Utama > fikrah > Hubungan “Jamaah” dengan NGO

Hubungan “Jamaah” dengan NGO

NGO istilah popular yang tidak perlu diterjemahkan lagi. Ia dalam konteks Jamaah dianggap sebagai wajah (wajihah) kepada tanzim Jamaah yang tidak boleh dimunculkan sepenuhnya. Saya mengkategorikan parti politik juga sebagai NGO. Tajuk ini walaupun bukan isu umum namun semakin hari semakin hangat diperkatakan oleh golongan tertentu. Tujuan saya ialah untuk membantu mereka yang berbincang agar faham konteks dan ada panduan dalam perbincangan.

Dalam tulisan saya sebelum ini saya telah menjelaskan Mafhum “Jamaah” mengikut Ikhwan Muslimin. Ia menyimpan seribu satu macam rahsia dari sudut asolah dan melakar ufuk jangkauan tanzim yang cukup komprehensif. Ikhwan sebagai Lembaga Islam Yang syumul didaftarkan di Mesir pada tahun 1928 dan di Jordan pada zaman Raja Abdullah yang pertama tahun 50 an. Tiada badan Ikhwan lain yang didaftarkan dibawah undang-undang khas seperti itu di negara-negara lain. Tiada lagi undang-undang seperti itu selepas itu di negara itu sendiri.

Ia telah menjadi sejarah yang mungkin tidak lagi berulang. Selepas daripada itu tiada lagi tanzim Ikhwan yang mendaftar dengan sosok itu dan atas nama itu di negara-negara lain. Ini kerana beberapa faktor antaranya:

  1. Uruf sekular, di mana kebanyakan Negara mengharamkan atau tidak mengalu-alukan penubuhan pertubuhan berasas agama.

  2. Undang-undang atau dasar kerajaan yang ada di mana-mana Negara kini hanya membenarkan penubuhan satu pertubuhan yang khusus sifatnya. Pertubuhan bukan kerajaan biasanya ditubuhkan untuk kepentingan golongan tertentu atau terhad dibidang kerja tertentu.

Ini menjadikan kemunculan tanzim Ikhwan dengan takrifnya yang asal (sosoknya) secara undang-undang satu yang hampir mustahil walaupun ia menggunakan nama yang sama dari penggunaan kalimah atau dari segi terjemahannya. Realitinya ini telah menyebabkan berbagai kerumitan kepada tanzim yang baru muncul di berbagai Negara tertentu dalam mengimplimentasi kesyumulan dakwah dan keaslian amalan berjamaah yang berkembang secara prinsip dan anjal mengikut hukum Deen (agama).

Tanzim-tanzim Ikhwan terkemudian terpaksa memilih untuk muncul dengan nama dan bentuk yang sesuai dengan undang-undang dan biah di tempat masih-masing serta relevan dengan peranan utama yang ingin dimainkan. Ada Ikhwan yang muncul dengan wajah politik, kerana pada mereka ia pilihan yang paling hampir kepada bentuk asal dari segi merangkumi aspek yang penglibatan yang lebih menyeluruh. Transformasi tanzim ini telah melahirkan istilah seperti parti dakwah yakni parti yang bukan semata-mata bermotifkan kemenangan pilihan raya tetapi sebaliknya tetap terikat dengan kaedah dakwah Ikhwan. Ini pilihan yang dibuat oleh banyak Negara walaupun sesetengah memilih bentuk NGO. Walaubagaimana pun mana-mana pilihan yang dibuat tidak menjadilkan ia melengkapi mafhum tanzim yang asal…masih terdapat lopong yang perlu di penuhi.

Memahami hakikat ini timbul kecenderungan diperingkat kepimpinan tertinggi Ikhwan untuk menggalakkan kemunculan dalam berbagai NGO termasuk parti politik, dengan mengekalkan mafhum jamaah yang asal dihayati dalam peta pemikiran, perlaksanaan manhaj tarbiah dan penghayatan dalam manhaj amalinya disamping mengekalkan beberapa ijraat/prosedur lain yang diperlukan terutama dalam konteks hubungan ahli dengan kepimpinan utama. Inilah pilihan yang terbaik pada pandangan saya. Persoalan yang mungkin timbul ialah bagaimana cara mengkoordinasi antara banyak NGO dan proses monitoring (pemantauan) boleh berlaku dengan sebaiknya.

Adapun pemikiran menjerut mafhum “jamaah” dalam sebuah NGO yang terbatas, pada saya satu tindakan yang tidak betul dan bukan datang dari kefahaman yang jelas terhadap mafhum jamaah di sisi Ikhwan Muslimin. Selain itu secara strateginya adalah satu yang tidak bijak jika kita mengumpulkan segala tenaga dalam satu bakul. Disamping aspek liability, satu NGO juga tidak mungkin mampu untuk istiab asalib (menguasai uslub) dakwah yang berbagai dan sesuai dengan semua marhalah atau relevan dengan semua golongan serta sesua dengan semua perkembangan. Kepelbagaian, kelainan, dan keanjalan dalam pengagihan peranan sangat perlu dalam realiti baru ini.

Bagi berhadapan dengan realiti baru dimana kemunculan “jamaah” yang sudah tidak lagi mungkin berlaku dengan sepenuh sosoknya dan keterpaksaan untuk muncul dalam wajihah yang berbagai-bagai menuntut kaedah yang terbaik dalam menentukan hubungan antara NGO dan NGO tersebut dengan Jamaah, termasuk ahli dan kepimpinan yang berada dalam berbagai wajihah atau NGO. Ia memerlukan satu anjakan paradigma sebenarnya. Saya akui ia mungkin sukar kerana terpaksa merombak berbagai mafhum pengurusan “jamaah” daripada yang lazim (secara ortodoknya) difahami seperti kalimah controlling (pengawalan), reporting (pelaporan), markaziah (pemusatan) atau la markaziah (tiada pemusatan), dan sebagainya. Pengalaman Ikhwan di Jordan yang memiliki tanzim jamaah yang berdaftar dan parti politik dan berbagai NGO yang lain memberi kita pengajaran yang perlu kita kaji.

Sifat Ikhwan yang idealistik dan principle oriented seringkali membatasi kelajuan dan keanjalan pergerakannya di marhalah tertentu. Ini menuntut diwujudkan berbagai wajihah lain yang lebih longgar yang dapat dikongsi dengan masyarakat berbagai yang separa iltizam.

Inilah yang berlaku kepada Ikhwan Jordan yang menyebabkan mereka menubuhkan Jabhah Amal Islami sebagai wajihah politik yang boleh dikongsi oleh masyarakat dari berbagai latar belakang ideologi. Namun oleh kerana mindset ikhwan tentang monitoring dan takamul peranan tidak berubah, ia telah menyebabkan parti Jabhah gagal dalam memainkan peranannya kepada masyarakat. Sebaliknya ia telah menjadi beban sehingga semua programnya perlu dipikul oleh Jamaah. Ini fenomena hubungan antara jamaah dan NGO yang terbuka.

Masalah mindset terhadap kaedah monitoring ini juga telah menjadi konflik dalam hubungan jamaah yang tidak terbuka dengan wajihah yang terbuka. Pemikiran kerja jamaah yang tidak terbuka apabila mahu implement kaedah monitoring, controlling secara markazi menyebabkan banyak silap faham. “Orang belakang” yang masih dengan kaedah “monitoring secara control berpusat” cuba menguruskan NGO sebagai wayang kulit bukan sebagai sebuah entit yang mempunyai dinamikanya yang tersendiri. Ia akan akan kelihatan lebih pelik lagi jika mengunakan kaedah monitoring yang sama antara dua NGO yang memiliki entiti yang tersendiri. Bagaimana satu NGO akan menjadi bayangan kepada NGO yang lain. Bagaimana boleh dibezakan satu NGO bayang dengan NGO asli. Ini sangat sukar dan menuntut kita benar-benar memahami hakikat dan memahami kaedah bertaamul dengan realiti baru dengan bijak sebelum terperangkap dengan kemelut yang lebih teruk.

Jika inilah keterpaksaan yang ada maka pilihannya ialah merombak kaedah yang ada, mencari kaedah terbaik dalam isu monitoring, controlling, markaziyah atau la markaziah, termasuk hubungan ahli antara wajihah dan ahli dengan kepimpinan Jamaah. Saya tidak rasa itu satu yang sukar, jika kita memiliki kadar thiqah yang berpatutan dan dapat upgrade kefahaman kita kepada kaedah pengurusan yang lebih terkini.

Kategori:fikrah
  1. lestari
    Julai 17, 2007 at 4:06 pm

    Hmm. Agar berat utk difahami. Scr praktikalnya bgmana?

  2. aiman Jordan
    Julai 17, 2007 at 5:50 pm

    susahnya… x faham langsung… level x tinggi lagi.. ha ha… moga2 dah lama2 nnt boleh faham apa yg ustaz tulis ni… tp mcm nmpk ada something di Jordan ni yg boleh manfaat…:-)

  3. Abdullah Zaik
    Julai 18, 2007 at 2:35 am

    pelan-pelan insya allah

  4. Abu Jihad
    Julai 18, 2007 at 4:04 am

    Sekadar merumus kembali:

    1. Jemaah Ikhwan Muslimin adalah badan Islam yang syumul dari sudut matlamat, peranan, concern dan sebagainya.

    2. Jemaah yang syumul ini cuma pernah didaftarkan secara rasmi di dalam dua kes sahaja (Mesir 1928 dan Jordan pada 50 an)

    3. Sebaiknya jemaah Ikhwan sebagai badan yang syumul itu didaftarkan di negara-negara ia wujud tetapi ia tidak mampu dilakukan disebabkan beberapa kekangan undang-undang dan sebagainya.

    4. Dengan itu pilihan yang ada pada Ikhwan adalah mendaftarkan wajihah (platform) samada dalam bentuk NGO atau parti politik.

    5. Wajihah yang berdaftar itu tidak akan mampu muncul sebagai ‘Ikhwan’ sebagai ‘badan Islam yang syumul’ kerana ia sudah semestinya didaftarkan atas fungsi dan peranan yang tertentu dan terbatas.

    6. Menganggap bahawa wajihah itu (NGO atau parti politik) dan memperlakukannya seumpama jemaah Ikhwan dilakukan oleh sebahagian pihak. Tanggapan dan tindakan seumpama ini silap kerana:
    a. Sifat dan kemampuan wajihah itu tidak akan selama-lamanya sama dengan sifat dan kemampuan jemaah Ikhwan sebagai ‘badan Islam yang syumul’
    b. Menganggap wajihah itu jemaah Ikhwan sebagai ‘badan Islam yang syumul’ menuntut pengumpulan semua tenaga berkumpul di hanya satu wajihah. Ini bukan tindakan yang bijak dari sudut strategi.
    c. Wajihah kadang-kadang akan membawa liabliti tertentu dalam bentuk yang tidak sepatutnya dan ia akan memalitkan liabliti tersebut kepada jemaah Ikhwan.
    d. Satu-satu wajihah yang terbatas fungsi dan kemampuannya tidak akan mampu mempersembahkan dakwah dalam uslub yang pelbagai. Dengan itu ia tidak akan mampu memenuhi kehendak marhalah-marhalah dakwah yang akan berubah-ubah, kepelbagaian golongan sasar dan perkembangan-perkembangan yang berlaku yang menuntut pembaharuan dari sudut uslub.

    7. Untuk menampung jemaah Ikhwan sebagai ‘badan Islam yang syumul’ yang tidak boleh didaftarkan secara rasmi dan untuk menampung keterbatasan fungsi yang boleh dimainkan oleh wajihah berdaftar, pendekatan yang diambil adalah mendaftarkan pelbagai wajihah.

    7. Pelbagai wajihah itu pula jika tidak diurus dengan baik akan menimbulkan masalah lain. Antara isu yang mesti diperhalusi dalam suasana wujudnya pelbagai wajihah adalah:
    a. hubungan antara wajihah (NGO) dan jemaah Ikhwan
    b. hubungan antara sesama wajihah
    c. hubungan antara ahli dan kepimpinan (wajihah dan jemaah Ikhwan)
    d. menyusun semula kaedah pengurusan jemaah Ikhwan seperti controlling (pengawalan), reporting (pelaporan), markaziah (pemusatan) atau la markaziah (tiada pemusatan) dan sebagainya.

    8. Mengambil pengajaran dari pengalaman Ikhwan Jordan yang ada Ikhwan sebagai ‘badan Islam yang berdaftar’:
    a. Sifat jemaah yang agak ketat tidak memampukan mereka untuk menggarap sebahagian masyarakat yang tidak iltizam
    b. Penubuhan Jabhah Islami (sebagai wajihah tidak syumul) dilakukan untuk menggarap masyarakat yang pelbagai tersebut. Jabhah Islami didaftarkan dan sifatnya adalah longgar dan tidak ketat seperti jemaah Ikhwan
    c. Tetapi ia gagal memainkan peranannya kerana cara jemaah Ikhwan mengawal Jabhah Islami masih lagi tidak berubah dari cara mengawal jemaah Ikhwan
    d. Ini menyebabkan pimpinan Jabhah Islami tidak mampu untuk memacu Jabhah Islami sebagai badan masyarakat kerana masih terkena ‘aura keketatan’ jemaah Ikhwan

    9. Hubungan jemaah Ikhwan dan wajihah akan bertukar menjadi konflik apabila isu monitoring dan pengawalan berpusat tidak diuruskan dengan baik bersesuaian dengan perkembangan wajihah itu dan matlamat asal penubuhan wajihah itu sendiri.

    10. Semua ini menuntut thiqah berimbal balas yang tinggi antara pimpinan dan ahli dan penguasaan terhadap kaedah pengurusan terkini. Tanpanya hubungan antara jemaah Ikhwan dan wajihah akan terus dibelenggu dengan masalah.

  5. Julai 18, 2007 at 8:48 am

    ana rasa ini satu artikel yang menjawab beberapa persoalan dalam fikiran ana buat masa ini. juga bakal menjawab persoalan2 akan datang.approach penjelasan ni tak pernah ana bayangkan sebelum ni. juga baru nampak apa relevannya maksud artikel “mafhum jemaah dari ikhwan muslimin”.jzkk ustaz.

  6. penjejak
    Julai 23, 2007 at 3:04 am

    jazakumullah ust abdullah zaik+abu jihad (ringkasan yg byk membantu)…membuka pemikiran pembaca..

  7. Julai 24, 2007 at 1:43 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Cuma nak confirmation dalam hal ini.

    Jadi, penubuhan wajihah – wajihah, adakah ianya suatu entiti yang berbeza dari jemaah itu sendiri? Jadi, ada satu blok wajihah yang menunjukkan mukanya kepada masyarakat, kemudian ada suatu blog lain iaitu jemaah itu sendiri. Begitukah?

    Ataupun, wajihah itulah jemaah?

    Kalau begini, ianya sama seperti suatu konsep yang saya belajar dalam Subjek Management.
    “Matrix Organization”.

  8. akhi badar
    Julai 24, 2007 at 5:50 pm

    Alhamdulillah. Ana dapat faham dengan baik. jazakumullah!

  9. Julai 26, 2007 at 5:31 am

    bismillah

    Saya percaya anda faham bahawa kesyumulan tanzim adalah datang dari kesyumulan fikrah.

    Memahami kesyumulan fikrah dengan baik dan mendalam membawa kita kepada unjuran cita-cita (khilafah) yang sangat tinggi/jauh dan jangkauan ufuk amal yang luas.

    Ini mengiltizamkan kita amal secara bermarhalah, menguasai jangkauan medan yang luas secara amudi dan ufuqi dan memiliki kemahiran dan kepelbagaian dalam uslub dan wasilah.

    Setiap marhalah wasilahnya dan setiap medan ada uslubnya.

    Perkara ini menuntut dari kepimpinan memiliki kefahaman yang mendalam terhadap matlamat dakwah, tabiat marhalah yang ada, kemampuan penugasan yang baik dan menyediakan Jamaah dengan berbagai kepakaran supaya dapat menguasai setiap bidang penglibatan dengan uslub yang sesuai.

    Ini menuntut kepelbagaian wajihah dan setiap wajihah memainkan peranan yang tertentu sesuai dengan medan dan marhalah yang ada.

    Wajihat-wajihat yang banyak itu secara kumpulan menjadi cover kepada sosok jamaah yang syumul.

    Kepimpinan sepatutnya berada pada wajihah yang paling utama, tanpa perlu membubarkan sosok asli jamaah yang sepatutnya.

    wallahuaklam

  10. Zafari
    Ogos 3, 2007 at 1:07 am

    Ada pembetulan mengenai maklumat Ust Abdullah Zaik mengenai Ikhwan di Jordan.

    Sila pergi ke laman Dr Azzam Tamimi, di dalam kertas kerjanya mengenai kecelaruan Ikhwan di Jordan yang pernah dibentangkan di Tokyo tahun 1999.

    Saya rasa, sebagai mantan setiausaha parlimen Ikhwan di Jordan, beliau telah berjaya membawa perbincangan isu tersebut dengan baik.

    Problema yang dihadapi oleh Ikhwan di Jordan ialah kesempitan pemikiran golongan lama. Mereka obses dengan cara lama, walaupun IM di Jordan telah melangkah jauh ke hadapan.

    Seruan mereka untuk menjaga tarbiyyah, akhirnya telah menyebabkan IM terpaksa memulaukan pilihanraya 1998.

    Alhamdulillah pada tahun lepas telah berlaku rombakan besar2an di dalam syura IM di Jordan. Golongan2 tua telah berjaya dikurangkan…

    Sekdara pandangan.

    Zafari,
    Amman, Jordan.

  11. Ogos 3, 2007 at 8:55 am

    Terimakasih kepada saudara Zafari, kerana memberi in put.

    Saya sangat gembira dengan komen-komen dari pembaca semua.

    Sebenarnya kisah yang saudara sebut dan kisah yang saya sebut adalah dua isu yang berlainan.

    Apa yang saya tulis merupakan cerita first hand…jadi maaf, saya tidak setuju dengan pembetulan tersebut ke atas point saya.

    terimaksih sekali lagi

  12. irda_sue
    Ogos 7, 2007 at 12:26 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Jadi skrg adakah kita perlu mensyumulkan wajihah bagi mencapai wajihah=jamaah?

  13. Ogos 13, 2007 at 8:19 am

    terimakasih…dan maaf kerana lambat respon…sibuk sikit.

    tidak, wajihah tidak mungkin disyumulkan. tetapi kesyumulan dapat diwujudkan dengan cara mewujudkan kumpulan manusia (jamaah) yang memiliki keperihatinan yang syumul.

  14. perindu syahid jordan
    September 17, 2007 at 1:07 pm

    salam alayk ustaz..

    adakah NGO = jamaah seperti mana di dalam Hadith yang berbunyi : “..diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut : “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”

    (hadith sahih riwayat Muslim)..

    apabila dirujuk pelbagai kitab Hadith, makna jemaah tidak boleh disamakan dengan NGO yang ada sekarang seperti mana yang diulas oleh sesetengah orang yang bergerak dalam jemaah Islam..ana keliru kerana, terdapat pelbagai wajihah di Malaysia..dan ada pengikut-pengikutnya saling mencari-cari kesalahan jemaah lain dan mengatakan jemaah lain tidak ada asolah dll..

    sedikit komentar yang saya baca dari satu blog ikhwah, daripada syarah Jami’ Kitab Tuhfatul Ahwazi karangan Al-Hafiz Imam Al-Mubarakfuri : “… dalam hadith ini bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu sudah merupakan sebuah jemaah..” dan dalam riwayat Syeikh Khalid bin Sabi’ di sisi Al-Imam Tibrani menambah : “..apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah… ”

    ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6)..rujukan ini diambil dari satu laman blog kawan saya di Mesir..

    insan keliru..
    jordan..

  15. perindu syahid jordan
    September 17, 2007 at 4:24 pm

    Hujjah-hujjah lain :

    1)Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas’ud ra bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam ان العلماء ورثة الأنبياء (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).

    2)
    من خرج من الطاعة و فرقوا الجماعة فمات مات ميتة جاهلية
    “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”

    Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi : تلزم جماعة المسلمين وامامهم “ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya”

    dan apa yang dimaksudkan dengan kepimpinannya adalah khalifah..

    boleh ustaz terangkannya agar kekeliruan ana dirungkai..

  16. perindu syahid jordan
    September 18, 2007 at 6:51 pm

    Permasalahan Ta’adud Jamaah (Hukum Berbilang Jamaah jemaah dan hukum Berjemaah)

    ni dari blog kawan saya di Mesir…di sini saya letakkan linknya..ust boleh buat rujukan :

    http://dpmz.s4.bizhat.com/viewtopic.php?t=148&mforum=dpmz

  17. September 19, 2007 at 5:09 am

    walalikumussalam warahmatullah.
    Selamat berpuasa wakullu am wa antum bikhair

    Jawapan saya secara ringkas.

    Terdapat perbezaan besar antara mafhum jamaah yang kita bincangkan dengan mafhum jamaah yang disebutkan dalam hadis-hadis tersebut.

    Ia sering digunakan secara salah oleh kumpulan tertentu untuk menyakinkan bahawa kumpulannya yang perlu diikut. Kita perlu membezakan antara dua perkara:

    1. Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis ialah Jamaah Muslimah dan bersatu di bawah pimpinan seorang khalifah.

    2. Jamaah yang kita bincangkan ialah wasilah yang kita wujudkan berdasarkan kefahaman kita terhadap kewajiban dakwah secara jamai’ di zaman ketiadaan khalifah.

    -Tujuan dakwah(mengembalikan khilafah)di zaman ini tidak mungkin dilaksanakan secara individu
    -Ia perlu dilakukan mengikut sunnah kebangkitan umat yang dipelajari dari serah dan juga kebangkitan umat yang lain.
    -Ketepatan dalam memilih manhaj perubahan oleh kumpulan-kumpulan tersebut akan menentukan kesahihan perjalanan dan jaminan sampai kepada matlamat.

    Perkara-perkara di atas antara unsur yang menjadi pembeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Semua kumpulan mengikut ijtihad masing-masing yang tentunya dipengaruhi oleh pengalaman dan keilmuan pendokongnya. Pada pengamatan saya semua pihak bersetuju bahawa dakwah mesti dilakukan secara kumpulan. Dan saya juga percaya bahawa isu berbilang ijtihad dan jamaah tidak akan dapat diatasi sehingga khilafah dapat ditegakkan. Oleh itu penyelesaian terbaik ialah setiap kumpulan hendaklah berlapang dada dengan kumpulan yang lain dalam perkara yang berbeda dan saling tolong menolong dalam perkara yang disepakati. Jangan kita melampau dalam mengajak orang menyertai kumpulan kita sehingga mentajrih/mengutuk kumpulan lain dalam perkara yang tidak sebenar.

    Anda ada menyebut perkataan “asolah” atau dalam bahasa kita bermaksud “keaslian” dakwah yang dibawa berasaskan lunas-lunas Islam.

    Memang berlaku kadang-kadang kumpulan yang menyandarkan dirinya kepada Islam tetapi bergerak mengikut rentak pertubuhan bukan Islam. Pemikiran mereka, cara kerja mereka, objektif mereka, wasilah dan uslub mereka tidak mencermin Islam yang solid (100%) atau dengan kata lain bercampur baur dengan warna dan cara kerja pertubuhan bukan Islam atau terikut-ikut kaedah amal mereka.

    Contohnya; cara parti politik sekular, cara premasion, cara ngo-ngo sekular dll, walhal dia nak berdakwah untuk Islam.

    Sangat penting kita memamahami Islam supaya kita dapat berkerja mengikut kaedah dan cara Islam. Ini tidak menafikan kita boleh mengambil faedah dalam perkara yang tidak menyentuh keperibadian dan gaya kerja yang khusus sebagai kumpulan Islam.

    wallahu a’lam

  18. Oktober 9, 2007 at 9:07 am

    Best… Tambahlah sedikit-sebanyak kefahaman dalam hal ini. JZKK!

  19. suwaidan
    Disember 4, 2007 at 6:45 pm

    bagaimana pula dengan percakaran sesama jemaah di Malaysia yang masing-masing tegar mengatakan merekalah yang lebih asli dan tulen?

    penubuhan wajihah-wajihah saya rasakan amat bagus dan sangat memenuhi maslahat umat ketika ini.tapi ustaz,kenapa perlu berlaku di IPT-IPT mahupun di mana sahaja perebutan anak buah usrah.semacam sudah tidak realistik lagi bila sesebuah NGO bercakap soal menegakkan daulah islam akan tetapi masalah kesatuan umat pun masih belum selesai.contohnya tadila ust,berebut-rebut anak buah usrah,fitnah memfitnah,memburuk-burukkan jemaah lain dan lain-lain.

    apakah wajar taaddud jemaah sebegini kerana ianya menghilangkan lagi izzah Islam.terlampau banyak jemaah yang pemimpinnya secara senyap mengutuk atau memperlekeh jemaah lain.

  20. suwaidan
    Disember 4, 2007 at 6:49 pm

    realitinya ustaz,isu tajrih mentajrih sesama jemaah semakin menular.terkadang diri kita sendiri turut sama terjun tanpa kita sedari.

    seperti keadaan saya di OZ,saya lihat sendiri dengan mata kepala saya beberapa ikhwan lain memperlekeh ikhwan dan jemaah lain semata-mata merasakan diri mereka lebih asli.apabila diajak bersatu,mereka pula menolak..

    semoga kita semua tidak tergolong daripada golongan yang hanya bijak berkata-kata tetapi tidak pula bijak dalam beramal

  21. suwaidan
    Disember 4, 2007 at 6:53 pm

    lagi satu ustaz..apakah pemimpin malaysia sekarang tidak dikira khalifah?zaman khalifah dulu pun,khalifah ada juga buat maksiat.bukan begitu ke ustaz?

    apakah hukumnya kita menubuhkan NGO semata-mata kita nak jatuhkan pemimpin?seperti contoh hadis nabi yang maksudnya lebih kurang kita kena taat pada pemimpin walaupun yang diangkat itu adalah orang yang cacat..

  22. musytaaqu wajhih
    Disember 5, 2007 at 7:55 am

    alhamdulillah..kerancakan dakwah di m’sia semakin nampak.dan kita perlulah memilih mana satu yang lebih kita yakini.marilah kita yakini fikrah yang kita dukung sekarang..membina daulah dalam diri terlebih dahulu sebelum selainnya dan katakanlah ini jalan kami !

  23. OZian
    Disember 6, 2007 at 3:31 am

    Ana di OZ juga… cara sheikh suwaidan ckp tu..mcm ada kecelaruan besar je..

    Selama ana duduk OZ ni takde pulak nampak apa yang sheikh suwaidan ckp tu…

  24. Disember 6, 2007 at 5:30 am

    terima kasih saudara/i Suwaidan,

    bismillahirrahmani rahim,

    wujud suasana apa yang di istilahkan sebagai “percakaran” adalah satu yang menyedihkan, dan ia akan terus berlaku selama kumpulan-kumpulan itu tidak matang tarbiah ikhlakiah dan imaniahnya.

    oleh itu kita patut realistik dan menangani fenomena ini secara matang dan objektif. betapa banyak kes silap faham datang dari sikap tidak matang, emosional dan tidak objektif.

    bagi saya, setiap kumpulan berhak mengatakan dia lebih baik, kerana itu sebab ia bergabung dengan kumpulan tersebut.

    Yang tidak baik ialah bila kita pergi kepada pengikut kumpulan lain mengatakan kumpulan mereka tidak betul secara tidak objektif, seperti kata-kata fitnah, kejian( memberikannya sifat yang bukan sifatnya), menyebarkan syubhah(perkara tidak sebenar), mereka-reka cerita, memperlekeh dan sebagainya.

    ada pun pandangan yang membina atau perbandingan yang objektif dan dailog yang penuh adab bertujuan mencari yang terbaik adalah satu yang dipuji oleh agama. “agama adalah nasihat”

    masalahnya kita sering membelakangkan kaedah yang disarankan syarak untuk berdailog dan sebaliknya mengambil pendekatan menfitnah tanpa sanggup bersemuka. Dan masalah kita juga suka menggambarkan masalah lebih besar dari saiznya.

    isu kesatuan

    1. Saya dah sebutkan sebelum ini bahawa kepelbagainya akan berterusan dan kesatuan sebenar tidak mungkin tertegak selama tidak tertegaknya khilafah Islamiah.

    2. kita juga kena faham maksud kesatuan Islam. ia adalah kesatuan diatas asas-asas yang ditetapkan oleh agama seperti perkara-perkara yang disepakati dalam masalah akidah, ibadah, hukum hakam yang di ijma’kan seperti kiblat, bilangan solat dan sebagainya.

    Ada pun masalah uslub seperti penubuhan NGO-NGO adalah satu yang bukan perkara dasar. kita tidak boleh paksa manusia semuanya ikut satu cara shj dan mengikut satu uslub shj.

    satu perhatian penting disini ialah perbezaan antara mafhum jamaah dengan mafhum NGO yang telah saya terangkan sebelum ini.

    kepimpinan hari ini dan khalifah

    khalifah ialah pemimpin tertinggi yang menjadi lambang penyatuan umat Islam seluruhnya. Ia menjalankan tanggunjawab (kuasa/ mandat syar’i) bagi pihak /menggantikan Rasulullah s.a.w.

    memang ada penyelewengan dalam sejarah tetapi kita harus berpegang dengan hak dan kembali kepada kebenaran sebagaimana yang dibawa oeh rasulullah s.a.w jua.

    jamaah Islamiah dan NGO-NGO yang mewakilinya mempunyai tugas asasi iaitu menjalankan dakwah dan amar makruf nahi mungkar. terdapat banyak perkara mungkar dalam masyarakat kita dan mungkar yang terbesar ialah mengabaikan “mandat syar’i” dan mengantikannya dengan kuasa toghout yang melaksanankan mengikut aturan dan hukum bukan syariat.

    pembetulan ini mesti dibuat dan ia tidak semestinya berkaitan langsung dengan menjatuhkan pemimpin. jika pemimpin melaksanakan “mandat mangikut syarak” sebahagian tugas kumpulan-kumpulan dakwah ini selesai.

    satu perhatian penting juga…saya lihat kalimah “khalifah” atau “daulah Islam” banyak diperkatakan oleh adik-adik sehingga saya takut ia menjadi berlebihan.

    berbincang tentang tujuan/misi besar itu penting tetapi saya bimbang jika tidak diberi kefahaman yang mendalam tetang hakikat besarnya beban kerja, tanggunjawab dan persiapan yang perlu dibuat ia akan menjadi sekadar “sedap cakap” tanpa persiapan yang sewajarnya.

    saya mencadangkan adik-adik supaya tidak mengahbiskan banyak masa untuk berbincang mengenai perkara-perkara besar seperti itu, tetapi lebih menumpukan perhatian kepada melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang diperlukan.

    wallahu aklam.

  25. Disember 6, 2007 at 7:36 am

    jawpan yg sgt menarik dan menjelaskan byk perkara. patut jadi satu lg entri, bukan sekadar reply kpd komen🙂

    nasihat yg baik. “be practical” jzk

  26. talk to heart
    Disember 16, 2007 at 5:51 am

    ustaz kata :

    “..Jamaah yang kita bincangkan ialah wasilah yang kita wujudkan berdasarkan kefahaman kita terhadap kewajiban dakwah secara jamai’ di zaman ketiadaan khalifah.

    -Tujuan dakwah(mengembalikan khilafah)di zaman ini tidak mungkin dilaksanakan secara individu
    -Ia perlu dilakukan mengikut sunnah kebangkitan umat yang dipelajari dari serah dan juga kebangkitan umat yang lain.
    -Ketepatan dalam memilih manhaj perubahan oleh kumpulan-kumpulan tersebut akan menentukan kesahihan perjalanan dan jaminan sampai kepada matlamat…”

    ..apakah jaminan yg boleh kte dpt drpd stp kump tersebut ust?maknanya,klau tsilap pilih jmaah/kump..nasib malangla masa dpn mereka?

    sy nmpk smu jmaah di malaysia ada kurg dn lbhnya.cuma yg sedih,ada sestgh pmimpin kump tersebut jumpa anak didik diorg, kata kump ni tk elok..kump tu tk kena..

    menulis memang mudah..mengaplikasikan memang payah..

    ……………………

    to : musytaaqu wajhih // Disember 5, 2007 at 7:55 am

    -memilih tidak salah..meyakini juga tidak slh..tp,bila dh pilih,serang jemaah lain.itu wajar?sy amat mengenali tokoh-tokohnya.ikut tarbiah lama pun,masih berbisa mulut.ada guna tarbiah?

    ……………………….

    to : OZian // Disember 6, 2007 at 3:31 am

    ana tahu apa yang blaku.cek diri kita,pernah tk kita bncg psl jmaah lain dn kesalahan-kesalahannya?kalau tk scara ramai-ramai pn,scara berdua atau bertiga..lepas tu,kita ckp pula pd org ln..klau tkde,alhamdllh.tp,slalunya ada..ana jg di OZ..prlu knl lbih mndlm..mngkin tk hbis taaruf lg?

    ………………………………….

    ustaz..

    harap ustaz boleh berikan ulasan ayat quran ini..

    “jgn berpuak-puak..”

  27. OZian
    Disember 18, 2007 at 5:47 am

    to ‘talk to heart’

    Dari ana takde apa, ustaz dah pun menjawab: –

    “bagi saya, setiap kumpulan berhak mengatakan dia lebih baik, kerana itu sebab ia bergabung dengan kumpulan tersebut.

    Yang tidak baik ialah bila kita pergi kepada pengikut kumpulan lain mengatakan kumpulan mereka tidak betul secara tidak objektif, seperti kata-kata fitnah, kejian( memberikannya sifat yang bukan sifatnya), menyebarkan syubhah(perkara tidak sebenar), mereka-reka cerita, memperlekeh dan sebagainya.

    ada pun pandangan yang membina atau perbandingan yang objektif dan dailog yang penuh adab bertujuan mencari yang terbaik adalah satu yang dipuji oleh agama. “agama adalah nasihat”

    masalahnya kita sering membelakangkan kaedah yang disarankan syarak untuk berdailog dan sebaliknya mengambil pendekatan menfitnah tanpa sanggup bersemuka. Dan masalah kita juga suka menggambarkan masalah lebih besar dari saiznya.”

  28. ijtihad
    Februari 21, 2008 at 2:37 am

    tak mau nak komen tentang masalah jemaah dan khilafah
    sebab mencari anak usrah pun masih lemah lagi…

  29. AGI
    Februari 27, 2008 at 9:48 am

    Matlamat utama kita di suruh Rasullullah berjemaah ialah menyatu padukan kekuatan individu dalam bentuk kekuatan jemaah.Kita menumpang kekuatan sesama jemaah dengan berlandaskan pegangan terhadap Allah mengikut kaedah Rasullullah yang perpandukan keredhaan Allah. Rasullullah telah di peringatkan Allah untuk melaksanakan tanggungjawabnya sahaja dan untuk membuat perhitungan serahkan kepada allah. Kumpulan yang baik ialah kumpulan yang mengikut ajaran Rasullullah seperti yang di sebut oleh Baginda bahawa jika tidak mahu sesat Beliau tinggalkan Al quran dan sunnah (hadith). Kadang-kadang kita menyangka bahawa kita sudah baik tetapi tidak di mata Tuhan.Semoga kita tergulung di dalam kumpulan yang di redhai dan di pelihara Iman dan Aqidah oleh Allah.

  30. farhan
    April 16, 2009 at 8:35 pm

    assalamualaikum. panjang kajiannye.. ana yang kerdil dengan penuh rendah diri mengesyorkan ust utk berbincang, duduk semeja dengan Tuan Guru Haji Hadi selaku org yang arif dalam bab siasah syar’iyah ni dan org yang pernah ditarbiah Ikhwan suatu masa dahulu.. ana rasa ust bleh nampakkan hujung pangkal perjuangan Islam yang sifatnya waqi’e dan syumul di Malaysia.. semoga sama-sama kita gembleng tenaga utk makmurkan bumi Malaysia kita dengan Islam yang kita cintai.

  31. pemikir
    Disember 29, 2009 at 5:51 pm

    aslmulaikum.
    skdr pertnyaan yang berlegar dijiwa

    tetapi apa yang lihat ..di malaysia ini, pelbagai jemaah yang timbul.

    bermasam muka sesama sendiri pula.??

  32. ibnu_hisyam
    Januari 1, 2010 at 12:35 pm

    tak setuju..di malaysia, kepelbagaian jemaah dilihat sebagai satu rahmat bg mereka yg benar2 memahami..semua jemaah pasti inginkan kesatuan.. kalau yang bermasam muka tu, bergantung pada pentarbiyahnya(murabbinya) atau belum sampai tahap tu… rasa2nya takde pertelingkahan antara pimpinan jemaah dengan pimpinan jemaah yg lain.. ana ditarbiyyah dalam isma untuk sedikit pun tidak bermasam muka dgn ahli jemaah lain.. dan tidak sedikit pn membenci dan menolak mereka.. kalau wujud NGO@Jemaah baru yang berlandaskan ak-quran dan sunnah kte raikan.. interpretasi manusia berbeza2.. jangan paksa manusia suka makan char kue tiaw walaupun kte rase makanan tu paling sedap kt dunia.. sebaliknya kte tarbiyyah masyarakat dgn islam syumul.. tak kira anda memegang “bendera” apa sekali pn..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: