaan bukan Islam dan tahalluf ketika itu bertulis. terang dan jelas apa yang boleh dan apa yang tidak.

    cuba kita perhatikan tahalluf dalam PR ketika ini tidak melibatkan kerajaan dgn kerajaan dan tiada perjanjian bertulis. kita pun tidak jelas sebenarnya atas dasar apa mereka bersatu dan apa yang boleh atau tak bolehnya….sebab tiada perjanjian bertulis. kalau ada perjanjian bertulis tunjukkan pada rakyat.

    akhir sekali, saya hendak sebutkan di sini agar orang-orang PAS melihat dengan mata hati kenapa agaknya TG Haji Hadi lontarkan kerajaan perpaduan? tidakkan TGHH telah melihat betapa siksanya PAS berada dalam Pakatan?….

  17. abuadil
    Ogos 10, 2009 at 10:46 pm

    bagi ambe, tulisan us abdullah berhubung isma dan politik perlu diperhalusi memandang realiti politik perebutan kuasa berbagai2 kekuatan/kumpulan dalam masyarakat malaysia.
    dalam masa masing2 membina jamaah masing2 yang diharapkan menjelma kekuatan dlm semua aspek kehidupan, penglibatan segolongan dalam medan siasi adalah sesuatu yang mendesak. kita sepatutnya merasa terhutang budi kepada pas dengan peranan yang dimainkan. lebih dari itu, untuk menegakkan sebuah negara, mestilah melalui amal siasi. tak kiralah siapa berperanan, asalkan berdasarkan siasah syar’iyyah.
    keduanya berhubung tahaluf dengan dap dan pkr. bukan semua yang bersetuju dan kalau dibuat undi sulit, keputusannya 50-50 atau lebih memenangkan kumpulan yang tak bersetuju. ambe, dalam forum2 maya telah menyatakan pandangan ambe dan kalau kita baca tajuk akhir buku tahalauf siasi tulisan ghotban tentang tahaluf yang haram, ambe percaya kita akan cenderung mengatakan bahawa tahaluf yang ada telah bertukar menjadi haram. namun susah hendak dikatakan sebab semasa tahaluf hendak dibuat, presiden menyatakan tahaluf kita adalah longgar, tetapi selepas itu mursyid dengan sokongan muktamar menegaskan “memperkukuhkan pakatan?(tahaluf). namun satu kertas kerja yang detail dan jelas tidak dibincang. seminar yang dibuat hanya menyebut secara terlalu umum. tapi PAS tetap parti ambe.
    berhubung dengan iroq, ambe hanya cadang, kalau siapa2 ada masa kelapangan, elok baca buku bawaariq aliroq tulisan assyeikh almurobbi arrosyid. mungkin analisis tentang iroq beliau berguna kepada kita sebagai panduan di malaysia sekadar berkaitan.
    maaf kepada semua kalau ambe terlebih kata….

  18. Abdullah Zaik
    Ogos 10, 2009 at 11:34 pm

    Melayu adalah satu bangsa yang dicipta Allah yang merupakan penduduk mejority di rantau ini. Islam ketika datang kepada arab atau mana-mana bangsa tidak menghapuskan bangsa tersebut sebaliknya mengeksploit kekuatan assobiyah bangsa tersebut untuk menegak dan menyebarkan Islam.

    Ketika kita memperkatakan tentang bersatu, kita bersatu atas asas Islam bukan atas asas Melayu, seperti berlaku kepada Aus dan Khazraj, mereka disatukan oleh Islam, tetapi kedua-dua kaum ini terus memainkan peranan dalam menegak dan menyebarkan Islam dimuka bumi.

    Hari ini Malayu seperti kata ramai orang berpecah, mereka patut bersatu dan hanya Islam yang akan menyatukan mereka, memberikan mereka risalah dan sebab kelangsungan.

    Semua bangsa boleh memainkan peranan mereka dalam menyebarkan Islam. Cuma saya sebagai orang Malayu saya mahu bangsa saya cemerlang, menjadi bangsa memimpin dan bangsa tonggak menegakkan Islam dirantau ini. Ini tidak bercanggah dengan kesatuan Islam yang menggabungkan semua bangsa.

    INi adalah satu tujuan yang amat mulia disi Islam. Dalam kontek ini bangsa bukan matlamat tetapi wasilah.

    Kemudian saya bersetuju perpaduan tidak semestinya melalui gabungan parti politik melayu bahkan ia suatu yang kurang praktikal. Bagi saya cukup jika kedua-dua parti Melayu bersetuju dengan satu garis umum yang tidak boleh dilangkaui melibatkan kepentingan umat keseluruhan. Masing-masing menawarkan offer-offer yang terbaik untuk kepentingan umat tanpa sekali-kalai melampau lebih politiknya sehingga menggadai/mengancam masa depan dan kepentingan umat dan bangsa tanpa pengawasan.

  19. al aslami
    Ogos 11, 2009 at 11:56 am

    salam
    alhamdulillah..
    jelas lagi bersuluh.. dapat satu input yg menarik..
    lebih realiti dari apa yg ada di dalam kotak…
    moga hidayah allah berterusan..

  20. Ogos 11, 2009 at 3:25 pm

    bangsa melayu sebenarnya adalah bangsa pejuang… rujuk blog citaimpian.blogspot.com untuk maklumat tambahan tentang kebangkitan bangsa melayu dari sudut keimanan (episode 1)

    * sedikit tambahan… kenapa dalam politik kita sanggup menyokong orang yang tidak jaga solat jemaahnya, qurannya, zikirnya dan sebagainya…. sebaliknya kita menyokong pula orang yang hubungan dengan Allah entah ke mana serta menyokong orang politik tersebut sebab bawa bendera parti yang kita suka dan kerana ada sebab 2 yang tak diduga… ini dah jauh dari matlamat sebenar nak bawa Islam.. matlamat tidak menghalalkan cara… bagi saya… bangsa kita sebenarnya jauh dari kefahaman sebenar tentang politik Islam… ini kerana kedapatan ramai ahli politik yang lebih mengutamakan isu daripada asas2 sebenar sebuah Daulah Islam…

    Moga ada kebaikan selagimana perbincangan ini kearah keimanan, ketaatan, kebenaran dan ketaqwaan diri pada Allah… selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

  21. Ogos 11, 2009 at 3:50 pm

    setuju dgn ustaz lah

  22. IkhwanPAS
    Ogos 11, 2009 at 4:00 pm

    “… Aku beriktiqad bahawa jika anda mengerjakannya (rukun baiah dan wajibat) dan menjadikannya cita-cita dan matlamat hidup anda, anda akan menadapat kemulian dan kemenagan didunia dan kebaikan dan keridhaan di akhirat, anda daripada kami dan kami dari anda, dan jika anda berpaling dan tidak mengamalkannya maka tidak ada hubungan antara kami dengan anda, walaupun anda mengepalai majlis kami…”

    Jadi tak kisahlah IkhwanISMA ker.. IkhwanPAS ker… tak gitu ?… InsyaAllah, ramai lagi ikhwan yg belum jadi IkhwanISMA.. hehe

    Sbnanrya malas nak bagi bukti… tapi saya ni kerja Petronas, Trg… bnyak la kenal org2 ISMA ni.. Masa praya terakhir dulu, ketika semua duk sibuk mengajak org menyokong PAS, saya lihat sorang ahli ISMA yg asal bukan tempatan.. tanya la dia, “Tak balik mengundi ker ?..” Dgn selambanya dia menjawab.. “ISMA tidak menganggap praya ni sbg manhaj perubahan…” Saya rasa sedih betul, kita hormati pndnagan ISMA yg ada manhaj taghyir tersendiri… tapi sikap demikian sangat2 mengguris perasaan org PAS mcm saya… Paling kurang (kalaupun x nak berkempen), pulanglah mengundi calon2 pendokong Islam… Paling kurangpun, dgn adanya YB Islam, dpt lah juga membaiki apa yg mampu dibaiki…

    Yup.. memang ada ahli ISMA yg terlibt sungguh2 dlm Praya.. tapi kelihatannya ia adlh inisiatif peribadi… sbb tu tanya “Apa pandnagn ISMA dlm hukum mengundi ??..” Tok guru kata wajib.. ISMA kata apa ? Sunat ? :-?

    Sedarlah juga.. kalaupun ISMA nak daulatkan Islam di Msia, mereka tetap perlukan sokongan PAS juga… kena pandai buat kawan, jgn sombong dgn pandangan…

  23. asyraf
    Ogos 11, 2009 at 4:59 pm

    Nampaknya IkhwanPas telah menggunakan pengalaman dgn bbrp ‘ahli isma’ dan ‘pukul rata’ bahawa itulah pendirian Isma ttg p’raya. Padahal Presiden dh tulis kat atas apa pandangan Isma ttg p’raya.

    Sy merasakan itu hanyalah pndgn segelintir kecil ‘ahli isma’ (dh daftar ke blom ahli isma??) dan tidak boleh ‘pukul rata’ pandangan organisasi ISMA.

    Dalam Save Gaza di stadium malawati awal tahun 2009 anjuran ISMA, YB dr Pas pn datang sebagai tetamu jemputan.

  24. bumi-anbiya
    Ogos 11, 2009 at 5:46 pm

    sekali lagi sebelum ana nk bg statement ana nk sebut ana bukan penyusun polisi ISMA…maka mngkin apa yg ana sebut x selari dgn polisi ISMA..

    Ana bersetuju dgn statement ahli ISMA yg sebut pilihanraya bukanlah satu manhaj taghyir pd pndngn ISMA sbb Ikhwan Muslimin pun melihat mcm tu. Penglibatan dlm pilihanraya hanya utk sampaikan pandangan Islam kpd masyarakat.

    Di Jordan, lebih dr separuh ahli parlimen dipilih melalui pelantikan Raja. Maka IM memang dr awal melibatkan diri hanya atas sebab utk sampaikan pandangan Islam kpd masyarakat.

    Sistem pilihanraya sedia ada terdedah kpd manipulasi2 kelompok agen Zionis atau pro-sekular. Maka, sudah pasti ianya tak boleh dijadikan suatu manhaj taghyir. Macam di Palestin, HAMAS menang pilihanraya pun Zionis-US & sekutu tak suka, tak boleh nak memerintah juga.

    Kalau betul menghormati manhaj taghyir jamaah lain, patutnya kita tak mudah simpan hati. Kena banyak berlapang dada.

    Harap masyayikh ISMA boleh betulkan statement ana kalau ada yg salah.

  25. Abdullah Zaik
    Ogos 11, 2009 at 6:23 pm

    Sebenarnya ISMA ni NGO kecil sahaja,, herm

  26. abuadil
    Ogos 11, 2009 at 7:21 pm

    1. ikhwan dalam menegakkan islam, dapat dirumuskan menggunakan 4 wasilah ie dakwah, tarbiyyah, amal siasi dan jihad. jadi tak timbul persoalan penglibatan dalam pilihanraya terutama dalam sistem demokrasi. untuk menunggu ada negara menawarkan kita untuk melaksanakan islam sebagaimana yang pernah berlaku di madinah, amat sukar untuk hari ini. justeru penglibatan dalam pilihanraya merupakan pilihan yang ada. tak tahulah kalau ada kalangan kita yang ingin bersembunyi dalam gua dan keluar setelah almahdi muncul atau memilih manhaj benladiniyyah.

    2.ambe sendiri pernah dengar kenyataan yang sama dari seorang teman isma (dulu ambe agak dia jim). kenyataan yang sama juga pernah dilontarkan oleh orang jim. ungkapan yang juga biasa digunakan ialah “non partisan”. ambe anggap kata2 itu terkeluar dari mulut budak2 isma dan jim ataupun haluan. sebagai orang tua, ambe berpendapat ianya hendaklah diabaikan. namun sebagaimana us abdullah akui isma ngo kecil, sayugialah pimpinan isma ambil perhatian sebelum menimbulkan masalah yang lebih besar.

    3. pas sendiri tidak mengatakan pilihanraya adalah manhaj taghyir. presiden pas dalam muktamar ipoh tahun lepas menegaskan bahawa pas adalah parti politik, badan dakwah dan tarbiyyah. ungkapan2 yang sama juga kerap ditegaskan oleh almarhum us fathil nor. namun realiti belum meyakinkan, tetapi usaha semua pihak termasuk isma diharap dapat membantu. dan tak perlulah kita membanyakkan bekas, sedang juadah tak seberapa!

  27. kixzar
    Ogos 12, 2009 at 12:52 am

    askm

    tertaik dengan ikhwanPAS
    saya pun mempunyai pengalaman tersendiri mengenai org2 ISMA ni
    ni bukan pukul rata, kesemua yang ditanya dan diajak berkempen dalam PRU lepas semuanya bagi jawapan yang negatif:
    kurang aula
    tak perlu sekarang
    kita ada cara tersendiri
    tidak komprehensif
    pokoknya tiada pun kerjasama dalam berkempen, mengundi ke?

    janganlah macam tu sekali, katakan jemaah islam?

  28. ribieamir
    Ogos 12, 2009 at 8:43 am

    er… salam
    kenapa org PAS macam terasa hati ek..?
    org UMNO.. x de ker..?
    teringat malam sebelum mengundi dulu ayah ana (join ISMA) punyalah pusing satu bandar nk melawat markas2.. bila ana tanya kenapa..?(pasal ana dh ngantok)
    dia kata nk kasi sokongan moral..
    hehe saje nk cerita..

  29. Ogos 12, 2009 at 8:54 am

    hebt juga ye pendapat presiden ISMA dapat perhatian org2 PAS

  30. Ogos 12, 2009 at 10:15 am

    Ikhwan dan politik, mungkin tajuk ini lebih sesuai

    Saya bersetuju 99% dengan kata-kata ustaz presiden

    Dan saya berpendapat bahawa ikhwan bukan segalanya. Dan bukannya kita mahu melebarkan islam ke serata dunia dengan seluruh dunia menyertai ikhwan. Sudah pasti jika kita mahu menegakkan islam, keseluruhan jemaah minal muslimin ini diperlukan, tidak kiralah apa topinya.

    Namun, penting buat rakan-rakan dari gerakan lain tahu, pada fasa apa kini ikhwan meletakkan dirinya pada waqi malaysia, supaya amal berperingkat yang lebih muntijah dapat dilestarikan.

    Mcam yang ustaz cakap la, masyarakat tidak bersedia melaksanakan islam sebagai syariah hidup mereka, apatah lagi negara.

    Ingat, matlamat kita BUKAN KEKUASAAN. Matlamat kita ialah PENEGAKKAN ISLAM. Dan bila kena masa dan waktunya, mmg kita perlukan KUASA untuk tegakkan islam, tapi bukan sekarang. Tugas berbeza pada marhalah yang berbeza.

    Ikhwan tak endah pasal politik sekarang? Ana tak rasa camtu, mungkin wording yang paling sesuai ialah mereka tak mahu disibukkan.

    Dan ana rasa semua umat islam kena faham sensitiviti umat islam lain sekarang. Kena saling hormat menghormati. Bukan kita sorang je yang buat kerja islam ni. Jangan terkeluar dari mulut kita kata-kata yang kita tahu pun akan mengguris perasaan saudara kita.

  31. Ogos 12, 2009 at 3:37 pm

    ana setuju dgn pendapat husaini. bg ana semua pihak beramal ikut kemampuan masing2. yang paling penting amal untuk kembali mendaulatkan Islam. ABIM, JIM, ISMA, PAS dan yang sewaktu dgnnya telah ada keistimewaan dan niche masing2 jadi yang lain jangan mempertikaikan dan memperlekehkan kerja badan lain. PAS niche dia politik. ISMA niche dia tarbiyah. JIM niche dia …….ABIM pun sama turut punya niche. kalau semua berlapang dada insya Allah kita semua akan bertemu di puncak kejayaan yang hasan al banna sebut ustaziatul aalam….

  32. bumi-anbiya
    Ogos 12, 2009 at 3:38 pm

    Ustz Abdullah Zaik,
    Mungkin kalau Ustz berkelapangan boleh ceritakan posisi amal siasi di sisi IM sendiri? Mungkin akan lebih beri manfaat kpd semua pembaca.

    Kalau ada sumber rujukan lg bagus. Sbb kadang2 ana rasa sahabat2 yg memberi komen seolah-olah menyatakan sesuatu polisi IM berdasarkan pemerhatian peribadi sahaja.

    Ana secara peribadi lihat bukan PAS tak laksana tarbiyyah, cuma ana rasa PAS punya prioriti adalah pada politik berdasarkan pembahagian “abuadil” terhadap wasilah penegakan Islam oleh IM.

    Ye, kita tak boleh tunggu ada daulah macam Daulah Madinah baru boleh laksana Islam, tp kita jgn lupa Rasulullah sebelum Hijrah, baginda membentuk golongan Muhajirin & persiapkan masyarakat Madinah dulu baru boleh bina daulah. Macammana daulah akan ada kalau majoriti masyarakat tak nak/ tak faham dgn konsep negara Islam?

  33. Ogos 12, 2009 at 9:44 pm

    Salam Alaik..

    Terima kasih ustaz atas penjelasan..Juga syafakallah buat ustaz, agar cepat sembuh.

  34. Ogos 13, 2009 at 12:39 pm

    salam…

    terima kasih ustaz atas jawapan yang diberikan oleh ustaz…

  35. Ogos 13, 2009 at 2:59 pm

    pokok persoalan timbulnya perbahasan2 ni adalah pada berbezanya DEFINISI POLITIK itu sendiri.

    Ada yg faham (dan sebenarnya kefahaman umum masyarakat), politik itu adalah terlibat dalam pilihanraya.

    Adapun, ada yg memahami, politik itu adalah menguruskan pentadbiran umat islam.

    So sblm pi lebih jauh, dan nak bahas lebih panjang, maka definisi politik yg sama perlu dipersetujui.

  36. abuadil
    Ogos 14, 2009 at 10:02 am

    ada pengomen tanya tentang badiuzzaman sa’id nursi, kata sa’id nursi ” aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik”!!!!
    namun bagi ambe, risalah annur antara tulisan terbaik menyerang fahaman materialisma dan tamadun barat.

  37. Ogos 18, 2009 at 8:05 pm

    Assalamualaikum wrt.

    Pengalaman peribadi membawa saya kepada pandangan ramai yang sering berbalah soal mahu menggunapakai kaedah mana atau mana yang lebih tepat pendekatannya dalam mendepani cabaran semasa bagi sesebuah organisasi yang bergelar gerakan Islam. Untuk perhatian, hal ini hanya berlaku di sekitar beberapa kalangan yang bersemangat dengan jemaah yang dianggotai (ini tidak berlaku di kalangan pimpinan. Hanya orang bawahan).

    Kita seharusnya kembali kepada apa yang telah ditegaskan oleh baginda Nabi SAW. Sesungguhnya Islam itu ada penjuru-penjurunya. Maka hendaknya setiap dari kamu menjaganya.

    Analoginya mudah, setiap rumah pastinya punya pintu utama (depan) dan pintu belakang serta tingkap. Bodohlah kita sebagai pengawal kalau semua hanya sibuk menjaga pintu utama sahaja sedangkan pintu belakang dan tingkap dibiarkan tanpa pengawalan. Sudah pasti pencuri dengan mudah masuk ke dalam rumah tersebut.

    Begitu jugalah dengan kita. Diandaikan PAS itu pengawal pintu utama makan janganlah pula meremehkan orang yang sedang menjaga pintu belakang. Juga yang menjaga tingkap. Begitu juga yang menjaga pintu belakang tetap boleh meremehkan yang menjaga pintu depan atau tingkap.

    Kita punya peranan masing-masing. PAS pelihara PAS melalui gelanggang siasah, ABIM menjaga belia-belia Islam, JIM jaga profesional, ISMA & HALUAN bahagian kemasyarakatan. Nah, bukankan cantik. Kita telah menjaga setiap penjuru-penjuru Islam.

    Apa perlu bertelagah tak tentu faham. Ini memerlukan kepada menghadam Fiqh Ikhtilaf dan Fiqh Awlawiyyat dengan baik.

    Cuma tinggal ialah bagaimana kita ingin melakukan penyelasaran yang demi kemaslahatan ummah seluruhnya.

    Kalau PAS, Jemaat Islami, AKP dan Ikhwan Muslimin boleh bermesyuarat bersama 4 bulan sekali, saya tak nampak di kalangan gerakan Islam Malaysia tak boleh lakukan paling tidak setahun sekali.

    arrazzi alhafiz
    Bekas Mahasiswa Akademi Islam
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

  38. DAMAI
    Ogos 19, 2009 at 7:23 am

    salam
    rupa2nya ISMA pun nk join polotik jgk….
    politik mcm mn yang ISMA ingin perjuangkan?
    Adakah politik Islam atau politik kebangsaan?
    Adakah sekarang ini masih belum ada parti politik yang ingin memperjuangkan Islam?
    Jika belun ada, maknyanya ISMA menganggap PAS bukan merupakan parti politik Islam?
    Jika telah ada disana parti politik Islam, kenapa perlunya ISMA join politik?
    Jika Ustaz mengatakan masyarakat sekarang belum bersedia menerima pemerintahan Islam, agaknya bile masyarakat dapat menerima? Adakah Ustaz belum nampak sekarang bahawa Islam itu makin diterima masyarakat? Apakah buktinya? 1-masyarakat menolak sistem kewangan yg berasaskan riba 2-ramai ibu bapa yg menghantar anak2 mereka ke sekolah agama 3-masyarakat mula menolak pemerintah yang rasuah dan zalim melalui PR 4- masyarakat menolak undang2 yang zalim
    Adakah semua itu bukan merupakan kesedaran Islam? Ana yakin dengan izin Allah bahawa masyarakat akan lebih terbuka untuk menerima Islam dan mengenali Islam sebenar. Kerana fitrah manusia suka kepada perkara yang indah dan baik, dalam masa yang sama agama islam itu adalah indah dan mengajak kepada kebaikan. Sama2lah kita memperteguhkan gerakan Islam yang telah ada, jangan ada pihak yang cuba memecahbelahkan masyarakat atas dasar ingin menegakkan Islam yang sebenar.

  39. solahuddin
    Ogos 19, 2009 at 3:26 pm

    assalamualaikum wbt..

    saya bukan ahli isma, tp idea ustaz abdullah di atas kelihatan menarik utk diamati..kelakar sikit bila diutarakan utarakan soalan2 diatas..seolah2 tidak faham tulisan ustaz abdullah..yg sy nampak idea ISMA/Ustaz Abdullah utk menjadikan MELAYU ISLAM sebagai BANGSA TONGGAK dlm penegakan Islam di Malaysia/rantau kepulauan melayu..ini dilakukan dengan mengembalikan BANGSA MELAYU kepada PENGHAYATAN ISLAM yg sebenar..bangsa melayu ni tak terhad kepada UMNO dan PAS shj..apabila BANGSA MELAYU diisi dgn ISLAM, maka secara otomatiknya bangsa melayu akan jadi bangsa yg unggul..dan otomatiknya bila telah diisi dgn ISLAM maka tiada kaum/bangsa lain yg akan tertindas disebabkan ISLAM itu akn mensejahterakan bangsa2/umat2 yg lain..

    satu lg sy juga bersetuju utk menyatakan bhw masyarakat masih belum bersedia menerima pemerintahan Islam..mmg benar, kesedaran mula membiak dlm masyarakat sbgmana contoh yg damai sebutkan diatas..cumanya sy berpendapat masyarakat masih belum bersedia utk MENDOKONG pemerintahan Islam..sudah bersedia ke masyarakat utk menanggung tekanan/sekatan antarabangsa atau kesusahan bila pemerintahan Islam ditegakkan di negara kita ni?..sukar utk kita katakan ya..jk ini jawapan kita,maka masyarakat kita masih belum bersedia..

    sy pun berharap PAS dpt menegakkan kerajaan tanpa perlu bekerjasama dgn DAP atau parti2 non-Islam yg lain dan mengekalkan dasar perjuangan Islam yg dibawa..

  40. iman nasuha
    Ogos 20, 2009 at 4:25 am

    bismillah..syafakaLLAH..utk ustaz
    semoga ustaz diberikan nikmat kesihatan..
    rasa nk kongsi cerita dgn ustaz..

    kat Mesir, baru2 ni DarDaawah di alex (tempat nak cari buku fikrah) di sita..buku2 fikrah dirampas..sian kat kami..
    dan beberapa bulan sebelum ni Maahad Iqra’ di cairo (tempat kelas2 bahasa arab dan kelas2 agama) juga disita..kata mereka mudir di situ org kuat IM,ditangkap..

    apa yang saya fikirkan, kapasiti yang besar dan kuat telah memungkinkan IM di mesir memasuki politik..dan sudah tentu penentangan terhadap mereka daripada kerajaan sekular mesir juga semakin kuat..

    kelab2 malam dan tempat maksiat berleluasa..tetapi tempat untuk belajar dan nk beli buku disita pulak..

    saya pelajar je..masih mentah lagi..bukanlah pengkaji politik malaysia..tak tau pun nak predict masa depan politik malaysia..saya baca gitu2 je la..

    em..sudah tentu..mesir dan malaysia berbeza..xleh samakan..btol x

    tapi saya sokong artikel ustaz..marhalah kita sekarang ialah membentuk afrad yang mengimani fikrah dan membina kekuatan..pesan murabbi..kita tak boleh isti’jal..nak tunggu buah masak ranum..kena la sabar..

    saya balik msia nnt..saya pun x tau la nak mengundi ke x..
    cam x yakin je nak mengundi..mak ayah saya salu je baca harakah, g markaz sume..
    tp tulah… saya pelik sbb PAS join PR..patu nk bergabung ngn UMNO la..ngara berkebajikan la..sy pun pening..mereka nak bawa kami ke mana sbnanye?

  41. rahabiah
    Ogos 20, 2009 at 6:18 pm

    salam

    satu kesimpulan mudah. ISMA pelambat kemenangan Islam di Malaysia..

  42. Ogos 20, 2009 at 8:26 pm

    apa apa hal pun yang pasti masing masing kena respect antara satu sama lain
    respectlah PAS sebagai sebuah parti yang ingin sekali menegakkan Islam di Malaysia.
    rasanya Pas tak pernah menafikan kewujudan NGO NGO islam seperti ISMA ,ABIM , JIM dimalaysia
    kerana Pas tahu mereka ini berjuang kerana agama bukan kerana kebangsaan
    yang penting
    kita bersyukur tak macam Indonesia
    bila time pilihanraya satu sahaja parti Islam yang perlu dipangkah iaitu Pas.

  43. Ogos 20, 2009 at 11:07 pm

    salam..
    sy skong dgn kata2 solahuddin. mungkin ramai lg yg masih blum phm dgn kata2 ust yg sbnr…

  44. al-aslami
    Ogos 20, 2009 at 11:51 pm

    salam..
    er.. tapi nanti bila saya dah boleh pangkah.. nak pangkah PAS.. tapi x nak la tengok PAS berlembut dngn DAP masa tu..
    n x nak la tengok PAS selalu bermain isu je masa itu banyakkanlah kefahaman agama kepada masyarakat…
    n nak tengok PAS dapat bina ahli2 yg fully solat jemaah kat masjid pada masa tu..
    n PAS dapat bina majority ahli yg x merokok masa tu.. n PAS dapat dakwah ahli UMNO bukan menghukum jer masa tu…
    n masa tu PAS meletakkan matlamatnya adalah perpaduan Islam melayu bukan kejatuhan UMNO..
    harapnya “waktu dan masa” itu pasti datang..
    dari saya anak bangsa yg berumur 19..
    jgnlah wariskan saya ummah yg berpecah belah.. wassalm

  45. ahmad
    Ogos 22, 2009 at 7:52 pm

    walau kita berbeza jamaah,kita tetap satu ummah..
    diikat dgn ikatan tauhid..
    cuma cara pelaksanaan dakwah saja yg berbeza2..

    bagaimanakah cara kita mengukur kemenangan Islam?
    adakah dengan ramainya ahli?
    atau dengan jatuhnya kerajaan yg sekarang ni?

    sama2 muhasabah dan elakkan dr menyenda mahupun mengutuk orang lain saja..
    elakkan diri dan tulisan yang dikuasai perasaan marah..
    tetapi sentiasalah tingkatkn kefahaman Islam dlm diri..

    syukran ustaz ats perkongsian2 yg byk manfaatnya..

  46. drhatta
    Ogos 29, 2009 at 8:45 pm

    Ust., adakah ahli ISMA, apabila sampai PRU atau PR Kecil akan berkecimpung dalam kempen untuk calon yang Islam?

  47. super duper
    Ogos 30, 2009 at 4:05 am

    kpd abu adil..

    hukum taadud jamaah bg saudara dan realiti yg berlaku sekarang?bagaimana dan apa pendapat saudara?

  48. Cyrus II
    September 3, 2009 at 10:20 am

    pendapat dari budak mentah dan tak berilmu..

    untuk menyatukan umat islam cuba haramkan perbincangan fahaman politik masing-masing. Minta tolong umat islam yang ingin tegakkan ISLAM bersatu atas alasan ingin berdakwah bukannye memperjuangkan parti masing2 yang pasti mempunyai kepentingan sendiri. Idea ustaz mmg best lah..

  49. pedangpen
    Oktober 2, 2009 at 6:16 pm

    segala persoalan terjawab.. insyaAllah makin yakin dengan ISMA

  50. Musykil
    Oktober 2, 2009 at 10:59 pm

    salam,

    ustaz zaik,

    saya agak kecewalah dengan tulisan ustaz. sebagai seorang pemimpin jamaah islam, tulisan ustaz perlulah bersandarkan kepada al-quran, atau hadis, atau ijma’ ulama’ atau qias. malangnya, lontaran idea yang tidak berlandaskan Islam adalah lontaran yang lemah. janganlah hanya menggunakan logik akal semata2,

    kecewa dan kecewa,

    saya juga terkilam, ucapan dasar ustaz yang lalu, tidak dipetik ayat quran dan hadis? maka kebarangkalian untuk destinasi tersasar jauh adalah amat tinggi.

  51. pedangpen
    Oktober 2, 2009 at 11:02 pm

    ustaz, boleh sertakan dalil2 mahupun ijma’ ulama’ untuk menyokong pandangan ustaz termasuklah isu kita boleh pilih org fasiq dan juga kita boleh bangga dgn bangsa melayu?

  52. abuadil
    Oktober 2, 2009 at 11:19 pm

    kepada super duper,
    dengan selamatnya,
    ada pun hukum taadud itu melibatkan perbincangan yang panjang yang lebih merupakan polimik dari mencari kebenaran. dalam web2 atau blog2 telah banyak dibincangkannya. tambahan pula ambe seorang penebar roti canai sudah tentu tak mampu beristimbat hukumnya.
    namun ambe berpegang dengan pendapat qorodawiy, bahawa penyatuan jamaah2 bukanlah perkara dhoruri.
    dalam realiti Malaysia dan mana2 negara ummat islam, wujud berbagai jamaah tak dapat dielakkan, kerana berbagai2 faktor seperti sejarah, tingkat kesedaran ummat dan alim ulama, isu2 mendesak, dsb.
    Katakan misalnya hanya manhaj ikhwan yang semestinya digunapakai, apakah logik ummat islam di malaysia sebelum merdeka mesti menangguhkan penubuhannya sehingga al banna menghantar wakilnya untuk menubuhkan ikhwan di malaysia? sedangkan ummat islam mesti melakukan sesuatu dalam keadaan tersebut. siapakah yang tahu kewujudan ikhwan pada masa itu?
    ataukah semasa kedatangan pendakwah jamaah tabligh ke malaysia, kita semestinya menyekat mereka kerana manhaj mereka tidak bertepatan dengan islam? siapa yang mampu berbuat demikian, sedangkan sesama ikhwan di malaysia pun tak bersatu.
    satu hal lagi, undang2 malaysia telah membahagikan pertubuhan kepada friendly society dan political society.
    sekiranya sesebuah pertubuhan itu adalah pertubuhan persahabatan misalnya JIM dan isma, sudah tentu undang2 menyekat mereka menyentuh persoalan politik. kalau begitu pertubuhan manakah yang patut tanganinya? atau pendokong manhaj ikhwan berkeyakinan biarlah golongan umno(yang secara jelas bukan pertubuhan islam) menanganinya?
    ringkasnya bagi ambe, biarlah wujud berbagai pertubuhan mengikut pengkhususan masing2 serta beriltizam dengan adab2 ukhuwwah islamiyyah.
    begitu juga seperti dituliskan oleh ana muslim, sepatutnya sesama pendokong manhaj ikhwan yang berbeza tanzim, elakkan mencerca atau memperlekeh antara satu sama lain. bersainglah dengan meningkatkan usaha2 sebagaimana yang dituntut oleh manhaj.
    kata syeikh rusila, semua jamaah2 islam adalah sahabat kita, melainkan yang menentang islam.
    … ambe gembira bersama pas.
    super duper ikut jamaah mana?

  53. org baik
    Oktober 3, 2009 at 10:51 pm

    ambe tu ape………….abuadil tu sape…………………..harap dpt gunekan bahase melayu fusohah

  54. abuadil
    Oktober 4, 2009 at 4:07 pm

    org baik yang dikasihi,
    semoga berada dalam sejahtera selalu hendaknya.
    tidak ada indah akan bahasa ambe, lebih2 lagi berbahasa melayu fusohah, almaklumlah ambe hanya penebar roti canai, dan belajar agama hanya di masjid rusila.
    kalau ada barang tersilap bahasa dan kata, maaf jua yang ambe pinta dari diri2 sekelian.

    kalaulah kita sama2 baca tulisan qorodhowiy, ghunuchi, arrosyid, fathi yakan, abu nasy dan lain2 fuqaha addakwah ikhwan, jelas menunjukkan bahawa penglibatan dalam medan politik sesuatu yang mendesak!

    dua bulan yang lepas, ambe terserempak dengan seorang sahabat haluan, lebih 30 tahun beliau bersetia dengan haluan, panjang diceritakan tentang apa yang haluan buat ie membina jamaah, melalui tarbiah, pembinaan institusi pendidikan formal, amal2 khair, koperasi, perniagaan dan sebagainya. tekan beliau, pembinaan manusia ini mesti diutamakan (amal qowi), kalau tidak kita tidak akan miliki masa depan. sifarkan percakaran sesama kita…. akhir sekali kata beliau setiap pilihanraya kita tetap memberi sumbangan kewangan kepada PAS!!!!

    ini bahasa fusohah ke?.. janganlah ambil hati, org baik… ambe suka berseloroh, sebab hidup ambe tertekan…..angkara diri2 semua tak bersatu!

  55. Abdullah Zaik
    Oktober 4, 2009 at 6:27 pm

    Abuadil!, kedai roti canai dan air tebu buka tak lagi? lama tak makan roti canai tranung………….

  56. Oktober 5, 2009 at 11:37 pm

    klo yakin dgn apa yg anda yakini. siarkan sja… x sgka presiden pn cmni… apa2 pon slm ta’aruf… :)

  57. Oktober 17, 2009 at 4:10 pm

    salam ust..leh x ust jelaskan statement ni..
    “masa ini masyarakat belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam.”

  58. Syed
    Oktober 18, 2009 at 1:23 am

    Salam.
    Allah,Devotee.anta ni,gurau ksr sgt.Ana rasa,anta kena fahami btol2 apa yg Ust nk smpikn.Jgn lah mncerca mreka yg blainan pndpt dr anta.Setiap manusia khususnya muslim,Allah kurniakn akal.stiap akal bfkir dan mlaksanakn ssuatu dr plbgi cra dan sdut,tapi bpandukan panduan yg sama..Quran dan Sunnah.jd,blapanglah..
    Khilaf itu rahmah,Perpecahan itu dicela.
    Wallahualam.

  59. Syed
    Oktober 18, 2009 at 1:39 am

    Salam buat Rahabiah.
    ISMA pelmbt kemenangn Islam?
    Hmm,perlu dteliti kata2 anda itu.kalau bnar pn ISMA pelambt kmenangn Islam,statement itu xwajar kluar bg org yg ingn mlihat Islam ttgak sprt anda.ISMA cuba utk mngajak mnsia mngnali Islam,melksanakn Islam mlalui cra yg tsndiri,sprtmana tabligh dgn cra mreka..mreka mngimani apa yg anda imankn dan cba mlaksanakn amanah sprtmana anda cba utk mlksanakn amanah anda.cranya?pelbagai..jgnlah anda mengira dgn cra anda itu Islam akn ttgak dgn cpt dan akhirnya anda akn dpt msuk syurga stgh saat awl dr ISMA dan wadah2 lain..
    Sidang pemikir yg sy sanjung,benar kita ada hak utk bpndpt,kritik n tegur.tapi sebaik2 tgurn adlh dgn hikmah.Bfkir mnggunakn akal dan iman,bkn akal dan nafsu.
    Tegurn ini hnya mnghrp rnungn buat dri ini dan semua..

  60. Oktober 29, 2009 at 3:27 pm

    Salam,

    Persepsi umum terhdp ahli ISMA ialah mereka tidak terlibat dgn politik. Melalui bacaan ana terhdp komen2 di atas , sekiranya ahli2 ISMA & juga semua umat Islam yg bukan shj tidak melibatkan diri dlm proses perjalanan p/raya tapi jika ada yg sudah sampai ke peringkat tidak keluar mengundi menyokong parti Islam, ana fikir ini suatu perkara yg malang sekiranya berlaku sedemikian.

    Bukankah dlm Al Quran kita dituntut utk bekerjasama (taawun) atau bertolong-tolongan dlm perkara kebajikan i.e. dlm kes ini memenangkan parti Islam. Lainlah kalau ISMA & ahlinya tidak menerima sistem demokrasi yg diamalkan oleh negara ini.

    Lagi satu isu yg menarik dlm konteks politik negara kini ialah ttg memilih salah satu drpd dua Option ini.
    1. Memilih pemerintah yg beragama Islam(UMNO) tapi zalim & fasik atau
    2. Memilih Pakatan Rakyat(PR) yg dianggotai oleh parti Islam yg berpakat dgn parti sekular.

    Namun kita jgn silap, UMNO juga bergabung dgn parti bukan Islam utk terus kekal memerintah & memegang kuasa. Ada 14 parti komponen semuanya dlm BN. Bgmnapun, dlm konteks penyertaan PAS dlm PR, ana setuju dgn pandgan Ustaz bhw perlu diwujudkan garis panduan atau polisi bagi memastikan hak2 org Islam & kepentingan Islam terus dipelihara & tidak tergugat.

    Katalah bila PR memerintah nanti, keadaan yg sama macam masa kini akan berlaku di mana PMnya mestilah org Islam manakala di pihak Menterinya ada yg Islam & ada yg bukan Islam. Realitinya PR tidak akan berjaya kalau salah satu kompnen keluar.

    Cukuplah kita bagi peluang parti UMNO/BN yg korup ini memerintah selama 50 tahun. Antum tak baca ke kes PKFZ, Perwaja, pembaziran wang negara melalui pendedahan laporan Ketua Audit Negara, politik wang@rasuah, penipuan undi pos, kadar jenayah yg tinggi, tuduhan rasuah terhadap Ketua Hakim Negara & Ketua Polis Negara, tuduhan membunuh kepada pemimpin di samping menangkap rakyat yg tak bersalah & tidak dibuktikan kesalahan di mahkamah di bawah ISA etc.

    Kita berilah peluang kpd PAS & PR utk memerintah pula. Namun amatlah ironik kalau kita masih mahu memangkah pemerintah UMNO yg ada sekarang atas alasan semata2 mrk org Islam ttpi korup, fasik, zalim & tidak memenangkan Islam pun.

  61. erwin afandi
    Disember 7, 2009 at 11:31 pm

    Usaha atas agama dan politik Rasullulah saw
    Dakwah Rasullulah saw berlaku 3 peringkat :
    1 ) Dakwah secara senyap
    2 ) Dakwah sevara terbuka
    3 ) Dakwah ke luar dari kota makkah

    Pada permulaan kenabian, baginda menyampaikan dakwah usaha atas agama kepada sahabat karib dan saudara yang rapat, ia berlangsung sehingga tahun keempat kenabian, seterusnya baginda menyampaikan dakwah usaha atas agama secara terbuka di kota makkah dari tahun keempat kenabian hingga tahun hijrah iaitu tahun kesepuluh kenabian, dan seterusnya baginda melebarkan dakwahnya ke luar dari kota makkah.

    Semasa dakwah usaha atas agama baginda peringkat pertama, kedua dan ketiga, baginda dan pengikut awal umat islam menghadapi pelbagai rintangan dan seksaan dari puak Quraisy. Baginda mendapat perlindungan dari bapa saudaranya Abu Talib yang berpengaruh dan berkuasa di kalangan puak dan kabilah. Begitupun, baginda telah melaui pelbagai rintangan dan cacian hingga usaha untuk membunuh baginda. Sementara pengikut baginda umat islam mendapat dugaan dan seksaan yang dahsyat, ada yang di rentap seluh rambut dengan satu rentapan hingga terkeluar kulit, ada yang direntap kedua belah tangan hingga putus, ada diletakkan batu di atas badan, ada yang ditikam di bahagian kemaluan hingga syahid, dan pelbagai lagi… akibat tekanan yang hebat dan untuk meneruskan usaha atas agama dan dakwah, baginda telah menghantar rombongan pertama ke kerajaan habsyah yang dipimpin raja Najashi. Baginda mendapat tahu yang kerajaan ini adalah adil walaupun bukan Islam. dalam kontek ini, dari perlindungan Abu Talib yang berpengaruh dan berkuasa, dan dalam perlindungan kekuasaan raja habasyah umat islam terselamat dan usaha atas agama baginda semakin lancar dan hebat. Baginda menggunakan konteks politik dan kekuasaan dari pihak yang memegang kuasa dan berlaku adil. Dan seterusnya pada tahun kesepuluh kenabian, berlaku hijrah terbesar, iaitu umat islam diarah oleh baginda untuk berhijrah ke madinah setelah baginda melihat kekejaman yang terus berlaku di makkah terhadap umat islam. Baginda sekali lagi menggunakan jalan politik dengan mendapat perjanjian dan sokongan dari kabilah yang berkuasa untuk bertapak di madinah. Selepas itu, baginda terus mengumpul kekuatan dengan mendirikan kerajaan islam madinah dan dengan kekuasaan ini umat islam tidak lagi diseksa dan kerja usaha atas agama baginda semakin berkembang. Inilah profesional peribadi Rasullulah, yang bukan sahaja semata menyampaikan dakwah melalui mekanisma berjumpa dan menyampaikan, tetapi baginda mengatur stategi hingga kekuasaan dan kenegaraan seiring menyampaikan. Dan apabila madinah telah dikuasai kerajaan islam yang dipimpin oleh Rasullulah, selepas melaui pelbagai perundingan politik, perjanjian dan peperangan, Baginda dan umat islam berjaya menawan kota makkah yang sebelum itu dihalang untuk umat islam memasukinya. Dan seterusnya, dakwah baginda tersebar hingga ke kerajaan-kerajaan besar diseluruh dunia melalui menyampaikan usaha atas agama diatas jalan politik kekuasaan. Dan selepas kewafatan baginda, para-para sahabat terus menjadi khalifah dan pemimpin di segenap kerajaan di seluruh pelusuk dunia. Dan semasa kewafatan Rasullulah saw, perkara pertama yang dilakukan oleh para sahabat adalah melantik pemimpin menggantikan Rasulluah saw dan barulah baginda dikebumikan. Pentingnya kepimpinan dan politik siasah. Inilah yang diungkapkan oleh Imam ghazali ” dunia adalah ladang untuk akhirat, agama dan kekuasaan adalah saudara kembar, tidak lengkap kekuasaan tanpa agama, dan tidak lengkap agam tanpa kekuasaan ” Rasullulah saw telah mengajar dan memberi panduan kepada kita dalam melakukan dakwah melalui method dan mekanisma yang lengkap dan saling melengkapi. Di zaman kita ini, terdapat pelbagai gerakan dan jamaah Islam yang sedang bergerak, mereka umpama satu kapal yang belayar diatas satu matlamat dan tujuan, Al-Quran dan hadis adalah kompas, Dan mereka hanya berbeza department di atas kapal itu untuk menggerakkan bersama. Diseru pada semua fahaman dan ideologi berlainan jamaah, kita tidak harus berpecah kerana membetulkan ideologi kita sahaja, kita hanya berlainan penampilan dan cara, tetapi mengambil intipati yang sama dari pelbagai jenis gabungan dakwah yang telah Rasullulah tunjukkan. Dan kini selepas kejatuhan kerajaan Islam terakhir di era 1900… umat islam berpecah, dan di dalam jamaah masing-masing memperkatakan hanya jamaah tertentu yang menjalankan kerja nabi, sedangkan, umat islam kini sedang disembelih diseluruh dunia kerana adunan corak berdakwah yang terpisah dan dipisahkan dari apa yang dilakukan oleh Rasullulah. Dan kerana kita terus membiarkan kekuasaan dipegang oleh pihak yang zalim samaada dari kerajaan bukan islam mahupun kerajaan islam.. Mari kembali kepada firman Allah swt ” wahai orang yang beriman, masuklah kamu kedalam islam secara keseluruhan ” baqarah 208, iaitu total dari kerja atas agama, dari kekeluargaan islam, dai ibadat dan zikir, dari muamalat, dari perundangan dan politik kekuasaan Islam. Dari sejarah2 para2 ulama besar seperti imam ghazali, imam shafie dan pelbagai lagi nama2 yang gemilang di dalam islam, mereka semua telah mengambil islam keseluruhan dan terjun sebulat-bulat di dalam arena polotik dan kekuasaan. Dan para2 Nabi terdahulu yang menyampaikan dakwah dan berpolitik dengan pembesar, kerajaan dan raja-raja di zaman itu. Mari bersatu, jangan menuding jari, jangan mempertahankan jamaah satu, dan beri berjuang bersama di dalam satu kapal.

  62. rakan isma
    Disember 14, 2009 at 9:23 pm

    aduii..susah juga nak fahamkan mereka ni ya..
    bg sy, ISMA bukan menolak politik.. tapi ISMA tidak memilih politik sebagai jalan untuk menjadikan Islam ustaziyatul a’lam (Islam memerintah alam)..seperti yg difahami oleh Hassan al-banna..janganla jadi orang yang cepat melenting hanya kerana mereka tidak memilih apa yang kita rasa betul.. tambah lagi,tak pernah rasanya ISMA tunjukkan kesetiaan atau sokongan pada UMNO..tapi kalau saudara seislam melakukan kebaikan, kita sentiasa tolong menolong.. kalau UMNO tersilap salurkan bantuan ke Palestin melalui fatah ke contohnya, kita tegur dengan baik..tak perlu menonjol2kan kelemahan orang lain..

  63. Februari 17, 2010 at 12:55 pm

    salam ziarh akhi.
    sungguh sukar menafsir politik ini..
    smoge islam dapat ditegakkan..
    ameen

  64. taulan
    April 7, 2010 at 9:02 am

    politik memang tidak semudah yang difikirkan, terutama utk mereka yang cuma berteori sahaja. Turunlah ke medan. baru tahu segala sepak terajang nya.
    Hala tuju isma agak mengelirukan. sepatutnya ustaz presiden mampu memberi satu penerangan halatuju dan polisi organisasi dgn detail berhubung penglibatan politik. Jangan pusing-pusing bila nak terangkan….dah tu, suruh orang berfikir luar kotak lah, suruh faham yang tersirat drp yang tersurat lah…ape ni…msg yang penuh dgn kekeliruan

  65. raja nor azrin
    April 17, 2010 at 4:20 pm

    SALAM UKHUWAH FILLAH… SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN…..
    ALLAH MENJADIKAN MANUSIA BERBANGSA2….UNTUK KITA SALING BERKENALAN ANTARA SATU SAMA LAIN…BUKAN UNTUK BERMUSUH…. KALO KITA BANGGA KERANA KITA MELAYU……KITA HARUS TAHU DARI MANA DATANGNYA MELAYU….MELAYU INI KELOMPOK BARU, CINA DAN INDIA PUN SAMA…..KENAPA HARUS ADA PERMUSUHAN ATAU DISKRIMINASI…..
    SECARA JUJURNYA PERJUANGAN ISLAM YANG TUNJANGKAN BANGSA ADALAH SEKULAR……. MANA MUNGKIN ISLAM MENGIZINKAN ISLAM DIDIRIKAN DIATAS BANGSA…..ADAM A.S YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH ADALAH MANUSIA PERTAMA……APA BANGSA ADAM? ADAKAH ADAM A.S ADALAH MELAYU…….? TENTU SEKALI TIDAK…. ADAM BUKAN MELAYU, BUKAN ARAB, APATAH LAGI BUKAN BANGSA2 LAIN….. ADAM CUMALAH NABI DAN RASUL…..
    ISMA….JANGA SESEKALI “KAMU” RASIS…..ISLAM ITU SYUMUL…..ISLAM ITU ‘ALAMIYAH……BERLAKU ADILLAH KEPADA SEMUA…..
    KALO SESEKALI BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG ZALIM(UMNO DAN BN) ….KALO MEREKA NAK BUAT ISLAM….DAH LAMA DAH MEREKA BUAT…..ANA INGAT KALO TAKDER TEKANAN DARI PEJUANG ISLAM (YANG BANYAKNYA DALAM PAS) MUNGKIN HARI INI MALAYSIA SUDAH JADI NEGARA “BARAT” PENUH DENGAN KEMAKSIATAN……DAN KEJAHILAN,,..SERTA “KEBODOHAN”…..
    INGAT, ISLAM MESTI ADIL….TIDAK RASIS….!!! JAUH SEKALI SEKULAR…!!!!!!

    BILA KITA KATA KITA MENERIMA ISLAM, PERJUANG ISLAM, MAKA KITA “BUKAN LAGI MELAYU”…..TETAPI KITA ADALAH ISLAM….. MELAYU CUMA BANGSA YANG MEMBEZAKAN KITA ANTARA KELOMPOK MANUSIA…

    FIKIR2 DAN RENUNG2KANLAH…

  66. TIONGmas
    April 26, 2010 at 1:50 am

    Sy ahli PKR. sy sahabat ngo… sy hargai rakan2 spt isma. Sebagai tazkeerah (jika wajar)..setelah kita mengalami kebangkitan islam 1970an.. kita masih beretorik .. usaha kita dari pergolakan dalam jamaah… krisis antara jamaah … fokus tarbiyah ruhiyyah . Kemudian kita beretorik lagi bahawa kita sedang berfikir di luar kotak ..bermakna orang lain tidak berfikir seperti bagaimana kita berfikir. atau mungkin kita adalah lebih bijak mentafsir, menghurai dan memahami waqi’ berbanding org lain. ironinya, pemikiran kita tidak mampu dikongsi bersama orang lain. tarbiyyah kita tak pula dapat kita sampaikan kpd lebih ramai org selain kelompok kita yg terpilih shj. dakwah kita sunyi hingga bukan islam terpinggir dalam prioriti kita. dalam sebuah ummah kita berkongsi hidangan yang sama. mungkin masing2 ada tugas masing2 dlm menyediakan hidangan itu. dan tiada sesiapa pun boleh mencemuh tugas org lain hatta org yg bertugas membersih tong sampah yg digunakan utk membuang sisa buangan masakan kita. dan tidak mungkin selamanya org yg berhujjah ttg menu akan merasai kelazatan hidangan itu. petani, pekerja pasar, tukang masaklah yg merealisasikannya. kita cintakan islam dan harap islam didaulatkan dan islam tersirna sebagai ajaran yg benar2 rahmatan lil alamin. anda berhujjahlah bhw apa yg sedang berlaku tidak syari … di luar kotak ..tp apa sumbangan kita? adakah kita sekadar memerhatikan kotak? berzikir di dalam kotak? menyalahkan mrk yg mengangkat kotak dan berjuang dgn ikhlas? lantas kita memberi laluan org yg jahil menguasai medan kita? marilah satukan hati… jgn adu dombakan pas dan pakatan. hinakah dap berbanding mca dan mic kalau kita hanya melepaskan peluang dakwah kpd mereka dgn asyik membina bengteng dgn mereka. tidak malukah kita bila mereka membuka dada utk mendengar dakwah kita..tp kita menutup pintu dgn mengatakan bhw fikrah kita terlalu suci utk diperdengarkan kpd mereka. memang benarlah sabda Junjungan… betapa jauhnya beza darjat org yg di medan juang dgn mereka yg `berjuang’ di tilam empuk bersama anak isteri dan sahabat handai mereka. maaf andai terkasar bahasa.

  67. Mei 6, 2010 at 12:03 am

    jamaah islam : suatu teguran

    Gesaan terhadap diri sendiri supaya ber’puasa’ selama sebulan dari internet tidak menjadi kenyataan kerana setiap kali saya membaca sesuatu bahan bacaan baru, perasaan saya terasa membuak-buak untuk dikongsikan. Tidak lengkap rasanya hidup ini jika ilmu tidak dikongsi walau sedikit. Masalah yang berlaku apabila artikel-artikel saya sebelum ini statusnya hanyalah menjadi penghuni folder-folder tazkirah dan isu di dalam laptop. Mahu di‘publishkan’, terasa sudah ‘outdated’ pula. Saya tidak akan memaafkan diri saya kerana itu.

    Saya sangat kesal dengan diri saya sendiri kerana tidak mengikuti perkembangan tanah air secara teliti. Bermula daripada isu model ekonomi baru, isu tugu negara malah hingga ke isu APCO. Alhamdulillah syukur kerana usrah yang saya jalani (saya menjadi mutarabbi) serta usrah-usrah yang saya uruskan, banyak membantu saya mengetahui sedikit sebanyak isu-isu besar negara. Walaupun tidak secara detail, tetapi perkara itu yang mencetuskan diri saya untuk mencari serta memahami secara mendalam setelah usai usrah. Itulah konsep usrah yang sebenarnya kerana USRAH ADALAH BERMULA DARI SURAH AL ASR & TASBIH KIFARAH DAN BERAKHIR DENGAN AL FATIHAH. Keberjayaan input usrah adalah kesannya jelas setelah usrah. Maka di sini kita sebagai naqib/ah perlu mengambil ‘ihtimam’.

    Apa yang saya kesalkan terdapat juga rakan-rakan dikalangan mahasiswa/wi yang mengikuti usrah-usrah tidak megambil berat perkara ini. Benar, isu Palestin seperti viva Paletina amat dekat di hati kita kerana al Quds adalah lambang maruah umat islam. SAMA SEKALI SAYA TIDAK NAFIKAN.Tetapi adakah kita tahu dan ambil tahu tentang jenayah Yahudi terhadap Malaysia sendiri? Isu terbaru adalah isu APCO. Setakat pemerhatian saya , amat sedikit yang mengambil tahu hal ini. Kita perlu ingat bahawa medan kita yang PERTAMA adalah di negara kita di samping kita akan memandang ke depan memegang tangan , serta merasai dan mendalami penderitaan rakyat Palestin. Siapa yang kuat iman pasti sudah ke sana bergelar syahid. Saya punya rakan sebegitu. Tetapi jika ditakdirkan ALLAH SWT bumi Malaysia diuji dengan peperangan, siapakah yang akan kehadapan memperjuangan negara ini? Sudah pasti saya yakin dan percaya rakan-rakan saya dari semua ‘front-front’ jamaah-jamaah islam yang ada akan mengangkat tangan untuk mengangkat senjata. MAMPUKAH KITA UNTUK MENJADI PEJUANG AGAMA DI TANAH AIR SENDIRI DALAM KEADAAN ISU-ISU MENTAH DI NEGARA KITA TIDAK DIKETAHUI DAN DIAMBIL BERAT? Yahudi akan tersenyum bangga kerana kita jahil tentang negara sendiri.

    Maka disinilah realistiknya untuk kita memanifestasikan ayat Allah swt dalam surah al-anfal ayat 60 yang bermaksud :
    (dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kalian miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah , musuh kalian dan orang-orang yang selain mereka yang kalian tidak mengetahuinya. Apa sahaja yang kalian infaqkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada kalian dan kalian tidak akan dizalimi (dirugikan).

    Perlu kita ingat bahawa majority para pejuang HAMAS adalah bangsa Arab, FATAH juga berbangsa arab, adakah kita berpendapat agar untuk menyelamatkan rakyat Palestin kita perlu berada di tengah-tengah antara FATAH dan HAMAS? Saya yakin semua rakan-rakan dari jamaah islam yang pelbagai ini mengakui bahawa kita semua penyokong gerakan islam HAMAS ‘ by heart. Kita bersepakat dalam hal itu. Saya yakin. Kita juga bersepakat bahawa gerakan islam Ikhwan Muslimin di Mesir juga merupakan gerakan islam contoh sehingga kita berlumba-lumba untuk mengikuti ‘template’ dan modul tarbiah mereka untuk mengisi jiwa kader-kader kita di negara sendiri. Adakah gerakan islam Ikhwan muslimin merupakan gerakan yang tidak perlu disokong kerana sudah wujud parti bangsa Mesir yang bersifat secular itu? Maka kita pun mengeluarkan teori bahawa untuk mewujudkan kekuatan umat islam, kita perlu menggabungkan kedua-dua gerakan ini, islam dan secular. Gerakan HAMAS & FATAH, IM dan gerakan secular di Mesir. Saya yakin jawapan dari sahabat-sahabat akan mengatakan ianya tidak logic kerana kedua-dua gerakan ini berlainan perlembagaan mahupun ideology. Saya tidak mengatakan tidak ada langsung kerjasama yang dibolehkan. Saya melihat gerakan islam yang bersifat waqi’iyyah dan realistic amat terbuka sifatnya di meja rundingan dan perdamaian dalam isu kebajikan dan kemanusiaan, tetapi bukan di dalam perkara yang dianggap fundamental seperti aqidah perjuangan. Wahai rakan-rakanku yang dikasihi Allah, tidakkah kalian melihat fenomena ini berlaku di dalam PAS itu sendiri? Saya kesal kerana terdapat rakan-rakan yang tidak melihat negara kita sendiri sebagai medan jihad yang perlu kita perjuangkan dengan jerih perih kita. Saya sedih kerana ada yang berpendapat bahawa PAS hanyalah seperti UMNO tanpa meneliti perlembagaan,sejarah perjuangan serta ‘template’ dan ujian-ujian yang dilalui oleh gerakan islam tersebut. Saya tergamam apabila ada pihak yang mempunyai fikrah perjuangan seolah-olah mereka hanya berada di tengah-tengah antara yang hak serta batil ini dengan bangga mengatakan fikrah kami adalah yang berada di tengah-tengah PAS & UMNO kerana kami tidak nampak kekuatan ummah islam melainkan dengan menggabungkan kedua-dua parti ini kerana kedua-dua parti tersebut adalah parti melayu islam. Adakah kalian semua sedar tentang wujudnya banyak parti islam di serata dunia di samping parti-parti secular yang mana mereka adalah di kalangan bangsa mereka sendiri? Mengapa mereka tidak bergabung sahaja dengan parti secular yang memerintah? Jawapannya senang kerana ideologinya sangat ketara kelainannya. Tidakkah pernah kita terfikir mengapa Rasulullah menolak jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh bangsa baginda sendiri, kepada beliau sehingga kita semua mengimani ayat yang Nabi Muhammad ucapkan ‘jika kalian mahu meletakkan matahari di tangan kananku, bulan di tangan kiriku tidak akan aku tinggalkan perjuangan ini’. Kerana apa? Kerana aqidah perjuangan yang amat besar jurangnya.. BEZA IDEOLOGI ANTARA IMAN & KUFUR..

  68. kasih
    Ogos 2, 2010 at 9:21 pm

    saya setuju dgn jwpn yg diberikan…
    utk kita tegakkan Islam di Malaysia ini..
    perlu kita lihat kepada penyatuan Melayu itu sendiri yg sekarang ini kucar-kacir…hal ini akan memberi keuntungan kepada bangsa lain…mahukah kita jadi spt singapura atau penang???asalnya milik Melayu tp sekarang ini???
    apa sudah jadi dengan Melayu Islam di Malaysia????

  69. abuadil
    Ogos 3, 2010 at 9:08 pm

    saudara TIONGmas! saya orang PAS, dan kita bersama dalam Pakatan Rakyat.
    banyak isu retorik yang yang dikemukakan beliau, soal jamaah, tarbiah, masyru’iyyah dan soal berfikir luar kota. juga soal peluang yang ada di medan… cukup menarik..
    Saya mengharap pendokong fikrah ikhwan dapat memberi pandangan secara waras tanpa emosi. Ini adalah peluang anda menjelaskan fikrah anda. jika anda gagal, bererti fikrah anda tak mampu menangani realiti Malaysia.

  70. hmba Allah
    Oktober 24, 2010 at 7:47 pm

    Asslmkm wr wb
    hrp dpt ust jwb prsoaln ni…

    1) jika ust kate tntg DAP yg nmpk molak Islam,mmg akui tu crite yg agk lame tp yg trbru PR tlh wt KONVENSYEN Pakatan Rakyat di shah alam yg dispkati oleh PAS,PKR n DAP skli iaitu mltkkn frst,Islam sbg agama prsktuan..kdua,b.melayu sbg bhsa kbangsaan dan ktiga,hak istmewa org melayu ttp trplihara…sy rse ust pun tau..jika kite nk dibndingkn dgn MCA n MIC yg msih blm ade pndrian tntg prkra ini…nmpk kn prbezaan distu…jd dlm prkra ini DAP ade pndrian ini brbndg MCA n MIC yg brsme UMNO…mgape ana nmpk ISMA tidak tgur MCA,MIC tntg pndrian mreka?yg trbru,dato chua soi lek mgatakn jika PAS mmerintah akn bhya sbb akn mmmbwa ngara Islam…dato chua soi lek cbe mnkut2kn rkyt tntg hkum Islam dgn Islamophobia… prsoalnnye,mgapa ISMA xkmen ye tntg isu ini??tp lbih bri kmen tntg isu DAP yg bgitu lame…

    2) jika dikatekn skrg umat Islam melayu brpecah disbbkn PAS n UMNO xbrsatu….jika umt Islam blh brstu msti ats sbb mnrima Islam sbg dasar untuk mmprkasakn lg Islam dr segi plbgai aspek..jd prsoalnnye,antra PAS n UMNO..mne yg mnolk dsar ISLAM?..ana rse ust pun tau….jd bg cdgn ana,semua organisasi NGO2 Islam trmsuk PAS prlu beri nsihat n tguran yg brtrusan kpd UMNO yg trg2 hnya mmprjuangkn bgsa dan tidak kpd Islam…

    mnta pndpt ust abdullah
    moga prbncgn kite mndpt rahmat n barakah drNya..=)

  71. OT
    Oktober 25, 2010 at 5:45 am

    macam mana jemaah pas nak menang isma xd samitna wa ato’na terhadap pemimpin PAS..

    islam boleh menang ker kalau walak pada 2 jemaah..x masuk akal??

    muhasabah sikit??

  72. Oktober 27, 2010 at 9:34 pm

    @OT:

    Camne dengan gerakan2 islam kat luar sana: hamas, PKS, AKP sumer “xd samitna wa ato’na terhadap pemimpin PAS”? Memang sampai bila tak menang Islam camtu.

    Rasanya OT kena fahamkan balik definisi ‘jemaah’.
    Semua2 gerakan Islam yg ada atas muka bumi ni, pinjam kata Hassan Al-Banna, adalah “jamaah min jamaatil mukminiin” (sebuah jemaah / gerakan / perkumpulan daripada jemaah / gerakan / perkumpulan orang2 mukmin).

    “Jemaah” yg hakiki yg OT maksudkan tu jemaah yg ada pada zaman Nabi dan yg ada khalifah2. Lepas ni kalu dah ada khalifah, kalu ISMA masih “”xd samitna wa ato’na”, baru lah OT boleh kata ISMA ni “x masuk akal”.

    Having said that, PAS masih dianggap sebagai saudara seislam dan jasa dan sumbangannya akan sentiasa dikenang dan diucapkan terima kasih, dan semua2 pencinta2 Islam akan tetap menyokong dan membantu PAS, bahkan mana2 gerakan yg mengusahakan Islam sekalipun.

  73. Pendekar
    Januari 12, 2011 at 3:06 pm

    Amat jelik serta dangkal org yg kta pas politik,isma tarbiah,jim profesional,abim belia2. Padahal pas adlah sbuah gerakan islam,gerakan dakwah serta politik. Igt pas politik smata2 k? Dkwah pun ada n tarbiah pun ada. Mna yg dk kta pas hnya politik smata2, sahih x pernah msk usrah pas. Jgn slh phm erti tarbiah. Jgn igt tarbiah itu hanya kuat slt, tahajjud zkir n sbgainya. Pastikan mksud yg luas. Jgn smpitkan skop tarbiah

  74. Pendekar laut
    Januari 12, 2011 at 3:19 pm

    Pas join plihanrya sbb waqi’ mlsia skrg dgn cr n lah utk dpt kuasa dan blh lksnakan syariat islam dlm pemerintahan. Cba tgk kat klantan, tk guru nk aziz laksanakan islam kat klantan d dlm pntdbiran ngeri klantan. Ttp, ttp x blh buat smua sbb pusat msih lg brjiwa skular. Sbb itu dgn plihanrya n bla allah beri kmenangan dgn dpt kuasai pusat, bru blh kta lksanakan islam scra pnuh dlm pemerintahan msia.

  75. pendekar
    Januari 12, 2011 at 10:11 pm

    pas join politik bkn sbb suka2 nak rebut2 kuasa dgn pemerintah, ttp dgn cara sedemikian dapatlah pas melaksanakan syariat didalam pemerintahan. sekiranya dapat kuasa pusat, insyaallah, daulah islamiyyah di malaysia akan tertegak

  76. pendekar
    Januari 12, 2011 at 10:15 pm

    lagi satu, amat jelek serta dangkal bila ada org kta pas hnya politik semata mata, isma tarbiyyah, jim profesional, abim belia n lain2 lagi. ikram plk mcm mana plk? sedangkan pas adalah satu gerakan islam yg didalmnya adalah dakwah, tarbiah serta politik islam. jgn igt pas hanya semata mata politik jer. tarbiah juga ambil cakner. org yg ckp mcm ni mesti x pernah msuk usrah pas ni. tu yg dok ckp pas ni x kuat tarbiah la pa itu la ini la. tlg jgn sempitkan skop tarbiah k.

  77. pendekar
    Januari 12, 2011 at 10:18 pm

    timb presiden pas pusat, ustaz nasaruddin mat isa apabila beliau tnya kpd syeikh yusuf al qardawi, di malaysia byk jemaah2 yg wujud. yg mana perlu diintima oleh semua org malaysia terutamanya islam? lalu syeikh yusuf al qardawi kata kena intima dgn PAS. bkn abim,jim,isma,ikram n sebagainya? apa pendapat kalian semua apabila ulma besar dunia ini mengeluarkan kenyataan yg sedemikian?

  78. pendekar
    Januari 12, 2011 at 10:21 pm

    bedgitu juga masa program ijtima tarbawi yg dianjurkan oelh dewan pemuda pas pusat di rusila. ahli majlis syura ulama pas us nik zawawi saleh ada menyatakan bahawa ” haram bagi penyokong pas n pendokong pas menerima tarbiah selain daripada tarbiah pas ” so, apa pndapat kalian mengenai kenyataan yg sedemikian? jgn berdalilkan bahawa ” alah! ulama bkn semuanya maksum! nabi jer maksum! ulama ada jer yg salah! klu ada org yg ckp mcm tu, konfem org tu dangkal serta jelek ilmunya

  79. Afizhi Atan
    Januari 14, 2011 at 12:39 pm

    1.Pendekar baca dulu ke tidak artikel yang ditulis?

    2.Atau pun terus membaca komen orang lain dan sambung komentar?

    3.Harap silat si pendekar tidak tersalah bunga.Tersilap langkah, padah jawabnya.(jangan baca guna intonasi murka, guna intonasi cinta)

  80. Ustad Pendekar
    Januari 23, 2011 at 10:20 am

    ~konfem org tu dangkal serta jelek ilmunya~ ???

    Macam mana komen Pendekar pada ucapan ulama dibawah ;
    “…Setiap orang boleh diambil pendapatnya… atau ditolak, kecuali pemilik kubur ini, yaitu Rasulullah..”

    Adakah dia juga dangkal dan jelek..??

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 108 other followers

%d bloggers like this: