Rumah > komentar > Kebangkitan Rakyat Mesir (Arab), Pendirian Ikhwan dan Dimensi Perubahan

Kebangkitan Rakyat Mesir (Arab), Pendirian Ikhwan dan Dimensi Perubahan

Jangkaan bahawa Mesir akan meletup bila-bila masa bukan satu cakap-cakap yang baru. Ia telah diperkatakan semenjak 5 atau 6 tahun lalu. Cuma bila masa yang tepat dan apa pencetusnya sahaja tidak diketahui. Negara yang diperintah secara kekerasan dan sistem satu parti ini sudah lama bengkrap.

Oleh itu saya tidak terkejut langsung dengan apa yang berlaku, bahkan beberapa kali dalam tulisan saya, saya nyatakan bahawa tempoh rejim lama ini sudah berakhir sah lakunya. Hubungan dengan rakyat semakin hari semakin merenggan. Pemerintah di satu lembah dan rakyat dilembah yang lain. Pemerintah berkerja untuk dirinya dan rakyat hidup tertakan, kelaparan, dan ketakutan.

Pemulihan penuh sepatutnya berlaku. Namun kebanyakan pemimpin leka, rasa aman dengan kawalan keselamatan yang ketat dan permainan kertas siasah tertentu diperingkat antarabangsa. Saya lihat ini adalah pelajaran yang menyeluruh untuk semua pemerintahan berasaskan “nasionalis sekular” tidak kira dimana sahaja termasuk di Malaysia.

Kita juga dapat lihat tekanan yang berlaku kepada pemeritahan di Malaysia. Kesannya  perubahan besar telah berlaku keatas dasar kerajaan demi menjamin survival. Secara politik saya puji pemerintah Malaysia kerana cepat bertindak. Walaupun saya masih menganggap ia menuju arah yang salah. Sepatutnya parti-parti Melayu (pemerintah dan pembangkang) mengambil kesempatan, mencari kata sepakat kearah mengukuhkan kedudukan politik orang Islam di Malaysia daripada tersu menari mengikut rentak musuh.

Perubahan pasti akan berlaku; samada kita akan terus jauh dari landasan atau kembali kepangkal jalan (Islam). Tetapi malangnya kini tiada siapa yang boleh bersikap rasional…politik Melayu akan menuju arah sukar, kalah jadi abu menang jadi arang.

Terdapat perbezan ketara antara parti politik Mesir dan kebanyakan Negara-negara arab berbanding dengan Malaysia. Parti pemerintah di Malaysia walaupun banyak kritikan tetapi merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda dan perojek pembangunan. Berbanding parti-parti pemerintah di negara arab yang bengkrap idea dan tidak ada projek pembangunan, bahkan setenaghnya hidup atas tajaan atau perlindungan kuasa luar.

Berbalik kepada perkembangan di Mesir kini, bagi saya penyelesaianya tidak semudah yang dijangka sebab politik dalaman Mesir sangat berkait rapat dengan kedudukannya yang strategi diarena percaturan politik antarabangsa terutamanya keamanan Israel.

Sangat sukar untuk kita andaikan penyelesaian yang ideal akan dapat diambil. Yang paling munasabah ialah perubahan sistem daripada dictatorship atau sistem satu parti (syumuli) kepada sistem terbuka berbilang parti dan mengadakan pilihanraya yang bersih. Mubarak dan regim lama harus berundur.

Namun masalahnya nanti ialah siapa yang akan mengganti?. Di medan tiada siapa yang boleh menyaingi kekuatan Ikhwan. Jika diadakan pilihanraya yang bebas tentu Ikhwan akan dapat menguasai semua kursi yang ia tandingi. Persoalannya adakah kuasa besar seperti Amerika dan Israel akan membenarkan Ikhwan sampai ketampuk pemerintahan? Atau adakah Ikhwan sendiri pada perhintungan mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dan ancaman digagalkan.

Amerika dan Israel tentu sekali tidak akan membenarkan wujud kuasa yang mereka anggap akan menancam kepentingan dan keselamatan mereka.

Dan daripada apa yang saya faham dari sifir Ikhwan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka, Ikhwan tidak bersedia untuk itu. Ini kerana ia akan berhadapan menanggung beban ekonomi Mesir yang sangat berat dalam keadaan terpaksa menangani krisis pertembungan strategi yang langsung dengan kuasa besar dan kemungkinan dipulau sangat besar.

Jika diandaikan Ikhwan berfikir untuk menyanggupi tanggungjawab seperti itu ia perlu bantuan dari negara-negara jiran yang sanggup menyokong. Rasanya pemerintah yang sedia ada tidak akan menyokong Ikhwan. Sebab itu adalah satu munasabah Ikhwan di Mesir untuk peringkat ini tidak mencalunkan diri mereka kejawatan presiden.

Antara cabaran besar Ikhwan untuk ketampuk kuasa juga ialah hubungan dengan Israel. Tidak tergambar dalam fikiran bahawa Ikhwan akan meneruskan dasar sedia ada yang mengiktiraf Israel. Perubahan dasar itu akan merubah kedudukan Mesir dari negara sekutu kepada musuh yang mengancam. Jadi secara tiorinya tiada pilihan ideal untuk Ikhwan. Untuk setakat ini penyelesaian terbaik bagi Ikhwan dan Mesir ialah kerajaan campuran yang luas yang tidak menampilkan Ikhwan sebagai pemain utama atau dibarisan hadapan.

Namun ia adalah pencapai yang sangat tawadho’. Adakah gerakan Islam sekali lagi rela untuk membiarkan pegorbanan rakyat dituai oleh golongan sekular pro barat?. Ala kulli hal tidak akan ada penyelesaian mudah dan pergolakan akan terus berlaku. Adalah suatu yang tidak dapat ditolak kemungkinan gerakan Islam mengambil keputusan nekad untuk membuat perubahan total biar apa pun pengorbanan yang terpaksa dibuat.

Jika dilihat dari dimensi strategi yang lebih menyeluruh, kebangkitan rakyat yang merebak keseluruh dunia Arab sepatutnya diistithmar (labur) dengan baik oleh gerakan Islam untuk membuat perubahan yang lebih total. Pendirian tawadho’ Ikhwan Mesir mungkin tidak menasabah dalam kontek perkembangan serantau. Gerakan Islam sepatutnya bergerak dalam skop yang lebih luas, menyeluruh serta terselaras untuk membuat kebangkitan serentak.

Walaupun terlalu awal untuk meramal, saya ingin memberi ingatan bahawa jika  krisis ini tidak tertangani dengan baik dan adil, ia akan merebak lebih luas dan perang besar akan berlaku dirantau Asia Barat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads
Categories: komentar
  1. khalisah
    Februari 1, 2011 at 1:09 am | #1

    seboleh mungkin kta nak elakkan perang besar wpon ia sememangnya diramalkan akan terjadi bila2 masa. laman2 blog konspirasi terutamanya mmg mberi klu bahawa bibit2 perang dunia telah dimulakan di seluruh benua termasuklah krisis yg melanda korea utara dan korea selatan baru2 ini. bagi ana, perang besar adalah sesuatu yg tidak boleh dihalang drpd blaku tapi kta sbg manusia yg tdk tahu ketentuan Ilahi harus berusaha utk meminimakan tanda2 ke arah itu atau melambatkannya atau mbuat psediaan yg cukup utk mhadapinya.

    s/ada IM telah berani n sedia pikul tjwb sebagai peneraju pucuk pimpinan adalah satu perkara. dan s/ada kita sndr di Msia tidak kira dr mana2 badan, jemaah, individu yg mengidam penegakan pemerintahan islam ini sudah berani n btol2 sedia pikul tjwb yg sama dengan sebaiknya juga adalah satu perkara.

    adakah kita sbg individu atau gerakan islam sudah berani n sedia mengambil tindakan nekad utk buat perubahan total? jawapannya kena tepuk hati masing2……

  2. sebaikbaikcahaya
    Februari 1, 2011 at 5:47 pm | #2

    Salam,
    saya merasakan Muslim Brotherhood sudah semestinya mempunyai perancangan mereka sendiri bagaimana untuk joint venture sekiranya pihak pembangkang berjaya memerintah. Malahan berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh Fox News, Nonie Darwish, mengatakan 70% rakyat Mesir ingin berada di bawah undang-undang Syariah. Saya fikir Muslim Brotherhood semestinya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan sudah pun mempunyai pelan tersendiri.

  3. Kamarul
    Februari 1, 2011 at 8:53 pm | #3

    Salam.. saya ingin membuat teguran.
    Egyptian.. BUKAN Berbangsa Arab.. mereka bukan arab.. mereka adalah Egyptian..

    cuma mereka berbahasa Arab hasil arabisasi ke atas mereka semasa khalifah dahulu kala.

    seperti mana Jawa berbahasa Melayu Indonesia kerana bahasa Melayu indonesia adalah bahasa rasmi walaupun majoriti penduduk Indonesia berbangsa Jawa

    sila rujuk ayat di bawah utk memahami:

    Historically, Egyptians have considered themselves as distinct from ‘Arabs’ and even at present rarely do they make that identification in casual contexts; il-’arab [the Arabs] as used by Egyptians refers mainly to the inhabitants of the Gulf states… Egypt has been both a leader of pan-Arabism and a site of intense resentment towards that ideology. Egyptians had to be made, often forcefully, into “Arabs” [during the Nasser era] because they did not historically identify themselves as such. Egypt was self-consciously a nation not only before pan-Arabism but also before becoming a colony of the British Empire. Its territorial continuity since ancient times, its unique history as exemplified in its pharaonic past and later on its Coptic language and culture, had already made Egypt into a nation for centuries. Egyptians saw themselves, their history, culture and language as specifically Egyptian and not “Arab.
    syukran

  4. Februari 3, 2011 at 3:55 am | #4
  5. Februari 3, 2011 at 2:14 pm | #5
  6. keri
    Februari 6, 2011 at 2:16 pm | #6

    muslimin dan muslimat, bina lah kekuatan kamu sendiri.. jgn percaya musuh musuh islam, [golongan yahudi dn barat]. kembali lah kita [muslim] pada zaman othmaniyyah.. dunia ini bulat, ikhwan muslim jalankan lah tangungjawab anda pada musliman muslimat. yahudi amerika barat, menuju zaman kegelapan.. ekonominya akan hancur, ambillah kesempatan ini.. gunakan lah kelebihan kamu org2 yg bijak pandai dan org2 ada kelebehan….

  7. Februari 7, 2011 at 6:47 am | #7

    perlukan satu revolusi membongkar kezaliman pemimpim. Menutup ruang peluang and oppurtunity untuk rakyat lain.

    http://khairulorama.wordpress.com

  8. Februari 8, 2011 at 1:59 am | #8

    Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.

    Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.

    Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.

    US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.

    Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.

    Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.

  9. MAN
    Februari 9, 2011 at 5:56 pm | #9

    akhbar tempatan hari ini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuleimantalibarutIsrael/Article mengatakan bakal penganti presiden mesir omar sulaiman penganut kristian koptk, betulkah?jika betul mesir negara islam akn d perintah bukan islam. dengarnya ia lebih pro israel. lebih bahaya…

  10. pembaca
    Februari 16, 2011 at 3:54 am | #10

    apa yg IM buat tu tepat sebenarnya..
    IM tidak sesekali akan mengambil peluang spt ini..kerana mereka sgt tahu bahawa perubahan di mesir perlu dilaksanakan secara teratur,berstrategi, dan byk perkara yg perlu difikirkan..

    barangkali kalau malaysia terjadi yg sama, dan ISMA diberi peluang, maka ISMA akan bertanding utk presiden..beza dengan IM di mesir..

  11. afizhi atan
    Februari 16, 2011 at 7:47 pm | #11

    1.Berat kenyataan pembaca nie
    2.saya harap pembaca belum lagi menjadi ahli ISMA
    3.Saya harap pembaca tidak bermaksud begitu, dan tidak menyatakan pendirian untuk mewakili ISMA, ISMA tidak perlukan.
    4.Teruskan membaca tentang kami, moga akhirnya kita bergabung nanti, sehingga anda fahami kami

  12. ahmad fuad azam
    Februari 28, 2011 at 12:38 am | #12

    السلام عليكم
    apa yg diutarakan oleh sdra dlm analisis trsbt adalah sekadar pendapat yg tidak mencerminkan secara tepat “analisis & pendapat sebenar” pimpinan muslim brotherhood yg amat matang dlm menyusun strategi mereka diera pasca mubarak…harap kita bersabar utk memahami mereka tanpa menafikan kita boleh mengkritik & menganalisis tetapi أهل مكة أدرى بشعابها

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: