Perutusan Hari Kemerdekaan ke-52

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52

“Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل وخير رسول أرسل وجعلنا خير أمة أخرجت للناس، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، أدى الأمانة وبلغ الرسالة وجاهد في الله خير جهاده ما ترك أمراً يقربنا لله إلا قربنا منه، نزل الله عليه الكتاب بيناً وهدى وبشرى للمسلمين، اللهم صلي وسلم وبارك على هذا النبي الكريم وعلى آله وصحابته أما بعد

Siapa ISMA?

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada 7 Julai 1997. Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang begiat cergas dalam usaha-usaha dakwah dan pendidikan dengan slogan “Membina Generasi Harapan”. Baca lagi »

ISMA dan Politik

Terima kasih kerana bertanya. Maaf lambat respon sebab masalah kesihatan.

Biar saya bereterus terang.

ISMA menganggap politik sebahagian dari Islam, menegakkan kerjaan /pemerintahan Islam adalah satu kefarduan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan. Tiga level;

Baca lagi »

Hasan Al Banna Mujaddid Abad Ke 20

Rasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?.

Selanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.

Baca lagi »

Kenegaraan Islam dan Perpaduan Umat

Saya berpendapat bahawa umat Islam khususnya kaum Melayu muslim di Malaysia sedang berhadapan dengan “krisis jatidiri politik”.

Ini bukan satu-satunya masalah. sebaliknya ia berpunca dari masalah yang lebih parah daripada itu iaitu kekeliruan identiti. Kekeliruan identiti itu menyebabkan keserabutan dalam agenda politik sehingga hampir tidak jelas kenapa orang Melayu berpolitik?.

Baca lagi »

Tahniah Muktamar PAS

  1. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya melangsungkan muktamar dengan jayanya.

  2. Tahniah kepada kepimpinan ulamak yang mendominasi kebanyakan jawatan utama parti.

  3. Saya berharap kepimpinan ulamak meneruskan sikap keterbukaan termasuk dalam hubungan dengan gerakan Islam yang lain.

  4. Saya menyarankan kepada PAS agar terus memperkukuh pendirian sebagai parti independen, mengukuhkan kuasa tawar menawar dan menunjukkan kemerdekaan dalam menyatakan sikap dan pendirian.

  5. Saya percaya PAS tentu meletakkan kepentingan agama dan umat dalam apa-apa rundingan politik termasuk isu kerajaan perpaduan.

  6. Saya mengucapkan syabas kepada presiden dan kepimpinan ulamak PAS yang berani mengambil sikap “tersendiri” walaupun tahu mungkin tidak disenangi oleh rakan-karan dalam pakatan.

Siapa Ikhwan di Malaysia?

Abuadil kata Ikhwan yang paling hampir kepada manhaj nabi. Tetapi siapa Ikhwan di Malaysia? Soalan cepu emas kata orang.

Saya rasa ini persoalan yang sudah lama diperbincangkan. Saya tidak pasti apakah persoalan ini masih relevan?

Mari kita uji

imam_shahid_hasan_al_banna01_320

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.

Abuadil orang PAS, sempat baca buku ikhwan sambil tebar roti canai?

Jauhi Dari Menuduh Niat

Berbeza pendapat adalah satu perkara lumrah. Ia suatu yang tidak dapat dielakkan.

Kita tidak berpecah kerana berbeza pendapat tetapi berpecah dengan berpecah hati. Oleh itu jagalah adab perbincangan.

Saudara tentu tahu adab-adabnya, cuma yang mahu saya ketengahkan disini ialah “adamu ittihamu anniyyah”.

Maksudnya dalam kita mengemuka pandangan kita hendaklah menghindari menuduh niat orang seperti ikhlas atau tidak ikhlas atau seumpamanya.

Kalau kita ada idea nyatakannya sahaja, tak payah andai niat orang. Ok

Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

Antara komen-komen yang dihantar ke blog ini ada yang bertanya tentang fiqh amar makruf nahi mungkar. Rasanya sudah lama dikemukakan, tetapi saya tidak temui masa yang sesuai untuk duduk menulis. Jadi saya mohon maaf kerana itu, dan kerana mungkin ada lagi persoalan-persoalan yang boleh jadi saya dah lupa.

Baca lagi »

Ulamak Atau Profesional?

antara-dua-jalan

Semakin hampir muktamar PAS semakin hangat isu persaingan antara Ulamak dan profesional diperkatakan. Siapa yang lebih sesuai menjadi nakhoda seterusnya? Apa arah yang yang nak dituju pada masa akan datang?

Isu ini seolah-olah meletakkan PAS dipersimpangan. Perwakilan harus pilih antara dua.

Baca lagi »

Khilafah Sistem Pemerintahan Dan TingkahLaku Sosial

Khilafah adalah satu sistem yang unik yang pernah wujud dalam sejarah politik manusia kerana ia bukan sahaja sebagai sistem pemerintahan tetapi juga merupakan tingkah laku sosial sesebuah masyarakat.

Selama masyarakat iltizam dengan mahaj selama itu sistem khilafah boleh bertahan, tetapi apabila manusia mula menyeleweng dari manhaj Islam system khilafah juga akan terseleweng kepada bentuk pemerintahan beraja atau sebagainya.

Dalam sistem khilafah pemimpin benar-benar menifestasi kepada diri umat, sebahagian darinya, tidak lebih dan tiada beza. “Aku hanya dilantik untuk berkhidmat kepada kamu dan aku bukan lebih baik dari kamu”. Inilah manhaj yang dipertahankan oleh khulafa’ yang empat sehingga zaman Muawiyah..

Baca lagi »