Utama > komentar > Sekilas Pandang Mengenai Kemenangan AKP Di Turki

Sekilas Pandang Mengenai Kemenangan AKP Di Turki

Kemenangan AKP dalam pilihanraya parlimen yang berlangsung ahad lalu 22/07/07 disambut gembira oleh seluruh gerakan beraliran Islam di seluruh dunia. AKP disifatkan beraliran Islam kerana latarbelakang peminpin utamanya seperti Tayyib Erdogan, Abdullah Gul dan lainya adalah pemuda yang berasal dari Parti Erbakan yang beraliran Islam. Mereka yang tidak setuju dengan pembawaan fundamental oleh Erbakan yang menyebabkan pertembungan dengan institusi tentera. Mereka bertindak keluar dan menubuhkan parti baru iaitu Parti Keadilan dan Kemakmuran (AKP) dengan menggunakan pendekatan konservatif. Bagi mereka pendekatan fundamental Islam tidak sesuai dengan persekitaran Turki sekular yang dikawal tentera. Peristiwa penyingkiran Erbakan dan pengharaman Parti Refah menjadi pengajaran yang sepatutnya diambil kira.

Oleh kerana lebih 90% rakyat Turki beragama Islam dan sejarah Turki yang bertunjang dalam dengan Islam, pendekatan konservatif secara de faktornya juga akan memberi erti membawa aspirasi Islam walaupun secara terselindung. Ini perkara pertama yang harus difahami mengenai pendekatan dan cara fakir pimpinan AKP.

Kedua ialah kita lihat AKP dengan pendekatan konservatifnya berjaya sedikit sebanyak memadanikan /mensivilkan projek Islam sehingga ia kelihatan sebagai agenda konservatif. Ini memberi keanjalan kepada AKP dalam bermain tarik sorong dalam membuat pernyataan dan pendirian politik. Nampak Islam tapi konservertif dan begitu sebaliknya. Ini telah mengundang perselisihan politik dan fikri antara AKP dengan parti as-Saadah pimpinan Erbakan. Perselisihan dan kutuk mengutuk ini walaubagaimana pun yang pada masa yang sama memberi imej baik kepada AKP berdepan dengan puak-puak sekular dan barat.

Apa yang cuba dilakukan oleh Erdogan dan rakan-rakannya ini satu percubaan yang harus kita pelajari. Masih awal untuk kita ukur kejayaannya. Setakat mana AKP akan pertahankan komitmennya dengan latarbelakang Islaminya atau ia akan mengalih haluan ditengah-tengah perjalanan. Kita tidak tahu, adakah satu-satu dasar itu merupakan taktik dari bab darurah atau sebenarnya telah menjadi keyakinan mereka….. Masa saja yang akan membuktikannya.

Apa yang penting sehingga kini golongan Islamis percaya dan membaca apa yang dilakukan oleh mereka sebagai kaedah politik dalam suasana halangan sistem sekular yang sangat tebal. Dan masih banyak halangan yang perlu diharungi oleh AKP jika mereka ingin meneruskan cita-cita Islam. Sehingga kini pihak tentera tidak ada halangan jika AKP mahu menang lebih dua pertiga dalam parlimen dan itu telah berlaku, tetapi kata mereka jangan harap untuk masuk Istana Presiden. Itu ikrar tentera, seolah-olah menutup pintu di depan kemaraan Abdullah Gul.

Pada pandangan saya mengambil alih istana memang satu yang penting dan besar kesannya, namun ia bukan yang paling strategik dimarhalah ini. Oleh itu masih boleh diterima jika dicalonkan orang yang agak longgar keIslamannya tapi masih menyokong dasar-dasar AKP. Yang paling strategik ialah usaha menyertai Eropah. Kerana dengan menyertai Eropah pengaruh tentera yang menjadi benteng sekular akan dapat dihapus, dan itu akan memberi peluang kepada rakyat Turki untuk kembali kepada Islam mereka.

Harap AKP masih boleh mengendalikan isu jawatan Presiden dengan baik. Saya percaya mereka boleh mengambil alih Istana Presiden jika mereka mahu, kerana pemilihan Presiden mengikut undang-undang baru adalah pilihan langsung dan AKP telah melakukan dasar yang patut supaya bagi menjamin kemenangan calon pilihan mereka dalam pilihanraya tersebut. Yang masih menjadi perhitungan ialah sejauh mana ia boleh menang dalam pertarungan jika ia kemukakan calon yang tidak dipersetujui oleh tentera??????.

Kategori:komentar
  1. Julai 28, 2007 at 5:16 am

    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

  2. zam
    Ogos 6, 2007 at 1:39 pm

    Pandangan ke-2 yang ana terima selepas kejaan besar AKP memenangi pilihanraya.

    Kedua-dua pandangan yang ana terima menunjukkan pandangan positif terhadap kemenangan AKP.

    Pandangan pertama yang ana baca adalah di laman web saifulislam.com

  3. karim
    Ogos 7, 2007 at 12:53 am

    good…
    congratulation Tayyib Erdogan….

  4. abuadil
    Oktober 23, 2008 at 1:56 am

    menyertai eu bukan penyelesaian untuk menghapuskan pengaruh tentera sebagai penjaga sekularisma di turki. eropah bersikap selektif dan sekularisma adalah ideology mereka dan mereka akan pastikan semua anggota eu menerima sistem liberal kapitalis demokrasi.
    Kemenangan AKP mestilah dilihat dalam kes turki dan sejauh mana ianya bertepatan dengan syarak.
    harus di fahami bahawa intinbat strategi dan methodologi perjuangan berdasarkan syarak adalah lebih diyakini hasilnya kerana syarak melihat semua persoalan secara holistik atau menyeluruh. itulah kelebihan syarak berbanding strategic planning bikinan otak manusia. orang yang menguasai fiqh almuwazanah, fiqhalmoqisid, fiqh awlawiyyat dsb akan memahami hal ini. aku percaya Us Abdullah Zaik menyedari hal ini. mentaliti/intelektual fiqhi mestilah ditanam sejak wal penglibatan dalan harokah islamiyyah.
    cuma kini, pendokong dakwah khususnya Malaysia termasuk mereka mendakwa pendokong ikhwan tidak mampu merumus pelan perjuangan yang berdasarkan syarak dalam bahasa semasa.
    mustahil syarak meninggalkan kita dalam keadaan kebingungan.

  5. abuadil
    Oktober 23, 2008 at 2:00 am

    menyertai eu bukan penyelesaian untuk menghapuskan pengaruh tentera sebagai penjaga sekularisma di turki. eropah bersikap selektif dan sekularisma adalah ideology mereka dan mereka akan pastikan semua anggota eu menerima sistem liberal kapitalis demokrasi.
    Kemenangan AKP mestilah dilihat dalam kes turki dan sejauh mana ianya bertepatan dengan syarak.
    harus di fahami bahawa intinbat strategi dan methodologi perjuangan berdasarkan syarak adalah lebih diyakini hasilnya kerana syarak melihat semua persoalan secara holistik atau menyeluruh. itulah kelebihan syarak berbanding strategic planning bikinan otak manusia. orang yang menguasai fiqh almuwazanah, fiqhalmoqisid, fiqh awlawiyyat dsb akan memahami hal ini. aku percaya Us Abdullah Zaik menyedari hal ini. mentaliti/intelektual fiqhi mestilah ditanam sejak awal penglibatan dalam harokah islamiyyah.aku dapat merasakan urgensi persoalan ini bila kemelut fikri haroki kini melanda parti aku, PAS.

    cuma kini, pendokong dakwah khususnya Malaysia termasuk mereka mendakwa pendokong ikhwan tidak mampu merumus pelan perjuangan yang berdasarkan syarak dalam bahasa semasa dan lokal.
    mustahil syarak meninggalkan kita dalam keadaan kebingungan.

  6. abuadil
    Oktober 23, 2008 at 2:39 am

    aku ingin sambung lagi cerita tentang AKP, mungkin pergi semakin jauh. Ini kerana kemelut fikri yang melanda harokah islamiah PAS masa kini amat berkait dengan kemenangan AKP, sehingga dikatakan wujud kumpulan erdogan dalam parti. Presiden Pas telah menjelaskan dua keadaan berlainan antara turki dan malaysia.

    mungkin kita boleh bersepakat bahawa memahami maqosid amat penting terutama kepada duah. dr yusuf al’alim menegaskan bahawa seorang mukallaf tidak boleh tidak mestilah mengenali maqosid asysyaari’, dimana maqosidnya mestilah mengikuti maqosid assyari’ dan terhukum dengannya. mukallaf, samada ianya seorang muqollid atau mujtahid.

    Atas kefahaman ini juga, memahami prinsip2 dan sawabit ikhwani hendaklah juga difahami dari aspek maqosid. kegagalannya mengakibatkan kita menjadi rigid dengan pengangan kita dan menganggap orang lain sebagai munharif. natijahnya kita hingga kini gagal untuk bekerja diatas flatform bersama (ardhun musytarokah).
    Justeru suatu yang urgensi bagi kita semua, mentafsirkan menurut maqosid ini dengan mengemukan pandangan2 yang berbutir dalam lingkongan syarak, tanpa menafikan ijtihad pihak lain tidak membatalkan ijtihad kita dan sebaliknya.

    Pengalaman bergaul dengan ISMA, JIM dan Haluan mendedahkan aku kepada perkara2 yang amat memalukan ini. Hingga kini perkara ini seolah2 tiada penyelesaian, sedangkan syria yang pernah wujud berbelas tanzin ikhwan dapat disatukan. pernah muroqib ‘am ‘isom athat digulingka. Parti Islam Iroq pernah mengambil tindakan bersama dengan kerajaan sementara tajaan US. Ianya tidak disetujui oleh Almursyid al’am, ma’moon Hudhaibi, tetapi Parti Islam Iroq tetap ikhwan. Tidak timbul masalah asolah atau tidak.

    akhi ‘ala toriqida’wah,
    apa yang anda mahu!!

    begitu juga anda semua, bukan isu asolah, tetapi ijtihadi.
    dan aku insyakAlllah meyakini Pas akan kearah ini.

  7. Oktober 24, 2008 at 8:39 am

    Bravo brader abuadil,
    Demo punya komen kawe tengok ngalahkan tuan punya blog. Cumo kawe banyok tok pehe istilah elit demo royak tu…. cuba gak guna bahaso mudoh sikit bagi oghe2 mache kawe nih .. layman on the street. Setengoh2 oghe sajo guno bahaso2 bombastic supayo nampak hebat, lagi oghe tok pahe lagi nampok hebat.. tapi kawe raso demo dgn pak lah zaik tak gitu… mintak maaf deh.
    Salae

  1. Julai 24, 2007 at 10:31 pm
  2. Ogos 14, 2007 at 11:10 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: