Utama > fikrah > Takhtit (perancangan) Islami

Takhtit (perancangan) Islami

Tajuk ini bukan tulisan saya. Ia merupakan petikan yang saya sedut dari majalah Al-Ain yang diseliakan oleh Abu Ammar. Saya muatkan disini untuk menyempurnakan lagi perbincangan kita sebelum ini tentang mafhum “jamaah” dan hubungan jamaah dengan NGO.

Takhtit Islami

1. Takrif & fungsi

  1. Penggunaan sumber, kemampuan dan persekitaran secara optimum untuk mempertingkatkan kemampuan individu muslimdalam segenap aspek yang akan memungkinkannya mampu berperanan secara terbaik untuk mengimarahkan bumi ini dan mencapai konsep ibadat dalam kehidupan.
  2. Ia juga berperanan untuk membangunkan tanzim haraki agar mampu beroperasi sebagai harakah Islamiyah yang mahu menegakkan syariat Allah sebagai anutan dan sistem pemerintahan.

2. Ciri-ciri Penting Perancangan Dakwah

  1. Syumuliyah (sumul)
  2. Waqaieyyah (realistik)
  3. Jamaiyah (kumpulan)
  4. Basyariyah (manusia)
  5. Aqa’idiyah (akidah)
  6. Tarbawiyah
  7. Murunah (anjal)
  8. Harakiyah

1. Syumuliyah

Takhtit Islami adalah takhtit yang syumul meliputi segenap lapangan hidup yang terdiri dari thaqafah, tarbiah, politik, ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraan dan pengurusan. Ini kerana pembentukan individu Rabbani menuntut kesyumulan yang seperti itu, sama ada pembangunan itu diperingkat individu dan penyiapan individu atau pembangunan harakah Islamiyah dan penyiapannya.

2. Waqi’eyyah

Takhtit Islami merawat manusia sebagai suatu realiti yang hidup. Ia berinteraksi dengan manusia di atas asas ini. Ia mengambil kira faktor-faktor seperti persekitarandan suasana sekeliling.

Berdasarkan kepada sifatnya yang realistik di dalam berinteraksi dan merawat, ia bertindak merubah dari satu realiti kepada satu realiti yang lain sehingga harakah Islamiyah selamat mengarah kepada matlamat yang ingin dicapainya. Ini dilakukan setelah mana mengambil kira semua faktor semasa yang wujud.

Bercita-cita tinggi memang digalakkan dalam Islam. Tetapi ia mestilah dibuat berdasarkan kajian kemampuan dan disusuli dengan langkah-langkah yang realistik. Jika tidak cita-cita yang tinggi tersebut hanya akan tinggal angan-angan sahaja.

3. Jama’iyah

Takhtit Islami hendaklah mempertegaskan konsep ini sama ada dimarhalah berfikir atau dalam persoalan uslub atau diperingkat perlaksanaan. Ia menganggap individu sebagai sebahagian dari harakah Islamiyah yang tidak wujud kecuali melalui harakah Islamiyah[1]

Oleh kerana medan amal itu banyak dan bercabang-cabang, sedangkan kemampuan individu terhad, maka mestilah berlaku gabungan tenaga antara du’ah.

4. Basyariah

Perbezaan antara takhtit Islami dibandingkan dengan lain-lain takhtit ialah ia berinteraksi dengan manusia sebagai alat perubah. Manusia adalah segala-galanya. Kerana itu mengambil kira perasaannya, keinginannya, sensitivitinya, nalurinya, tindakbalasnya, kecenderongannya dan kebiasaannya. Takhtit Islami mengambil kira pengaruh itu semua kepada jiwa dan perlakuan manusia.

Ia berusaha untuk mengarahkan semua aktiviti manusia kepada pengabdiandiri kepada Allah Azza wa Jalla. Dari aspek yang lain, ia cuba mengeksploitasi seluruh keupayaan manusia, berasaskan kepada asas bahawa manusia yang sempurna ialah manusia yang memiliki keupayaan positif biar sekerdil mana sekali pun.
5. Aqa’idiah

Takhtit Islami bertolak dari titk mula aqidah Islamiyah dan ia akan terus berada di dalam ruang aqidah. Ia berkhidmat ke arah memastikan semua usaha mengarah kepada penegakan aqidah. Oleh kerana itu maka neraca syara’lah yang menghukum wasail, uslub, strategi, program dan perancangan.

6. Tarbawiah

Sifat yang menonjol dalam takhtit Islami ialah tarbiah. Ia tidak menangani semua urusan dengan tatacara ilmu pengurusan yang membawa kepada kekeringan jiwa. Sebaliknya ia kekal dalam keseimbangan di antara ta’kid dan tuntutan tarbiah imaniah seperti telus, tenang dan bersih.

7. Muruniah

Takhtit Islami mestilah fleksibel. Ia memahami perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam ruang iktibar maslahah dan dharurah. Dari itu ia mengambil kira suasana, jiwa dan tuntutan keseimbangan yang halus dalam bentuk marhaliah, yang berperingkat dan serasi.

8.Harakiah

Sesungguhnya takhtit Islami mempunyai manhaj haraki yang mampu menghadapi realiti dengan wasail sepadan dengan keperluannya. Ia bergerak mengikut keperluan, dengan berpandukan marhaliah yang berperingkat dan seimbang. Ia tidak jumud dan tidak beku sebaliknya menghadapi setiap suasana dengan harakah yang seimbang, wasail dan asalib yang baru, bertujuan untuk mentakhkikkan matlamat dan mencapai hadaf.

3. Fungsi Perancangan Dakwah

  1. Penyuburan dan pengambangan potensi sedia ada.
  2. Proses penyediaan kelayakan agar mampu berfungsi secara faham dan optimum.

a. Penyuburan dan pengembangan potensi yang sedia ada
Perancangan dakwah hendaklah mampu melahirkan individu muslim yang mampu memainkan peranannya di dalam kehidupan dan juga mewujudkan harakah Islamiyah yang layak untuk mengambil alih kepimpinan masyarakat dan memimpinnya dalam ruang lingkup aqidah. Menghampiri matlamat ini akan berhasil, bergantung kepada sejauh mana kita mampu untuk melakukan pembangunan pada diri kita untuk melayakkan kita keluar sebagai satu generasi rabbani yang sempurna sifatnya. Ia juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha ke arah itu.

Polisi pembangunan ini tercerna dalam program pembangunan keupayaan, kebolehan dan kepakaran serta membuat pelaburan yang sebaik mungkin terhadap keupayaan sseseorang individu. Sesungguhnya program pembangunan keupayaan merupakan satu-satunya jalan unuk mewujudkan individu yang dapat merealisasikan objektif harakah islamiah. Kerana itu proses pembangunan mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Pembersihan jiwa.
  2. Membesarkan generasi faham dakwah.
  3. Membangun keupayaan dari segi akal, badan, akhlak, seni dan pekerjaan..
  4. Mengambil tempat dalam pelbagai lapangan dan berusaha ke arah kematangan dan kesempurnaan di bidang itu.
  5. Mewujudkan kesedaran dan meramaikan anasir soleh dalam masyarakat.
  6. Menghidupkan suasana kehidupan Islam dan syiar-syiarnya di dalam segenap sendi kehidupan masyarakat.
  7. Membina ‘ktifa’ zati dan menyiapkan kawadir takhassusi dan segala keperluan dakwah disegenap bidang dan medan.
  8. Membangunkan sumber kekayaan harakah Islamiyah. Anasir itu semua dihasilkan melalui:
  • Tawajjuh kepada Allah dan ikhlas qasad dan amal.

  • Menyumbangkan segala usaha dan sepenuh tenaga.

  • Menyiapkan qudwah untuk tarbiah afrad.

  • Menetapkan matlamat startegik yang menyampaikan kepada tujuan itu.

  • Meletakkan individu sebagai sumber tenaga manusia yang tersembunyi dan aktif pada masa yang sama.

b. Proses penyediaan kelayakan
Sesungguhnya matlamat dakwah untuk mentahkimkan syariat Allah di atas muka bumi memerlukan satu persediaan yang mantap terhadap individu dan harakah Islamiyah keseluruhannya. Persediaan itu dibuat sehinggalah individu dan harakah Islamiyah menjadi asas yang wa’ie, pelaksana yang memiliki ilmu pengetahuan, ketaatan yang tidak membuta tuli, kepimpinan bijaksana yang memilki kesedaran, ketegasan, keazaman, kesediaan, dan keikhlasan. Penyediaan ini menuntut satu usaha yang besar dan tajarrud yang tidak berbelah bagi. Dengan itu sebenarnya proses penyediaan memerlukan kepada:

  1. Qiadah yang wa’ie dan bijaksana.
  2. Perancangan yang sempurna dan jelas.
  3. Qaedah (jundi) yang melaksanakan dengan sedar apa yang dilakukannya.

4. Hadaf Takhtit Islami

Sesungguhnya perancangan dakwah adalah perancangan yang memakmurkan muka bumi, memperbaiki kehidupan dan menegakkan hukum Allah.

a. Memakmurkan muka bumi dan memperbaiki kehidupan:
Ia memestikan:

  1. Mengembangkan kebaikan sedia ada.
  2. Menghapuskan keburukan yang berlaku dengan memerangi kefasadan, kumpulan yang batil dan parti yang kafir.
  3. Mengarahkan kebaikan yang ada ke arah:
  • Meluaskan daerah hubungan dengan qeadah Islamiah yang ada dalam masyarakat.

  • Mewujudkan hubungan baik dengan kelompok Islam lain dalam medan.[2]

  • Kemahiran mengambil faedah dari kebaikan orang lain.[3]

  • Mengajar qaedah (pengikut) seni berinteraksi dengan kehidupan dan masyarakat agar tidak terasing dari realiti dan kehidupan bersama yang diperlukan dalam masyarakat.

b. Persiapan untuk memerintah (daulah)

  1. Binaan fikrah-fikrah daulah – bersiap untuk mengambil alih daulah, menjaga daulah dan mengembangkannya.
  2. Binaan haraki
    • Harakah tanzim: menyiapkan tanzim untuk mengakkan sebuah daulah.
    • Harakah mujtama’: mewujudkan arus Islam ke arah menuntut dan mencapai daulah Islamiyah.
    • Harakah daulah: menyiapkan unit-unit khusus untuk mengambil kuasa.
  3. Mengenali saiz kekuatan musuh, perancangan mereka dan uslub tipu daya mereka.
  4. Menyediakan peluang atau merebutnya.
  5. Kesinambungan strategi tempatan dengan strategi antarabangsa.

5. Sifat-sifat perancang dakwah

  • Taqwa, wara’ dan mempunyai akhlak keimanan yang tinggi.
  • Kefakihan terhadap realiti dan jangkaan masa depannya.
  • Kedudukan sebagai qiadah.
  • Ilmu syara’
  • Pengetahuan semasa.
  • Memiliki kepakaran yang mampu dicapainya.

Nota Kaki 

[1] Amal fardhi dalam gabunagn jemaah maknanya indimaj dalam amal jemaah bukan indimaj jemaah dalam amalnya

[2] Semua pertubuhan yang melaksanakan satu aspek daripada aspek-aspek yang kita perjuangkan, maka kita perlu menyokongnya dari aspek ini.

[3] Manusia terbahagi kepada dua jenis; Pertama: mengambil segala apa yang ia jumpa dan mengeksploitasi segala yang berada disekelilingnya. Kedua: Lilin yang suka memberikan cahaya kepada orang sekitarnya. Kerana itu wajib mengambil berat terhadap golongan kedua kerana ia bermanfaat dan dapat menambahkan kekuatan kepada harakah Islamiah

Kategori:fikrah
  1. Ogos 2, 2007 at 12:06 pm

    Menarik2. Walaupun penuh dengan vocabulary yang tidak biasa didengari…

  2. akhi badar
    Ogos 6, 2007 at 12:18 pm

    mantap!

  3. al-fattani
    September 14, 2007 at 11:45 am

    mantap2…suatu yg telah lama sy tunggu

  4. musytaaqu wajhih
    Disember 5, 2007 at 8:04 am

    ust boleh tak ust terangkan pasal amal jamae.detelkan lagi,alfu syukr lakum ya ustaaaz

  5. Disember 6, 2007 at 5:51 am

    amal jamai ialah kerja yang dilakukan secara berjamaah (kumpulan). sejauhmana besarnya tugas yang hendak dilakukan sebesar itulah jamaah yang perlu di bentuk.

    katakan satu kumpulan ingin melaksanakan tugas membina sebuah pusat rawatan Islam, maka sebilangan manusia yang memenuhi berbagai kriteria yang tertentu diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menjayakan projek tersebut. kumpulan yang diketuai oleh seorang yang dilantik, pekerja yang menjalankan tugas dalam berbagi jurusan, seperti doktor, jururawat, pegawai akaun, pegawai am dan sebagainya, dan mereka berkerja untuk mencapai target tertentu dan mengikut manhaj (kaedah) tertentu dikira beramal secara jamai.

    begitulah bandingannya amal jama’i dalam kontek menegakkan kembali kehidupan Islam dimuka bumi yang termasuk di dalamnya menegakkan khilafah dan daulah Islamiah.

    memahami saiz kerosakan umat yang sangat besar, yang meliputi berbagai bidang kehidupan dan saiz usaha yang diperlukan untuk mengembalikan semula kehidupan islam dalam diri umat ini yang sangat besar sehingga tertegak semula khilafah Islamiah atas manhaj kenabian maka saiz jamaah dan amal jamai juga perlulah sangat besar dan komplikated.

    untuk menjayakan amal jama’i yang bersaiz besar , penglibatan yang bersimpang siur dan berpanjangan ini perlu kepada persiapan tarbawi yang hebat, adabiyyat, disiplin yang tinggi dan himmah yang tinggi juga.

  6. Oktober 2, 2008 at 10:06 pm

    askm wbt ya ustaz. mg sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah..
    ana ingin bertanya..jika ustz tidak keberatan untuk menjawab dan menghuraikan…bgmn sbnrnya pegangan dan prinsip jemaah kita berkenaan “politik”..

    bagaimana gerak kerja kita dalam aspek siasah?

    ana ada terbaca karangan Yusuf Qardawi dalam “fatwa mu’asarah” bab siasah (politik)..

    setelah membacanya, ana jadi keliru..ia banyak menekankan bahawa politik sama sekali tidak boleh dipisahkan dari Islam.itu sudah pasti….tapi politik yang bagaimana sebenarnya?? harap ustaz boleh mmbaca bahagian tersebut..apa yg ana faham, (betulkan ana kalau tersalah) waqi’ sekarang menuntut kita,gerakan Islam terlibat dalam politik kepartian sepertimana dalam sistem demokrasi..cpndpt ana, contoh yang terdekat-PAS..dan ikhwanul muslimin sendiri terlibat dlm politik kepartian di Mesir.fikiran ana mula berjerebu…

    harap sgt ustaz boleh bantu…untuk menambah keyakinan ana terhadap jalan yang ana telah pilih ini….

  7. Abdullah Zaik
    Oktober 3, 2008 at 9:43 am

    wa alaikumussalam

    Maaf..sebab tak sempat nak rujuk buku Dr Yususf.

    Ana rasa Kita harus faham dua perkara yang berbeza:’
    1. kefahaman islam yang syumul yang merangkumi politik
    2. tingkahlaku politik semasa yang memiliki berbagai tujuan mengikut marhalah

    Yang Pertama

    Islam adalah agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik. Politik ialah isu yang berkaitan kepentingan dan masa depan ummat. Ia boleh dibicara samada oleh orang politik atau NGO.Termasuk dalam mafhum politik ialah cara-cara pemerintahan dan hubungan pemerintah dengan rakyat.

    Yang kedua

    Tingkah laku politik seperti terlibat kegiatan politik secara umum melalui sistem demokrasi atau lebih lazim digunakan dengan makna perebutan kuasa.

    Dalam kontek ini khususnya apabila kita tidak cukup kekuatan (dan kita tetap mengejar kuasa) kadang-kadang kita terikut dengan uslub parti sekular yang mengorbankan akhlak dan perinsip (matlamat menghalalkan cara).

    Oleh itu dalam tindakan politik (merebut kuasa) hendaklah didahului dengan fasa penyediaan dan tarbiah masyarakat.

    Jika itu tidak berlaku, kita tidak mungkin dapat membuat perubahan politik seperti yang kita harapkan, Walaupun kita telah lama terlibat dalam politik, atau hatta kita berkuasa

    Tetapi ini tidak menghalang kita terlibat dalam tingkah laku politik atau politik pilihanraya dengan tujuan dan objektif yang sesuai.

    pada pendapat saya, terdapat perbezaan antara apa yang dilakukan oleh PAS dengan apa yang dilakukan oleh Ikhwan Muslimin khususnya di Mesir sebagai contoh.

    Ikhwan meletakkan objektif-objektif tertentu penglibatan politik atau dalam tingkahlaku politiknya sesuai dengan marhalah yang dilalui.

    Walaupun ikhwan memasuki pilihanraya buat masa ini ia tidak meletakkan objektifnya untuk berkuasa tetapi mungkin sekadar untuk mengambil bahagian secara lebih berkesan melalui penglibatan dalam sistem pembuatan keputusan,

    Kerana itu ia tidak perlu tergesa-gesa sehingga melakukan tindakan politik yang bercanggah dengan prinsip perjuangannya.

    Tetapi dalam tindakan politik PAS, oleh kerana kuasa menjadi objektifnya setiapa masa walaupun ia belum cukup bersedia atau keadaan belum cukup tersedia ia mungkin melakukan tingkah laku politik yang bercanggah dengan prinsipnya.

    Memang kita berhadapan dengan keadaan yang sukar dan mengelirukan, kita perlu membuat persiapan yang wajar dan dalam masa yang sama harus juga ambil bahagian dalam tingkah laku politik.

    Bagi kita buat masa ini keutamaan kita ialah kepada pembinaan asas yang mantap, mengambil bahagian dalam tingkah laku politik yang umum (berpaksikan kepentingan umat bukan kepartian) dan menyokong tindakan politik pihak lain (termasuk parti politik) yang membawa kekautan kepada umat Islam tanpa terjebak dengan tingkah laku politik yang merugikan umat.

    wallahu aklam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: