Utama > fikrah > ANTARA FARDIAH DAN JAMAIYYAH

ANTARA FARDIAH DAN JAMAIYYAH

Amal jama’i merupakan satu kewajiban syar’i, kerana usaha-usaha menegakkan semula kehidupan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kecuali dengan amal jama’i. Fikh amal jama’i ialah kaedah-kaedah lengkap mengendalikan penubuhan/ pergerakan sebuah harakah Islamiah, mengagihkan tugas dan penyelarasan tenaga ke arah mencapain objektif. Ahmad Ar Rashid dalam Muntalaknya menyebut sebagai seni menyelaras (tansik) tenaga dalam mencapai objektif yang syumul.Secara lebih jelas amal jamai boleh kita terangkan sebagai kaedah-kaedah bagaimana kita boleh menggarap kepelbagaian manusia untuk disusun dalam sebuah binaan kearah melengkapkan objektif-objektif Islam dalam membina kehidupan Islam yang lengkap dan menyeluruh.

Oleh itu kejayaan amal jamai bergantung kepada dua perkara:

  1. Individu muslim yang memiliki kefahaman mantap, penguasaan ilmu yang mendalam, pengalaman yang luas dan keperihatinan yang syumul dan
  2. Kesediaan atau kesiapan individu tersebut untuk disusun dalam tanzim dan memainkan peranan dalam satu system amal yang terselaras. Setiap orang memainkan peranan di tempat yang sesuai mengikut kapasiti dan kebolehan masing-masing.

Justeru kebijaksanaan yang perlu dimiliki dalam mengimplimentasikan amal jama’i ialah memastikan keseimbangan antara fardiyyah (individual) dan jamaiyyah (kolektif). Kesilapan mana-mana jamaah dalam implimentasi konsep ini akan mengundang masalah yang banyak dalam kehidupan berjamaah.

Sebagai contoh;

  1. Berlebihan menekankan aspek jama’iyah umpamanya boleh menyebabkan kekakuan dalam kerja, melahirkan jenerasi pak turut, malas berfikir, tidak berani buat keputusan dan sentiasa menunggu arahan.
  2. Sebaliknya berlebihan dalam menanamkan sifat fardiah menyebabkan anak buah tidak boleh disusun (tidak indibat) dalam tanzim, tafallut dan suka buat keputusan sendiri.

Saya melihat kedua-dua fenomena ini berlaku dalam gerakan Islam. Ia bukan kerana keburukan amal jama’i dari segi konsepnya tetapi lebih bersifat pembawaan individu murabbi, naqib atau masul.

Dalam suasana pertama, organisasi itu kelihatan kemas pada lahirnya tetapi rapuh di dalam oleh unsur-unsur kediktatoran dan tab’iyyah (tabiat pak turut). Hanya pendapat seorang individu yang menentu. Kalaupun ada syura….. ia hanya berbentuk syakli sahaja. Kerana individu yang terlibat dalam syura’ akan ikut apa sahaja pendapat yang dikemukakan oleh masul/ orang yang berpengaruh, “Masul lebih tahu, maka pandangan dia tentu lebih tepat”, dan pengikut takut atau tidak biasa mengemukakan pandangan sendiri.

Selain itu, antara sebab-sebab lain yang mendorong perkara seperti ini berlaku:

Pertama; Dominasi orang lama.

Dalam jamaah yang didominasi oleh seorang yang menduduki kerusi kepimpinan terlalu lama. Manusia tetap manusia sama ada dalam gerakan Islam atau parti politik. Apabila terlalu lama menduduki kerusi kepimpinan seaorang akan cenderong untuk melihat dirinya semua betul, dia saja yang tahu maslahah dan pandangannya adalah qarar yang tidak boleh dibantah. Apa-apa yang tidak seperti yang ia mahu adalah bersalahan dengan undang-undang jamaah dan sesiapa yang mencabarnya boleh dianggap durhaka. Keadaan ini akan menghalang apa sahaja idea baru dan menafikan apa sahaja bentuk pembaharuan selain dari yang sejajar dengan hawa qaid yang memerintah sejak lama.

Kedua; Kecacatan dalam perlaksanaan tarbiah atau tarbiah yang tidak melahirkan rijal.

Dalam dalam jamaah yang sistem tarbiah dalamnya lemah dari segi manhaj, peranan murabbi dan juga perlaksanaan wasailnya. Di mana usrah dianggap tempat untuk mendapat ilmu atau tazkirah semata-mata, naqib sebagai fasilitator, manhajnya dianggap tidak releven dan wasilah-wasilah tarbiah dianggap tidak menarik dan lapok.

Jamaah yang seperti ini tidak akan menjalankan tarbiah secara berkesan dan tentu akan gagal juga untuk melahirkan individu yang matang, boleh menilai dan mengemukakan pandangan sendiri. Dalam jamaah yang ahlinya seperti ini majlis syura akan menjadi majlis taklimat kepimpinan semata-mata. Jika ada pun perbincangan ia akan menjadi medan melahirkan perasaan, memujuk, dan menekan agar pandangannya mendapat perhatian. Amat sukar bagi hujjah dan rasional untuk mendapat tempat.

Suasana kedua adalah reflaksi kepada suasana pertama. Golongan ini mungkin tidak tahan dengan “kongkongan” (semua kena rujuk) dan menganggap kontrol seperti itu melemahkan sifat fardiyah, dan melemahkan perkembangan (produktiviti) serta melambatkan kematangan amal lalu mengambil sikap memberontak dan menyeru kepada fardiyah secara berlebihan. Mereka mengajar anak buah supaya membelakangi masul/ sistem kerana inginkan kepantasan dan produktiviti. Pendekatan kedua ini juga sebenarnya telah membawa kepada kesan yang negatif di mana ia melahirkan generasi yang tidak indhibat (membolos diri dari iltizam). Kerja ligat sana sini tetapi tidak tersusun dan membuah pengalaman tanzim yang baik. Mereka boleh kerja sorang-sorang tapi tidak boleh disusun dalam bentuk amal jamai yang tersusun.

Manhaj tarbiah Islamiah adalah manhaj yang seimbang antara fardiah dan jamaiyyah. Setiap orang digalak mengembangkan potensi diri, ada pendapat sendiri, berani mengemukakan pandangan, aktif dalam bersyura tetapi dalam masa yang sama menghormati pandangan orang lain sedia menerima pandangan yang lebih betul dan menghormati keputusan. Dan akhirnya bersedia meleburkan/ mensejajarkan pandangan sendiri dalam satu pandangan jamaah serta berkerja untuk menjayakannya.

Perhatian Penting

Diperingkat awal harakah selalunya dimulakan oleh seorang individu “pak sheikh”. Hubungan anak buah dengan masul diperingkat ini adalah hungan sheikh dengan murid. Anak buah akan terima sahaja saranan dan pandangan “pak sheikh”. Tetapi keadaan itu tidak sepatutnyanya berlarutan untuk tempoh yang lama. Masul sepatutnya mendidik ahli supaya mencapai tahap kematangan berfikir, sehingga sampai satu masa tertentu anak buah diberi kebebasan untuk mengemukan pandangan sendiri tanpa terikat atau walaupun kemungkinan bercanggah dengan pandangan “pak sheikh”.

Ada pun menganggap bahawa tabiat harakah hendaklah sentiasa begitu selamanya… anak buah tidak boleh ada pandangan berbeza dengan masul atau masul sentiasa kena pastikan pandangan anak buah sama dengan pandangannya, atau anak buah tidak boleh beri pandangan sebelum disemak oleh mas’ul maka itu pada saya satu fenomena tidak sihat yang akan membawa kesan negatif kepada tanzim yang terlibat khususnya bila berlaku pengembangan dan penglibatan yang lebih mencabar ia akan gagal berperanan atau berpecah belah.

Mas’ul, murabbi dan naqib harus meletakkan matlamat akhir dalam pembinaan ialah melahirkan satu bentuk amal jama’i yang didokong oleh individu yang matang dan boleh beramal secara muasasi (berintitusi).

Kategori:fikrah
  1. September 26, 2007 at 5:08 am

    “Mas’ul, murabbi dan naqib harus meletakkan matlamat akhir dalam pembinaan ialah melahirkan satu bentuk amal jama’i yang didokong oleh individu yang matang dan boleh beramal secara muasasi (berintitusi).”

    Bagaimana kita mahu melihat mas’ul, murabbi dan naqib ini terikat dengan amal jamaie kerana ada kes terpencil penyelewengan kelompok ini yg lari dari jemaah membawa bersama anak-anak buahnya? Bagaimana balance yang kita perlu perhatikan antara fardiah dan jamaiah kelompok2 tersebut?

  2. Oktober 4, 2007 at 6:47 am

    Terimakasih …

    Saya berpendapat bahawa fenomena “masul lari bersama anak buah” tidak begitu berkaitan dengan permasalahan fardiah dan jamiayah yang kita bincangkan ini.

    Ia lebih merupakan masalah thiqah atau berpunca dari perselisihan tertentu yang gagal diselesaikan secara “saksama”.

    wallahu aklam

  3. dhr
    Oktober 5, 2007 at 1:43 am

    Bagaimana kita sebagai masul ingin membimbing anak buah kita sikap “beramal secara muasasi (berintitusi)” ? Dan berjaga2 agar tidak lari dari konsep amal jamaie?

  4. Oktober 5, 2007 at 10:21 am

    Bismillahirrahmani rrahim,, wa ba’du;

    berdasarkan pengalaman disepanjang jalan dakwah ini ada dua aspek utama yang perlu tekankan:

    1. aspek “din” atau syarak dalam intima’ haraki (penggabungan diri dalam amal haraki)

    – mad’u harus diberi faham secara mendalam bahawa fikrah yang ia anuti itu tidak lain dan tidak bukan adalah Islam itu sendiri.
    – oleh itu intima’nya kepada harakah adalah berasas keyakinan akidi terhadap kebenaran risalah yang ia bawa.

    oleh itu kefahamannya, gerak kerjanya dan objektif serta wasail yang digunakan adalah datangnya dari agama yang asli.

    – wasail tarbiah islamiah dalam tarbiah harakiah
    – sirah merupakan manhaj haraki yang menjadi landasan sepanjang perjalanan
    – faham kesymulan mengilhamkan berbagai aktiviti dan projek peringislahan dan

    sampai satu tahap fikrah sebati dengan jiwanya kerana dakwahnya adalah perjuangan agamanya yang dia kasihi.

    2. keanjalan muassasah/jamaah dalam menyerap kepelbagaian pendapat

    kerja muasasi merupakan kerja berperancangan diamana setiap orang jelas peranan yang harus dimainkan. perlu wujud keseimbangan antara kontrol dan empower dan perlu ada ruang kebebasan khas untuk pelaksana berijtihad dalam melaksanakan satu-satu arahan.

    harus difahami bahawa setiap medan amal ada tabiat khusus yang tidak mungkin difahami kecuali oleh mereka yang berada di medannya sahaja.

    jadi dalam amal muasasi/jamai ada polisi dan pengarahan umum yang harus dipatuhi (dalam kontrol am) dan ada tabiat khusus yang memerlukan ruang kebebasan bertindak. kedua-dua aspek ini harus seimbang.

    peranan murabbi ialah menggalakkan produktiviti, memastikan amal berada dalam lingkungan perancangan dan menggalakkan ijtihad dalam ruang tertentu dan memberi nasihat dan panduan jika perlu.

  5. 1sttimer
    Oktober 6, 2007 at 9:08 pm

    Assalamualaikum wrt

    saya merasakan bahawa kerosakan dlm isu ini byk berkait rapat dgn aspek pengaplikasian (di peringkat indvidu) serta akhlak… apa komen ust??

    justeru, apa nasihat ust pada kami, golongan muda, yg bakal menghadapi (atau sedang menghadapi) situasi seperti ini.. baik berada dlm suasana pertama, suasana kedua, atau kedua2 nya sekali..

    jzkk

  6. Oktober 10, 2007 at 5:57 am

    Ada beberapa perkara yang dititk beratkan selain dari yang telah disebutkan:

    1. dari segi pemilihan awal..mad’u yang dipilih dari awal dikenal pasti bukan seorang yang extrem dari segi fardiahnya.

    2. jika ia telah dikenal pasti diperingkat awal murabbi harus merawatnya dengan baik.. jika tidak berjaya mad’u itu tidak layak di masukkan dalam saf, walau hebatmana ia dari sebagai seorang individu.

    jika penapisan ini tidak berlaku, dan pemilihan dibuat atas asas masul kagum dengan kebolehan yang hebat nak buah, ia akan melahirkan satu jamaah yang teridir dari orang hebat tetapi masing-masing akanbuat kerja masing-masing. amal jama’i tidak mungkin berlaku sama sekali.

    3. selain itu jamaah juga mesti mantap/terlatih dalam tarbiah syuriyyahnya(syura). ini juga menjadi ujian kepada kejayaan dalam amal jama’i. ada karekter-karekter yang mengamnggap bersyura sebagai masalah, ada yang mengabil kesempatan kelemahan sistem musyarah untuk menggunakan autoriti eksekutif secara berlebihan, ada yang guna pengaruh sebagai orang lama untuk memaksa pendapat dan bermacam lagi karekter yang membawa kepada berlakunya diktatorship dalam harakah.

    4. seharusnya menjadi prasyarat kepada nizam ta’mir (melantik peminpin) orang yang hendak dilantik itu seharusnya seorang yang beriman dengan syura dan mantap dalam penghayatan syranya di peringkat-peringkat kepemimpinan yang terdahulu.

    Nasihat saya, dari awal kita harus faham perkara ini dan mengambilkiranya untuk iktibar diri sendiri dan juga dalam berjamaah.

    yang paling penting bagi kita sebagai individu memastikan proses pemantapan diri dari satu tahap ke satu tahap terpandu dengan panduan sunnah dan taujih tarbawi yang berterusan.

    tarbiah bukar sekadar maklumat tetapi lebih kepada mujahadah dan pendisiplinan diri dengan disiplin Islam.

  7. khalisah
    Disember 6, 2007 at 7:13 am

    Alhamdulillah =)..jika sesebuah wadah (maaf saya tidak menggunakan perkataan jemaah di sini) sedar, memberi perhatian yang berat, dan berhasil menggerakkan pendekatan ‘amal’ yg seimbang antara fardiyah dan jamaah, insya Allah akan tiba pula masanya bagi mana-mana wadah yang berjaya dengan pelaksanaan tersebut untuk terus mengaplikasikan ‘amal fardiyah dan jamaah yang seimbang’ untuk maju setapak lagi ke arah penyatuan SATU jemaah Islam sahaja dalam erti kata sebenar (bermula di peringkat Malaysia) ke arah penyatuan SATU ummah Islam di seluruh dunia, Wallahualam

  8. mukhlis
    Disember 16, 2007 at 5:10 am

    to khalisah,

    tidak akan berlaku penyatuan ummah apabila ada pemimpin yang menegakkan jemaah masing-masing dan tidak menerima jemaah lain walaupun ada sekelumit jasa mereka dalam Islam. Inilah realitinya Malaysia. Masing-masing mengaku mereka jemaah asli dan ada yang mempertahankan jemaahnya sehingga mengecil-kecilkan usaha jemaah lain dan menganggap jemaah lain sebagai tidak asli dan tidak tepat. Mungkin mereka lupa yang mereka juga ada melakukan kesilapan dan mereka juga bukan maksum.

  9. khalisah
    Disember 24, 2007 at 5:50 am

    terima kasih saudara mukhlis..saya setuju dgn pandangan saudara..dan ini ada kaitannya dgn satu artikel yang saya baca semalam dalam utusan malaysia – kolum pena mufti: dunia islam hilang keterampilan idealisme perjuangan oleh dr mohd asri zainul abidin, mufti kerajaan negeri perlis..antara lain artikel itu menyebut kebanyakan umat Islam kini terpinga-pinga mencari wira/pemimpin yg akan membawa mereka kpd perjuangan yg benar2 ‘terarah’..memang sudah tiba masanya setiap individu (fardiyah) dr kita memainkan peranan masing2 utk ‘bekerjasama’ (jamaiyyah) demi Islam dalam erti kata sebenar..Wallahualam

  10. agi
    Januari 15, 2008 at 7:00 am

    Kita perlu memperbetulkan jemaah-jemaah yang ada di dalam diri kita dahulu sebagaimana saudari menyatakan , kita memainkan peranan masing-masing untuk bekerjasama demi Islam.Kekuatan Islam terletak bermula dari kekuatan diri dahulu dengan pergantungan kepada Allah secara menyeluruh, perlulah kita mengIslamkan diri sendiri terlebih dahulu.Wira yang di cari-cari itu sudah ada iaitu Rasullullah sendiri dan tidak perlu kita cari selain dari beliau sebagaimana Allah menyatakan bahawa Muhammad itu sebaik-baik contoh , jadi kenapa kita perlu memalingkan pandangan kita kepada yang lain. Kita perlu memikirkan bagaimana menghadapi kehidupan ini dengan bertuhankan Allah secara menyeluruh dengan cara Rasullullah

  11. khalisa
    Januari 15, 2008 at 7:29 am

    setuju =) .. la ilaha illallah muhammadur rasulullah

  12. Muslim
    Jun 29, 2008 at 1:42 am

    Assalamualaikum.

    Ana ada seorang rakan yg baru ana kenal, beliau sudah biasa mengikuti program tarbiyyah sebelum ini. Bila ana beri penerangan kepadanya mengenai bekerja di dalam jamaah dan perlu setia. Beliau kata yg di akhirat nanti, ALLAH tak tanya kita berada pada jamaah yang mana satu tetapi ALLAH akan tanya apa yang kita buat utk da’wah ?

    Ana minta ust boleh bagi komen atau pendapat mengenai perkara ini.

    Jzkk.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: