Utama > komentar > Apakah yang sedang berlaku?

Apakah yang sedang berlaku?

Berikutan keputusan Pilihanraya ke-12 yang mengejutkan semua pihak dilihat masih berada dalam suasana kaget.

Masyarakat masih lagi berterusan dalam mencari jawapan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mengeluarkan keputusan yang begitu tidak terjangka? Dan bagi yang menang masih mencari jawapan apa yang harus dibuat dengan kemenangan ini dan bagi yang kalah apa harus dibuat dengan kekalahan itu.

Suasana ribut dan kelam kabut di sana-sini belum lagi berakhir, bahkan nampaknya seperti akan berlarutan. Saya maksudkan dengan berlarutan ialah ke arah suasana ketidaktentuan politik yang lebih parah dan membawa implikasi yang lebih mengejutkan.

Barisan Nasional (BN) walaupun menang dan masih boleh membentuk kerajaan diperingkat pusat tetapi masih meraba-raba mencari formula untuk memperbaiki kelemahan dan mencari jalan untuk bangkit semula. Walaupun hasrat itu yang dinyatakan secara umum tetapi diperingkat akar umbi semua parti sedang melalui keributan. Tumpuan hari bukan pada mencari jalan untuk bangkit tetapi masih bergelumang dengan politik merebut peluang untuk mengambil kesempatan dalam keadaan parti yang lemah.

Di satu pihak lagi Pakatan Rakyat (PR) yang baru menang dibeberapa negeri sedang berhadapan dengan pengalaman baru memerintah, berdepan dengan pangkat dan juga harta awam. Masih terlalu awal untuk merasai beban untuk menerusakan survival dalam pemerintahan dan menunaikan janji-janji pilihanraya.

Sementelah pula kemenangan yang membawa kejutan dan kelam kabut politik ini seperti memberi harapan baru yang lebih besar kepada sesetengah orang yang berimpian besar bahawa kejayaan yang lebih besar boleh diraih jika kesempatan ini digunakan secara maksimum. Jadi dipenjuru ini juga arus politik sedang bergerak deras.

Kejayaan politik yang ditentukan oleh keputusan pilihan raya sudah jelas tetapi implikasi pergerakan politik selepas pilihan raya yang masih samar. Adakah ia akan berhenti setakat yang ada atau akan bersambung dengan perkembangan-perkembangan lain yang akan berlaku digelanggang sabung politik kepartian?.

Apa yang sedang berlaku dan apa kesudahan senario yang sedang berlaku, masih menjadi teka-teki banyak pihak, dan tidak ramai yang boleh menjawabnya.

Kategori:komentar Tags: , , ,
  1. hamzah abdullah
    April 11, 2008 at 3:14 pm

    Tahniah ! meter bacaan penulis cukup menarik , menyentuh keseluruhan sudut bukan sahaja percaturan antara parti lawan tetapi singgahannya menjangkau tggongjawab dan amanah yg terpikul pada pemimpin yg di lantik samada peringkat kerajaan pusat mahupun negeri – ngeri yang jatuh ke tangan Barisan keadilan rakyat .Cuma kesedudahan bacaan ini seolah olah belum berakhir kerana tidak ada terjemahan yang lengkap dan sempurna dari kacamata dakwah .Pendakwah tulin sudah pasti punyai cara yang asli bagi membina ummah dan kekuatan ,al quran sunnah , sirah ( sarat dgn peristiwa serta pengajaran ) boleh memberi jwpan muktamad dan pasti .

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: