Arkib
Adakah Revolusi Akan Berlaku DI Malaysia?
Agin perubahan sedang bertiup kencang di seluruh dunia Islam. Semua pihak sedar bahawa masyarakat mahukan perubahan. Apa arah perubahan itu tidaklah siapa dapat pastikan secara tepat, tetapi semua orang dapat lihat kocakan disana sini.
Setelah menyaksikan kejayaan demontrasi di Tunis rakyat Mesir bangkit, oleh kerana kedegilan Murabarak untuktunduk kepada tuntutan, demontrasi beretukar menjadi revolusi. Kini seluruh rantau Arab bergolak menuntut perubahan yang sama.
Kebangkitan Rakyat Mesir (Arab), Pendirian Ikhwan dan Dimensi Perubahan
Jangkaan bahawa Mesir akan meletup bila-bila masa bukan satu cakap-cakap yang baru. Ia telah diperkatakan semenjak 5 atau 6 tahun lalu. Cuma bila masa yang tepat dan apa pencetusnya sahaja tidak diketahui. Negara yang diperintah secara kekerasan dan sistem satu parti ini sudah lama bengkrap.
Oleh itu saya tidak terkejut langsung dengan apa yang berlaku, bahkan beberapa kali dalam tulisan saya, saya nyatakan bahawa tempoh rejim lama ini sudah berakhir sah lakunya. Hubungan dengan rakyat semakin hari semakin merenggan. Pemerintah di satu lembah dan rakyat dilembah yang lain. Pemerintah berkerja untuk dirinya dan rakyat hidup tertakan, kelaparan, dan ketakutan.
Kenapa Qabil Bunuh Habil?
Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Ayah Paksa Saya Ikut Jamaah Dia
Pada pandangan saya urusan dakwah adalah sebahagian dari urusan agama yang tidak boleh dipaksakan, kerana setiap orang bertanggungjawab penuh atas pilihannya itu. Allah berfirman maksudnya; “tiada paksaan dalam agama,” seseorang itu tidak menanggung yang dilakukan oleh orang lain.
Tragedi Kemanusiaan, Barat Patut Umum Berkabung
Belum habis menyususn ayat mendoakan keselamatan konvoi kemanusia yang di jadual sampai diperairan Gaza petang ini, tiba kedistinasi dengan selamat, saya menerima mesej awal konvoi telah diserang.
Undi Cina
Semenjak pelihan raya ke 12 hingga ke PRK Hulu Selangor fenomena yang paling ketara ialah undi Cina. Walaupun BN menang di Hulu Selangor, kepimpinan BN belum boleh rasa selamat, kerana Cina tidak undi BN dalam pilihan raya tersebut. Bayangan senario PRU 12 hampir pasti akan berulang pada PRU 13. Undi Cina belum berubah, Cina belum berpuas hati dengan apa yang ditawarkan BN selama ini.
Faham Islam Ikut Manhaj
Masa zaman saya belajar dahulu ada ustaz bagi tahu pesanan ulamak, “jangan ambil agama dari mulut khutaba’ /penceramah”. Apabila saya perhatikan kecelaruan pemikiran umat Islam zaman ini saya rasa pesanan tersebut sangat munasabah. Sebab penceramah sering membuat nukilan tanpa kepastian, tidak tepat dari segi pemakaian dalil, terpengaruh dengan unsur-unsur sentimen yang menjadikan ia tidak objektif dalam menyampaikan ilmu.
Ketuanan Melayu Dan Cita-Cita Politik Islam
Kalimah “Ketuanan Melayu” dihentam hebat oleh orang Melayu sendiri khususnya yang berhaluan kiri. Mereka menyifatkan perkara itu sebagai rasis, cauvinis dan sebagainya. Kerana ia dilihat memberi keuntungan politik kepada parti pemerintah UMNO. Tetapi adakah “Ketuanan Melayu” itu sendiri sebenarnya bercanggah dengan konsep kenegaraan Islam yang menjadi cita-cita setiap pejuang Islam? Adakah ”Ketuanan Melayu” sebenarnya akan merugikan Orang Islam? Atau ia telah dieksploitasi oleh orang bukan Islam untuk kepentingan mereka sehingga lahir di kalangan orang Melayu sendiri mereka yang begitu bersemangat memperjuangkan bukan kaum mereka?
Kahwinkan Anak Bawah Umur
Satu lagi contoh antara ribuan fenomena kesesatan yang berlaku dikalangan sebahagian umat Islam di negara ini. Gejala-gejala pelik tumbuh sepeti cendawan. Amaran Nabi s.a.w sedang berlaku. Tanda dunia akhir zaman dan kiamat sudah hampir. Sudah lahir dajjal-dajjal yang mengambil kesempatan atas kejahilan umat.
Baiah Diberi Atau Diminta??????

Baiah adalah satu mekanisme tradisional yang digunakan semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.
Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah baiah jihad, baiah nisa’, baiah ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikianlah beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyri’ (pensyriatan).

