Utama > komentar > “Iceberg”… Lina Joy

“Iceberg”… Lina Joy

Banyak pihak dikalangan masyarakat Islam merasa lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan Lina Joy. Keputusan tersebut memberi kekuatan peruntukan kepada perkara 121(1A) yang memartabatkan kedudukan mahkamah syariah dalam isu yang berkaitan dengan umat Islam mengatasi mahkamah sivil. Kelegaan itu tambah berasas apabila difahami bahawa keputusan sebaliknya akan menjadi prosiding kepada isu yang seumpamanya pada masa akan datang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inilah barangkali sebabnya isu Lina Joy ini menarik minat kumpulan-kumpulan Islam dan melihat keputusannya amat penting. Jika Lina Joy dibenar mengugurkan kalimah Islam dari kad pengenalannya dengan hanya membawa surat perakuan sumpah sahaja, ia akan membuka ruang kepada ramai lagi mereka yang jahil dikalangan umat Islam untuk melakukannya. Dan ini akan meyebabkan kacau bilau dan keresahan yang amat sangat dikalangan umat Islam. Lebih bahaya dari itu ia akan membuka ruang kepada gerakan bukan Islam itu bergerak lebih bebas mengembangkan agenda mereka dalam masyarakat Islam.

Menukar agama mengikut uruf masyarakat Islam adalah satu yang jenayah yang amat berat. Ia merupakan satu perbuatan yang akan mencarikkan undang-undang uruf yang meletakkan Islam pada kedudukan suci dan tertinggi, selain membabitkan isu keselamatan yang mengancam kesejahteraan masyarakat. Kerana itu ia amat mengguris perasaan umat Islam. Dan perkara ini diwartakan sebagai undang-undang di Malaysia yang mengharamkan aktiviti menyebarkan agama lain dikalangan masyarakat Islam.

Dengan itu kes Lina Joy tidak lagi menjadi isu peribadi, sebaliknya merupakan isu umum yang menyentuh keperihatinan semua pihak. Bagi masyarakat Islam mereka harus mencari jalan yang menyeluruh bagaimana fenomena ini dapat dibendung dan tidak berulang. Satu pandang semula yang menyeluruh perlu dibuat terhadap tanggungjawab sosial, pendidikan dan pengemasan semula undang-undang yang boleh memelihara kepentingan umat Islam. Bagi musuh Islam pula mereka akan mencari kaedah yang lebih berkesan dan melakukan tekanan lebih kuat untuk mencapai tujuan mereka.

Itulah yang dilihat oleh umum, namun bagi kita anak-anak gerakan Islam harus menyelami perkara ini dengan lebih mendalam lagi. Kita tidak harus tertipu dengan istilah-istilah dan terpengaruh dengan tajuk-tajuk kosong. Benarkah gambaran secara zahir bahawa keputusan mahkamah merupakan kemenangan kepada mahkamah syariah dan permartabatan kepada syariat Islam? Panjang cerita kalau mahu memberi jawapan terperinci kepada persoalan ini. Cukuplah bagi kita, jika kita dapat memahami isu Lina Joy ini mengikut perspektif yang betul.

Pertama:

Kes ini secara menunjukkan hissu islami (sentimen Islam) masih kuat dalam masyarakat Islam di Malaysia, walaupun terdapat kontradik yang nyata antara kandungan dan istilah dalam banyak perkara.

Kedua:

Masih terdapat kontradik yang nyata antara istilah dan makna seperti;
1. Istilah mahkamah Syariah; betulkah mahkamah syariah itu mahkamah yang merdeka yang melaksanakan hukum berdasarkan syariah?
2. Hukum mahkamah Syariah; adakah hukum yang dilaksanakan melalui mahkamah syariah hukum yang bertepatan dengan hukum syariah?
3. Implikasi hukum;
a. Benarkah keputusan mahakamah rayuan yang menolak permohonan Lina Joy itu dapat membenteras masalah murtad?
b. Dan adakah Lina Joy dengan keputusan itu masih dianggap Islam?
c. Betulkah keputusan itu memberi kemenangan kepada syariah?

Berdasarkan bidang kuasa apa yang dinamakan mahkamah syariah itu, mahkamah tidak boleh melakukan sesuatu kecuali menasihat dan meminta dia (Lina Joy) bertaubat. Kalau dia enggan juga permohonannya akan diluluskan dan dengan kelulusan itu dia boleh menukar nama.

Ketiga:

Kes ini juga mendedahkan satu sudut dari ketamakan musuh untuk menjadikan isu menukar agama dikalangan umat Islam ini suatu perkara biasa dibawah peruntukan kebebasan beragama.

Pandangan kita

Kelegaan kita dengan keputusan mahkamah ini tidak sepatutnya menjadikan kita leka bersama golongan yang pendek akal. Isu murtad dikalangan umat Islam harus dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan sama ada mereka memohon menukar nama atau tidak memohon. Gejala itu harus dibanteras sehabis-habisnya. Oleh itu kita tidak boleh melihat kes ini sebagai kes pentafsiran undang-undang dan hubungan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah semata-mata. Ia adalah isu agama yang berkait dengan masalah sosial, pendidikan dan juga perundangan. Ia menjadi tanggungjawab semua pihak terutama ibu bapa, masyarakat sekitar, media massa, badan kehakiman dan pemimpin politik demi memastikan akidah umat Islam terjaga.

Murtad mengikut Islam hukumnya bunuh jika mereka enggan bertaubat. Keputusan mensyaratkan permohonan menukar agama hendaklah mendapat akuan murtad daripada mahkamah syariah -walaupun nampak boleh membantu- bukanlah hukum Islam terhadap orang yang murtad. Semua ini hanyalah helah untuk mempertahankan Islam dalam Negara yang sekular. Peruntukan perkara 121(1A) tidak mencapai tujuan memartabatkan mahkamah syariah jika undang-undang yang dipakai oleh mahkamah syariah sendiri tidak benar-benar undang-undang syariah. Jadual sembilan yang menghadkan bidang kuasa negeri dalam undang persekutuan perlu diperluaskan jika mahu penggubalan perkara 121(1A) benar-benar bermakna.

Dalam situasi liberal seperti hari ini, keputusan mensyaratkan surat akuan murtad dari mahkamah syariah untuk menukar agama agak munasabah walaupun tidak memadai. Kita sebenarnya perlu kepada rawatan pencegahan yang menyeluruh dalam segenap aspek. Menjaga agama merupakan salah satu daripada doruriyat yang lima. Ia harus diimplimentasikan dalam bentuk pendidikan yang menekankan aqidah. Peluang pendidikan agama ini harus dipastikan diperolehi oleh semua lapisan masyarakat. Begitu juga dari segi kawalan nilai dan promosi kehidupan sosial yang sihat dengan perbanyak pengajian agama dan membenteras kegiatan yang tidak bermoral. Jika semua itu terjaga kemudian mereka mahu juga murtad maka hukumnya hendaklah bunuh.

Kita (semua masyarakat) perlu bertaubat kepada Allah yang Maha Esa……………Allahu akbar walillahi al hamd.

Kategori:komentar
  1. Jun 2, 2007 at 5:30 am

    nauzubillah …semoga kita masih terus dipelihara iman…

    benar perkara ni mcm iceberg nampak surface je padahal byk lagi bende didalam…

    sebenarnya mencantas bukanlah penyelesaian…tapi umbi tu yang perlu diubati…
    kalu sekadar mencantas 1, seribu yang lain akan bercambah…individu yg perlu kan kpada pengislahan…supaya benar2 faham ajaran islam yg sebenarnya barula boleh naik kpd tangga seterusnya kerana individu tu la basic kepada segala…

    sekadar pandangan…wslm

  2. Jun 2, 2007 at 8:24 am

    Aminnnn…

  3. al-Marbawi
    Jun 5, 2007 at 1:44 am

    nauzubillahi minzalik

    seharusnya perlaksanaan hukum syariah di setiap negeri dapat diselaraskan untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semula..

  4. Jun 9, 2007 at 5:39 am

    Harus difikirkan dan direnungkan mengapakah seseorang itu mengambil keputusan yang begitu drastik/ekstrem untuk menukar agamanya. Dan apakah benar di dalam Al-Quran ada menyebut hukumnya bunuh sekiranya murtad? Bukankah ‘tiada paksaan dalam Islam’? Amat aneh bagi saya sekira seseorang itu sudah tidak beriman dan percaya lagi kepada Islam dipaksa untuk kekal dalam Islam.

  5. Abdullah Zaik
    Jun 12, 2007 at 9:52 am

    1. Sumber hukum utama bagi Islam Islah wahyu samada ianya quran atau sunnah. Firman Allah bermaksud: “Ia (yakni Mohammad s.a.w) tidak bercakap dari hawa nafsunya, tiadalah selain wahyu yang diwahyukan”.
    2. hukum bunuh terhadap sesiapa yang murtad adalah berdasarkan hadis sahih yang bermaksud: “barangsiapa yang menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya”
    3. tukar agama mengikut Islam adalah berkait soal keselamatan bukan kebebasan agama.
    4. tiada paksaan dalam beragama bermaksud; sesaorang itu tidak dipaksa untuk memeluk Islam. sesaorang yang ingin masuk Islam ia hendaklah berdasarkan keimanan bukan paksaan.
    5. seorang yang sudah Islam kemudian keluar menjadi kafir…diminta bertaubat…jika ia enggan ia dianggap sebagai pengkhianat.
    wallahu aklam

  6. Jun 27, 2007 at 5:46 am

    Walillahil hamd!!

  1. Jun 4, 2007 at 6:34 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: