Tajuk entry ini ditulis dengan segaja dalam Bahasa Arab supaya cepat melekat pada pemikiran sesiapa yang membaca. Ia adalah satu kaedah dalam usul feqah, maksudnya; “tidak dinisbahkan kepada seseorang apa-apa statement yang dia tidak kata”.
Sekali pandang statment itu nampak biasa sahaja, memanglah begitu orang tidak bercakap tidak boleh kita kata dia bercakap.
Sebenarnya ia merupakan satu kaedah yang penting dalam kanun berfikir Islam. Tidak faham kaedah ini boleh menyebabkan seseorang tersasar dalam memberi pandangan terhadap orang lain, dan boleh menyebabkan seseorang membuat tuduhan yang tidak tepat.
“La Yunsabu li sakitin Qaulun”, maknanya kita tidak boleh mengulas pendapat seseorang dalam perkara yang dia tidak berpendapat begitu.
Ia sering berlaku dalam perbahasan khilaf antara mazahib fikah. Berlaku perdebatan yang panjng dalam satu-satu perkara kononnnya Syafie berkata begitu, Hanafi berkata begitu, yang mana apabila diselidiki mereka sebenarnya tidak berkata demikian.
Sebagai contoh, ada orang mengatakan bahawa Syafie mengizinkan bapa zina harus berkahwin dengan anak zinanya. Adakah Syafie berkata begitu? Sebenarya tidak.
Apa yang berlaku ialah Syafie mengatakan dalam satu kaedah bahawa, “nahyu an syai”en yaqtadhi fasad munha anhu”. Maksudnya larangan terhadap sesuatu membawa erti rosak (tidak terpakai) perkara yang terlarang.
Maknanya, Allah melarang zina, maka dengan sebab itu perbutan zina tidak membawa implikasi apa-apa dari segi hukum, yakni anak tidak boleh dinasabkan kepada bapa zinanya, tidak tidak boleh terima pusaka da lain-lain implikasi yang berlaku dari perkahwinan yang sah.
Di ambil fahamkan dari pendapat Syafei tersebut, mafhum bahawa anak itu bukan anak dia yang sah, jadi tidak ada larangan haram nikah antara mereka seperti berlaku kepada anak kandung.
Seolah-olah Syafie berkata begitu, sebenarnya beliau tidak berkata begitu. Jadi kalau datang seseorang mengulas perkara ini sebagai pendapat Syafie tentu dia akan menuduh Syafie dengan berbagai tuduhan liar yang tidak sesuai dengan keperibadian Syafie yang sebenarnya.
Kesilapan di sini ialah tidak faham kaedah, “La yunsabu li sakitin qaulun”.
Sebab itu kalau kita berbincang dalam apa-apa perkara kita kena cermat, komen apa yang dia kata, bukan buat andaian lain dari apa yang dia kata kemudian jawab apa yang dia tidak kata, lalu tuduh dia dengan perbuatan yang tidak buat.
Macam, macam ………
Difailkan dalam: renungan

Mempersembahkan cendera kenangan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan berupa potret Masjid Kubah sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
Iftar bersama SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin
alhamdulillah, post yg sgt menarik !
kalau boleh sebagai cadanagn jika tidak kebertn, ustaz lampirkanlah sedikit rujukan,plg krg nama kitab supaya akhirnya kami yg sedang menuntut ini mampu untuk menguasai ulum syara’ seperti diatas.
syukran atas perkongsian.
Suhail,
La yunsabu li sakitin qaulun …. (tidak boleh disandarkan kpd orang yang diam apa-apa keterangan) … dia tidak bertanggungjawab atas apa-apa keterangan yang bukan datang dari lisannya
sambungannya …
walakin as-sukut inda ma’radh al-hajah bayan … (tapi diam ketika dibentangkan sesuatu permintaan adalah keterangan) …. macam anak dara dipinang, tak jawab tapi diam, diamnya bawa keterangan. Kalau senyum dan lari masuk bilik sambil tutup muka maknanya dia suka, kalau masam dan hempas cawan maknanya dia tak suka.
Ini qaedah masyhur. Boleh tengok dalam mana-mana buku Qawaid Fiqhiah seperti Isybah Nazoir dll.
btol3…mmg menarik…
sbnrnya penguasaan kaedah fiqh bukan sahaja akan membuatkan seseorang itu alim & layak memberi fatwa dlm hal ibadah, tetapi juga memampukan seseorang itu utk berfikir dan melaksanakan seluruh agenda kehidupannya dgn landas pemikiran islami.
Saya pernah nyatakan bahawa memahami kaedah-kaedah ijtihad ini sepatutnya menjadi sebagai sebahagian syarat-syarat ahli syura gerakan Islam terutamanya dalam menentukan polisi-polisi tertentu.
Bagaimana boleh kita nisbahkan sesuatu gerakan itu sebagai gerakan Islam kalau majoriti pimpinan yang selalu berijtihad dalam menentukan polisi-polisi gerakan tidak tahu kaedah-kaedah ini.
Akhirnya samalah mereka dengan gerakan sekular lain yang menjadikan majoriti sebagai asas dalam menentukan keutamaan dan kebenaran.
Apabila wujud berbagai puak dalam satu gerakan maka golongan yang ingin memonopoli barisan kepimpinan akan melakukan lobi bagi mendapat suara majoriti. Kalau realiti ini berlaku bagi saya tidak perluh mereka menamakan organisasi mereka sebagai organisasi Islam.
Lahirlah pelbagai kesalahan lain seperti “bohong sunat”. Bila berlaku khilaf antara ulama dan umara mereka kata golongan ulama perlu taat. Bila ulama golongan ulama tidak taat mereka akan dihukum oleh kuasa majoriti dan mungkin tersisih daripada arus perdana pimpinan perjuangan.
Bolehkah golongan ulama yang arif ilmu-ilmu ijtihad, yang meletakkan diri mereka didepan dalil-dalil Syarak
tunduk kepada kehendak majoriti yang membuat keputusan hanya menggunakan logik akal?.
Komentar saya ini hanyalah satu lontaran untuk berfikir.. tetapi mungkin ada mereka yang tidak memahami kaedah yang dilontarkan oleh Ust Abdullah akan menuduh saya mengatakan keputusan JIM menyokong DAP tak Syarie… Saya tak katapun … sebab saya tidak tahu siapakah ahli2 syura dalam JIM dan bagaimana kaedah JIM membuat keputusan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Syarak..
Begitu juga tulisan-tulisan ustaz Abdullah cukup bernas, mejelaskan konsep2 haraki semasa berasaskan dalil-dalil dan kaedah-kaedah ijtihad Islam.. Nasihat saya bagi pengomen2 yang tidak tahu asas-asas Ijtihad agar berhati-hati mengeluarkan pendapatnya kerana ia akan dihisab di akhirat. Janganlah emosi menjadi landsan fikir…
Wallahua’lam.
Assalamu’alaykum ust.
Ana masih kabur tentang pendirian ISMA terhadap isu-isu yang berkaitan dengan melayu.
Ana yakin bahawa terdapat sebilangan ahli isma yang masih kabur terhadap pendirian isma dalam isu ini, terutama mereka di luar negara.
Untuk pengetahuan ustaz, ana masih tidak faham mengapa isu melayu perlu diperjuangkan pada keutamaan yang tinggi.
Akhi, Anta boleh rujuk Risalah Dakwatuna dalam Majmu’ Rasail bawah tajuk “Nasionalisme”. Ana cuba copy paste di sini utk manfaat semua:
Majmu’ Rasail – Risalah Dakwatuna