Utama > fikrah > Dakwah Kepada Islam Tidak Perlu Pada Nama

Dakwah Kepada Islam Tidak Perlu Pada Nama

Kebenaran Atau Pembawaan Individu ??

Akhir-akhir ini wujud kekeliruan dikalangan adik-adik yang baru berkecimpung di medan dakwah, sama ada berdakwah perlu pada nama atau tidak perlu pada nama? Mereka menganggap berdakwah menggunakan nama itu seperti satu bid’ah atau penyelewengan. Kata mereka kita sepatutnya berdakwah kepada Islam bukan kepada nama-nama pertubuhan tertentu. Nampak seperti benar ….tetapi sebenarnya satu kekeliruan.

Isu ini sudah lama saya dengar dan rasa terpanggil untuk menjelaskan hakikat sebenarnya supaya adik-adik dapat pemahaman yang lebih baik dan sihat. Namun saya sentiasa dikejar masa. Jadi maafkanlah saya jika tulisan ini pun dibuat dalam keadaan nak cepat. Sebab kalau lagi saya tangguh…. kefahaman makin berkembang dan juga akan tambah mengelirukan.

Sangat membimbangkan saya dalam isu ini ialah jika wujud sindrom “pembawaan individu” dalam uslub tarbiah dan pemahaman dakwah. Perkara yang sepatutnya murni dari sirah Nabi ini mungkin dicemari pembawaan individu pendakwah yang tentunya memiliki kelemahan tertentu walau hebat mana sekali pun dia pada pandangan kita. Khususnya apabila dia bergerak secara terasing dan bersendirian.

Dalam isu yang kita bincangkan ini umpamanya, boleh jadi datang dari seorang yang mempunyai karakter tertentu yang tidak mampu berkerja secara berkumpulan. Untuk menjustifikasikan cara kerjanya itu dia mencipta fahaman bahawa kerja dakwah tidak perlu kepada wadah atau nama kumpulan. Katanya dakwah kepada kumpulan adalah salah kerana telah dari dari maksud asal iaitu dakwah kepada Islam. Dia tidak sedar bahawa dalam keadaan tidak bernama dia membentuk kumpulan atas namanya sendiri, dan dia juga akan mengajak orang mengikut dirinya. Bagaimana dia boleh dakwa apabila mengajak orang mengikut dirinya sebagai betul dan bila diajak kepada kumpulan mejadi salah?……

Persoalannya, adakah jamaah yang terbentuk atas nama Ustaz Fulan itu lebih baik dari nama kumpulan yang diputuskan bersama secara syura jama’ei?. Adakah dakwah kumpulan Ustaz Fulan itu lebih asli dari dakwah organisasi tertentu yang berdaftar, mempunyai perlembagaan, manhaj amal yang jelas dan disepakati bersama?

Adik-adik yang saya kasihi sekelian,

Apa yang kita perlu bezakan ialah topik dakwah dan wasilah dakwah. Kita sepakat bahawa dakwah kita ialah Islam. Kita menyeru kepada Islam sama ada secara individu atau secara kumpulan. Tidak ada kontradiksi antara dakwah kepada Islam dengan dakwah secara berorganisasi yang bernama. Dakwah melalui organisasi yang menggariskan matlamat yang jelas, memiliki manhaj amal yang jelas, berdaftar dan mempunyai perlembagaan yang mengawal dan memandu lebih terjamin berbanding dakwah berlegar sekitar seorang individu.

Kita juga harus dapat membezakan antara fahaman asal dakwah yang diishtiharkan (mu’lan) dengan tuntutan marhalah berahsia (dipermulaan) sebagai satu tempoh pengecualian. Mungkin individu pendakwah yang membawa fahaman itu (dakwah kepada Islam tidak perlu pada nama) terperangkap dengan pemikiran dakwah marhalah sirriah/permulaan. Secara lumrahnya di marhalah sirriah (rahsia/permulaan) gerakan dakwah melambatkan pengenalan nama organisasi kepada ahli-ahli baru sehingga meyakini keikhlasan dan kesungguhan penglibatannya. Ini mungkin memakan masa sehingga beberapa tahun.

Dalam tempoh itu mereka diperteguhkan dengan kefahaman dan penghayatan Islam yang merupakan manhaj amal dan objek dakwah kepada kumpulan dakwah tersebut. Tidak faham hakikat marhaliah ini menyebabkan seseorang terperangkap dengan pendekatan dakwah yang salah. Ya, amat salah sekali jika dia membuat kesimpulan berdasarkan tuntutan marhalan permulaan itu, bahawa berdakwah tidak perlu pada nama dan harus kekal begitu dengan bentuk yang sama. Dan itu menjadi gaya kerjanya selamanya. Musibahhhh.

Sebenarnya kedudukan marhalah dan suasana persekitaran banyak mempengaruhi cara kerja dan bentuk amal. Setelah meyakini kekuatan dan dalam realiti yang membenarkan dakwah secara terbuka dan menggunakan nama rasmi, kekal dengan fahaman marhalah awalan/sirriah suatu yang sangat ganjil.

Adik-adik yang saya kasihi sekelian,

Berdakwah dibawah organisasi bernama tidak bermakna kita berdakwah kepada kumpulan yang menyebabkan kita melakukan bid’ah. Anggapan seperti itu merupakan satu kesilapan yang nyata. Kita menyeru orang bergabung dengan kita untuk sama-sama memikul tanggunjawab dakwah yang sangat besar yang mustahil dipikul oleh seorang individu tanpa perencanaan dan organisasi yang mantap. Ia tidak merubah hakikat dakwah kita ialah Islam dan manhaj kita ialah Islam. Pada pandangan saya berdakwah secara beroganisasi secara rasmi memberi impak lebih besar berbanding berdakwah secara menyelinap tanpa bendera dan identiti rasmi.

Banyak lagi fanomena pembawaan individu yang mempengaruhi fahaman dan uslub dakwah yang perlu disingkap kerana bahayanya yang tersendiri. Dalam ketergesaan ini tidak mungkin saya menyingkap aspek-aspek kelemahan lain. Cukuplah lontaran ringkas ini untuk menunjukkan betapa silap dan keterbekangannya fahaman yang mengatakan bahawa dakwah kepada Islam tidak perlu pada nama, atau menganggap berdakwah secara organisasi satu yang menyeleweng.

Saya menasihatkan, jika fahaman itu sudah menjadi pengangan, ia perlulah diubah dengan segera sebelum menjadi masalah dan membawa kerumitan yang lebih berat.

Kategori:fikrah
  1. Ummu Muslim
    Mei 31, 2007 at 5:03 am

    Saya bersetuju dengan pandangan itu. Harap di jelaskan juga dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat Malaysia hari terhadap golongan yang bekerja tanpa nama ini. Apa baik buruknya amal sirri dan amal alani dan kesannya kepada pertumbuhan dan perkembangan dakwah. Ala kulli hal nama amat penting, tiada yang lahir di dunia ini tanpa nama, walaupun dia hanya menggelarkan dirinya sebagai saya tiada nama, sebenarnya nama dia adalah ‘tiada nama’. Itukan nama jugak tu!

  2. sar
    Jun 3, 2007 at 7:58 pm

    assalamualaikum ustz, beberapa syubhat yg melingkari persoalan yang ustz sentuh dlm artikel ni mengaburi da’ei2 muda.. minta ustz rungkaikan:
    1. antaranya yg plg biasa kita dgr apabila semua pihak menyeru kepada kumpulan masing2, dan mendakwa bahawa kumpulan merekalah yg paling benar dan paling mendokong fikrah islam atau ikhwan. apakah neraca2 yg perlu dipertimbangkan sblm seseorang memilih haluan amal?
    2. setelah memilih kumpulan, dan terikat dgn konsep amal jama’ie (taat dan thabat), lalu tak dpt menerima kumpulan lain, atau memandang kumpulan lain mempunyai kekurangan daripada kita. apakah sikap yg sepatutnya?..
    3. atau adakah sepatutnya berlaku ‘lompat2 jemaah’? atau ‘sebelah kaki di jemaah A, dan sebelah lagi di jemaah B’. komen ustaz?
    4. sindrom persaingan tidak sihat dalam merebut mad’u/’pengikut’ antara kumpulan2/jemaah yang masih berlaku kadang2 di antara kumpulan2 gerakan islam?
    5. apabila ada banyak kumpulan gerakan islam, di manakah sepatutnya ia mula bertemu untuk mendekatkan jurang? bahagian atasan atau bawahan? atau keseluruhan? atau adakah perbezaan fikrah yg harus diselesaikan?

    ana rasa ini dulu soalan2 ana.. mgkn ada lg selepas ni.. semoga jwpn ustz dpt membantu kami kalau bertemu dgn syubhat2 ni dr mad’u..

  3. Abdullah Zaik
    Jun 4, 2007 at 4:16 am

    Bismillah..wasolatu wassalam ala rasulillah ..wa ba’du. Jawapan:

    1. sebelum seseorang memilih kumpulan yang ingin disertai terlebih dahulu dia hendaklah memahami Islam dengan sungguh-sungguh dalam semua aspek, manhaj perubahan Islam yang paling tepat dengan manhaj Rasulullah s.a.w. dan pengalaman-pengalaman gerakan islah yang terdahulu. kemudia dia banding antara kumpulan-kumpulan yang ada. Daripada pemahaman tersebut dia boleh menilai apakah jamaah yang akan disertai benar-benar tepat dari segi kefahaman dan manhaj amalnya dengan manhaj yang benar atau tidak. Ada kumpulan yang cakap atau ambil simbol saja Islam, tapi dalam perancangan, manhaj amal, kaedah berurusan, akhlak ahli dan sikap-sikap terhadap satu-satu perkara jauh dari Islam atau ikut kepala dia sendiri. Ada kumpulan yang memisahkan antara thaqafah dan manhaj amal. Thaqafahnya diambil sebahagian dari manhaj ikhwan (thaqafah Islamiah) tetapi cara kerjanya dibuat mengikut perancangan strategi yang dia buat sendiri. Kumpulan-kumpulan ini tentu mengelirukan mereka yang tidak benar-benar memahami Islam dan manhaj Islam dalam perubahan, tidak memahami sirah secara mendalam dan tidak ambil pelajaran dari gerakan islah yang terdahulu. Inilah yang dilakukan oleh ikhwan sebelum sesaorang ditawar menyertainya mereka terlebih dahulu difahamkan dengan Islam dan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

    2. Kita harus benar-benar faham bahawa dakwah kita adalah dakwah kepada Allah dan kita tidak mungkin sampai kepada matlamat kecuali dengan cara yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Sebenarnya kita tiada pilihan kecuali mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. iltizam kita dengan manhaj Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya bersikap rahmah/kasihan terhadap orang yang kurang faham dan cuba membetulkan mereka atau cuba perdekatkan jurang dan cuba lurutkan (qaribu wa shaddidu) seboleh mungkin.

    3. Sesiapa yang faham fikrah Islam dan amal Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tidak mungkin akan menukar haluan atau lompat jemaah… masalahnya jika dia belum faham mahaj secara sungguh-sungguh. Hasan Al Banna tidak melakukan sebarang bid’ah.. Apa yang dibawa oleh beliau seperti apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bila kita ikut Ikhwan bukan bermakna kita beriman dengan Al-Banna…kita ikut Ikhwan kerana ia mengajar kita iman dan beramal mengikut manhaj Rasul.

    4. Perkara tersebut memang berlaku, setiap kumpulan harus bersikap terbuka dan tidak perlu berebut mad’u…. Biarkan mereka membuat perbandingan fikrah secara bebas dan terbuka.. Apa yang perlu dijaga ialah jangan memburuk-burukkan kumpulan lain.

    5. Kita menyeru kepada kesatuan umat seluruhnya. Kumpulan-kumpulan hanyalah mereka yang berkerja untuk Islam dan umat Islam. Mereka sepatutnya atau sebaiknya mentansikkan/menyelaras amal diperingkat kepimpinan dan mengajar pengikut mereka ‘thaqafah tasamuh’ berkerjasama dalam perkara yang disepakati dan memaafkan orang lain dalam perkara yang tidak sama.

    6. Kita harus faham bahawa isu perbezaan fikrah tidak mungkin diselesaikan dengan mudah, dan tidak ada cara paksaan.. Oleh itu jangan kita sibuk berbincang perkara-perkara berkaitan dengan perbezaan fikrah ini sehingga melambatkan kerja atau menyibukkan kita dengan perkara yang tidak berfaedah. Setelah semua saranan diatas dibuat penyelesaian seterusnya ialah memacu kerja dengan cara yang sungguh-sungguh, fikrah yang benar akan sampai ke destinasi, fikrah yang tidak betul akan menghadapi pembetulan mengikut kanun/sunnah alam seperti yang ditentukan oleh Allah…

    Kerja kuat selepas ……fahaman yang betul

  4. sar
    Jun 4, 2007 at 12:27 pm

    jazakallah ustaz..

  5. Julai 28, 2008 at 12:28 am

    assalamualaikum..

    persoalan yang sering bermain di fikiran saya..

    1)apakah berdakwah wajib bersama kumpulan?..jika wajib berkumpulan / nama, maka, bagaimanakah keadaan dai’e yang berdakwah bersendirian? adakah berdosa meninggalkan yang wajib (berkumpulan/nama) ?

    2)apakah jaminan yang setiap kumpulan boleh berikan bahawa manhaj dan jalannya benar?benarkah statement “memilih jemaah yang betul akan menentukan masa depan islam”?jemaah mana kah yang tidak terlepas daripada kesilapan?

    3)pada pandangan saya, isu memilih jemaah hanyalah isu ijtihadiyyah yang ada kemungkinannya benar dan ada kemungkinannya tidak benar..jadi, mengapa perlu kita mengeluarkan statement mengatakan mereka yang tidak masuk jemaah atau menggunakan nama jemaah sebagai seorang yang “keliru”?

    4)mengapa ISMA tidak didaftarkan sebagai parti politik sebagaimana ikhwanul muslimin?bukankah ISMA disebut-sebut sebagai jemaah paling asli dan hampir kepada al-ikhwan sebagaimana ahli-ahlinya mengatakan begitu..?

  6. masih mencari jemaah
    Mei 5, 2009 at 1:32 pm

    apa peranan isma dlm mencegah kemungkaran di malaysia?

    apa peranan isma dlm berdepan dengan pemerintah yg zalim? bukankah org yg berani berkata benar didepan pemerintah yg zalim, org sangat adil.

    bagaimanakah cara dakwah isma kepada makcik2 dirumah, yg tidak boleh keluar rumah,tiada internet dan hanya menghadap tv dan berita harian yg byk kedustaan dan dicengkam pemerintah?

    apakah isma hanya badan untuk menjadi saksi, dan memberi khabar gembira…dimana peranan…. wanazira [memberi peringatan]

    mengapa isma tidak membantu jemaah sedia ada, pas,bantu perkuatkan tarbiyah pas,bukan jemaah baru, malah sesetengahnya,anti pas pula

    harap dapat jawapan yg ustaz beri boleh jernihkan fikrah kami…insan yg mencari

  7. hannanistisyad
    Mei 5, 2009 at 6:08 pm

    salam..

    Dalam mmbahaskn isu taadud jemaah, kita tk boleh sertakn sekali emosi dan pemikiran logik semata2 sedangkn para ulama’ terdahulu telah pun mmbahaskn dgn tperinci isu ini… cadangan ana, baca fiqh ikhtilaf dan bincang dgn ustaz2 yg berilmu…

    1st, setiap jemaah saling lengkap melengkapi, tiada satu jemaah pun yg sempurna 100%.. Ikhwanul muslimin di dalam websitenya mngatakn ‘kami terbuka untuk sebarang kritikan & komen, kami tak sempurna’. Mari contohi mereka

    2nd, tiada jemaah yg berada di atas jemaah lain, yg membezakan manusia hanyalah taqwa.. Jadi, ahli2 sebuah jemaah yg dilihat secara zahirnya berilmu, bertaqwa, sanggup berkorban demi Islam melebihi jemaah lain, maka di situlah kelebihan jemaah itu..

    3rd, memang logikanya, setiap pekerja bagi sesebuah syarikat akan mngatakan syarikatnya adalah yg paling bagus.. Jadi, bila kita b’depan dgn ahli jemaah lain, jangan kata jemaah kita paling sempurna sebab kita perlu berusaha mrapatkan ukhuwah, bukan menjauhkan.. bila bdepan dgn ahli jemaah lain, sentuhlah isu2 yg mnjadi common ground..

    Ditekankan disini bahawa dakwah isma adalah dakwah islam, menyeru manusia ke manhaj nubuwwah, jalan para nabi dan rasul.. Sama seperti dakwah jemaah lain.. Mari kita saling bantu membantu…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: