Rumah > komentar > Tauhid Tiga Serangkai

Tauhid Tiga Serangkai

Mega Isnin 30 Nov. 2009 menyiarkan satu tulisan oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertajuk Tauhid tiga serangkai disyariatkan dalam Islam? Tauhid tiga serangkai yang dimaksudkan ialah tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah, dan tauhid asma’ dan sifat yang disebut sebagai rekaan Ibnu Taimiyyah.

Barangkali ini ada kaitan dengan isu berbangkit susulan kepada penangkapan Dr Asri. Walaubagaimanapun saya tidak ingin mengulas isu ini dalam konteks polemik tersebut kerana tidak mahu menambah kusutkan masalah. Bagi saya isu-isu furu’ itu tidak sepatutnya menyebabkan perpecahan umat. Saya juga menganggap kemungkinan bahawa ada maksud tersirat di sebalik isu tersebut di mana komen semberono tidak mungkin akan membantu menghurai kekusutan.

Cuma bila saya terbaca artikel seperti yang tersiar dalam Mega tersebut, saya terpanggil untuk mengulas bukan dalam konteks menyokong atau menolak mana-mana mazhab tetapi dari segi metodologi penghujahan semata-mata.

Dalam artikel itu penulis berhujjah bahawa pembahagian tauhid tiga serangkai (ikut istilah penulis) sebagai tidak syarie, rekaan dan bid’ah kerana perkara itu tidak disebut begitu dalam kitab Ahmad yang merupakan Imam kepada Ibnu Taimiyyah, tidak disebut oleh sahabat, tidak disebut oleh Nabi s.a.w, tidak tercatat dalam kitab-kitab sunnah bahawa nabi menyeru kepada tiga jenis tauhid tersebut, Al quran tidak membezakan antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah. Dan mengikut penulis lagi dengan pembahagian tersebut seolah-olah agama belum sempurna.

Hujah-hujah tersebut amat tidak munasabah. Niat penulis untuk membersihkan Islam dari bid’ah tetapi adalah suatu yang baik tetapi tanpa disedari boleh mencalar kesucian dan kebesaran agama Islam sebagai penyudah segala agama. Islam bukanlah satu agama yang rigid dan kaku sebaliknya ugama yang dinamik mampu menjawab permasalahan manusia sepanjang zaman hingga hari akhirat. Saya kira satu perkara yang sangat asas dalam akidah bahawa Islam adalah agama terakhir yang sesuai sehingga ke akhir zaman. Persoalannya bagaimana Islam boleh menjadi agama sepanjang zaman jika kita mengambilnya sebagai satu yang kaku? Maha suci Allah yang maha mengetahui akan tabiat hidup manusia yang berubah dan berkembang yang telah menurunkan wahyu yang sentiasa bersifat kontemporari.

Terlalu banyak perkembangan berlaku ilmu Islam yang istilahnya tidak wujud zaman Raslulullah s.a.w.. Hatta ilmu tauhid itu sendiri, ilmu fiqah, usul feqah, tasawuf dan sebagainya kalau kita tanya Rasulullah s.a.w sebut ke tak sebut, jawabnya tidak. Maka dengan itu ia dianggap bid’ah dan sesat, apa yang saya boleh ucapkan ialah innalillah wainna ilahi rajiun.

Kehidupan manusia yang berubah, berkembang dan sentiasa berhadapan dengan persoalan-persoalan baru memerlukan keanjalan manhaj penyampaian Islam bukan sahaja berkaitan fikah bahkan juga dari aspek akidah. Oleh itu bagi saya wujud khalaf dan salaf, kaum muda kaum tua, wujud mazhab-mazhab dalam masalah fikah adalah satu tuntutan semasa yang perlu dilihat secara positif. Ia tidak harus menjadi asas kepada pergaduhan dan perbalahan. Pada saya mazhab-mazhab dalam akidah dan fikah lahir untuk menjawap cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam pada satu-satu masa.

Sebagai contoh izinkan saya menggunakan istilah “tauhid sifat 20″ lahir pada zaman umat Islam diserang oleh pengaruh falsafah Greek. Pengaruh Aristotle yang mula bercakap tentang isu ketuhanan atau apa yang diistilahkan sebagai persoalan di sebalik alam semuala jadi yang membahagikan wujud ini kepada dua samada jauhar atau arad (sifat). Ulamak Islam pada masa itu berhadapan dengan cabaran ini lalu mengemukakan tauhid melalui sifat 20. Kalau anda mengkaji tauhid sifat 20, anda akan dapati ia sarat dengan istilah falsafah. Dan kalau anda bertanya adakah tauhid ini disebut dalam al quran dan berhujjah dengan hujjah yang sama nescaya anda akan berjumpa dengan jawapan yang sama iaitu tidak dan adalah juga merupakan satu yang bid’ah.

Berbalik kepada akidah tiga serangkai begitu juga. Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air.

Begitu juga dengan umat Islam hari ini, mereka berhadapan dengan cabaran sekularisma yang menolak peranan agama dalam kehidupan dan sekali gus menjadikan ketuhanan sebagai satu mitos. Ulama Islam perlu berijtihad dan mengemukakan akidah yang sesuai dengan persoalan semasa. Dengan itu muncul istilah hakimiyyah dalam penulisan-akidah akidah moden seperti tulisan Syeikh Naim Yasin dalam kitab “al- Iman, rukun dan perkara-perkara yang membatalkannya”. Maududi tulis buku empat Istilah mengupas maksud ilah, rab, din, dan ibadah. Jika tidak umat Islam boleh terjebak dalam bahaya syirik dan kufur dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Dari aspek yang lain sesiapa yang faham bahasa Arab boleh faham dengan mudah dari mana asal usul kalimah uluhiyyah dan rububiyyah, dan tidak mungkin menolak asal kewujudannya di dalam al Quran.

Wallahu aklam

Categories: komentar
  1. faiz
    Disember 8, 2009 at 4:42 pm

    Salam.
    Hmm.. betul jugak ye. sifat 20 pun nabi tak pernah sebut dalam hadis apatah lagi para sahabat. tapi masyhur sahaja di malaysia.

    Bila islam dipolitikkan, semuanya dijustify untuk menjatuhkan sesama sendiri. dakwah datang dengan akhlak, maka jagalah akhlah kerana akhlak itulah penyempurna kepada iman seorang muslim (Riwayat at-Tirmizi).

    Jazakallah ustaz atas nasihat.
    Wassalam

  2. Firdaus
    Disember 15, 2009 at 1:36 pm

    Sifat 20 tu bukanlah rekaan ulamak tapi intipati daripada Al-Quran.. Sudah ijmak ulamak setiap Muslim wajib berpegang dengan sifat 20… Kalau tak tahu sifat 20 tak sah Iman… So, belajar dan bertalaqqi lah… Nak komen buat apa yang kononnya sifat 20 itu bid’ah… Ilmu korang tak sampai setitik pun jika dibandingkan dengan ilmu para ulamak muktabar… Toksah dok sombong lah… Nak tanya sikit, hang mengaji ke tak sifat 20???? Kalau tak, bila mati baru nak menyesal….

  3. Disember 15, 2009 at 4:08 pm

    cantik… setuju

  4. Abdullah Zaik
    Disember 15, 2009 at 5:21 pm

    adakah nabi ajar sahabat sifat 20?

  5. ibnu_hisyam
    Disember 16, 2009 at 8:34 pm

    Firdaus telah menunjukkan ciri2 orang yang terlalu fokus dgn sifat 20 dalam perkataannya.. (“,) cantek.. firdaus: nabi pernah ajar sahabat sifat 20?? (ulang soalan Ustadz)

  6. abdullah
    Disember 19, 2009 at 1:52 am

    Berkata seorang sahabatku yang berada di Mekah
    “Enta tengoklah nanti..Barang siapa yang akidahnya tidak bertepatan dengan akidah yang sebenar walaupun dia berpakaian dengan ahli agama, atau amalannnya menyerupai ahli agama …akan terzahir padanya kerosakan atau kecelaan ..tengoklah..perhatilah..”

    P/s : Kita bukan ahli Al-Quran..hafal tidak, faham jauh sekali..so..jgn semberono ckp dlm al-Quran tiada sebut ..Kalau di Malaysia yg memang Pakar al-Quran dan masyhur ialah Syeikh Ismail..Cuba tanya beliau..

  7. Omar
    Disember 20, 2009 at 9:29 am

    1. Sebagaimana yg disebut oleh Ustaz, sifat 20 atau tauhid 3 serangkai adalah antara btk metodologi pembelajaran tauhid, bagi memudahkan masyarakat memahami tauhid dlm btk yang kontemporari dgn zaman masing2. Mungkin masa akan datang akan timbul metod perbahasan akidah dlm pembhgian yg lain pula. Sbgaimana yg berlaku sekrg, sayyid Qutb menekankan aspek hakimiah Allah swt pula.
    2. Ianya tentulah disaring drp al-Kitab was Sunnah sebab mrk ini dikategorikan sbg ahlus Sunnah wal Jamaah (mrk yang berada di atas landasan Sunnah dan kumpulan jamaah al-muslimin – panjang pula kalau nak bahas topik ini)
    3. Apa yg ingin dipersoalkan ialah: penghujahan utk menolak sesuatu metodologi pembelajaran akidah spt tauhid 3 serangkai atas alasan tak pernah dibuat Nabi & sahabat, ini akan terkena atas kepala mrk yg bermetodkan sifat 20 juga. itu shj yg mungkin ingin ditekankan oleh ustaz (atau ustaz ada tujuan lain lagi). Jadi tak timbul, ada dlm quran atau tidak.
    4. Sebenarnya jika ingin diperincikan sifat 20 ini hanya memasukkan sifat zat bagi Allah shj tetapi tidak memasukkan sifat fi’l spt redha, marah dll kepada Allah (sekalipun ia terkandung dlm hadis dan al-Quran). Ini bukan nak menyalahkan metod ini. Sekdr menyatakan bahawa sifat 20 bukan bermaksud membahaskan semua sifat2 Allah dlm al-Quran dan hadis (memang dah maklum sifat Allah tak terbatas kpd 20 shj). Sebab itu, bila belajar sifat 20, ia disimpulkan: Allah bersifat dgn segala kesempurnaan dan bersih drp segala kekurangan.
    5. begitu juga metodologi 3 serangkai, mungkin wujud kekurangan.
    6. semua ini adalah normal, kerana ia tdk lebih drp inisiatif ulama dlm memahamkan umat tentang persoalan akidah dan menjaga kesejahteraan pegangan mereka. Sepatutnya tidak membuka ruang utk umat islam saling tuduh menuduh bhw org lain tlh keluar drp ahlus sunnah wal jamaah sebab tdk ikut metod mrk shj. wallahua’lam

  8. Omar
    Disember 20, 2009 at 10:00 am

    7. Kalau lbh mudah faham. Sama spt analogi metod pembelajaran matematik skrg. Ada aritmetik, ada kaedah mokhdar dsbnya.
    8. Begitu juga metod pembelajaran al-Quran, ada kaedah baghdadi, ada iqra`, ada qiraati dll.
    9. Tentunya metod2 ini ada kelemahan masing2 tapi ia tidak sampai ke tahap hingga mencacatkan pembelajaran matematik atau al-Quran itu sendiri.

  9. Disember 22, 2009 at 7:00 pm

    saya melihat pemilik blog ini semacam tidak faham agama tetapi cuba buat buat pandai dalam agama.andalah perosak agama.sapa kata sifat 20 takda dalam quran.Sebelum lempar fitnah belajar la dulu jangan sebab tolak sifat 20 anda tolak sifat Allah sekaligus jadi kafir.Nabi dan Quran dah akui akan imam assyairan dan maturidiy dalam hadith dan Quran.Sila belajar la sebelum nak tuduh macam macam.agama untuk belajar bukan untuk kaji.jangan menyesal sebelum terlambat.Akidah sifat 20 telah di ijmak wajib belajar bagi mukallaf.tolak ijmak sudah cukup untuk jadi anda golongan terpesong

  10. Abdullah Zaik
    Disember 22, 2009 at 7:38 pm

    miskin hujjah lebih teruk dari miskin harta…..saya tidak tolak sifat 20, tetapi saya minta anda perbetulkan cara berhujjah anda yang mudah dicanggah.

    tak setakat itu kebolehan anda meneggakkan hujjah ?

  11. UIA
    Disember 23, 2009 at 5:57 pm

    Saya bekas pelajar perakaunan di UIA dan belajar mengenai tauhid tiga ini di UIA. Saya tidak mendapati apa2 kejanggalan mengenainya kerana matlamat akhir pengajaran tauhid tiga ini adalah tidak lain hanyalah mengesakan Allah tuhan yang satu. Ia juga cukup mudah difahami, tidak berbelit-belit serta straight forward. Saya yakin golongan muda dan moden lebih mudah faham tauhid tiga dalam persoalan akidah berbanding sifat 20, yg belum tentu boleh faham dengan jelas biarpun puluhan tahun belajar kerana lebih menekankan falsafah yang bukan-bukan. Contohnya apa perlunya belajar sifat berlawanan tuhan jika kita boleh terus membuka Al Quran dan mendapati terkandung banyak ayat-ayat yg menceritakan sifat Allah.

  12. ibnu_hisyam
    Disember 23, 2009 at 10:52 pm

    paklah msia, bgla ayat2 quran terhadap hujah2 anda.. komen uia sgt membantu..Syukran

  13. abumuaz
    Disember 25, 2009 at 10:13 pm

    Setahu saya lah pemilik blog ni belajar agama berpuluh-puluh tahun dari kecik sampai ke AlAzhar.

    Tuduhan Pak lah Malaysia kepadanya sebagai “Perosak agama”, lempar fitnah, tolak allah, kafir & golongan songsang tu tududahn yg sangat BERAT syeikh…..takut tak tertanggung saja kat akhirat nanti bila ALLAH hisab & soal anta. Jgn buat main….

    tengok gaya & akhlak berhujah pun dah fail/gagal ni

  14. Mahathir
    Disember 31, 2009 at 8:32 am

    hei…susah tol nk bg org buta nk phm….klau hati x nak terima,kita bcerita ttg ape pon die akn cari alsn utk menolak….bg firdaus n paklah malaysia(ko ni malukan paklah je)..ust ckp,al-quran xde sebut scr jelas ttg sifat 20…mksdnye,adkh quran ckp”Allah ada 20 sifat”?…mmg la 20 sifat tu dtg dr al-quran,tp 20 tu stlh dkaji n di urai oleh para ulama’…dn begitu gak dgn tauhid tiga serangkai…ia x dsebut scr jelas dlm quran…20,n tauhid 3 srnkai tu x diajar nabi kpd shbt….tp shbt dh memahami tauhid,tnpa pengulasan yg pjg…tp umat skang dh len da…kita urai pecahn tauhid tu, dr quran n sunnah…klau x phm lg,baik g istighfar dulu…ko bace pon mcm xnk cr hidayah tp utk ‘takel’ org je…bek g muhasabah sket dowh…klau cmni la…abis malaysia..

  15. Disember 31, 2009 at 3:05 pm

    terima kasih kpd tuan punya blog.banyak ilmu yg boleh sy belajar..

    betul juga cakap saudara Mahathir ni..

  16. bior benar
    Januari 2, 2010 at 1:02 pm

    rasanya ada yang kurang faham matlamat penulisan Ustaz Lah kali ni.

    Ustaz Lah cuba menerangkan situasi yang sibuk diperdebatkan sekarang, i.e. contoh dalam Utusan Malaysia mempertikaikan tentang tauhid 3 serangkai.

    Ustaz Lah menerangkan kita harus memahami KAEDAH dalam menangani sesuatu masalah. Contohnya, kaedah Sifat 20 yang diperkenalkan ulama’ dulu.. adalah untuk menangani masalah ummat Islam yang konfius terhadap sifat dan zat Allah kerana terpengarah dengan falsafah Yunani.

    Juga Kaedah Tauhid 3 serangkai yang diperkenalkan Ibn Taimiyah untuk menghadapi masalah kefahaman ummat Islam pada waktu tu tentang skop2 tauhid.

    Setiap perenggan ustaz Lah menegaskan, kita akan degan mudah menuduh Sifat 20, Tauhid 3 serangkai adalah BIDAAH sekiranya kita tidak memahami konteks, keadaan, suasana, realiti yang ada dalam masyarakat KETIKA teori2 itu dikeluarkan.

    Tak de pun ustaz Lah kata Sifat 20 tu bidaah ke. tauhid 3 serangkai tu bidaah..

    Artikel ini adalah untuk memberi pencerahan bahawa setiap KAEDAH yang dikeluarkan ulama2 dulu adalah untuk menyelesaikan masalah pada ketika itu.
    Dan boleh juga diguna pakai pada konteks sekarang sekiranya relevan.

  17. bior benar
    Januari 2, 2010 at 1:06 pm

    kelakar juga dengan kenyataan Yayasan Sofa yang seolah2 telah banyak sangat berjasa kepada ummat Islam ini sampai sanggup memperkecilkan, mentadhaifkan tokoh Islam yang telah bermandi peluh dan darah untuk menegakkan Islam.. contoh Ibn Taimiyah.

    Tanya sket Yayasan Sofa ni, dah berapa banyak orang bukan Islam yang telah berjaya mereka Islamkan?

    Berapa ramai orang Islam yang sekular yang telah berjaya mereka perjelaskan?

    Setakat tulis artikel dalam surat Khabar, Astora Jabat pun boleh buat..

    Tak tertanggung dosa fitnah nanti… Yusof AL Qardawi pun tak tolak Ibn Taimiyah.. heheh

  18. MATKELATE
    Januari 7, 2010 at 2:45 pm

    Untuk perhatian saudara Firdaus..
    saya rasa zaman kita ini pemahaman akidah berkonsepkan dibawah ini lebih senang difahami dan di amalkan
    Asasnya Iblis telah menolak ketauhidan Uluhiyyah Allah SWT sebab tulah dia kecundang dari kehidupan Syurga dan dimurkai oleh Allah SWT hingga ke Akhirat

    Sifat 20 penting dalam pemahaman kita kepada Peng Esaan Allah SWT ..

    Penghuraian melalui Rububuyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Allah SWT lebih kita faham dan dapatlah kita mengelakkan diri kita dari terjerumus ke jalan yang dimurkai oleh Allah

    Siapalah kita dibandingkan usaha dakwah Ibnu Tamiyyah yang sangat berjasa di zaman nya.

    TAUHID ULUHIYAH, RUBUBIYAH dan MULKIYAH serta Integrasi Ketiganya
    View clicks
    Posted January 16th, 2009 by andi alamsyahAgama Ilmu Tauhid

    MUQODDIMAH
    Mentauhidkan Alloh SWT. adalah inti kepada akidah islam. Didalam konsep Tauhid kita mengesakan Alloh dari segi Rububiyah, Uluhiyah dan Asma wa Shifah. Dari ketiga segi Tauhid tersebut mengarahkan kita kepada pengakuan akan Kemahakuasaan dan Kemaharajaan Alloh atas segala sesuatu, yang mendorong kita dengan sendirinya mengenal dan mengakui akan segi Mulkiyah/Hakimiyah Alloh dalam hal kita mengikuti, mengamalkan, menentukan dan berhukum dengan hukum Alloh semata, bukan dengan hukum yang lain.
    BAHASAN I
    MAKNA TAUHID SECARA SISTEMATIS
    A. Ta’rif Etimologis dan Terminologis
    Ilmu tauhid secara etimologi terdiri dari dua kata: “Ilmu” yang berarti pengetahuan, sedangkan “Tauhid” berarti menyatukan, menunggalkan, mengesakan, menganggap satu.
    Secara terminilogi Ilmu tauhid bermakna ilmu yang menerangkan tentang sifat-sifat Alloh yang wajib diketahui dan dipercayai. Pembahasan dalam ilmu tauhid menyangkut rukun iman dan atau hanya membahas tentang masalah ketuhanan saja. Namun demikian dilihat dari tujuannya yang paling utama, ilmu tauhid mengajarkan akan keesaan Alloh, baik dari dzat, sifat maupun perbuatanNya, tanpa sekutu bagiNya.
    B. Macam Sebutan Ilmu Tauhid
    Ilmu Ma’rifat
    Dikatakan demikian karena ilmu ini membahas hal pengealan kepada Alloh (ma’rifatulloh) yang didalamnya menerangkan sifat-sifat Alloh yang wajib dan yang jaiz, demikian juga dengan sifat-sifat yang mustahil bagi Alloh dan lain-lain ma’rifat yang diperintahkan oleh Alloh untuk dipercayai.
    Ilmu Kalam
    Diantara ulama ada yang manamakannya ilmu kalam. “Kalam’ menurut etimologi berarti perkataan. Ta’rif terminologi ilmu kalam bermakna ilmu yang membahas tentang aqidah dengan dalil-dalil aqidah dan sebagai perisai terhadap segala tantangan dari kaum penantang.
    Ilmu Ushuluddin
    Secara etimologi ushuluddin terangkai dari dua kata: “Ushul” berarti pokok, dasar, fundamen, kaidah atau peraturan. Dan “Addin” berarti agama. Dapat disimpulkan ushuluddin menurut etimologi adalah dasar atau pokok-pokok agama. Yang menjadi sebab mengapa ilmu tauhid mendapat sebutan ilmu ushuluddin karena ilmu ini menjelaskan pokok-pokok kepercayaan dalam agama.
    Ilmu ‘Aqoid atau Ilmu I’tiqod atau Ilmu ‘Aqidah
    “’Aqoid” adalah jama’ dari “’Aqidah” yang artinya simpulan, sementara “I’tiqod” berarti kepercayaan. Dapat disimpulkan perkataan “’Aqoid”, “’Aqidah” dan “I’tiqod” adalah kepercayaan yang tersimpul dalam hati. Ilmu tauhid terkadang juga disebut Ilmu ‘Aqoid dan Ilmu I’tiqod karena ilmu ini membahas masalah-masalah yang berhubungan dengan keyakinan yang terpatri dalam hati. Mengeani arti ’Aqidah, Prof. Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy mendefenisikan: “’Aqidah menurut ketentuan bahasa arabialah sesuatu yang dipegang teguh dan terhujam kuat didalam lubuk jiwa dan tidak dapat beralih daripadanya”.
    Teologi Islam
    Ini adalah istilah bagi penulis barat untuk menyebut ilmu kalam. Dari segi etimologi dan terminologi, teologi terdiri dari dua kata: theos berarti Tuhan, dan logos berarti ilmu. Jadi teologi bermakna ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan. Tegasnya teologi adalah ilmu yang membahas masalah ketuhanan dan pertaliannya dengan manusia, baik disandarkan pada wahyu maupun disandarkan pada penyelidikan akal fikiran. Dari sinilah kemudian para ilmuan barat menyebut ilmu ketuhanan dalam Islam dengan sebutan moslem thelogi (teologi Islam).
    Ilmu Sifat Duapuluh
    Ada juga segolongan ulama yang menyebut ilmu tauhid dengan sebutan ilmu sifat duapuluh. Disebut demikian karena sifat-sifat ketuhanan yang wajib itu ada 20 banyaknya, yang menjadi pokok bahasan didalam ilmu ini.
    C. Pembagian Ilmu Tauhid
    Pemahaman ulama salafi ilmu kalam (ahlussunnah) membagi ilmu tauhid kedalam tiga kelompok: Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Asma wa Shifah. Namun dalam perkembangannya terungkap istilah Tauhid Mulkiyah/Hakimiyah. Penamaan istilah ini terdapat perbedaan pandangan, apakah menjadi yang keempat dari konsep tauhid yang tiga tersebut ataukah merupakan bagian dari salahsatu konsep tersebut ?.
    Dalam masalah ini Fatwa Hai’ah Kibaril Ulama Saudi Arabiya, menjawab:
    Tauhid itu ada tiga macam yaitu ; Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Asma wa Sifat. Tidak dijumpai disana macam yang keempat. Adapun berhukum dengan apa-apa yang Allah turunkan itu termasuk di dalam Tauhid Uluhiyah. Karena hal itu termasuk salah satu macam ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Setiap macam ibadah termasuk dalam Tauhid Uluhiyah. Oleh karena itu, menjadikan Hakimiyah sebagai macam tauhid tersendiri adalah perbuatan muhdats (bid’ah) yang tidak pernah diucapkan oleh seorang pun dari para imam (Ahlusunnah) sepengetahuan kami. (Fatwa Hai’ah Kibaril Ulama’ Saudi Arabia, [Salafy, Edisi XXI/1418/1997 hal. 17-18])
    BAHASAN II
    INTEGRASI TAUHID RUBUBIYAH, ULUHIYAH dan MULKIYAH
    A. Ta’rif
    Tauhid Rububiyyah
    Tauhid Rububiyyah berarti mentauhidkan segala apa yang dikerjakan Allah Subhanahu wa Ta’ala baik mencipta, memberi rizki menghidupkan dan mematikan serta bahwasanya Dia adalah Raja, Penguasa dan Yang mengatur segala sesuatu.
    [Dalil: lihat QS. 2: 21-22]
    Orang musyrikin juga mengakui tentang sifat Rububiyyah Allah. mereka mengakui bahwasanya hanya Allah semata Pencipta segala sesuatu, Pemberi rezeki, Yang memiliki langit dan bumi, dan Yang mengatur alam semesta, namun mereka juga menetapkan berhala-berhala yang mereka anggap sebagai penolong, yang mereka bertawasul dengannya (berhala tersebut) dan menjadikan mereka pemberi syafa’at.
    [Dalil: lihat QS. 29: 61-63, 10: 31-32, 43: 49]
    Sebagian ulama salaf berkata: “Jika kalian tanya pada mereka : ‘Siapa yang menciptakan langit dan bumi ?’ Mereka pasti menjawab: ‘Allah.’ Walaupun demikian mereka tetap saja menyembah kepada selain-Nya.”
    Tauhid Uluhiyyah
    Tauhid uluhiyah, yaitu tauhid ibadah, karena Ilah maknanya adalah Ma’bud (yang disembah). Maka tidak ada yang diseru dalam do’a kecuali Allah, tidak ada yang dimintai pertolongan kecuali Dia, tidak ada yang boleh dijadikan tempat bergantung kecuali Dia, tidak boleh menyembelih kurban atau bernadzar kecuali untukNya, dan tidak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untukNya dan karenaNya semata.
    [Dalil: lihat QS. 3: 18]
    Berkata Syaikh al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di Rahimahullah (wafat th. 1376 H): “Bahwasanya Allah itu tunggal Dzat-Nya, Nama-Nama, Sifat-Sifat dan perbuatan-Nya. Tidak ada sekutu bagi-Nya, baik dalam Dzat-Nya, Nama-Nama, Sifat-Sifat-Nya. Tidak ada yang sama dengan-Nya, tidak ada yang sebanding, tidak ada yang setara dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada yang mencipta dan mengatur alam semesta ini kecuali hanya Allah. Apabila demikian, maka Dia adalah satu-satunya ang berhak untuk diibadahi. Tidak boleh Dia disekutukan dengan seorang pun dari makhluk-Nya”.
    Tauhid Mulkiyyah/Hakimiyyah
    Yaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.
    [Dalil: lihat QS. 3: 26, 5: 50]
    Tauhid Mulkiyah menuntut adanya ke-wala-an secara totalitas kepada Allah, Rasul dan Amirul Mukmin (selama tidak bermaksiat kepada Allah SWT).
    B. Integrasi Ketiganya
    Melihat pada ta’rif yang ada, sesiapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk Allah, dengan
    mengimani tidak ada pencipta, pemberi rizki dan pengatur alam kecuali Allah, maka ia harus mengakui bahwa tidak ada yang berhak menerima ibadah dengan segala macamnya kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala . Dan itulah tauhid uluhiyah. Maka dengan sendirinya seseorang yang mengakui dan mengamalkan tauhid rububiyyah dan uluhiyyah, telah menjalankan pula tauhid mulkiyyah, sebab tauhid mulkiyyah esensinya sudah terkandung didalam tauhid rububiyyah, uluhiyyah maupun tauhid asma wa shifah.
    Namun di saat syirik merajalela di kalangan ummat dalam bentuk memutuskan hukum tidak sesuai dengan apa yang Allah turunkan, tetapi memutuskan hukum menggunakan undang-undang kufur dan UU thaghut. Kondisi ini mengisyaratkan agar istilah tauhid mulkiyyah/hakimiyyah ini disebutkan tersendiri agar orang-orang melihat urgensi tauhid ini. Tanpa adanya tauhid ini maka sesunggunya mereka belum memenuhi tuntutan tauhid uluhiyah sebagaimana mestinya.
    Demikian.
    KESIMPULAN
    • Ilmu tauhid dapat disebut juga ilmu ma’rifat, ilmu kalam, ilmu ushuluddin, ilmu ‘aqoid/i’tiqod/’aqidah, teologi Islam dan ilmu sifat duapuluh.
    • Tauhid menurut pemahaman ulama salaf ilmu kalam (ahlussunnah) ada tiga konsepsi: tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma wa shifah.
    • Tauhid mulkiyyah adalah bagian dari tauhid uluhiyyah. Istilah tauhid mulkiyyah adalah istilah baru yang dimunculkan, mengingat kondisi ummat yang tidak bertahkim dengan hukum Alloh, yang kian hari semakin membawa pada kekufuran, dengan tujuan agar orang-orang melihat urgensi tauhid ini dan kembali pada hukum Alloh.
    DAFTAR PUSTAKA
    1. Quran Karim. Terjemah DEPAG RI. 2006
    2. Ilmu Ma’rifat (Sumber Kekuatan dan Ketentraman Batin). Dr. H. Hamzah Ya’qub. CV. Atisa. 1988.
    3. Sejarah dan Pengantar Ilmu Tauhid/Kalam. Prof. Tengku Muhammad Hasby Ash Ashiddieqy. PT. Pustaka Rizki Putra. Semarang. 1999.
    4. Internet: [al-manhaj.or.id] [salafy.or.id]

  19. abu numair
    Januari 10, 2010 at 12:18 pm

    assalam….

  20. Januari 14, 2010 at 7:29 pm

    kpd Firdaus,,menyesalke nabi,para sahabat,tabien dan ulama islam lain yang mati sebelum kewujudan sifat 20? sifat 20 itu sendiri bukankah membincangkan ttg tauhid?bukankah itu berkait dengan tauhid sifat? sekurang2nya pemilik blog memberi pandangan yang tidak melanggar al-kitab dan sunnah pun.

    bolehkah akh firdaus bezanya org yang belajar sifat 20 meninggalkan solat dengan org yang tidak belajar sifat 20 tetapi solat dan beriman dgn semua sifat2 Allah dalam nusus2 wahyu? manakah lebih utama dan sempurna imannya?

    tak perlu pertikaikan ilmu seseorang dgn beralasan ilmu org ini @ org itu tdk sampai setitikpun berbanding ulama. tiada ulama besar yg mengaku ilmu mereka lebih banyak titik berbanding dgn ulama2 sebelumnya. tiada ulama2 besar yang mengaku ilmu mereka lebih hebat berbanding sahabat2 nabi. lebih perlu Firdaus tahu bahawa tiada seorang insanpun yg ilmunya lebih hebat berbanding dgn Nabi Muhammad. semua ulama2 besar itu mengikuti agama dan keilmuan nabi, so, amat malanglah orang yg tdk mengikuti nabi tetapi mengikuti dan mendahulukan ulama2 mereka.

  21. Februari 12, 2010 at 2:37 pm

    Salam Alaik…

    Kalaulah ada yang menolak Tauhid Tiga sebagai sunnah, maka tolaklah sekali Sifat 20 tue…

    Sifat 20 digunakan al-imam al-asy’ari untk memerangi kaum Muktazilah yang menggunakan akal tanpa hujah nas…

    Kalau kata Tauhid Tiga itu salah, maka rombaklah silibus Pendidikan Islam, kerana Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah terkandung dalam KBSM…

    Tiada masalah dalam Tauhid 3 atau Sifat 20… Yang menjadi masalah cuma orang yang memikirkan masalahnya….

    Dan ada jugak kata sapa yang tak tahu sifat 20 terbatal iman, sumber nas atau hadis mana nie? Skeadar bertanya supaya tidak sesat~

    Thumbs up kepada tuan empunya blog
    Skedar pendapat dari saya yang cetek ilmunya…

  22. Pemikir
    Mei 3, 2010 at 12:53 pm

    Assalamu’alaikum,

    Mengapa yayasan sofa menimbulkan isu tauhid 3 serangkai ini ?

    Jawapan :

    Ia sebagai satu ajakan berfikir kepada yang suka menghukum bid’ah sesat, kafir kepada ulamak dan umat islam yang mengikuti aliran asya’iroh dan mereka yang suka menimbulkan perkara furuk. Dan sebenarnya tulisan yayasan sofa adalah bersiri. Harapnya ustaz dapat kepilkan siri-siri berkenaan memandangkan ustaz berminat mengikuti perbahasannya.

    Kepada ustaz yang menulis artikel, ana ucapkan terima kasih. Namun begitu, berhati-hati juga bila menulis mengenai frasa ini :

    Berbalik kepada akidah tiga serangkai begitu juga. Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air.

    Sila berikan hujjah, dan sumber dari mana sehingga ustaz memberikan pandangan yang sebegini.

  23. Supercap
    Mei 3, 2010 at 6:33 pm

    Salam kpd semua,

    Saya ingin bertanya adakah benar atau salah utk menyatakan Allah bersemayam di atas arasy?

  24. syakir izani
    Mei 3, 2010 at 7:57 pm

    Ustaz saya dah jawabkan tohmahan keji ustaz.

    Jawapan Kepada Tohmahan Ust Abdullah Zaik Terhadap Ulama Sufi
    Monday, May 3, 2010
    Ada seorang sahabat telah menghantar kepada saya link penulisan tokoh ISMA Malaysia iaitu Ust Abdullah Zaik berkaitan Tauhid Tiga Serangkai. Saya memuji sikapnya yang tidak ingin membahaskan perkara-perkara furu’ bimbang akan semakin berpecah umat Islam hanya dengan petelingkahan yang boleh diselesaikan dengan cara baik. Namun apa yang sangat saya kesali adalah bilamana beliau mengatakan bahawa :

    “Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air”.

    Perkataan daripada Ust Abdullah Zaik , seolah-olah ingin mengatakan bahawa suasana ketika tersebut terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah penyokong Tauhid Tiga Serangkai yang dipelopori oleh al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah , manakala kelompok kedua pula adalah terdiri daripada kalangan umat Islam yang tenggelam dengan Tasawuf dan Tarikat.

    Lebih menyedihkan adalah tohmahan beliau dengan mengatakan bahawa golongan Sufi ini langsung tidak mempedulikan hal ehwal umat Islam yang diserang ketika tersebut. Benarkah dakwaan sebegini? Layakkah dakwaan sebegini keluar daripada tulisan seorang yang kononnya punya sijil dalam pendidikan ?

    SUASANA ZAMAN TERSEBUT

    Al-Imam Ibn Taimiyah lahir pada tahun 661 H dan wafat pada 26 Zul Qa’dah 728 H. Dalam tempoh tersebut berlakunya peperangan di antara umat Islam dan tentera TarTar. Saya ingin menyebutkan kepada sidang pembaca sekalian secara ringkas di antara para ulama sufi yang terlibat di dalam peperangan tersebut serta mana-mana peperangan sekaligus menolak tohmahan dan dakwaan Ust Abdullah Zaik yang mengatakan bahawa golongan Sufi hanya sibuk dengan zauq mereka tanpa mempedulikan hal ehwal masyarakat.

    Siapa tidak kenal dengan al-Imam Muhyiddin bin Zakariyya al-Nawawi rahimahullah wafat 676 H, salah seorang mujtahid di dalam Mazhab al-Imam al-Syafie , ulama Sufi yang cukup hebat. Siapa lagi yang memberikan tekanan dan desakan kepada Sultan al-Zahir Bibris rahimahullah untuk memerangi tentera Tartar ketika itu jika bukan al-Imam al-Nawawi rahimahullah? Malah Sultan Bibris mengatakan :

    “ Aku cukup takut kepada lelaki ini ( al-Imam al-Nawawi rahimahullah)” .

    Ini disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Ayyubiyah ( manuskrip bernombor 7814 mukasurat 53).

    PERANAN ULAMA SUFI DI DALAM MENGISLAMKAN MONGGOL

    Sejarah Islam adalah merupakan sejarah yang paling memeningkan para Oreantalis. Selalunya golongan penjajah akan bisa menguasai Negara yang dijajahnya. Namun sebaliknya berlaku bilamana tentera Monggol menguasai Negara Umat Islam ketika tersebut, penjajah yang mengikut agama Negara yang dijajah, bukan yang dijajah mengikut penjajah. Bagaimana ianya berlaku? Tidak lain dengan wujudnya golongan yang dekat dirinya dengan Allah taala dan RasulNya. Kecintaan mereka kepada Allah taala dan RasulNya menjauhkan mereka daripada takut kepada celaan orang yang mencela serta kezaliman penjajah ketika tersebut.

    Jika kita melihat kepada kitab-kitab sejarah Islam, disebutkan oleh para ulama bahawa di antara penyebab berjayanya Sultan Zahir Bibris memenangi peperangan adalah kerana wujudnya hubungan baik dengan Barakah Khan ( wafat 665 H) beliau merupakan cucu lelaki Gengis Khan. Hubungan ini berlaku ketika Barakah Khan pulang daripada pertemuan dengan al-Imam al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi , Khalifah Tariqat Kabrawiyah. Para ulama menyebutkan bahawa Barakah Khan berkenan untuk memeluk Islam setelah bertemu dengan ulama Sufi ini iaitu al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi rahimahullah.

    Begitu juga dengan peranan yang dilakukan seorang lagi ulama besar Sufi di dalam mengislamkan para pembesar serta tentera Monggol iaitu al-Syeikh Saaduddin bin Hammuyah (wafat 652 H).

    Raja Ghazan , salah seorang cucu Holako juga memeluk agama Islam hasil dakwah daripada al-Imam Ibrahim al-Juwaini al-Syafie al-Sufi rahimahullah ( wafat 722 H). Hasilnya menyebabkan seluruh tentera pimpinan Raja Ghazan yang kebanyakkannya berada di Iran dan kawasan sekitarnya telah menerima cahaya agama Allah taala.

    Kawasan Asia Tengah menyaksikan bahawa hidayah Allah taala telah menusuk ke dalam kalbu Raja Kashghar Timor Khan al-Monggoli ( wafat 765 H) bilamana berlaku pertemuan di antara beliau dengan al-Imam al-Syeikh Jamaluddin al-Bukhari al-Naqsyabandi ( antara Ulama Besar bertariqat Naqsyabandi) . Keberanian serta keikhlasan al-Imam Jamaluddin al-Bukhari menyebabkan Raja Timor Khan tertarik memeluk Islam. Ianya berlaku bilamana Timor Khan mengatakan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya :

    “ Harga anjing lebih tinggi berbanding dengan harga diri kamu semua ( sambil mengisyaratkan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya )”

    Al-Imam Jamaluddin al-Bukhari lalu menjawab : “ Ya, Mungkin benar katamu itupun jika kami tidak memeluk agama Allah ini. Namun kami menjadi mulia hanya kerana kami memeluk agama Allah taala ini”

    Di kawasan Banggal pula, kelihatan ramai para tentera Monggol berpusu-pusu memeluk agama Allah taala . Semuanya adalah berkat jasa al-Imam al-Sufi Jalaluddin al-Tibrizi rahimahullah.Ini seperti disebutkan di dalam catatan Rehlah al-Imam Ibn Battuta rahimahullah.

    Joban ( wafat 736 H) salah seorang pembesar Monggol telah menjadi salah seorang pengikut setia kepada al-Syeikh al-Murabbi Sofiyuddin al-Ardabili rahimahullah. Pernah sekali Joban rahimahullah bertanyakan kepada al-Imam al-Ardabili :

    “ Mana lebih banyak, tentera Sultan atau murid kepada Syeikh?”

    Maka al-Imam al-Ardabili menjawab :

    “ Murid-muridku di Iran sahaja sudah melebihi bilangan mereka daripada tentera Sultan itu sendiri”

    Nah, ini adalah sebahagian daripada peranan ulama Sufi di dalam peperangan menentang tentera Monggol. Peperangan di dalam Islam bukan semata-mata bertujuan menumpahkan darah umat manusia. Jika begitu hadaf dan tujuannya, maka samalah kita dengan golongan yang tidak beragama. Namun tujuan peperangan di dalam Islam adalah menyebarkan risalah dakwah mempamerkan kecantikan Islam kepada pihak musuh. Inilah yang dijalankan oleh para ulama sufi ketika tersebut.

    Abdullah Zaik

    Jangan cepat menghukum, kaji dahulu. Tak malukah kamu jika ingin berhadapan dengan para pejuang di kalangan ulama Sufi pada zaman tersebut satu masa nanti di Syurga Allah kelak? Kamu menuduh bahawa mereka hanya sibuk dengan diri masing-masing tanpa melibatkan diri dengan perjuangan, tetapi hakikatnya ianya adalah tohmahan malah tidak salah saya katakan bahawa ianya akan menjadi fitnah. Kamu banyak pengikut, kamu akan dipersoalkan kelak jika kamu tidak menarik semula tohmahan kamu terhadap para ulama Sufi yang berjuang bermati-matian berhadapan dengan tentera TarTar ketika tersebut.

    Fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan. Maaf jika saya terkasar bahasa. Semoga Allah taala jua memberikan petunjuk kepada kebenaran.

    Rujukan :

    al-Butulah Wa al-Fida’ Inda al-Sufiyyah : Dirasatun Tarikikhiyyah Karangan al-Syeikh As’ad al-Khatib

    Mohd Nazrul Abd Nasir,
    Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
    Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
    Kaherah Mesir

  25. syakir izani
    Mei 3, 2010 at 7:58 pm

    lupe, ni link blog dia. Yang patut diperang wahabi, bukan sufi. Wahabi dah tahap kapir harbi dah. http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/05/jawapan-kepada-tohmahan-ust-abdullah.html

  26. Mei 5, 2010 at 5:03 pm

    Salam, ustaz.. ni ada satu post, respon salah seorang penuntut mesir terhadap post ustaz.
    .
    http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/05/jawapan-kepada-tohmahan-ust-abdullah.html

  27. yus
    Jun 18, 2010 at 8:22 pm

    kenapa sibuk dgn sifat dua pulah belajar jelah 99 nama allah kan bagus terang dalam alquran dan hadiths haiz

  28. Supercap
    Julai 12, 2010 at 4:36 pm

    Dah betul2 faham ke pasal sifat 20 sampai bole memperkecilkan manfaat ilmu dr sifat 20 tu?

  29. mohammad jaafar bin jalil
    Julai 14, 2010 at 2:07 am

    “telah sempurna islam”
    “kami dengar dan kami patuh”
    “telah datang kepada kamu contoh teladan yang baik”

    akhlak al-Quran….. perbuatannya ibadah…. dialah penutup Nabi dan Rasul,,, padanya Nur yang wujud sebelum adam a.s diciptakan.(apatah lagi kita????). ajarannya jelas lagi nyata (sekarang banyk yang d kaburkan) Imam bukhari dan muslim tidak bersengketa (kerana faham kata2 nabi S.A.W.) Allah S.W.T. d sembah Nabi Muhammad S.A.W. (menunjukkan) caranya. bila ilmu suda tinggi, syariat nya pasti mantap, otak x goyah,, islam peribadi diri, rasulullah S.A.W ditonjolkan Allah di dekati. pasti tiada perselisihan kerana Allah S.W.T menyatukan hati hamba-hambanya (jadilah hamba yg reda dan diredai) dgn kalimatnya (kun fa ya kun).

    “janganlah mempersekutukan dalam beribdah kpd tuhanmu”

    kalau salah tlg betulkan,,, :)

  30. abdullah
    Oktober 11, 2010 at 1:58 pm

    Biasa ler puak wahabi ni…suke buat kecoh!…agen yahudi ler katakan….

  31. abdullah
    Oktober 11, 2010 at 2:05 pm

    Po la kau ni ustaz?…Fitnah ulama sufi plak..ko kata “Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air.”. Pe ko ingat Ibnu Taimayah sajo ulama kat dunio ni…?
    Cakap ikut sodap mulut jo…tu lu ustaz wahabi ni…

  32. to abdullah
    Oktober 12, 2010 at 10:00 pm

    cantik betul bahasa ye..:)

  33. han
    Februari 25, 2011 at 10:40 am

    Ape korang nak begaduh, sape nak kenal tuhan melalui sifat 20 belajar dan sape lebih senang paham guna kaedah 3 serangkai pulak guna .. x perlu nak memaksa antara satu sama lain .. orang yang menggunakan akal saja yang akan nampak kebenaran .Tidak perlu berhujah guna emosi tetapi guna dari sudut ilmu dan fakta.Jika berselisih pendapat guna atau tegur dengan cara yang beradap dengan hujah dan bukti serta dalil .Agama ni luas penafsiran bukan benda yang mutlak .. Pandangan dan cakap nabi sahaja yang betol dan maksom .. selain dari nabi kite kene teliti sebab kita ini insan bukan maksum seperti nabi.Jagan name dia besar kita samekan dia dgn nabi , ape yang dikata semua benar .Agama ini kita kena kaji dari semua sudut baru kita nampak kebenaran.

  34. han
    Februari 25, 2011 at 10:46 am

    good

  35. April 20, 2011 at 9:15 pm

    salam islam semua,
    pandangan saya,,knp genarasi skrg,tak menyentuh langsung bab usul dan bab tawhid nie?dan knp perlu belajar bab feqah sahaja?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: