Rumah > fikrah > MAFHUM JAMAAH DI SISI IKHWAN MUSLIMIN

MAFHUM JAMAAH DI SISI IKHWAN MUSLIMIN

Bila anak-anak kita mendengar cerita tentang Ikhwan mereka akan bertanya, Ikhwan tu NGO ke atau parti politik?.. Kerana itu sahaja gambaran yang ada dihadapan mereka.Yang melihat kepada aktiviti sosial mereka mungkin kata NGO… dan kalau yang melihat kepada penglibatan politik mungkin menganggap ia parti politik. Sebenarnya Ikhwan lebih luas daripada dua-dua itu. Ikhwan tidak mungkin kecuali sebuah jamaah.

Bagi Ikhwan istilah jamaah memiliki pengertiannya yang tersendiri. “Jamaah” adalah penyelesaian dan ia merupakan wasilah ke arah mencapai matlamat. Apa-apa bentuk penglibatan sama sosial, thaqafi (ilmu) ekonomi atau pun politik tidak akan membawa ke mana tanpa “Jamaah” yang mantap. Wajihah-wajihah politik, NGO, badan-badan kebajikan, yayasan-yayasan tidak akan boleh menggantikan Jamaah. Kerana Jamaah adalah satu bentuk penstrukturan kepada manhaj Islam itu sendiri sebagaimana ianya diturunkan.

al-ikhwan2_web.jpg

Sesiapa yang ada pengetahuan tentang Ikhwan tentu pernah mendengar slogan; wasilah kami ialah iman yang mendalam – tanzim yang kemas – faham yang mantap – amal yang berterusan.

Jamaah ertinya kumpulan manusia yang berhimpun atas satu fikrah, satu matlamat dan mengabdikan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Imam Al Banna ada menyebut: “Berdasarkan sejarah, mana-mana kebangkitan umat dibelakangnya ada fikrah, ada manhaj dan ada orang yang bersemangat (rijal) untuk mendokong fikrah tersebut.” Mengambil pengalaman dari fakta sejarah tersebut, Al Banna telah membina Jamaah Ikhwan Muslimin. Beliau menjadikan Islam sebagai fikrah, mengambil manhaj daripada sirah Nabi s.a.w. dan di atas asas itu Beliau membentuk ikhwan mujahidin yang berjuang untuk menjayakan fikrah tersebut.

Ikhwan ketika menakrifkan diri mereka dalam perlembagaan menyebut bahawa Ikhwan adalah “lembaga Islam yang syumul”, merujuk kepada fikrah Ikhwan yang berasas Islam yang syumul, medan aktivitinya yang mencakupi semua pengertian yang terkandung dibawah kalimah Islam, gerak kerjanya dihukum oleh ajaran Islam, visi/misinya diilhamkan oleh tujuan kedatangan Islam itu sendiri, aktivitinya dipandu oleh objektif-objektif Islam. Motivasinya adalah janji tuhan tentang kemenangan di dunia dan juga di akhirat. Dengan ertikata lain Jamaah adalah fikrah Islam yang dilembagakan.

Dengan bantuan ilham yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya, Imam Al Banna berjaya mengenalpasti rahsia kekuatan Islam dalam membina semula umat. “Tidak pulih urusan akhir umat ini kecuali dengan manhaj yang telah memulihkan generasi pertama dulu”. Beliau telah mencipta wasail-wasail yang mantap yang boleh menggarap kembali kekuatan-kekuatan tersebut. Bagi beliau Islam memiliki wasilah tersendiri dalam membina rijal. Beliau mengatakan: “Kita akan memiliki semua wasail islah (pembaikan) apabila kita memiliki rijal yang kuat/soleh”. Beliau menjadikan sifat-sifat sahabat sebagai ukuran kekutan syakhsiah yang dikehendaki. Beliau mengatur langkah dan meletakkan batu tanda perjalanan dakwah dan jamaah berpandukan sirah Rasulullah s.a.w.

jalan_ampang.jpg

Sesiapa yang pernah membaca “Petunjuk Sepanjang Jalan” akan bertemu dengan istilah “bina jamaah dengan akidah dan bina akidah melalui jamaah”. Yakni jamaah ditubuhkan berdasarkan akidah dan perlaksanaan akidah berkembangkan berdasarkan perkembangan Jamaah. Dalam buku Haza addin, Syed Qutb menyebut; “Islam tidak tertegak sendiri tetapi mestilah wujud umat yang melaksanakan Islam pada diri mereka”. Hasan Hudhaibi ada menyebut; “Tegakkan Islam pada diri kamu, nescaya ia tertegak pada bumi kamu”. Demikian mafhum Jamaah disisi ikhwan. Daripada visi-misi hingga kepada program dan aktiviti harian semuanya bersumberkan Islam.

Tabiat dakwah Ikhwan adalah lahir dari tabiat Islam itu sendiri. Manhaj perubahannya adalah metode yang diambil dari Islam bagaimana ia membina sebuah umat yang agong. Adabiyatnya (budaya organisasi) tidak lain dari penyerlahan pengahayatan Islam yang mantap dalam diri anggota dan budaya berorganisasi. Kepemimpinan jamaah mengandungi maksud membawa manusia kepada Allah s.w.t, iltizam sunnah dan bertaamul (mengendalikan) dengan tabiat annufus (nafsu-nafsu). Nabi s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Tidak beriman seorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa”.

Jundiah pula membawa implikasi “taat syariyyah”. Intima’ adalah intima’ imani dan fikri. Ukuran kekuatan intima’ seseorang ialah sejauh mana dia beriltizam dengan manhaj fikri dan amali yang telah ditetapkan atau dengan kata lain kekuatan komitmen seseorang kepada perjuangan jamaah diukur berdasar sejauh mana kekuatan komitmennya melaksanakan manhaj Islam dalam dirinya. Dan begitulah seterusnya.

Memahami pengertian ini membantu kita untuk memahami kenapa “membina Jamaah” lebih utama bagi Ikhwan daripada aktiviti-aktiviti yang lain. Fikh keutamaan ini tidak bererti mengurangkan peranan dalam bidang bidang penglibatan samada berbentuk ilmu, sosial, ekonomi, politik dan sebagainnya. Tenggelam dalam mana-mana aktiviti juz’i sepenting mana sekalipun tidak harus mengakibatkan pengabaian terhadap kerja-kerja pembinaan jamaah. Tumpuan ini berterusan sehingga berjaya membina kekuatan yang seimbang. Proses pembinaan jamaah ini melalui marhalah-marhalah yang sering kita dengar iaitu ta’sis, infitah, tawassu’ (peluasan) dan seterusnya. Setiap marhalah itu pun ada step-step yang perlu dilalui sehingga ia benar-benar terbina dengan mantap.

Categories: fikrah
  1. Julai 10, 2007 at 2:06 am | #1

    concise and comprehensive..

  2. dhaif
    Mac 19, 2008 at 4:58 am | #2

    assalamualaikum
    boleh kenalan Ustadz?

  3. aisyah
    September 12, 2008 at 7:24 am | #3

    boleh tak terangkan tentang pemimpin wanita ikhwan muslimin?

  4. abuadil
    Oktober 21, 2008 at 2:06 pm | #4

    Harus difahami bahawa kadangkala tumpuan kepada pembinaan qoidah yang jumud, sering menjadikan kita alpa untuk memasuki medan politik, lalu kita melanggari prindip tarbiah yang menuntuk kita membina rangkaian2 kehidupan yang akan menjadi tunggak pembinaan negara.
    Noktahnya, pembinaan rijal, mesti disusuli kemampuan mereka memasuki pasar ideologi, bukan setakat ucapan berapi di kalangan sesama ahli.

  5. Razik
    Januari 4, 2009 at 11:35 am | #5

    perlu di jelaskan di sini, Ikhwan bukan lah maksum…dalam beberapa keadaan…ikhwan tidak relevant atau tidak wujud di dalam perjuangan umat islam…….lihat sahaja turki atau pakistan

    saya risau jugak kalau ada orang2 yang terlalu mengagong-agong kan Ikhwan

    mereka itu sekadar penunjuk jalan……..dalam banyak keadaan……..kita perlu mengolah sendiri strategi perjuangan setempat……ada keadaannya yang ikhwan ni tak relevant di Malaysia

  6. hurm..
    Januari 5, 2009 at 10:48 am | #6

    pengasas yang tidak maksum dan perintis yang tidak maksum…

    agaknya antara pengasas dan perintis…
    atau perintis yang nak jadi pengasas baru..

    pengasas juga adalah perintis…

    jadi masing2 perintis sama ada nak jadi pengasas baru atau tetap menjadi perintis..
    sekadar pandangan

  7. Jun 2, 2009 at 6:10 pm | #7

    subhanallah hebat sungguh kurniaan allah kepada ustaz ttg kefahaman islam.. ustaz tolong sentiasa doakan ana agar dikurniakan kefahaman yang mendalam ttg islam. doakan ana agar terus thabat meniti jalan tarbiah ini.

  8. Jun 2, 2009 at 6:12 pm | #8

    doakan ana juga ya ustaz……..

  9. Termizi
    Jun 4, 2009 at 10:31 pm | #9

    Salam,

    Ikhwan Relevant d Malaysia.. Terpulang kepada antum bagaimana strategi untuk berdakwah..ingat Tujuan kita adalh “La ila ha illa Allah”..kami tdk taksub atau mengaggungkan Jamaah..ttp kami berfikiran bahwa jemaah adalh satu wadah utk berdakwah, agar mudah utk bergerak..Jamaah bukan satu perjuangan, dan kami memperjuangan Kalimah Allah SWT agar tertegak d bumi..
    berdasarkan dalam surah (Adz-Dzariyat 51:56) dan (Al-Baqarah 2:30)

    Mengapa segelintir ada yg taksub kpd jamaah? sbb mreka tdk faham,inilah tugas kita utk memberi kefahaman kepada mreka yg tdk mengetahui..

    ingat..Tujuan Perjuangan Kita sebenarnya..

  10. Jun 5, 2009 at 8:03 pm | #10

    Salam ziarah..
    Isu jemaah bukan isu lapok di Malaysia yang kencang dgn gerakkan daqwahnya..Di Malaysia kita harus bersyukur kerana punya wadah/alat untuk menyampaikan daqwah. Namun sayangnya ada yang terlampau fanatik pada nama jemaah hingga lupa matlamat asal adalah untuk mencapai daqwah dan mardhotillah..
    Ramai penggerak dan jemaah membuatkan gerakkan daqwah kencang namun ketaksubab membawa kerapuhan dakwah..
    Kita ber’kerja’ untuk islam sebab kita sayangkan islam. Bukan bergerak sebab sayangkan jemaah..
    Mari ubah paradigma kita..

  11. noorikhwan
    Jun 6, 2009 at 10:36 am | #11

    saya rasa isu taksub jemaah juga sudah agak lapuk.. saya rasa pejuang2 dakwah yang ikhlas untuk tegakkan islam melalui wadahnya bukanlah bermaksud dia taksub, selagimana dia boleh berlapang dada, bekerjasama dan saling menghormati gerak kerja dakwah masing2. Yang menjadi masalah ialah bila ada di kalangan kita tidak senang hati dengan perkembangan institusi dakwah yang lain dan mula menyerang..

    saya juga berpandangan intima’ kepada satu-satu jamaah itu penting kerana jamaah menggariskan jalan kerja dan urutan disiplin amal.. menjadi masalah kalau ada individu mendakwah dia bekerja untuk islam, tetapi dia tidak berdisiplin dengan satu-satu kerja secara jamaie.

    Merubah paradigma biarlah kepada yang lebih utuh dan realistik.

  1. Julai 17, 2007 at 8:43 am | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: