Rumah > komentar > Bila Usia Masuk 40an

Bila Usia Masuk 40an

Al hamdulillah Allah s.w.t kurniakan kepada kita keinginan yang sentiasa muda. Sehingga walaupun sudah menghabisi 2/3 usia kehendak kita masih kuat dan semangat kita masih waja. Saya  rasa itu yang semua orang rasa.

2 hb Jan 2010 usia saya akan mencecah 44 tahun Masihi, saya akan masuk era 1/3 akhir dalam usia saya. Sebagai orang baru dalam usia ini saya seperti memperolehi pengalaman baru yang berbeza dengan pengalaman diusia lebih muda. Suka saya catatkan beberapa pengalaman baru yang menarik perhatian saya.

1. Di awal 40 an saya dapat banyak berita orang mati yang teridiri daripada saudara atau kenalan kita yang lebih berumur dari saya. Saya dengar banyak berita kawan-kawan yang mengidap sakit dan kemalangan. Setelah umur saya 43 lebih saya dengar banyak berita kematian orang yang lebih dekat usia dengan saya,ada yang lebih muda dan ada yang sedikit tua.

Saya pun terfikir mungkin hikmat Allah yang tidak terbatas, Ia bukan sahaja peringatkan kita dengan ayat-ayat yang di baca tetapi juga melalui ayat-ayat yang dilihat dan dirasa. Barangkali Ia hendak  memberitahu kita bahawa giliran kita semakin hampir. “Cukuplah kematian menjadi peringatan”.

2. Bukan semestinya perkara duka berlaku di awal usia 40 an. Di awal 40an juga kawan-kawan mula banyak bercakap tentang poligami atau berbini dua (bahasa kedai kopi) di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja buka tajuk bersembang, topik akan segera terpesong kepada poligami.

Saya berfikir juga kenapa minat itu tiba-tiba menjadi diusia ini, ia lebih rancak dari masa perkahwinan pertama. Banyak juga cerita orang yang benar-benar dah kahwin dua dan ada yang senyap-senyap. Ada orang tanya pada Dr Tambi, adakah kerana nafsu lelaki semakin kuat pada usia itu, dia jawap eksyen je tu.

Saya pun fikir lagi, cari jawapan yang lain… Satu hari terlintas dalam fikiran saya, boleh jadi kerana kebanyakan mereka kahwin pada usia yang sama.

Pada usia 40an kebanyakkan orang sudah stabil, kehidupannya mula berubah. Dia dah bina kehidupan yang sedia baru, rumah baru, kereta baru, semua baru dan gaya hidup semakin baru…cuma isteri sahaja yang “buruk”, seusia 40an.

Mereka mungkin fikir alangkah indahnya hidup kalau semua boleh dibarukan !!!!! … Saya agak je, tidak pula nak komen atau cadangkan apa-apa.

3. Antara yang menarik juga pada usia 40an ialah cerita anak-anak yang kian dewasa. Perbualan sekali sekala terselit cerita kahwin anak dan cari menantu. Cari jodoh dan cari besan. Mungkin inilah yang orang dahulu rasakan dan mungkin itulah yang bakal kita semua lalui. Sunnah hidup, dulu kita hanya dengar dan tengok, kini kita mula laluinya sendiri.

Inilah barangkali keindahan ciptaan Tuhan putaran hidup manusia sejak turun temurun.

Categories: komentar
  1. milkyway27
    Disember 28, 2009 at 6:00 pm | #1

    Salam,

    sya pun 40 lebih juga, so boleh join topik u lah nii…perkara 1. ttg kematian – dah banyak cerita pasal mati, jadi sya xnak ulas lagi, perkara 3. pasal cari menantu – yg ni pun xnak ulas juga, pasal org lain yg nak kahwin…perkara 2. bab poligami – sya setuju dgn u lah yg ramai yg cakap pasal poligami pd usia 40 ke atas – mmg betul kalau cakap bab poligami pd masa baru kahwin pd usia 20an mmg xseronok pasal byk faktor – duit xde, anak pun kecil lagi (sibuk jaga anak2), dan pasal isteri baru tuu..u lah terlalu open tapi tak semua berfikiran begitu iaitu bila dah mencecah 40an isteri sudah jadi lama (baru lawannya lama, istilah buruk yg u lah gunakan itu bahasa pasar, baru lawannya buruk, buruk digunakan utk barang2 bukan utk manusia).

    yg berusia 30an pun xseronok bincang bab poligami sbb sibuk mencari rezeki..

    sya rasa sbb tu hikmah Islam benarkan poligami nii iaitu ada yg seronok bincang dan nampak logik pelaksanaannya utk menjaga keharmonian masyarakat…

    ada satu kajian yg dibuat di universiti swasta di negara kita bbp tahun lalu yg disiarkan di akhbar tempatan yg sempat saya baca, kajian dibuat ke atas pelajar2 perempuan yg beumur 20an ttg calon pasangan lelaki yg diidamkan oleh mereka utk menjadi suami – yg memeranjatkan peratus tertinggi ialah lelaki yg berumur 40 – 50 tahun…maknanya lelaki2 40-50 thn ni diminati oleh gadis2 sunti 20an…alasan mrk ialah pd usia itu lelaki2 tersebut sudah kukuh ekonominya dan mungkin juga ada sbb2 yg yg tidak diceritakan…

  2. suhailsufian
    Disember 28, 2009 at 10:05 pm | #2

    baru 20-an…

    1. Zaman ni rasa mcm mati terlalu jauh,namun kekadang ada sahbat2 yg pergi membuat kita ingat kembali.
    “cukuplah kematian menjadi peringatan”.

    2. Semua sebok bcg pasal kahwin, kawan2 dari sorng2 kahwin, seboklah ramai bincang pasal cari jodoh dan sebagainya.

    Mula cerita berkenan dgn si itu dan ini, mula letak ‘spec’ zaujah, dan lain2

    Kata marhalah syabab.gitulah.

    3. Kalau 40-an pasal anak membesar, 20-an pasal membesarkan anak.

    memang tabah dan mencabar.

    Alhamdulillah,anak pertama baru berusia seminggu lebih,

    Baru merasa qiyam bersama anak dan pelbagai kerenah membesarkan seorang anak.

    Nas’aulukum du’aa
    Allahu musta’an. – Abu Khayrat

  3. ahmad
    Disember 29, 2009 at 3:27 am | #3

    Dan begitu jugalah putaran Islam. Kemenangan akan tiba, insha Allah!

  4. milkyway27
    Disember 29, 2009 at 11:07 am | #4

    Salam,

    Tidak ramai yg masuk komen topik ini…

    1. sya rasa ramai yg membaca tulisan u lah ni terdiri dari remaja dan 20an dan 30an. 40an dan 50an tak ramai yg baca (mungkin tengah sibuk nak cari pasangan baru),

    2. U Lah terkenal dgn isu2 panas spt PR, BN, UMNO, Ketuanan Melayu, Demokrasi, Negara Islam dsbnya atau pun kita panggil POLITIK, Fiqh Siasiyy..tapi kali ini U Lah bawa isu POLIGAMI…itulah yg menghairankan kpd sesetengah orang dan terkedu sekejap..

    3. Ada kesyumulan dlm blog ini…atau kepelbagaian..lepas ni mungkin u lah boleh turunkan sedikit nasihat kpd muslimah2 yg membaca blog ini ttg POLIGAMI… org lelaki tak payah bagi nasihatlah gerenti semua setuju punya…

  5. milkyway27
    Disember 29, 2009 at 11:22 am | #5

    Satu lagi u lah tak perlu risau bercakap isu poligami sbb u lah tidak bercakap dlm TV.

    Ustaz2 di TV spt rancangan Halaqah, Al-Kulliyyah, Ehwal Islam, Motivasi Pagi dsbnya tidak boleh berbicara ttg POLIGAMI…sbbnya kalau mereka mengeluarkan isu POLIGAMI, nanti dapat “love letter” daripada penerbit,

    “kami mengucapkan ribuan terima kasih kpd ustaz kerana ceramah yg diberi selama ini sungguh bermanfaat dan rancangan kami mendapat ranking yg tinggi, walaubagaimanapun baru2 ini kami sangat terkilan dgn isu POLIGAMI yang ustaz utarakan maka sebagai saguhati drpd kami terimalah cek bayaran terakhir dan sekiranya ada peluang kami akan menjemput ustaz utk ceramah2 yg akan datang” BYE-BYE…

  6. Disember 29, 2009 at 12:39 pm | #6

    salam , umur bru 20 . berita tentang kematian sering dijadikan teladan , sbb satu hari nty kite giliran kite plk .. ank blm ad lgi , tp sy lihat sendiri bgi mane kedua org tua sy membsrkn sy dan adik2 . pd usia 40 tahun ayah sy masih sibuk berkrja utk kami sekeluarga selain drpd itu , majlis ilmu x pernh dilupeknwlupn siduk berkrja . ayh sy x mmpunyi kesmptn utk mmikirkan soal kawin lgi kerana dy sedar akn tanggungjwb kpd keluarga .. terima kasih a

  7. bro
    Disember 29, 2009 at 4:27 pm | #7

    Mungkin ibu insan bawah 40 an kot.. heheh..

  8. mun
    Disember 30, 2009 at 2:56 am | #8

    Salam UAZ

    saya selama ini ada buat introspeksi juga, memikirkan kenapa orang start poligami di awal 40-an. tekaan benar seperti ustaz. isteri sahaja yang buruk. tetapi, sebelum poligami kena ingat. betapa penat isteri melayan kita selama ini, mendidik ana-anak melahirkan rijal yang hebat.

    tetapi, bila sudah tua berkedut. sanggup kita berkata, ” kamu sudah tua keropot. tenaga makin kurang. aku perlukan isteri yang baru untuk melahirkan zuriat lagi.”

    atas dasar apa poligami? agama ke atau nafsu? fikir-fikirkan

    NB – UAZ ana belum berkahwin lagi. tapi, ada ilmu sikit nak kongsi. heh

  9. Omr
    Disember 31, 2009 at 1:39 am | #9

    Apabila sentuh tentang poligami, isu nafsu mula ditimbulkan. Padahal jika difikirkan, Islam menuntut nafsu disalurkan secara berhemah dan berdisiplin mengikut lunas syara’ dan halal. Maka bertukarlah nafsu menjadi sedekah yang membuahkan pahala. (Tak nafikan poligami rasulullah istimewa – poligami kebajikan, dakwah dan diplomatik)

    Mungkin salah satu antara faktor cari pasangan kedua bila melangkau 40-an ialah isteri yang umur sebaya dah mula menopause sedang suami lambat lagi nak menopausenya.

    Bukti realiti ialah ayah sedara yang kematian isteri, dpt rezeki kahwin baru dgn isteri muda dikurniakan Allah melahirkan 6 org lagi zuriat sekalipun yang akhir ketika dah mencecah usia 60-an. La ni anak2 isteri pertama dah beranak pinak. Anak2 isteri baru dah meningkat remaja termasuk yang masih di sekolah rendah. Ini kira yang tuah badanlah ni.

    Isteri menopause lebih krg dgn isteri meninggal juga (dari aspek layanan batinnya, layanan lain – kasih sayang, makan minum, baju pakaian dll masih on)

    Jadi kalau tak berpeluang kahwin lagi, ke mana agaknya nak salurkan tuntutan fitrah semulajadi manusia ini, nak kekang diri sehingga diri sendiri turut menopause juga, tak semua yang sanggup bertahan demi cinta pertama.

  10. abu hani’
    Disember 31, 2009 at 2:02 pm | #10

    ust.lah cari pasal masuk tajuk ni…cerita seorang ulamak indonesia tersohor saya tak ingat namanya, masa dulu kuliah mingguan dia mengalahkan kuliah jumaat masjid rusila di tahun2 80an, tapi bila saja dia berbini dua lebih separuhyang biasa hadir dah tak minat lagi… sekadar peringatan

  11. milkyway27
    Disember 31, 2009 at 2:54 pm | #11

    slm. Kahwin krn nafsu tak salah, yg salah ialah berzina…cuma masyarakat melayu islam m’sia tak faham sbb tak mendalami hukum islam. R saw pernah bersabda yg maksudnya mendatangi isteri adalah mendpt pahala sehingga shbt2 bertanya nk reconfirm & jawab R saw ialah YA…baginda bersabda lgi sekiranya seseorang buat selain dari itu(berzina) adalah berdosa maka mendatangi isteri adlh pahala.
    Kalau kahwin bukan nafsu itu tak dipanggil kahwin namanya sbb tujuan perkahwinan juga ialah utk meramaikan zuriat muslim/muslimah (samada melayu islam, cina islam, india islam dan sbgnya).

  12. Omr
    Januari 1, 2010 at 7:41 am | #12

    Pandangan saya, sensitiviti atau alergik masyarakat terhadap poligami adalah antara kejayaan sekularisme barat yg dibayangi kristian yg membataskan satu isteri atau tak beristeri langsung (rahib).

    Hasilnya, masyarakat timur (arab, cina, melayu dll) tanpa mengira agama kini memandang sepi kpd poligami. Bangsa cina sekrg hanya sanggup beristeri satu (walaupun setghnya memiliki perempuan simpanan atau “makan luar”). Dulu masyarakat cina juga berpoligami (bahkan tanpa batasan bilangan). Jenaka bangsa arab masakini pula: kalau kahwin dua bermakna nak kena sembelih dek isteri pertama. Jenaka melayu – “nak kena simbah air asid ke?” India??? Saya krg maklumat tentang bangsa ini.

    Yang masih mempertahankan poligami hanyalah Islam (yg menjaga kepentingan semua pihak termasuk isteri tua secara saksama). Masalahnya masyarakat kita, time poligami shj nak pakai Islam, soal lain Islam duk belakang. Itu isteri tua melenting sakan.

  13. al-aslami
    Januari 1, 2010 at 11:23 am | #13

    hurm..
    hehe.. jauh lagi perjalanan..

  14. Januari 1, 2010 at 12:35 pm | #14

    Poligami itu dari tuhan. Sangat banyak kebaikan kepada umat islam. Yahudi menganjurkan zina dan pelacuran. Kaedah islam untuk menentang yahudi ialah poligami.

  15. Januari 1, 2010 at 1:11 pm | #15

    ISLAM CARA HIDUP

  16. iMH
    Januari 1, 2010 at 1:54 pm | #16

    lontaran pertanyaan…
    saya tidak menafikan tentang hak poligami bagi lelaki..
    tetapi, secara jujur apa yg sy perhati sekarang…
    lelaki yg berpoligami sgt2 sukar utk berlaku adil..
    ini hakikat..sy bukan bercakap membuta tuli..
    sbb ia berlaku sendiri di depan mata sy.
    awalnya, bolehla lelaki tu kata dia kahwin kerana kasihan pada wanita..
    tp, kalau selepas kahwin, dia tak mampu berlaku adil..
    tak kasihan kah pada diri sendiri bila ditanya oleh Allah di akhirat nanti??
    kesan tu lagi bertambah bila si anak turut merasa pedihnya bila si ayah menduakan ibunya….
    amat pedih!!
    lagi satu,
    kalau betul mahu ikut sunnah nabi,
    nabi berpoligami selepas kematian isteri pertama iaitu khadijah kan?
    tapi, lelaki hari ini…..?

  17. isteri40an
    Januari 1, 2010 at 11:55 pm | #17

    Salam, buat isteri-isteri yang telah memasuki usia 40an yang membaca blog ini…. Harapnya anda tidak cepat melatah dan terasa dengan istilah “buruk” yang ditujukan kepada wanita seusia kita…
    1- Semua kita akan melalui tempoh itu, termasuk kaum lelaki.. jangan ingat kita akan muda sepanjang hayat.. Tempat orang muda adalah di Syurga… Moga kita sentiasa muda dan berhati muda…
    2- Zaman teknologi ini menyaksikan wanita usia 40an tidak seburuk yang digambarkan.. malah rasanya lebih hebat dari orang baru yang dicari ..
    2- Usia 40an bagi wanita adalah usia untuk membina dan memanjakan diri kerana dah 20 tahun fokus membesarkan anak2.. rajin-rajinlah bina badan dan manjakan diri…
    3- Jadikan istilah “buruk” sebagai cabaran untuk buktikan kita masih hebat… anita serawak dan hampir 65 tahun… nampak macam anak dara… kalu anita boleh bergaya…. kita wanita muslimah pun, apa salahnya….
    4- berubahlah mengikut perubahan suami…. Kalau dia dah mula nak melawa… jangan malu-malu untuk belajar melawa macam dia…
    5- pastikan suami anda tahu “You are somebody”

  18. milkyway27
    Januari 3, 2010 at 9:22 pm | #18

    Salam,

    Istilah yg digunakan “buruk” bermaksud lama dlm tulisan u lah…ini bahasa org Terengganu. Masalah umur bukan menjadi faktor utama sbb org berpoligami tetapi kemampuan boleh berlaku ADIL terhadap isteri2 spt dlm Surah Al-Nisaa’ ayat 3.

  19. milkyway27
    Januari 4, 2010 at 3:21 pm | #19

    Salam,

    komen tulisan iMH, nak berpoligami tak semestinya isteri pertama kena meninggal dunia dahulu spt apa yg berlaku kpd R saw…apa yg dimaksudkan dgn sunnah ialah PERKAHWINAN itu sendiri…di dlm Islam lelaki Muslim dibenarkan berkahwin sehingga empat (4) orang isteri jika dia boleh berlaku ADIL kpd semua isteri2nya, tidak boleh lebih dari empat orang.

    Nak berkahwin dgn anak dara ke, janda ke, ibu tunggal ke itu tak jadi masalah asalkan syarat2 perkahwinan itu cukup dan sah di sisi syarak. Isteri kedua anak dara 20an, belasan tahun pun tak jadi soal asalkan si perempuan tu setuju…tak kira lelaki tu dah 40an atau 50an tak apa…Islam kata boleh.

    saya pernah jumpa seorang syeikh yg dah rasanya 70an berkahwin dua dgn isteri keduanya dlm 30an lebih kurang…tak jadi masalahpun..yg penting si lelaki tu berkenan dan yg perempuan pun setuju…kalu yg perempuan tak setuju tak jadi juga.

    apa yg penting bg isteri pertama ialah membahagiakan si suami itu adalah suatu yg sgt baik spt mentaati apa yg disukai oleh si suami contohnya ialah bila si suami ingin berpoligami jika dia merasakan boleh berlaku ADIL…

  20. abu ikram
    Januari 4, 2010 at 3:57 pm | #20

    teringat masa belajar di KIK dulu, ada ustaz berkata: kalau ada lelaki yang tak ada cita2 nak kawin lain tu, makna ada something wrong la. Semua ada niat tu tetapi tak terlaksana kerana tiada keperluan. Bila ada keperluan, maka silakanlah.

  21. abu hani’
    Januari 4, 2010 at 4:04 pm | #21

    saya amat setuju ngan isteri40an, tapi istilah “buruk” tu amat saya tak setuju krn terlalu provokatif utk setengah pihak dan semacam menghina bagi setengah yang lain…apapun jdkn ia cabaran, dh berbelas tahun kahwin tak kan tak tahu kelemahan suami tp itu tak sekali-kali boleh digunakan sebagai tipudaya untuk menghalang daripada suami kahwin lagi jika dia mampu dan Allah melihat apa yang kita lakukan malah melihat apa yang kita niatkan.. bersainglh secara sihat dan jujur dengan madu yg mungkin lbh muda drp kita i.Allah semua akan mendapat faedahnya si suami,isteri 1 madu dan juga anak-anak “berlumbalah dalam membuat kebaikkan” “Dan jika sekiranya kamu berbuat baik maka sesungguhnya kamu berbuat baik pada diri kamu sendiri dan jika kamu berlaku jahat maka bagi diri kamu”… sekadar peringatan kpd yg nak menyahut cabaran

  22. aini
    Januari 7, 2010 at 12:41 pm | #22

    askm.
    tema 2010 poligami ke ? kalau ramai-ramai berpoligami ta lah rasa pelik kot.sebab jarang2 ini yg susah .jom pakat buat , jangan tinggal satu rumah sudahlah…… wang cukup , kenderaan ada ,kasih sayang dirasai dan diyakini,haluri fitrahnya dipenuhi ,keluarga dirai,.anak2 di biyayai.isteri senang hati….no problem .yg tak nak tu poligami isteri cari duit sendiri kenderaan kongsi …………mcm2 lg

  23. bakal2isteri40an
    Januari 7, 2010 at 1:52 pm | #23

    askm.
    sebagai seorang muslimah saya menerima keharusan poligami. walaupun saya tidak dapat menyakinan hati saya: bagaimana mungkin satu hati dapat mengasihi dua jiwa ,mesti ada yang lebih ada yang kurang …..kene redha………kenapa poligami dikaitkan dengan usia 40an?..knp tidak dari awal2 lagi ……., berkongsi bembina keluarga.mengharung hidup bersama…….bila.tempoh itu sudah berlalu ….waktu anak dah besar, saat-saat isteri seorangan dirumah mahu banyak masa bersama dng suami lebih 2 lagi saban tahun melahirkan anak …..tidak dpt dibayangkan bagaimana diketika itu …….suami nak cari pasangan lain .yang lebih muda ,sudah semestinya lebih menarik ,lebih la perhatianya lebihlah kasih nya..,mampu berlaku adilkah kamu wahai suami-suami?…keredhaan,pengorbanan isteri tidak menjamin kamu kesyurga …….Dimana hati mu wahai suami2 ..bukan terima kasih .lagi ….tapi dah tua ,dah buruk,dah menepos,tak. prudaktif lagi ,ta menarik…DAN inilah alasan untu kamu kawin lagi .

  24. ros
    Januari 7, 2010 at 11:00 pm | #24

    askm. ta perlu bersaing abu hani.persaingan mencetuskan ketidak puasan hati .isteri pertama ada keistiwewaanya yg kedua ada kelainnanya.yg penting suami bijak menaganiny a.semua isteri rusul rasa dia yang paling dikasihi.tak pandai melayan kerinah wanita jangan poligami . ……

  25. mencelah
    Januari 8, 2010 at 11:07 pm | #25

    salam ust..

    video ni ketika ust berumur berapa?kelihatan begitu muda..skrg sudah 40-an..sila lihat 0:15-seterusnya..

  26. AtiqZain
    Januari 9, 2010 at 1:24 am | #26

    20 an…

    subhanallah..panas benar topik ni…
    scr peribadi, tidak menentang & melatah ttg poligami…
    ttp kita sebgai masyarakat akan menilai mereka2 yg berpoligami…

    gembira & terharu melihat yang bahagia sesama madu
    sedih, tehiris,kecewa & terhina bila ada yang terabai……..

    “Bahagiakanlah dirimu dengan satu isteri” – buku tulisan Ustadz Cahyadi Takariawan

    http://saifulislam.com/?p=2122

  27. Abdullah Zaik
    Januari 9, 2010 at 5:00 pm | #27

    saya dah lupa dah tuh….mana dapat video ni?

  28. milkyway27
    Januari 9, 2010 at 5:16 pm | #28

    Kata bakal2isteri40an, “sebagai seorang muslimah saya menerima keharusan poligami. walaupun saya tidak dapat menyakinan hati saya: bagaimana mungkin satu hati dapat mengasihi dua jiwa ,mesti ada yang lebih ada yang kurang ….”
    Saya ada jawapan utk masalah ini tapi agak panjang jawapannya spt di bwh:

    “Tajuk fatwa: Adakah ketidakupayaan untuk melayan isteri-isteri secara sama-rata boleh mengharamkan poligami?

    Soalan:

    As-salamu ’alaykum Ustaz. Apakah maksud ayat Allah: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,” (Surah Al-Nisaa’: 129)

    Jawapan:

    Wa’laykum as-salamu wa rahmatullahi wa barakatuh.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

    Segala puji dan syukur kepada Allah dan selawat dan salam kepada PesuruhNya.

    Untuk orang yang bertanya, kami mengucapkan terima kasih di atas keyakinan yang besar yang diberikan oleh anda kepada kami, dan kami memohon sangat kepada Allah Yang Maha Besar untuk menolong kami berkhidmat di atas maksudNya dan menyumbangkan kerja-kerja kami di atas jalanNya.

    Kewajipan seseorang lelaki untuk melayan isteri-isterinya dengan sama-rata ialah berkenaan dengan membekalkan mereka dengan keperluan asas yang cukup dan pembahagian masa ( berkenaan dengan tempat kediaman). Walaubagaimanapun, pembahagian cinta (kasih sayang) adalah di luar kemampuan manusia; jadi, seseorang tidak akan diperhitungkan di hadapan Allah Yang Maha Besar. Amat tidak bernasib baik sekali, banyak negara yang membenarkan amalan penzinaan ke atas lelaki-lelaki mereka tetapi mengharamkan poligami.

    Ulama’ Islam yang terkenal Sheikh Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa:

    “Menyebut ayat di atas (Surah Al-Nisaa’: 129) sebagai bukti pengharaman poligami adalah ditolak, ianya seperti mengubah ayat dari konteksnya. Tambahan pula, ianya secara tidak langsung menuduh Rasulullah S.A.W. and sahabat-sahabatnya (semoga Allah meredhai mereka semua) tidak memahami Al-Quran atau secara sengaja tidak mahu mengikutinya, hampir kesemua mereka berkahwin lebih dari satu isteri.

    Fakta ayat ini menunjukkan bahawa keadilan mutlak di antara isteri-isteri adalah di luar kapasiti manusia itu sendiri, ianya melibatkan persamaan hak secara tepat dalam semua hal, walaupun dalam pembahagian kasih sayang, cinta, dan kepuasan seksual, di mana ianya di luar kekuasaan seseorang lelaki. Seseorang lelaki tidak dapat dielak untuk tertarik kepada salah seorang isterinya lebih dari yang lain; hati-hati manusia adalah di dalam Tangan Allah Yang Maha Besar yang mengubahnya sebagaimana yang dikehendakiNya. [Perasaan seseorang lelaki adalah tidak berurusan dengan kehendaknya.]

    Lagipun, sekiranya sesiapa yang mendakwa bahawa ayat yang tersebut di atas mengharamkan poligami patut merenungkan sambungan ayat tersebut, mereka akan sedar bahawa ianya termasuk penafian terhadap dakwaan itu. Allah Yang Maha Besar berfirman di dalam ayat yang sama: “kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Nisaa’: 129)

    Dalam ayat-ayat Allah ini, Allah Subhanahua Taala memerintahkan hamba-hambaNya kepada satu fakta bahawa mereka tidak akan boleh mengamalkan keadilan mutlak di antara isteri-isteri mereka berkaitan dengan cinta, tetapi ini tidak bermaksud bahawa salah seorang dari mereka boleh merasa benci terhadap isteri (atau isteri-isteri) yang kurang menarik dari yang lain.

    Rasulullah S.A.W. beurusan secara saksama dengan isteri-isteri baginda berkenaan keperluan-keperluan asas dan tempat tinggal dan kemudian baginda memohon kepada Allah Subhanahua Taala dengan bersabda: “ Ya Allah! Inilah pembahagianku setakat yang aku boleh berikan (iaitu, aku berurusan dengan isteri-isteriku secara adil dan saksama mengikut kemampuanku). Jadi aku memohon kepadaMu agar tidak menghisabku ke atas apa yang di bawah kawalanMu tetapi tidak di bawah kawalanku ( iaitu perasaan-perasaanku terhadap mereka).”

    Walaubagaimanapun, ianya sungguh menghairankan di mana terdapat sebahagian negara Islam Arab yang mengharamkan poligami tetapi membenarkan penzinaan, iaitu dosa seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahua taala: “ dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (Surah Al-Israa’: 32 )

    Sesetengah negara tidak melarang penzinaan kecuali dalam kes-kes tertentu, seperti seorang lelaki memaksa seorang perempuan untuk melakukan zina dengannya, atau dalam kes kecurangan perkahwinan di mana pasangan yang dikhianati tidak mahu memaafkan pasangannya.

    Bekas Sheikh Besar Al-Azhar, Sheikh ‘Abdel-Halim Mahmoud ( moga Allah merahmatinya) memberitahu saya yang seorang lelaki Islam dari sebuah negara Arab yang negaranya mengharamkan poligami telah berkahwin dengan isteri kedua secara rahsia. Dia tidak mendaftar perkahwinannya dengan isteri kedua tersebut kerana takut-takut akan dihukum oleh undang-undang buatan-manusia di negaranya. Polis mengsuspek dan mengikutnya sehingga mereka menahannya di rumah isteri keduanya. Berhadapan dengan pertuduhan bahawa dia mempunyai isteri kedua dan sekaligus menyalahi undang-undang negara, dia menyangkal pertuduhan itu dengan mengatakan, “Siapa yang memberitahu kamu yang dia ini isteri saya? Dia bukan isteriku; dia adalah perempuan simpananku, dan kami melakukan persetubuhan dari masa ke semasa.” Dengan itu, penyiasat-penyiasat itu memohon maaf kepadanya, “Kami meminta maaf di atas kesalahfahaman ini. Kami ingat perempuan ini adalah isteri kamu. Kami tidak tahu yang dia adalah perempuan simpanan kamu!” Oleh yang demikian, lelaki itu dibebaskan, bagi negaranya penzinaan adalah sebagai satu hak kebebasan peribadi sedangkan poligami diharamkan. Wallahu’alam.”

    (Diterjemah dari http://www.islamonline.net)

  29. mencelah
    Januari 10, 2010 at 1:56 pm | #29

    terjumpa masa tinjau2 youtube..moga ust lah terus thabat dalam dakwah..

  30. zahid
    Januari 11, 2010 at 1:17 pm | #30

    hehehehe

  31. cemburutandesayang
    Januari 26, 2010 at 11:52 am | #31

    indahnye poligami klw masing2 saling redha-meredhai~ ank2 pun jadi kurang t’tekan & rela sbb ayah mereka bijak berikan mereka seorg ibu baru yg baik(solehah). huhu… tension gak bile ibuku & ayahku x semesra dulu~

  32. kamil
    Februari 19, 2010 at 12:00 pm | #32

    tak semua orang stabil dari segala sudut ketika usia 40an saya adalah salah seorang dari ketika usia belum mencecah 40 kehidupan begitu stabil walaupun tidak kaya. Suasana kerja dan gaji yang menarik tetapi selepas berhenti kerja disebabkan suasana kerja yg tiba2 berubah dan kesedaran perniagaan yg dijalankan syarikat haram atau syubhat dari hukum syarak kehidupan mula berubah.kerja baru pun gaji tak seberapa tekanan kerja melebihi gaji.cuba berniaga tak menjadi.sudah hampir muflissekarang terpaksa berjauahan dengan keluarga utk cuba merubah kehidupan klu tak dapat seperti dulu sekurang2nya dapat menyelesaikan masalah hasrat untuk mendidik anak2 didepan mata berkecai hidup ditemput org pun belum begitu stabil. usia dah 44 tahun bila nak fikir poligami nak ikut program isma pun dah tak mampu

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: