Utama > renungan > LUPA SEBAHAGIAN SEBABKAN PERPECAHAN

LUPA SEBAHAGIAN SEBABKAN PERPECAHAN

Siapa sangka bahawa kalimah lupa yang sering disebut dengan ringan dan mudah oleh lidah kita yang tidak bertulang boleh membawa masalah perbalahan dan kebencian?

Dalam surah al-Maidah ayat 14 Allah menyebut (maksud); “lalu mereka melupai sebahagian dari peringatan, lalu Kami jerumuskan mereka kepada lembah permusuhan dan kebencian.”

“Lupa sebahagian daripada peringatan” telah menyebabkan permusuhan dikalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana kalau sengaja melupakan? Tentu kesannya akan lebih parah lagi.

Allah tidak menceritakan perkara ini begitu sahaja tetapi sebaliknya sebagai pengajaran kepada kita kaum muslimin supaya kita menghindari sifat tersebut daripada menular dikalangan masyarakat kita yang akan menyebabkan bahaya pergaduhan dan perpecahan.

Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sikap mengambil perhatian secara terpilih (berdasarkan apa yang disukai/hawa) adalah merupakan satu sifat yang patut di hindari. Setiap kita harus periksa diri dan membersihkan diri dari sifat ini. Ia tidak soleh dalam konteks amal jama’i dan membawa kesan negatif kepada kesejahteraan kumpulan.

Lebih buruk lagi kesannya jika ia dijadikan sebagai teknik dalam mengendalikan mesyuarat. Namun ini sering berlaku.

Setengah orang menjadikannya sebagai satu kebijaksanaan (helah muslihat) untuk memaksa pendapat dan kehendak sendiri dan menidakkan pendapat orang lain. Apa yang sesuai dengan kehendak dan kepentingan diambil guna, dicatat sebagai minit dan apa yang tidak, di sebut; “saya tidak tahu”, “tidak ingat” dan “lupa”.

 

Gambar Hiasan

Dengan itu dia sentiasa dapat manipulasi isu seperti yang dia mahu dan meluluskan apa yang dia hendak dan mengabaikan apa yang tidak dihendaki.

Lebih aib lagi apabila orang ini menuntut kepada ahli mesyuarat yang pendapatnya tidak pernah dilayan supaya patuh dengan keputusannya dengan hujjah iltizam dengan amal amal jama’i. Dari mana datangnya amal jama’i dalam mesyuarat yang penuh dengan manipulasi dan tipu muslihat!!!?

Kita sepatutnya ambil kira semua ayat, hadis atau apa yang disebut dalam perbincangan supaya kita dapat natijah yang terbaik, menyeluruh dan mengambil kira semua aspek.

Lupa sebahagian sebenarnya bala Tuhan apabila Dia mahu menimpa satu-satu kaum dengan azab berpecah, maka janganlah kita mengambilnya sebagai pendekatan kita dalam bermesyuarat atau berbincang untuk memaksa pandangan kita dan mengenepikan pandangan orang lain kerana ia secara pasti akan membawa kepada perpecahan dan kebencian.

Jauhkan sifat ini dari diri kita dan hendaklah kita menjadi pintar bila berhadapan dengan tipu helah orang lain.

Kategori:renungan
  1. Abu Jihad
    Julai 10, 2007 at 5:30 am

    Kesediaan jiwa dan mental untuk berbincang sifat seorang yang berani. Kesediaan untuk menerima pandangan orang yang lebih baik dari pandangan sendiri sifat seorang yang ikhlas mencari kebenaran. Bersedia mempertahankan pendapat dengan hujah sifat seorang yang benar.

    Si pengecut sentiasa melarikan diri dari perbincangan. Yang berniat jahat akan sentiasa menegakkan pandangannya walau pun nampak kebenaran di pihak lain. Orang yang salah akan sentiasa menguatkan pendapatnya dengan kuasa.

    Wallahu a’lam. Rabbuna yastur.

  2. Julai 10, 2007 at 8:18 am

    semoga Allah memberi hidayah kepada semua utk berlaku jujur dalam perjuangan.

  3. yang ingin tahu
    Julai 13, 2007 at 2:48 pm

    kadang-kadang, apabila ana membaca hasil penulisan orang, ana akan terfikir, pasti ada sesuatu yang berlaku di sebalik penulisan tersebut, yang menjadi buah idea si penulis.

    memang benar, ramai orang suka manipulasi pendapatnya supaya dia kelihatan seperti orang yang benar.

    apa pendapat ustaz, mungkin apa yang dipandang benar oleh seseorang, tidak mungkin dipandang tepat oleh pihak yang lain. lantaran memang manusia diciptakan mempunyai pandangan berbeza.

    apakah yang patut kita lakukan apabila berada di dalam situasi demikian? adakah kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak, dan membuat penilaian sendiri? tetapi kadang-kadang kita sendiri tertutup daripada mendengar dengan adil daripada pihak yang berbeza.

  4. akhi badar
    Julai 14, 2007 at 4:57 am

    InsyaAllah….

  5. Julai 16, 2007 at 6:21 am

    Manusia memang berbeza dari segi kemampuan akal, pengalaman dan penguasaan terhadap sesuatu. Tidak pelik kalau mereka berbeza pandangan dalam melihat sesuatu.

    Namun itu tidak semestinya membawa kepada natijah yang negatif atau pergaduhan.

    Sebaliknya ia merupakan satu aspek yang memperkayakan pengalaman insan. Ia menjadikan manusia saling memerlukan. Oleh itu perbincangan, bersyura dan bertukar-tukar pandangan menjadi sangat penting. Allah menyebut dalam al-Quran maksudnya; “Urusan mereka dikendalikan secara syura dikalangan mereka”.

    Yang tidak baiknya ialah apabila kita menyeleweng daripada tujuan asal syura untuk mencari kebenaran dan keputusan terbaik kepada medan menunjuk kekuatan diri dan memenangkan pandangan sendiri.

    Sebab itu Jadal dan mira’ an mira’ adalah satu yang ditegah oleh syarak, kerana ia biasanya ia akan menyebabkan pergaduhan dan kebencian atau dengan istilah lain keras hati.

    Kita sepatutnya terbuka mendengar semua pandangan dan boleh menilai hujjah yang menyokong setiap pandangan. kemudian membuat keputusan sendiri apa yang kita fikir paling benar.

    Namun kita juga harus dapat membezakan antara hujjah yang benar dengan pujukan, gertakan, tekanan, hasutan dan fakta yang palsu, supaya kita tidak didorong untuk membuat keputusan salah yang tidak membawa kita kepada kebenaran.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: