Utama > komentar > Asia Barat Panas Lagi

Asia Barat Panas Lagi

Kerajaan perpaduan yang dianggap kejayaan siasi oleh HAMAS gagal mencapai objektifnya. Mengikut sumber HAMAS persetujuan Mahmud Abbas menerima saranan mengadakan kerajaan perpaduan adalah untuk menyerap ketegangan semata-mata. Keputusan Abbas mengizinkan pasukan bersenjatanya menghabisi Izzuddin al Qassam berakhir dengan kegagalan yang memilukan. Jika keadaan berterusan nyawa Dahlan penasihat keselamatan Abbas akan terancam. Justeru rancangan perlu ditamatkan dan kerajaan perpaduan formula untuk menyelamatkan air muka.

Apa yang di war-warkan bahawa kerajaan perpaduan bakal mengangkat sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin tidak benar sama sekali. Belum sempat kerajaan baru ini meyempurnakan pembentukannya apa lagi memainkan peranan yang sewajarnya, kini isu palestin kembali ke empat persegi pertama.

Kini Israel merancakkan serangan ke atas pejuang HAMAS di Gaza dan juga Tebing Barat, bahkan mereka mengancam untuk membuat serangan darat secara besar-besaran. Mereka yakin HAMAS tidak akan bertolak ansur dalam prinsipnya selagi sayap Izzuddin Al Qassam masih kuat. Jadi untuk melemahkan pendirian politik HAMAS sayap Izzuddin mesti dihapuskan. Itulah yang sedang berlaku sekarang. Yahudi yakin langkahnya itu mendapat perkenan dari pemerintah arab.

Oleh itu menjangkakan krisis akan memuncak dan bertambah buruk adalah satu yang paling munasabah. Ini di Palestin, keadaan yang sama dijangka perlaku di Utara Lobnan. Perang antara askar kerajaan dengan gerila Fatah Islami berpotensi akan merebak dengan lebih meluas. Krisis kerajaan Fuad Seneora dan Hizbullah telah berpindah fasa daripada siasi kepada pertembungan bersenjata. Hizbullah mungkin acah-acah bila menggerakan gerila Fatah Islami untuk membuat operasi terbatas, tetapi ia boleh menjadi krisis yang tidak terkawal jika Fuad Seneora mengundang tentera Amerika campurtangan. Jangan tidak ingat selain sayap Izzuddin HAMAS, Hizbullah adalah ancaman besar terhadap Israel. Kekalahan dalam peperangan di Selatan Lobnan baru-baru ini satu tanparan besar untuk Amerika dan rejim ZIONIS. Mesti tindakan balas yang lebih bijak…..Kini nasib HAMAS dan Hizbullah sangat bergantung kepada polisi Amerika terhadap Syria dan Iran.

Kategori:komentar
  1. uthman
    Jun 5, 2007 at 3:51 am

    ust abdullah kawan saya ada beberapa pertanyaan tentang ikhwan muslimin. pertama, adakah ikhwan itu adalah sebuah parti yang merebut jawatan didalam sebuah negara? Kedua, adakah ikhwan itu berkaitan dengan sebuah mazhab atau pun sama macam ahli sunnah waljamaah

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: