Utama > komentar > Mari Kita Optimis

Mari Kita Optimis

Mengenangkan keadaan umat Islam yang semakin hari semakin leka seseorang mungkin kecewa dan hilang harapan. Dalam keadaan semua sendi kehidupan berada dalam cengkaman musuh, umat Islam cuai dengan seribu kelalaian… dan hati mereka terdinding dengan seribu hijab. Masih ada harapankah untuk Islah???

Ya, analisa dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan tidak memberi harapan bahawa Islam akan kembali berkuasa dan umat Islam menjadi kuat dalam tempoh yang dekat. Justeru berfikir secara politik juga tidak akan memberi kita rasa optimis dan berterusan dengan pendekatan-pendekatan politik juga mungkin akan terus membawa kita ke jalan buntu.

Jadi apa perlu kita buat?… Saya cuma cuba berfikir secara terbuka dalam mencari sinar harapan baru… Saya belum kecewa…. Semenjak puluhan tahun lalu pemikir-pemikir memberi harapan bahawa kemenangan pasti datang… tetapi di mana kemenangan itu??? Masih kekalkah harapan itu???

Saudara/i yang saya kasihi, mari kita berterus terang dengan diri kita, adakah kita masih optimis?

Ya, saya optimis. Saya yakin dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya kami yang menurunkan peringatan (al-Quran) dan sesungguhnya kami akan menjaganya.

Semua makhluk yang hidup setakat yang saya tahu dicipta oleh Allah-waktu penciptaannya-dengan bahan yang akan merosakkanya. Manusia contohnya apabila ia meninggal dunia akan muncul bakteria yang akan memusnahkannya, dan begitu juga binatang. Menurut Heagel seorang ahli fikir barat, perkara yang sama juga berlaku kepada ideologi manusia. Setiap ideologi muncul akan terkandung didalamnya unsur yang akan merosakkannya sendiri seperti komunis, sosialis, kapitalis dan sebagainya ia muncul bersama unsur perosak yang akan merosakannya sendiri bila tiba masanya.

Sebagaimana ia berlaku kepada sosialis ia akan berlaku juga kepada kapitalis…Cuma masanya sahaja belum tiba.

Tetapi Allah dalam firmannya yang saya sebutkan di atas menegaskan bahawa Islam sebaliknya. Ia dibekalkan dengan antibodi yang menghalangnya daripada rosak ketika segala ideologi lain rosak. Islam masih lagi memiliki “muqawwimat” (kekuatan kendiri) yang hebat dan momentum untuk bersaing dalam tempoh yang lama… sampai hari akhirat. Beberapa tahun lalu (lama dah juga) saya mengikuti isteri saya pergi melawat wat-wat Buddha di Tumpat, Kelantan dalam rangka menyiapkan kertas kajian mengenai perbandingan agama untuk ijazah sarjana di UKM. Saya jadi drebar sahaja… Namun tanpa saya sedari pengalaman tersebut membawa saya kepada satu ufuk kefahaman tentang Islam. Saya mula menyingkap balik cerita yang disebut oleh Mohd Qutub mengenai “rijal uddin” (orang agama). Kata Mohd Qutub dalam Islam tidak ada orang agama seperti dalam agama Kristian dan juga Budha. Dalam Kristian ada paderi dan dalam buddha ada sami. Apabila kami menemuramah Tok Raja (sami yang jaga Wat atau ketua sami) di salah satu Wat di situ baru saya faham rahsia disebalik istilah orang agama tersebut. Sebenarnya tidak ramai penganut budha yang mengamalkan ajaran Budha, kalau ada pun sekali seminggu atau dua kali seminggu. Sami-samilah yang mengambil tanggungjawab untuk menghidupkan ajaran-ajaran tersebut. Sebab itu mereka dinamakan orang agama,, kerana penganut selain mereka tidak mampu mengamalkannya. Begitu juga Kristian, banyak daripada ajaran Kristian tidak mampu diamalkan oleh kebanyakkan penganutnya, justeru jadilah ia hanya agama kepada segelintir manusia yang dipanggil paderi. Merekalah orang agama… Kebanyakan orang Kristian tidak lagi mengamalkan ajaran Kristian. Ini tidak berlaku dalam Islam sehingga kini Islam adalah agama untuk semua orang dan tidak ada istilah orang agama dalam Islam. Demikian kita dapat lihat bahawa tiada agama yang boleh menyaingi Islam. Hanya Islam agama yang kekal dan ia agama masa depan. Agama yang boleh dianuti oleh semua orang.. agama untuk semua orang. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Dialah yang mengutuskan Rasulnya yakni Muhammad dengan petunjuk dan agama yang benar untuk ia mengatasi segala agama”. Satu aspek lagi yang memberi kita rasa optimis ialah hakikat bahawa Islam agama global. Selain sebagai agama untuk semua manusia, Islam juga satu-satunya agama yang bersifat global. Agama yang boleh serasi dengan apa jenis bangsa dan apa jua jenis budaya bangsa tersebut. Islam tidak menolak kemajuan sains sedangkan demokrasi liberal menolak agama. Bolehkah demokrasi liberal dapat menyaingi Islam dalam menangani persoalan global.. Natijah kita akan lihat tidak lama lagi. Tamadun barat yang penuh dengan percanggahan akan membawa manusia kepada dunia yang penuh konfrantasi… Islam yang akan membawa kedamaian. Saksikanlah… kehebatan Islam sebagai cahaya yang menerangi akal dan menghidupkan fitrah. Mengikut laporan-laporan yang dikemukakan oleh berbagai pihak pertambahan bilangan manusia yang manganut Islam dari berbagai bangsa diseluruh dunia bertambah dengan pesat sekali. Saya tidak berkesempatan untuk membawa statistik untuk menyokong kenyataan ini.. Namun ia tidak mengurangkan nilai kebenarannya, kerana ia merupakan satu fakta bukan kepercayaan. Ia adalah agama fitrah..fitrah Allah yang ia menjadikan manusia berasakannya. Jangan kita terperangkap dalam perkiraan kebendaan semata-mata… politik, ekonomi dan ketenteraan, lalu kita kecewa. Lihatlah kekuatan Islam secara spritual. Kekuasaan tidak semestinya dengan kemenangan maddi (al ghalabah) dan manusia tidak menjadi Islam dengan paksaan….tetapi dengan hujjah dan bayan dengan cahaya dan keyakinan… Suatu ketika dahulu Tatar memeluk agama Islam sewaktu berkuasa (menjajah) ke atas umat Islam. Kita tidak mengejar kemenangan kerana kuasa tetapi untuk memenuhi tuntutan menyempurnakan hidayah. Adapun kekuasaan, “Katakanlah, wahai Allah.. Raja segala Raja.. Engkau memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan menariknya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki… dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan menghina sesiapa yang Engkau kehendaki……….”. Saudara/i yang saya kasihi sekelian, jangan lupa bahawa dakwah kita adalah dakwah agama (spritual) sebelum ia program islah politik, ekonomi dan sebagainya… jangan kita lupa dan jangan kita melampaui batas…… Bilakah kita sudah berubah menjadi materialistik???

Kategori:komentar
  1. Misunderstand
    Mei 30, 2007 at 10:16 pm

    Salam…semoga Alah merahmati !
    saya mahukan lebih kupasan akan maksud ayat berikut agar saya tidak terperangkap dalam salah faham terhadap artikel ini;
    “jangan lupa bahawa dakwah kita adalah dakwah agama (spritual) sebelum ia program islah politik, ekonomi dan sebagainya… jangan kita lupa dan jangan kita melampaui batas”

    Terimakasih, ustadz!

  2. Abdullah Zaik
    Mei 31, 2007 at 9:08 am

    Terima kasih kepada yang bertanya.
    Sebenarnya ada kisah disebalik ibarat ini. Beberapa tahun lepas saya menziarahi seorang Prof. Beliau adalah bekas pemimpin Ikhwan Sudan tahun 60-an dulu. Antara komentar beliau yang menarik perhatian saya ialah kata beliau, “dulu umat Islam melampau dari segi ruhi sehingga tidak peduli soal politik. Imam Al Banna datang memperbetulkan keadaan, membawa fahaman syumul dan seimbang.” Setelah berlalu hampir 80 tahun usia dakwah, kini kita menjadi melampau dari segi politik sehingga mengabaikan aspek-aspek ruhi.
    2. Inti kepada tujuan kedatangan agama Islam ialah untuk membawa (hidayah) manusia kepada kebahagiaan ukhrawi. Sesiapa yang yang mengucapakan la ilaha illa llah akan masuk syurga. (maksud Hadis)…. Dengan kamu memberi hidayah kepada manusia lebih baik dari kuda merah (maksud hadis). Semua ajaran, hukum dan kisah yang terkandung di dalam al-Quran akhirnya membawa manusia menuju kebahgaian ukhrawi.
    3. Pemerintahan adalah sebahagian dari sistem hidup Islam yang syumul. Mengambil berat hal ehwal Muslim adalah juga termasuk dalam mafhum ibadat yang umum. Namun tenggelam dengan persoalan politik sehingga meninggalkan aspek dakwah supaya orang menganut agama Islam atau mengukuhkan akidah muslim yang lemah adalah satu yang melampau dan berlebihan.
    4. Orang tidak masuk Islam kerana projek politik, tetapi memperkenalkan mereka dengan Tuhan melalui hujjah dan burhan.

  3. Mei 31, 2007 at 2:27 pm

    a sound article indeed.. teruskan menulis ustaz..kami sentiasa menyokong..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: