Utama > renungan > Tribulasi “Syumul”

Tribulasi “Syumul”

Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah.

 

Faham syumuliah Islam ini merujuk kepada pemikiran mujaddid kurun 20 Imam As-Syahid Hasan Al- Banna yang banyak disebut dalam risalah-risalahnya. Sejak awal lagi kefahaman Islam syumul menjadi ciri penting fikrah Ikhwan Muslimin.

Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 H, empat tahun setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Sewaktu kejatuhan Khilafah 1924 H, suasana umat Islam terpecah kepada negara-negara kecil dan terbahagi mengikut puak-puak dan madrasah pemikiran dan masing-masing menumpu pada bidang-bidang mengikut minat dan kepedulian masing-masing.

 

Ikhwan yang mengambil tanggungjawab berjuang untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiah faham bahawa ia tidak mungkin dilakukan jika kecelaruan, kepelbagaian dan kelemahan jiwa umat Islam tidak dapat bangun dan digabung semula di atas asas yang kukuh. Maka Islam adalah asas dan fahaman bahawa Ia satu agama yang syumul mampu melahirkan satu gagasan besar ke arah mengembalikan kuasa dan kesatuan umat Islam.

 

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana faham kesyumulan Islam yang mantap telah mewarnai dan mempengaruhi gerak kerja Ikhwan Muslimin.

    1.Visi yang jelas

Faham kesyumulan memberi gambaran yang jelas terhadap visi perjuangan harakah di sisi anggota, bahawa ia berjuang untuk satu gagasan yang menyeluruh dan besar ke arah menegakkan sistem Islam yang sepadu di bawah naungan sistem khilafah Islamiah.

 

2. Kerja bermarhalah

 

Menyedari terpuruknya keadaan umat Islam kini kerja-kerja menuju wawasan tersebut mesti dilakukan secara marhalah-marhalah dan berdasarkan step-step amal yang telah ditetapkan. Tidak mungkin digambarkan bahawa objektif agung seperti itu dapat dicapai tanpa terlebih dahulu melalui fasa-fasa awalan.

 

3. Tadarruj dan takamul bina’ tarbawi

 

Mesti berpegang dengan pendekatan tarbiah mutadarrij (ansur maju) melalui takamul bina’ tarbawi (konfrehensif) diperingkat individu dan juga jamaah. Di atas asas keutuhan tarbawi berlaku pengembangan dari segi amudi dan juga ufuqi.

 

4. Nafas Panjang

 

Menyedari perjalanan yang agak jauh, usaha ini semua memerlukan nafas panjang dan minda yang tidak mudah lupa. Kita perlu terus berpegang dengan manhaj dan berkerja membina walau pun terpaksa menunggu 100 tahun lagi. Sebarang kegopohan, kelemahan himmah, cetek pandangan akan menyebabkan kita terbantut atau terseleweng dari landasan perjuangan kita yang sebenarnya.

 

Begitu juga dari segi alamiah. Mengekalkan Negara Islam terpisah menjadi Negara-negara kecil berasas nasionalis masing- masing akan menghalang usaha ke arah mengembalikan semula khilafah Islamiah.

 

Menyedari bahawa perjalanan sangat jauh dan laluan amat sukar, Imam al-Banna dari awal lagi mengingatkan pengikutnya tentang keazaman yang tinggi, kesabaran, kesetiaan, kesediaan untuk berkorban dan menasihatkan sesiapa yang tidak sanggup untuk beredar lebih awal.

 

Sepanjang tempoh hampir 80 tahun berlalu dapat disaksikan bahawa mereka yang lemah kehendak, gopoh dan ingin natijah yang cepat gugur dan menyeleweng seorang demi seorang, sekumpulan demi kumpulan. Mereka mudah mengalah dan merasakan bahawa mempertahankan faham kesyumulan dan alamiah adalah satu yang amat sukar dan sudah tidak relevan lagi. Ini tidak lain kecuali kerana kelemahan himmah mereka, tidak mantap tarbiah mereka apa lagi apabila melihat pengaruh globalisasi dan cengkaman kuasa besar yang amat kuat dari menyeluruh……

 

Sesiapa yang tidak percaya dengan janji Tuhan akan menganggap projek Islam tidak mungkin akan berjaya, jika kita terus berpegang dengan cara asal seperti yang dibawa oleh Al-Banna. Al-Banna bukan nabi… kita lebih tahu tentang zaman kita….mereka rijal, kita pun rijal….dan sebagainya kedengaran dari semasa kesemasa…kalau ada jalan cepat kenapa mesti tunggu lama.

Kategori:renungan
  1. abuadil
    November 12, 2008 at 4:17 am

    bagi ambe syumuliyyatulislam mestilah diterjemahkan melalui gerak kerja dakwah yang syumul. kita tak sepatutnya bertahun2 menghabiskan masa berfalsafah, membina qoidah yang jumud atas nama tarbiah, menjadi hanya pengkritik sosio-politik-ekonomi terhadap kumpulan dakwah lain dsb. lebih malang kita mendakwa kita sahaja berpegang kepada Islam yanmg syumul, sedang kumpulan lain tidak.
    Dalam masa yang sama seolah2 wujud pada dakwah kita demarkasi antara pembinaan tarbiyyah dengan perjuangan di medan politik.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: