Utama > kembara > “Keagungan itu… inilah kekuatannya”

“Keagungan itu… inilah kekuatannya”

Beberapa bulan lepas saya berpeluang untuk melawat Turki atau lebih tepat Istanbul pusat pemerintahan Khalifah Othmaniah yang terakhir untuk kali pertama. Saya begitu teruja kerana ia akan memberi peluang kepada untuk melihat dari dekat kesan sejarah pemerintahan Islam yang agung itu. Banyak perkara yang saya lihat, tidak semua dapat saya tulis disini, cuma bebarapa dapatan yang menarik yang saya mahu kongsi dengan rakan-rakan dari aspek tarbawi.

Sesiapa yang melawat Istanbul pasti akan melawat Aya Sofia, Masjid Biru, Maqam Ayub, Maqam Muhammad Al-Fatih, Muzium Topkapi, Muzium Asykari di Sisly dan sebagainya. Itulah yang saya lakukan dengan sungguh-sungguh… Pantang ada masa yang terluang saya akan gunakan sebaiknya untuk melawat tempat-tempat bersejarah itu walaupun terpaksa berjalan sendiri di tempat yang kita tidak biasa dan dalam masyarakat yang tidak tahu Bahasa Arab mahupun Bahasa Inggeris.

Setiap kita pasti pernah menyebut kalimah mengembalikan keagungan Islam, merujuk kepada kekuasaan pemerintahan Islam terdahulu sehinggalah Khalifah Othmaniah di Turki. Anak-anak harakah hari ini apabila mengungkapkan tentang impian haraki mereka mereka akan mengungkap kalimah tersebut, namun tidak ramai yang berkesempatan melihat sendiri bukti keagungan tersebut secara nyata termasuklah saya.

[rockyou id=73639721&w=400&h=300]

Seperti meniupkan angin dalam belon, artifak-artifak dan kesan-kesan sejarah peninggalan kerajaan Othmaniah yang saya saksikan dengan mata kepala sendiri mengelembungkan makna perkataan keagungan dalam diri saya yang selama ini hanya saya fahami melalui penafsiaran bahasa kamus. Kuasa dunia satu masa dahulu… yakni seperti Amerika hari ini… Saya percaya ia mungkin lebih agung dari itu kalau ia masih berkuasa.

Lambang keberanian, kegigihan, keperkasaan dan keinginan yang tinggi begitu terserlah disetiap sudut yang dipaparkan.

Berpuluh jenis peralatan senjata berat seperti meriam, senapang, baju besi, berbagai jenis pedang dan berbagai peralatan perang lengkap dengan berbagai fungsi milik kerajaan Othmaniah dapat saya saksikan. Semuanya berat-berat dan memerlukan seorang yang memiliki stamina yang sangat tinggi untuk menggunakannya. Antara yang menarik dari paparan tersebut ialah replika bagaimana tentera Muhammad Al-Fatih memindahkan lebih 70 kapal perang yang beratnya bertan-tan untuk melintasi daratan berbukit sejauh lebih kurang 12 hingga 15 kilometer dalam masa satu malam tanpa disedari oleh musuh.

Replika strategi Sultan Muhammad al-Fatih

Replika laluan Sultan Muhammad al-fatih

Terlintas dalam pemikiran saya “keagungan itu…inilah kekuatannya”. Ya, bila kita mencanang satu cita-cita besar, kita harus memiliki kekuatan yang setimpal dengannya. Kepada anak-anak harakah saya ingin fahamkan satu makna yang agung dari pengalaman ini, iaitu hubungan antara keagungan dan kekuatan. Kita tidak mungkin dapat mencipta satu keagungan jika kita tidak memiliki kekuatan yang real/ sebenar. Oleh itu fahami kalimah-kalimah dakwah dengan cara yang betul. “Kekuatan” adalah kalimah yang merangkumi apabila kita menghurai mengenai kandungan/ ciri-ciri individu muslim yang kita kehendaki. Dia seorang yang bijak, handal, kuat, cekal dan berkeinginan tinggi yakni seorang yang mampu memikul beban berat menjunjung sebuah keagungan.

Khulafa’ Othmaniah semuanya berserban besar. Tidak beratkah kepala mereka? Atau tidak lenguhkah tengkuk mereka?. Adakah serban itu juga menyembunyikan keberanian mereka?. Ya!!! ini bukan “joke”, kerana serban mereka yang besar itu sebenarnya adalah kain kapan yang mereka sediakan untuk mengapan diri mereka jika mereka syahid di medan perang. Mengikut cerita semua Sultan Othmaniah adalah penglima perang, mereka keluar tanpa niat untuk pulang (penghabisan berani). Demikian Khulafa’ Othmaniah, Muhammad Al-Fatih dan tidak kurang kehebatan Sultan Abdul Hamid 11. Untuk melengkapkan makna saya kaitkan juga dengan keperibadian Solahuddin al-Ayyubi yang memiliki lebih 24 kubu di Syria, belasan di Jordan, di Saina’, Qaherah dan Iskandariah. Seiapa yang pernah ke sana dapat menyaksikan kehebatan kubu-kubu tersebut, kehebatan perancangan, kegigihan, keberanian dan kehendak yang tinggi. Keagungan tidak datang bergolek…… ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang sangat besar dan tidak mungkin dicapai oleh menusia yang suku atau separuh kekuatan…..

Kategori:kembara
  1. Jun 16, 2007 at 12:47 pm

    Allahu akbar!

  2. akhi badar
    Jun 27, 2007 at 10:49 pm

    Allahuakbar! Allah Maha Besar. Semoga keagungan itu dapat disingkap dan digarap kembali oleh kita!

  3. hafiz rantisi
    Jun 7, 2008 at 1:00 pm

    berpeganglah pada tali allah….nescaya kamu berolah kemenangan…bring back islam…kembali kepada kalimah lailahaillallah,muhammadurrasullallah…..allahhuakbar..aku menanti saat islam bangkit….

  4. parvez
    Oktober 29, 2009 at 5:40 pm

    i wont islamic historical albam.

  5. April 2, 2010 at 4:00 pm

    Saya dan isteri nak melawat istanbul selepas tertarik dengan cerita tuan. Boleh tuan cadangkan travel agent yang sesuai. TK

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: