Utama > komentar > Isu Kalimah Allah Dan Bakar Gereja

Isu Kalimah Allah Dan Bakar Gereja

1. Umat Islam harus peka dengan isu “pengunaan kalimah Allah” oleh akhbar kristian Herald kerana ia semata-mata penggunaan kalimah tetapi boleh jadi ada kaitan dengan program kristianisasi.

2. Ada perbezaan dengan orang kristian menyebut Allah seperti dalam ayat “kalau kamu tanya mereka siapa yang mencipta langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah” dengan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan yang mempromosi akidah trinity. Ayat itu menegaskan mereka mengakui kebenaran ketuhanan Allah tetapi menjadi kafir dengan menyengutukanNya dengan benda lain. Dengan erti kata lain mereka akan mengatakan bahawa Allah ada tiga. Bukan soal Allah siapa punya, tetapi adalah soal kebenaran, Allah sendiri tidak menerima dirinya disifatkan sebagai tiga. Bahkan orang yang menyifatNya begitu dianggap kafir dan dikutuk.

3. Tindakan KDN merampas akhbar tersebut yang menggunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang syarie berdasarkan masalih mursalah iaitu untuk menjaga agama.

4. Dan tindakan melontar bom petrol ke gereja susulan kepada isu protes penggunaan nama Allah adalah satu tindakan yang meragukan. Siapa yang mendapat faedah dari perbuatan tersebut. Saya lihat ia lebih menguntungkan pihak gereja. Justeru saya berharap pihak polis agar membuat penyiasatan terperinci bagi mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab.

5. Jika ia memang dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan ikut emosi, maka ia perlu di nasihat dan di ajar tentang kaedah dakwah yang betul. Saya tidak membayangkan orang itu pengikut mana-mana orgnisasi yang makruf, sebab ia satu perbuatan yang bercanggah dengan ideologi mana-mana NGO Islam yang ada.

wallahu aklam

About these ads
Categories: komentar
  1. Januari 11, 2010 at 6:30 pm

    Jelas

  2. drhatta
    Januari 11, 2010 at 9:26 pm

    MAcamana dgn golongan kristian di malaysia yg sudah lama guna kalimah Allah dalam bible?

  3. Januari 12, 2010 at 12:31 am

    cuma ana rasa media kerajaan tidak menjelaskan isu ni secara rasional menyebabkan munculnya sentimen yang merbahaya…

  4. khalisah
    Januari 13, 2010 at 4:50 pm

    kpd drhatta, rasanya takde penggunaan kalimah Allah dalam bible tapi God..ana x pernah bukak sendiri bible tu utk tengok tapi insya Allah ada penerangan daripada Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah ini (ada 2 bahagian):

    http://www.youtube.com/tvpas09#p/u/8/N06ntSLtb_4

    http://www.youtube.com/tvpas09#p/u/7/nSSZL_-RM5o

    wallahua’lam

  5. Januari 14, 2010 at 12:32 am

    oh kejap, memang ada bible dalam arab yang ada nama Allah, berikut ana sertakan petikan dan link:

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24203:-berbahasa-dengan-tuhan&catid=104:zukri-aksah&Itemid=140

    (Berbahasa dengan Tuhan: Zukri Aksah)

    “Jika saya dibenarkan untuk memberi nasihat kepada penganut Roman Katolik di Malaysia, maka nasihat saya usul Pakiam tidaklah perlu disokong kerana ia juga tidak disokong oleh Roman Katolik sendiri secara keseluruhannya. Bahkah Arab Kristian yang Bible mereka menggunakan kalimah Allah dan dipegang Pakiam ketika di mahkamah bukanlah dari faham Roman Katolik, majoriti dari mereka adalah dari aliran Ortodoks Greek, Maron, Katolik Greek, Ortodoks Syriac dan sedikit Anglikan serta Protestan.”

  6. khalisah
    Januari 14, 2010 at 12:43 am

    lagi entri yang menarik tentang penggunaan kalimah Allah dalam kristian di indonesia:

    http://abuamru1208.blogspot.com/2010/01/renungan-awal-2010penggunaan-kalimah.html

  7. namasayakuda
    Januari 14, 2010 at 10:05 am

    gereja terbakar, terus dapat gereja baru yang lagi besar. i am somewhat sceptical.. hurrmmmm……

  8. Omr
    Januari 14, 2010 at 11:41 pm

    Dihormati tuan dr,
    Isu sekrg ialah penggunaan nama Allah dlm akhbar kristian yg mudah tersebar kpd sesiapa shj dan bakal menjadi pembuka jalan kpd penggunaan yg lbh meluas oleh bukan Islam dlm pelbagai media massa; bukannya penggunaan dlm bible yg terbatas dibaca digereja2 oleh penganut kristian.

  9. Januari 15, 2010 at 10:23 pm

    assalamu’alaykum wr wb

    salam silaturahmi utk saudara di malaysia. semoga selalu diberkahi Allah dan makin sukses semua

  10. aesya
    Januari 16, 2010 at 7:47 pm

    Dear khalisah..mmg ada byk perkataan Allah dlm Bible.

  11. Raden wijoyo ningrat
    Januari 16, 2010 at 9:23 pm

    Entah bila agaknya Umat Islam akan terus bersatu yang nyata pada hari ini Umat Islam di Malaysia semakin bercelaru dan tersimpang jauh dari akidah dan perjuangan Islam yang sebenarnya.Bila ada saja terdengar sebarang berita atau sesuatu Isu mengenai Islam maka berbagai Fatwa dan hujah keluar dari mereka yang mengaku diri Ulamak.Ngo Islam bangun dengan lantang kononnya untuk memperjuangkan Islam.berpekik, bersorak, bakar membakar serta hina menghina…Untuk menjadi Islam terlalu mudah kerana kita memandang pada rukunnya.Tetapi Islam adakah beriman…mereka taksub..extream dan fanatik pada Islam mengaku diri Islam tetapi tidak beriman..mana pergi Imannya… Mereka tidak beriman kerana mereka sendiri tidak faham akan agamanya sendiri..pandai sebut tidak tahu buat.Islam agama suci membersihkan jasmani dan rohani manusia maka lahirlah umat yang berakhlak mulia.Maka Islam tadi nampak lah cantiknya.ditambah dengan cahaya Akhlak manusia itu tadi.Bukan cantik agamanya pada jubah serta serbannya atau pakaiannya atau wangiannya..pakaian cantik perangai tak cantik..Umat Islam sendiri bergelumang dengan Zina,fitnah,arak,judi,Rasuah dan berbagai perbuatan yang ditegah dalam agama Islam.Secara tidak langsungnya sama ada mereka sedar atau tidak mereka juga secara terang telah merosakkan kesucian Islam agama mereka sendiri…mengaku Islam tetapi tidak beriman.Termasuklah yang mengelarkan diri mereka Ulamak..masih tidak faham akan agamanya serta kenal pada tuhannya.Semua pandai sebut Allah tetapi di hati…mereka sebut Ana..kerana agenda Ulamak pada hari ini lebih mementingkan diri serta politik mereka sendiri.Maka lahirlah Umat yang songsang Akidah dan perjuangan diatas kebodohan ulamak ulamak ini yang memutar belitkan fatwa serta mempergunakan keratan hadis serta keratan ayat Al Quran didalam setiap agenda mereka.Perjuangan yang tidak ada tujuan dan matlamat..yang ada kepentingan diri…Allah itu maha adil mencipta langit dan Bumi ini serta mencipta berbagai makhluk hidup diatas Bumi ciptaannya..Allah tidak mencipta Bumi ini untuk orang Islam saja..ada berbagai lagi agama lain serta penganutnya turut berhak untuk hidup dan tinggal di atas Bumi ini selagi Allah izinkan mereka tinggal.Mengapa Agama lain harus kita hina dan kita caci..Apakah kita sendiri sudah sempurna Islamnya betul kah kita ini Islam..jika tengok pada rukun sudah betul..tetapi jika betul mengapa harus kita menyalahkan setiap ciptaan Allah tadi..Saya ulangi ini lah dia Islam tetapi tidak beriman.Jika kita beriman sudah pasti kita Islam…Kita harus sedar sebelum turunnya Al Quran nur karim telah turun 3 kitab terdahulu..Taurat,Zabur serta Injil..dan ada mempunyai Nabi Nabi nya.Al Quran adalah kalam Kebenaran Allah yang penuh dengan Mujizatnya.Suatu ketika dahulu agama lain juga Islam tetapi kitab mereka telah dipinda serta diubah oleh pengikut mereka sendiri maka mereka tersesat jalan serta akidah.Maka yang tinggal hanya lah Al Quran kitab akhir zaman penuh mujizat..maka sepatutnya kita wajib menunjukkan betapa baiknya serta cantiknya akhlak kita sebagai Islam kepada mereka..yang bukan Islam ,tunjukkan betapa kita boleh lebih maju dari segi ekonomi serta teknologi kepada mereka yang bukan Islam kerana didalam Al Quran tersembunyi rahsia serta mujizat teknologi serta ekonomi pembangunan umat.Tunjukan kepada mereka betapa benarnya Al Quran itu.Bukan pandai menyalak serta menjerit tetapi ibarat mengetuk tin kosong,Bunyi saja kuat..Bercerita pasal Islam tetapi agama sendiri pun mereka tidak faham..Sembahyang tetapi tidak tahu apa yang disembah dan apa yang di persembahkan. siapa yang disembah.Kalau dipikir umat Islam hari ini sama sahaja dengan Agama lain.tidak malu mengaku Islam tetapi tidak beriman.Siapa kah harus dipertanggungjawabkan atau kekeliruan umat ini Jelasnya Ulamak lah…harus memikul beban ini untuk membetulkan semula akidah umat yang telah tersesat akibat permainan politik usang mereka..

  12. Raden wijoyo ningrat
    Januari 16, 2010 at 10:45 pm

    Isu Pengunaan nama Allah mengapa umat Islam di Malaysia harus resah dan gelisah.Itu bukan perkara baru malah mereka yang beragama lain juga mempercayai ada dan wujudnya Allah,Cuma yang bezanya cara mereka beribadat,mereka mengunakan perantaraan didalam mengerjakan ibadat mereka,Kita orang Islam bersolat terus kepada Allah,Sama la jika orang Islam kita yang mengunakan khidmat bomoh atau minta air penerang hati..kan gunakan perantaraan juga.kenapa tidak minta terus saja.pada Allah.kata mengaku Islam kenapa masih tidak faham cara untuk memohon pada Allah.Ulamak tidak mengajar ke..cara memohon pada Allah.Kita tidak harus risau atau was was Allah Sang Pengcipta Tuhan seru sekalian Alam adalah milik segala isi Alam,Mengapa kita sebagai Islam harus mengikut rasa gelojak nafsu.Sedangkan Islam pun dalam sejuta hanya satu saja yang benar faham apa itu Islam sebenarnya.Islam bukan falsafah,bukan syair atau pantun,bukan Phd atau Master..bukan tan sri atau dato seri,Bukan terletak pada serban atau jubahnya serta tasbihnya,Bukan terletak pada tarranum dan tajwidnya.Islam adalah Agama penuh dengan kesucian dan kemuliaannya.maka buktikan lah akan kebenaran Al Quran Nur Karim lahirkan lah Akhlak yang baik..tunjukkan lah akan kemuliaan Islam maka Agama lain juga akan terpegun dan akan tertarik pada Nur Islam yang terpancar dari kemuliaan akhlak mereka yang beriman ke jalan Islam tadi.Bukan beriman atau berdakwah dengan cara menjerit jerit,memaksa serta memusuhi,sesama lain.Fahamkan matlamat dan tujuan perjuangan Islam kenal dulu jangan kita meletak hukum sesuka hati adakah kita tahu siapa yang dihukum dan siapa yang menghukum.Siapa yang mencipta setiap kejadian diatas dunia ini.Bersihkan hati dulu dari perasaan hasad dan dengki.tamak dan rakus,sombong dan bongkak,mudah untuk kita menyebut Islam.Sukar untuk mereka memahami kebenaran nya kerana yang nyatanya hati dan diri mereka sendiri masih kotor dengan noda dan dosa..seharian hidup..ibaratnya Solat adalah tiang agama sehari semalam mereka mendirikan tiangnya tetapi sayang selepas bagi salam patah tiangnya begitulah kehidupan manusia dan Umat Islam pada hari ini hidup dengan penuh kerugian solat menjadi sia sia kerana mereka masih kotor dengan dosa serta masih ada perasaan hasad dan dengki didalam hati.sedang kan Agama mereka sendiri pun mereka tidak faham apa lagi untuk mengenal dan bersyukur pada tuhannya.

  13. drhatta
    Januari 17, 2010 at 12:37 am

    kepada khalisah, sebenarnya sudah ada, berkunjunglah ke Sabah (or Sarawak) dan lihat bible di sana. wasalam

  14. Januari 17, 2010 at 9:27 pm

    dalam peperangan perkara yg diutamakan adalah stategi. apa yg berlaku sekarang adalah antara strategi2 awal (halus) untuk melancarkan gerakan yg lebih besar lg.. jika sekarang hak ekslusif cuba dicabar, tidak mustahil suatu hari nanti HAK KESAMARATAAN itu akn termakbul.. kita menghalang penggunaan nama Allah itu untuk memastikan tiada tuntutan yang tidak masuk akal di masa2 akan datang..

    di sabah & sarawak mmg penggunaan nama Allah ini telah lama digunakan. pada hakikatnya umat islam di sana tidak senang dengan situasi tersebut.. mereka juga mahukan larangan keatas agama lain menggunakan kalimah tersebut.. disebabkan wakil2 rakyat yang terdahulu tidak memandang isu ini sebagai serius, maka ianya tidak digenbar-gemburkan..

    selain drpd itu, isu yg utama skali dlm penggunaan nama Allah ini (mengikut pandangan peribadi saya) ianya boleh diselesaikan secara aman.. adakan sahaja dialong berbentuk ilmiah diantara pakar2 agama di malaysia.. jgn diambil pandangan dari luar negara kerana mereka bkan menetap di malaysia, dan tidak tahu cara hidup dan perlembangaan di sini..

    isu ini akan terus meruncing sekiranya diabaikan.. pelbagai gerakan yang bakal berlaku.. perhatikan juga PKM (Parti Komunis Malaya) adakah ianya benar2 terkubur..? atau pun ada diantara ahlinya telah menjawat jawatan2 tertinggi di negara kita.. dapat diperhatikan gerakan ini juga terlah berjalan dgn senyap..

    Belia Aspirasi Negara

  15. kucing
    Januari 21, 2010 at 8:40 am

    to Hafirman..
    Kenapa takut kepada HAK KESAMARATAAN??

  16. khalisah
    Januari 23, 2010 at 2:18 am

    kpd aesya n drhatta, jzkk krn betulkan ana, ana mengaku ana mmg x prnh tgk sndr pn bible tu cuma ana dgr video dr haron din.. sbnrnya rasa x perlu menjawab balik sbb bkn blog ana pn.. cuma rasa tpanggil utk komen raden wijoyo ningrat.. ini bukan soal org islam yg x faham islam, atau nk melabel2 org, atau kebebasan hak asasi bukan muslim utk mggunakn pkataan Allah, diorg nak guna utk majlis tertutup diorg guna je la.. cuma mmg satu masalah besar bila nk guna dlm penerbitan utk tujuan sebaran umum.. akan meledak fitnah dahsyat mcm yg dah jd kat indonesia, sila bukak link yg ana bg kat atas, gereja pn org igt rumah Allah, beli buku2 dakyah kristian igtkan buku islam sbb tulis Allah, fitnah kekeliruan yg teruk yg kena cantas sebelum x dpt disekat.. lgpn dlm akhbar utusan sehari atau 2 hr lps entri ni ditulis, mmg ada pengakuan bahawa tujuan diorg nk kebenaran gunakan kalimah Allah tu ialah utk tujuan dakyah n operasi kristianisasi diorg.. mana boleh biar2.. wallahua’lam

  17. khalisah
    Januari 23, 2010 at 4:46 am

    ada maklumat penting tentang kegiatan kristianisasi yang makin giat dan penting untuk kita sedari, perhatikan, dan ambil tindakan mempergiatkan dakwah dan penguatkuasaan melalui blog di bawah:

    Isu Kalimah Allah: Mengapa Mereka Memilih Tanah Jawi

    http://sangtawal.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-mengapa-mereka.html

  18. Kayan Borneo
    Januari 29, 2010 at 10:55 am

    khalisah,

    Kamu dgn Dato Haron Din sama saja, kono…ketinggalan zaman; tahu sudah itu BIBLE pastilah sebutan didalam ‘GOD’ kerana salinan dalam Bahasa Inggeris. Cuba kamu buka dalam Alkitab salinan Bahasa Malaysia atau Indonesia ada tak kamu jumpa perkataan ‘GOD’ pastilah ‘Allah’, cakap nak memperkembangkan bahasa melayu ni sendiri nak sekat pulak.

    Minta maaf, jangan buat alasan isu kalimat Allah ini untuk mengelirukan umat Islam. Di Sarawak yang didiami oleh pelbagai kaum etnik semuanya menggunakan perkataan ALLAH apabila mengadakan persekutuan di rumah ibadah(Gereja). Siapa manusia didunia ini yang boleh menukarkan bahasa ibunda saya untuk tidak menggunakan perkataan ALLAH, tiada perkataan lain yg boleh diganti selain perkataan ‘ALLAH’.

    Ini cadangan saya, sekiranya saudara/i muslim ada perkataan lain, selain dari ALLAH, supaya tidak mengelirukan umat Islam bolehlah membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk diluluskan.

    Harapan saya janganlah isu ini terus dipersoalkan, patuhlah kepada keputusan yg telah dibuat oleh mahkamah. Negara DEMOKRASI… ba……!!! Tolonglah Pak Najib yg mengwar-warkan 1MALAYSIA, jangan pulak nanti 2 MALAYSIA itu bahaya…….

    Tuhan…..Allah yg ada disyorga
    Kumohon curahan berkatMu
    supaya lindungi negara kami
    Amnya negara Malaysia, khususnya Sabah Sarawak
    Kami tak punya apa2 Tuhan
    hanyalah berpegang kepada kuasaMu yg ajaib
    dan menyerah segala masalah yg kami sedang hadapi..
    biar kuasa Roh Tuhan yang bermujizat bagi menyelesaikan segala masalah yg ada
    Dengar Tuhan, ini doaku
    Atas nama Allah yg maha mulia ku sudah berdoa.

    Amin.

    Tuhan memberkati.

  19. Mei 15, 2010 at 6:39 pm

    Allah itu tuhan semesta alam, jadi buat apa nak pening2 fikir agama mana yang berhak guna nama Allah. Seperti yg kita ketahui, semua agama samawi percaya tuhan mereka ALLAH, cuma mereka diseleweng oleh orang2 alim,pendeta & rahib dari agama mereka sendiri. Kita umat Islam jangan sibuk dengan isu ni sangat, baik kita tambahkan iman & ketakwaan kita kepada ALLAH yang umat Islam sembah.

  20. Mei 15, 2010 at 6:50 pm

    Pesanan saya untuk umat Islam, kalau nak tambah ilmu pengatahuan tentang agama lain rajin2lah baca kitab agama lain. Tak salah kalau kita mengkaji kitab agama lain. Baru kita tahu selok belok tentang agama lain. Tak semua isi dalam kitab perjanjian lama dan baru itu menyeleweng. Kalau kita baca kitab Purana Vedas milik agama hindu, ada berita tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dengan kitab agama budha, ada dinyatakan tentang kelahiran rasul akhir zaman.

  21. jj
    Mac 17, 2011 at 4:39 pm

    Dialog Islam /Kristian prelu.
    Digalakkan supaya Islam dan Kristian di Malaysia mengadakan dialog berkenaan isu kalimah ” Allah ini. Untuk pengetahuan umat Islam Malaysia, kami umat Kristian di Sabah /sarawak dan Semenanjung Malaysia memang mutlak menyembah satu Allah.
    Umat Kristian tidaklah menyembah tiga allah seperti yang disangka oleh kebanyakan umat Islam. perkataan “Tritunggal “/Triniti atau tepatnya dinamakan ” Oknum” tidaklah bermaksud tiga allah tetapi tiga kewibawaan-Nya.
    1.Allah itu pencipta dalam istilah Kristologi Kristian di sebut : Bapa
    2. Allah itu berfirman di sebut : Anak.
    3. Allah itu memberi taufik dan hidayat atau penolong/pembimbing disebut :Roh
    Kudus.
    Bapa,Anak dan Roh Kudus dapat disebut dalam sepatah kata saja iaitu: ALLAH
    Itu istilah Kristologi Kristian. Bagi pedapat saya kalimah Allah tidaklah menjadi monopoli oleh sesuatu golongan atau sesuatu bangsa dan juga bukan monopoli oleh sesuatu agama. Kalau kita rujuk dari segi sejarah Malaysia Munshi Abdullah bin Abdul Kadir seorang tokoh sastra Melayu, dialah yang pertama kalinya yang menterjemahkan perkataan God sebagai Allah sama dengan perkataan Arab sebab dalam Bahasa Malaysia tidak ada terjemahannya. Istilah Lord diterjemahkan dalam bahasa Malaysia ialah ” Tuhan ” ( Rabb ) dalam Bahasa Arab. Terjemahan ini sudah ada dalam tahun 1852 A.D. Kalimah Allah telah digunakan oleh umat Kristian Indonesia /Malaysia sejak tahun 1631 A.D. sehingga ke hari ini. Rujuk juga the Pre-Islamic origin of the word ‘Allah”. Saya seorang Kristian tetapi saya membaca juga buku Quran untuk mencari bebaikan bukan untuk kelemahan. Banyak umat Kristian membaca buku Quran tetapi kebanyakan umat islam di Malaysia takut membaca Bible. Itu yang menyembabkan banyak umat Islam salah faham tentang agama Kristian. Memang agama Kristian dan Islam banyak perbezaannya. Tetapi janganlah memburuk-burukan agama orang lain berdosa.
    ( untuk renungan bersama dari S’wak )

  1. Januari 22, 2010 at 3:09 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: