Rumah > komentar > Dakwah Tanpa Asobiyyah Tidak Akan Sempurna(berjaya)

Dakwah Tanpa Asobiyyah Tidak Akan Sempurna(berjaya)

Mungkin orang melayu yang anti melayu akan marah kepada saya dengan statement ini.

Tapi saya catatkannya sebagaimana ianya di sebut oleh Ibnu Khaldun sebagai tajuk salah satu chapter dalam Muqadimahnya. Sesiapa yang ingin mendapat kepastian sila rujuk kitab Muqadimah Ibnu Al Khaldun, cetakan Dar Ihya’ at Turath, fasal enam, muka surat 159.

Sesungguhnya Dakwah agama tanpa disokong oleh asobiyah tidak akan sempurna.

” Ini kerana hujah yang kami telah sebutkan bahawa setiap urusan yang melibatkan orang keseluruhan ia hendaklah disokong oleh asobiyyah”.

Beliau menggunakan hujah kias aula atau dilalah an nas. Ibnu Khaldun menyebut; “Berdasarkan hadis sohih yang bermaksud Allah tidak membangkitkan seseorang nabi kecuali dia mendapat sokongan (man’ah) dari kaumnya”.

Kata beliau, “ Jika itu yang berlaku kepada nabi-nabi yang diberi keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan maka lebih lebih lagilah orang yang selain dari mereka yang tidak ada keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan tanpa asobiyyah”.

Beliau kemudian membawa cerita-cerita yang berlaku kepada kumpulan yang ingin mencegah mungkar tanpa disokong oleh asobiyyah kemudian berakhir dengan kegagalan seperti yang berlaku kepada Ibnu Qissiy ketua Jamaah Murabitin di Andalus yang segera kalah ditangan Jamaah Muwahidin.

Nabi (dalam hadis sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan…hingga akhir) mensyaratkan untuk melaksanakan kewajiban menegah mungkar hendaklah memiliki kudrah (keupayaan), dan mereka yang tidak memiliki asobiyyah tidak memiliki keupayaan.

Ulas Ibnu Khaldun lagi, ” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.

“demikianlah keadaan nabi-nabi a.s dalam menjalankan dakwah mereka kepada Allah menggunakan qabilah dan asobiyyah-asobiyyah, pada hal mereka dibantu oleh Allah dengan alam semua sekali tetapi Allah ingin menjalankan urusan mengikut undang-undang adat kebiasaan”. jelas beliau lagi.

Bacalah sendiri kisah seterusnya, saya tak larat nak terjemah.

Jadi bagaimana kita ingin mempertahan dan menegakkan kedaulatan dan ketuanan Islam tanpa asobiyyah, terutama asobiyyah Melayu Islam??

About these ads
Categories: komentar
  1. 4sedulur
    November 24, 2009 at 2:19 pm

    Apapun alasan usaha dakwah perlu diteruskan menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhamad s.a.w

  2. November 24, 2009 at 2:34 pm

    Syukran jazilan ya ustaz atas perkongsian yang bermakna. Ana hairan sebenarnya, kenapa kita sesama Melayu Islam tidak dapat bersatu antara satu sama lain. Kalau hendak dilihatkan bangsa lain, tidaklah seteruk bangsa Melayu perpecahannya.

    Bagi ana, apa-apapun kita kena kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, sunnah baginda Rasulullah perlu kita teladani dan kita hayati untuk membentuk fardu muslim yang berkualiti.

  3. masih belajar
    November 24, 2009 at 7:44 pm

    assalamu’alaikum ust,
    ana musykil..ni ana baca dlm salah satu website:
    ———————————————————————————-
    Islam menyeru ummat nya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang. Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ,

    “bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyah(nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang kerana assobiyah serta orang-orang yang mati kerana assobbiyah”

    Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai masalah nasionalisme, rasisme dan patriotisme, telah bersabda,

    “Tinggalkanlah, ia tidak berguna”( Bukhari dan Muslim)

    dan dalam Hadis yang ditulis oleh Misykat al masabih, Rasulullah SAW berkata :

    ” dia yang menyeru kepada Assobiyah laksana seorang yang mengigit kemaluan ayahnya.”

    Di ceritakan oleh At-tabrani dan Al-hakim bahawa dalam suatu insiden beberapa orang memperkatakan dan merendah-rendahkan Sahabat Salman Al Farisi. Mereka membicarakan inferioriti orang Parsi dibandingkan dengan orang Arab. Ketika mendengar hal ini Rasulullah SAW, menyatakan dengan tegas “Salman adalah sebahagian dari kami, Ahlul Bait (keluarga Rasul)”. Pernyataan Rasulullah SAW ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan.
    ——————————————————————————

    harap dpt ust bg pencerahan…dan knp kita ikut pndpt Ibn Khaldun ye? mungkin tak agaknya statement Ibn Khaldun tu sbb kondisinya yg sentiasa berada dan berjalan di pelbgai tmpt negara?

    huhu, maaf byk pulak soalan

    hrp ust dpt jelaskan..jasa baik ust didahului dgn doa jazakallahukhayr..

  4. aslami
    November 24, 2009 at 8:45 pm

    untuk masih belajar
    mungkin ini dapat membantu..
    salam
    ustaz , ana ada terjumpa artikel yg agak serupa dari kawan ana boleh dikongsi..
    Hadith tersebut matannya seperti berikut:

    حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا زياد بن الربيع اليحمدي عن عباد بن كثير الشامي عن امرأة منهم يقال لها فسيلة قالت سمعت أبي يقول سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه قال لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم

    Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

    Maka, berdasarkan hadith ini, cintakan bangsa sendiri tidak salah kerana ianya sebahagian daripada fitrah manusia. Tetapi, melampau dalam mencintai bangsa sendiri adalah kesalahan, sebagaimana juga melampau dalam mencintai diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

    Melampau dalam mencintai sesuatu dalam Islam adalah suatu yang tercela sebagaimana sikap ashobiyyah itu sendiri iaitulah: menolong bangsa sendiri dalam kezaliman. Maka, sikap membela kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana orang yang sebangsa dengan kita atas dasar “sebangsa” itulah pada hakikatnya suatu ashobiyyah yang dicela dalam Islam.Hakikatnya, membantu siapa sahaja ke arah kezaliman adalah suatu kecelaan, termasuklah membantu ahli keluarga sendiri dalam melakukan kezaliman.

    Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:

    وهي معاونة الظالم

    Maksudnya: “Iaitu, membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

    Namun, jika ianya berkaitan dengan cinta kepada bangsa sendiri dan menghargai kelebihan yang dimiliki oleh bangsa sendiri sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmatNya terhadap bangsa sendiri, maka ianya tidak tercela.

    Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

    حدثني علي بن حمشاد العدل ، أنبأ أبو مسلم إبراهيم بن عبد الله ، أن معقل بن مالك حدثهم قال :
    ثنا الهيثم بن حماد ، عن ثابت ، عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
    ” حب العرب إيمان وبغضهم نفاق “.

    Ringkasannya:

    Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”

    Imam Al-Hakim berkata:

    هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

    Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.

    Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menggalakkan mencintai golongan Anshar:-

    آية الإيمان حب الأنصار وآية النفاق بغض الأنصار

    Maksudnya: “Tanda keimanan adalah mencintai golongan Anshar dan tanda kemunafiqan adalah membenci golongan Anshar” (رواه البخاري(3783) ومسلم(75)

    Demikianlah Rasulullah s.a.w. sendiri menzahirkan kesyukuran dan kecintaan kepada bangsa Quraisy di samping mengakui kelebihan bangsa Quraisy.

    ِAntara Hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bangsa Quraisy:-

    حدثنا عبد الله بن إدريس قال ثنا هاشم بن هاشم عن أبي جعفر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيار قريش خيار الناس ، وشرار قريش شرار الناس ،

    Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan) yang bermaksud: “Sebaik-baik dalam kalangan Bangsa Quraisy adalah sebaik-baik manusia dan seburuk-bukur dalam bangsa Quraisy adalah seburuk-buruk manusia…”

    Hadith lain:-

    حدثنا وكيع قال ثنا الأعمش عن أبي سعيد عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الناس تبع لقريش في الخير والشر .

    Maksudnya:

    “Manusia mengikut Quraisy dalam baik dan buruk…”

    Hadith seterusnya:-

    حدثنا وكيع عن سفيان عن ابن خيثم عن إسماعيل بن عبيد بن رفاعة عن أبيه عن جده قال : جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم قريشا فقال :، إن قريشا أهل صدق وأمانة ، .

    Maksudnya secara ringkas: “Rasulullah s.a.w. bersabda setelah menghimpunkan beberapa kaum Quraisy lalu berkata antaranya: “Sesungguhnya Bangsa Quraisy adalah ahli yang jujur dan amanah…”

    حدثنا يزيد بن هارون عن ابن أبي ذئب عن الزهري عن طلحة بن عبد الله بن عوف عن عبد الرحمن بن الأزهر عن جبير بن مطعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن للقرشي مثل قوة رجلين من غير قريش ، قيل للزهري : ما عنى بذلك ؟ قال : في نبل الرأي .

    Secara ringkas terjemahannya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bagi bangsa Quraisy itu kekuatan dua lelaki dari kalangan bukan Quraisy:.

    Imam Az-Zuhri ditanya tentang makna dua kali ganda kekuatan tersebut lalu beliau menjawab: “Dari sudut kecerdasan (kebijakan) dalam berpendapat (pemikiran)”.

    Hadith lain menyebut:-

    حدثنا محمد بن عبد الله الأسدي عن ابن أبي ذئب عن جبير بن أبي صالح عن الزهري عن سعد بن أبي وقاص قال : إن رجلا قتل ، فقيل للنبي صلى الله عليه وسلم فقال : أبعده الله ، إنه كان يبغض قريشا .

    SA’ad bin Abi Waqas menceritakan bahawsanya ada seorang pemuda dibunuh lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah menjauhkannya… Sesungguhnya pemuda itu membenci Quraisy…” (rujuk sanad Hadith)

    Begitu juga tentang keistimewaan bangsa Quraisy dalam kepimpinan (khilafah).

    Antara hadith tersebut adalah

    حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” الناس تبع لقريش في هذا الشأن، ” متفق عليه.

    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia mengikut bangsa Quraisy dalam urusan ini (kepimpinan dan sebagainya)….” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    Hadith ini menceritakan tentang kelebihan bangsa Quraisy yang menjadi tauladan kepada bangsa-bangsa lain pada zaman Rasulullah s.a.w. tersebut.

    Lihat apa komentar Imam An-Nawawi pada hadith ini:

    هذا الحديث وأشباهه دليل ظاهر على أن الخلافة مختصة بقريش، لا يجوز عقدها لأحد غيرهم، وعلى هذا انعقد الإجماع في زمن الصحابة، فكذلك من بعدهم

    Maksudnya:

    Hadith ini dan seumpamanya adalah dalil yang jelas bahawasanya khilafah (kepimpinan Islam) khusus untuk bangsa Quraisy. Tidak boleh orang lain (selain Quraisy) berpegang dengannya (kekhilafahan). Ia adalah ijmak pada zaman sahabat dan selepas zaman mereka. (Syarah Sahih Muslim)

    Ia berdasarkan hadith-hadith lain tentang pengkhususan tersebut:

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    لايزال هذا الأمر في قريش

    Maksudnya: “Sentiasalah urusan ini (khilafah) pada bangsa Quraisy…” (Sahih Al-Bukhari)

    Begitu juga sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi

    الأمراء من قريش

    Maksudnya: “Kerajaan (kepimpinan) itu dari bangsa Quraisy…” (hadith riwayat At-Tabrani)

    Ini bukan bererti Rasulullah s.a.w. atau Imam An-Nawawi ashobiyyah tentang Bangsa Quraisy, tetapi menceritakan keistimewaan dan pengkhususan bangsa tersebut khususnya dalam bab khilafah.

    Ini antara petunjuk yang menunjukkan prinsip Islam yang merai fitrah manusia yang mencintai sesama sendiri, dari kalangan ahli keluarga, bangsa dan tanah airnya sendiri. Selagimana ianya tidak melampau (iaitu membawa kepada kezaliman), maka ianya tidak tercela dalam Islam.

    Wallahu a’lam…

  5. November 24, 2009 at 11:43 pm

    Salam, ustaz..
    Terlebih dahulu ana rasa perlu ustaz jelaskan apa itu asobiyah? Terutama demi merungkai beberapa salah faham terhadap makna penggunaan istilah ini. Wallahu’alam~

  6. Abdullah Zaik
    November 25, 2009 at 3:17 pm

    Berkata ust Mahmud al Mardawi dalam kitabnya al Khilafah antara teori dan perlaksanaan (1983) (tiada disebut pencetak):

    ” hasil kajian terhadap ciri-ciri yang disebut untuk nuqab’ (yang beri baiah) jelas kepada kita bahawa asas pemilihan mereka adalah samada anak-anak pembesar yang mewarisi kepimpinan kaum mereka secara turun temurun atau mereka yang memiliki kemanpuan dan kebolehan istimewa mengatasi rakan-rakan mereka atau mereka yang awal(pelupur agama Islam) memasuki Islam.”. (m/s 193)

    Mengikut beliau pemilihan ahli hallli wa aqdi dibuat mengikut nisbah qabilah. Tiga dari Aus mewakili dua puak dan sembilan dari Khazraj mewakili enam puak. manakala muhajirin di diwakili oleh sepuluh mubassyarin bil jannah. (m/s 193-195)

    “ini tidak bercanggah dengan ruh Islam dalam memerangi asobiyyah kepuakan”, “Rasulullah s.a.w melarang asobiyyah sebagai hadap(matlamat) berperang kerananya.” beliau menyebut hadis-hadis semakna dengan apa yang anda sebutkan. (m/s 197)

    Rasulullah s.a.w menyatukan semua kumpulan muhajirin dan ansor dan kemudian mepersaudarakan antara keduanya mereka sebagai contoh yang perlu di ikut. walaupun dalam masa yang sama baginda mengekalkan intima’ kepada kabilah yang memeluk Islam samada sebelum pembukaan Mekah atau selepasnya”. (m/s 198)

    “jadi kabilah dalam Islam kekal sebagai perkumpulan yang sah dari segi syarak tetapi hendaklah ia menganut Islam, memperjuangkan Islam, memelihara hadaf-hadaf, perundangan dan iltizam dengan kebenaran dan tidak memabntu atas asa kezaliman”. (m/s 199)

    “kita boleh katakan bahawa Islam mengiktiraf sistem kabilah sebagai satu komuniti dalam kerangka masyarakat islam yang lebih besar tetapi memeranginya sebagai hadaf yang berlainana dari Islam”.( m/s 198)

    ” tentera al Qadisyyah dibina atas asas kabilah, madinah Kufah dan Basrah dibahagi mengikut kabilah dan penggajian ditulis mengikut jaluar kabilah”. (m/s 198)

    Belaiu membuat kesimpulan, bahawa mana-mana perkumpulan politik yang sedia wujud(diterima) dalam mana-mana masyarakat boleh di terima pakai oleh fikah Islam dan merangkulinya. Kemudian melalui manhaj tarbawinya ia menukar kandungannya kepada kandungan Islam dan mengisi kekosongan dengan nilai-nilai Islam”. (m/s 200)

    Jadi tiada percanggahan antara kita berjuang membangunkan bangsa kita atas asas Islam sehingga ia menjadi bangsa risalah dan memimpin dengan asobiyyah yang ditegah. Bahkan ia dari inti risalah islam itu sendiri mahu setiap individu dari mana-mana kaum membangunkan bangsa mereka dengan manhaj Islam.

    Apa yang saya cuba rungkaikan ialah perasaan dan kefahaman yang salah dikalangan orang melayu dalam melihat kepada diri dan perjuangan bangsa mereka.

  7. Abdullah Zaik
    November 25, 2009 at 3:23 pm

    Asobiyyah ialah sentimen sesaorang terhadap bangsanya. Sentimen secara umum merupakan satu yang naluri diterima oleh Islam.

    persoalan ialah bagaiman kita menggunakan sentimen ini. Jika saya pupuk semangat sekaum(perkauman)saya untuk menindas bangsa lain atau melakukan kezaliman maka ia merupakan satu yang ditegah, berdasarkan hadis hadis yang melarang asobiyyah. tetapi jika saya menggunakan semangat sekaum (perkauman) saya untuk tujuan menegakkan agama Allah dan menyebarkan hidayahnya diatas muka bumi maka ia suatu yang sangat terpuji.

    Sokongan kaum ini yang disebut oleh ibnu khaldum sebagai asobiyyah, man’ah atau syaukah. Ia suatu yang dhoruri dalam perjuangan Islam.

  8. spyrakyat
    November 26, 2009 at 12:22 am

    Melayu gagal dalam menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup, mungkin antara sebab bangsa kita tak dapat bersatu sepertimana bangsa-bansa lain di negara ini. Sayang sekali kita yang dilahirkan sebagai Islam menolak panduan sempurna yang diberikan Allah untuk rujukan kita yang beragama Islam..

  9. November 26, 2009 at 2:16 am

    perkauman ini satu elemen yg patut digunakan sebagai salah satu medium dakwah sebab satu kaum mungkin lebih memahami kaum itu sendiri.

    tp kalau dijadikan kayu ukur perkauman ini benda yang wajib ada untuk berdakwah, rasanya tak juga sebab kadang kadang ada kaum sendiri yang lari dari kaumnya dan dakwah ini tak dapat disampaikan dengan betul.

    takut orang tak mahu berdakwah (yang sememangnya nak lari dari kegiatan ini) buat alasan ‘saya takde orang sekepala untuk berdakwah, jadi saya takkan berdakwah’ dan tiadalah dakwah di mana sepatutnya berada

    banyak cabang dakwah yang ada, selagi menyeru kepada seruan yang esa, semoga dakwah itu diredhai olehNYA

  10. November 26, 2009 at 3:45 pm

    Teringat saya akan rancangan Hujah yg disiarkan di TV 9. Malam itu Dr Riduan Tee berhujah bersama Dr Asyraf Wajdi. Dr Asyraf berkata sambil menterjemahkan satu hadith tanpa menyebut martabatnya, ” asobiyyah itu apabila kamu menolong kaummu melakukan kezaliman. ”

    Kalau diteliti dari segi maksud zahir hadith, sudah jelas apa yg ingin disampaikan & dimaksudkan dgn asobiyyah. Wallahu’alam..

  11. pembinaISMA
    November 28, 2009 at 10:14 am

    Salaam..

    Ana setuju dengan pendapat ustaz..

    “Menggunakan semangat sekaum (perkauman) untuk tujuan menegakkan agama Allah dan menyebarkan hidayahnya diatas muka bumi maka ia suatu yang sangat terpuji.”

    Kerana si MELAYU itu lahirnya ISLAM..

    Maka, sewajarnya tanggungjawab mendaulatkan ISLAM itu tak lain tak bukan, tanggungjawab MELAYU!

  12. November 30, 2009 at 2:58 pm

    Sesi kami pelajar di Mesir bersama Mufti KL dan kenyataan beliau di :

    http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2009/11/perpecahan-melayu-merugikan-islam.html

    Soalan ditanya oleh ana sendiri.

  13. hilmi razak
    Disember 8, 2009 at 11:06 pm

    aslmulaikum ustz,,perkongsian yang baik..tetapi meragukan.
    hm.
    kdg2

    sy tefikir.
    mngapa bnyk sgt jemaah di mesia ini yer,.?

  14. ikhwah
    Mei 9, 2010 at 10:56 am

    Hilmi Razak,anda dah nmpk kan,setiap jemaah ada pembawakan,cara dan kefahaman yang berbeza-beza.Tapi jelas,matlamat mereka sama.

    Pilihlah mana yang anda rasa lebih dekat dengan cara Nabi,dekat dengan saranan Al-Quran dan As-Sunnah,lebih meyakinkan anda.Tiada salahnya.Tapi,sesama jemaah,jangan pula bermusuh kerana perbezaan yang ada.

  15. Al Isafi
    April 30, 2011 at 3:54 pm

    Si unta berkumpul sama unta , si unggas berkumpul bersama unggas , si melayu berkumpul sama melayu si arab berkumpul sama arab…Oleh kerana melayu ramai di Msia 64% dan islam pulak tu, bukan kah ianya starategi yg bijak dan munasabah untuk menggunakan mesej ini iaitu melayu dan Islam, selagi tidak untuk membuat kezaliman dan mafsadat..Bukan lah bangsa Melayu tu yang terbaik TETAPI baiknya Melayu itu kerana Islamnya dan ramainya di Msia…Tetapi oleh sebab Politik, apa yang Melayu A kata, Melayu B kata haram…tetapi apa DAP kata (hattajgn timbulkan isu negara Islam) maka DAP betul….lahawla wala quwwatan illabilLah…taubat sebelum terlambat

  1. Julai 4, 2010 at 2:09 pm
  2. April 17, 2011 at 11:02 pm
  3. April 23, 2011 at 12:49 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: