Rumah > kembara > Serangan ke atas Libya: Satu Pencerobohan

Serangan ke atas Libya: Satu Pencerobohan

Saya berasa kesal terhadap serangan udara Amerika dan sekutunya ke atas Libya yang mengorbankan ramai rakyat yang tidak bersalah.

Serangan yang diketuai Amerika dan disertai negara sekutu seperti Britain, Itali, Perancis dan Kanada dianggap sebagai satu pencerobohan sekalipun mereka menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Gadaffi.

Resolusi PBB 1973 hanya inginkan pembelaan rakyat Libya bukannya serangan yang memusnahkan bandar-bandar dan membunuh rakyat yang tidak bersalah.

Kajian politik dunia mendapati bahawa Amerika memang mahu Gadaffi jatuh seterusnya mereka boleh menguasai Libya seperti yang mereka telah lakukan ke atas Iraq dan Afghanistan.

Serangan ini diibaratkan langkah awal penjajahan baru Amerika dan campur tangan asing ini merupakan satu pencerobohan yang tidak bermoral dan bermotif jahat. Bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan anti keganasan yang mereka laungkan?

Saya ingin menyatakan kebimbangan jika serangan ini lebih didorong oleh kepentingan barat bukannya untuk membela nasib rakyat Libya.

Saya turut kecewa terhadap kegagalan kepimpinan Presiden Gadaffi dalam menyelesaikan konflik dalaman negaranya. Suara rakyat yang menuntut pengunduran beliau perlu didengar. Pemimpin yang sudah memerintah sejak 42 tahun lalu sebenarnya mempunyai pilihan dengan mengadakan perbincangan dan menggunakan demokrasi sebagai jalan penyelesaian.

Insiden di Mesir, Tunisia dan negara Arab lain memberi inspirasi kepada rakyat Libya untuk menuntut kebebasan dengan mengadakan demonstrasi. Pemberontakan kemudiannya muncul setelah usaha melalui demonstrasi tidak berjaya. Hasilnya ramai rakyat terbunuh dizalimi pemimpin sendiri.

Jalan penyelesaian di Libya bukan seperti serangan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya, bahkan serangan itu akan menambah lagi keburukan. Liga Arab yang diketuai oleh Amru Musa mengkritik serangan tersebut dan diikuti oleh Presiden Venezuela dan kementerian India yang sudah mengumumkan bantahan dan kekesalan.

Serangan barat ini secara langsung akan mengakibatkan sistem pemerintahan Libya rosak dan kucar-kacir. Sistem pertahanan dan ekonomi runtuh dan hasilnya rakyat akan hidup dalam keadaan lebih teruk daripada sebelumnya.

Pembinaan semula negara selepas ini tidak akan berlaku dengan baik kerana tiang-tiang utama negara telah hancur dibedil Amerika dan konco-konconya. Pembangunan semula pasti memerlukan modal yang besar dan masa yang panjang. Sepanjang tempoh itu, rakyat akan merana dan hidup dalam kesusahan.

Sekali lagi saya menegaskan bahawa serangan ini adalah serangan yang tidak akan memulihkan keadaan bahkan bakal mengundang kejatuhan sebuah negara yang dihuni oleh umat Islam.

About these ads
Categories: kembara
  1. irwayu..
    Mac 21, 2011 at 2:38 pm

    Kenapa umat Islam skrg jd mcm ni? Bercakaran sesama sendiri

  2. salesman
    Mac 21, 2011 at 3:35 pm

    butul..serang dilakukan terhadap libya adalah satu serang yang tidak wajar dan bersifat penindasan tehadap umat islam. satu perkara yang ketara mainan peperangan dan kezaliman amerika adalah akan mencari alasan memerangi keganasan dan kerajaan kuku besih seperti mana-mana negara libya ,afganisatan,iraq. bagaimanapun mainan amerika ini jelas kejam memusnahkan negara yang mereka rasa lemah dan tidak mempunyai kekuatan, tetapi bila dilihat negara islam yang lantang dan kuat mereka amat “segan tapi geram” untuk memerangi seperti iran. jelasnya tindakan amerika bukan satu keamanan tetapi mencari point bagaimana untuk memsunahkan negara islam setelah mendapat “lampu hijau” PBB(badan kroni amerika) bagi memusnahkan negara-negara islam.

    persoalannya. jika hendak mengulingkan atau menghintikan pemerintahan gadaffi, apakah sesuai mengunakkan bom dan peperangan, kalaupun hendak masuk campur tangan kenapa perlu pergunakan senjata peperangan sehingga membunuh rakyat awam libya. ternyata tak masuk akal.

    PBB juga adalah satu badan yang tidak betul.tidak membentuk satu piawaian bagaimana cara diplomasi untuk gadaffi turun. jelasnya negara-negara islam perlu berhati-hati. dengan visi yang dilakukan amerika adalah mencari kelemahan dan kesilapan negara-negara islam.

  3. Mac 21, 2011 at 5:01 pm

    ini adalah bukti jelas berat sebelah kuasa besar seperti Amerika keatas negara-negara yang lemah terutamanya negara-negara Islam. Jika negara tersebut mempunyai kepentingan kepada mereka dan tidak mengikut telunjuk mereka maka negara tersebut akan segera dimusnahkan seperti Iraq dan Afghanistan ( sementara negara-negara lain seperti Iran, Syria menunggu masa sesuai ) dengan menggunakan berbagai alasan yang tak masuk akal. Yang hairannya negara Israel yang dengan jelas ‘menyembelih’ rakyat Palestin setiap hari tidak sedikit pun diambil tindakan selain hanya meminta rundingan damai diadakan. Begitu juga Korea Utara yang mempunyai kekuatan ketenteraan seramai 8 juta tidak juga berani disentuh oleh mereka. semoga orang-orang Islam dan negara-negara Islam akan bangkit bersatu mempertahankan saudara seagama yang saban hari terus di ‘lenyapkan’ dari muka bumi ini. “Allahhuakbar “

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 108 other followers

%d bloggers like this: