Utama > fikrah > Hakikat Kedua

Hakikat Kedua

Setelah lama bergabung dalam harakah dan melalui tarbiah yang panjang. Dalam masa yang sama belum ada tanda Islam akan mengambil alih peranan kepemimpinan Negara. Lalu timbullah berbagai persoalan mungkin timbul tetang kebenaran jalan ini.

Satu persoalan yang sering diperkatakan ialah apakah natijah dari tarbiah yang panjang ini? Adakah kita sudah melahirkan produk yang kita kehendaki? Atau kita telah gagal? ……. Kesangsian yang timbul apabila melihat anak-anak harakah yang walaupun sudah lama mengikuti tarbiah tetapi dirasai belum dapat membuahkan hasil yang diharapkan.

Perkara ini timbul mungkin disebabkan oleh ketidakjelasan dari segi pengharapan terhadap natijah yang hendak dihasilkan oleh proses tarbiah itu sendiri. Boleh jadi setiap orang ada persepsi sendiri dalam menilai pencapaian. Persoalan ini jika dibiarkan tanpa dijawab dengan baik akan membawa natijah yang buruk bukan sahaja pada golongan lama itu tetapi juga kepada adik-adik yang baru.

Inilah hakikat yang kedua yang ingin saya sebutkan, iaitu bahawa natijah daripada tarbiah Islamiah ialah untuk melahirkan seorang muslim yang sebenar yang berjaya di sisi Allah dalam hidupnya di dunia dan juga akhirat.

Sebenarnya persoalan bilakah seseorang akan mencapai objektif daripada tarbiah dirinya sangat bergantung kepada bagaimana ia bertaamul dengan pengertian-pengertian (maani) tarbawi sesuai dengan posisi yang dia ada dan ujian yang ditempuhi dalam persekitaran hidupnya. Dengan erti kata lain, ia begitu tergantung kepada kemampuan seseorang untuk menjuruskan pengalaman hidupnya selari dengan syariat Allah s.w.t atau sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila berlaku pensejajaran antara nafsu dan syariat, waktu itu dia telah sampai dan tarbiah telah menghasilkan natijahnya.

Ia bukan terikat dengan menghabiskan silibus atau tempoh penglibatan tetapi proses mujahadah diri dan peningakatan dalam meninggalkan sifat-sifat mazamumah dan menghayati sifat-sifat mahmudah. Dari kalangan kita ada yang pernah pernah mendengar ungkapan yang manarik dari seorang ulama tarbiah Islamia yang menyebut: “ia bukan berkaitan dengan menghabiskan/ jarak perjalanan, tetapi salahi nafsu kamu nescaya kamu akan sampai“. Masanya untuk sampai mungkin lambat dan mungkin cepat, namun ia bukan proses yang tamat dimana-mana persimpangan tertentu.

Tarbiah dari buaian hingga ke liang lahad….mujahadah berterusan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Katakanlah wahai Muhammad jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu dikasihi Allah“.

Jika matlamat tertinggi yang didambakan oleh seseorang hamba ialah untuk mendapat kecintaan Allah maka laluan yang harus tempuhi ialah dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Mengikut sunnah adalah dengan mujahadah diri. “tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa“, hadis. Kita dapat memerhatikan dengan jelas kepentingan elemen “mujahadah nafsu” dalam tarbiah Islamiah.

Ulama memabahagikan nafsu kepada kepada sekurang-kurangnya tiga jenis:

  1. Nafsu ammarah iaitu nafsu yang menggesa buat jahat

  2. Nafsu lawwamah iaitu nafsu yang ada kesedaran apabila ia membuat maksiat ia mencerca dirinya

  3. Nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang terdidik sepenuhnya di mana dia tenang dan reda sepenuhnya dengan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t (mengikut sunnah Rasulullah s.a.w)

Tarbiah dengan itu satu proses yang menyeluruh dan berterusan. Seseorang hamba akan sentiasa teruji dalam pergolakan hidupnya dan sentiasa harus berwaspada.

Oleh itu ia sentiasa memerlukan tunjuk ajar, bimbingan, peringatan, nasihat, berpesan-pesan atas kebaikan, bersyura, bermujahadah, bermuhasabah diri dan menuntut ilmu secara berterusan agar ia tidak tersilap dan melakukan kesalahan yang menyebabkan ia gagal dalam untuk sampai kepada maqam takwa dan sekali gus menyebabkan ia gagal dalam proses tarbiah islamiah, walaupun ia memegang jawatan tinggi dalam harakah, orang pandang hebat, masyhur dikalangan manusia dan sebagainya.

Oleh itu kita tidak boleh ukur kejayaan tarbiah Islamiah ini dengan ukuran maddi tertentu. Sebagai contoh, kita mahu lihat dari tarbiah ini lahir orang-orang hebat, pemimpin, ke depan dan sebagainya. Kita boleh mendambakan natijah-natijah yang seperti itu tetapi yang kita harus faham ialah kita tidak dianggap berjaya walaupun kita berjaya melahirkan pemimpin, jika pemimpin yang kita lahirkan itu tidak adil dan amanah. Dalam saf kita kita boleh menerima berbagai bentuk natijah yang kita anggap sebagai kejayaan tarbawi. Seorang itu kita anggap sampai atau berjaya dalam tarbiah jika ia terlah mencapai maqam takwa walaupun ia seorang tidak popular dan mampu buat kerja yang tidak glamor pada pandangan manusia kini.

Sebab itu hasil hasil kejayaan dalam tarbiah boleh dilihat dalam berbagai bentuk. Kalau kita perhatikan dalam al-Quran dan hadis-hadis perkara ini sangat jelas. Tarbiah Islamiah tidak mendambakan satu bentuk kejayaan sahaja. Islam bukan hendak lahirkan orang kaya, berkuasa, berpengaruh, atau apa-apa bentuk yang material sifatnya.

Tetapi Islam mahu melahirkan manusia yang beriman dan bertakwa, ia boleh jadi

  1. Orang kaya yang bersyukur

  2. Orang fakir yang sabar

  3. Imam yang adil

  4. Alim yang takut kepada Allah

  5. Hamba yang khusyuk

  6. Mujahid yang berjuang dengan niat mati syahid

  7. Dan seumpamanya

Mereka semua berjaya dalam bentuk yang berbagai-bagai mengikut dinamika kehidupan dan potensi diri masing-masing. Dan segala bentuk kejayaan ini diterima dalam saf Islami. Setiap orang sesuai dengan potensi diri masing-masing boleh berjaya dalam tarbiah Islamiah. “setiap orang dipermudahkan untuk mencapai tujuan kenapa ia diciptakan”.

Ini tidak menafikan aspek-aspek pembangunan sumber manusia yang lain yang menjurus kepada pengembangan potensi diri manusia supaya cemerlang dalam menunaikan tugasnya dalam bidang-bidang dakwah tertentu. Tetapi apa yang saya maksudkan ialah dari segi ukuran kejayaan yang mana ianya mengikut nilaian tarbiah islamiah bukan terletak kepada perkara-perkara tersebut. Kita mahu lahirkan manusia yang memiliki kemahiran dan keterampilan dalam hidup, tetapi itu tidak menyelamatkan dirinya dan juga harakah jika kita tidak berjaya menanamkan konsep kejayaan yang sebenar dalam diri mereka.

Kategori:fikrah Tags:
  1. April 16, 2008 at 9:02 am

    Jzkk di atas penerangan ttg hakikat yang kedua ya ustaz. Dah lama menunggu siri-siri hakikat. Jzkk lagi sekali.

  2. April 16, 2008 at 3:21 pm

    Salam Ust…

    TQ for ur articels…

    Muslim today make me worry…

    Hopefully we’ll get guidance from Allah SWT…

  3. teman
    April 16, 2008 at 10:55 pm

    Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita semua utk mencapai makna kejayaan sebenar tarbiyyah insyaAllah.

  4. khalisah
    April 17, 2008 at 9:10 am

    salam ustaz..

    saya jadi terfikir..kalau kita recall seerah Rasulullah SAW..Allah hanya kurniakan negara kepada muslimin setelah mereka melepasi pelbagai tribulasi yang panjang di tanahair mereka sendiri..dan Allah hanya kurniakan negara kepada muslimin setelah Rasulullah SAW berjaya mendapatkan sejumlah individu (atau satu golongan masyarakat) yang benar2 bersih dan murni jiwa raga dan harta mereka untuk berperanan sebagai qaedah sulbah dalam sebuah negara..maksudnya kita mungkin tidak perlu menunggu sehingga semua masyarakat di malaysia berjaya ditarbiyyah atau telah mendapat kefahaman islam barulah kita akan memperoleh negara yang kita idamkan..dan mungkin juga kita sekarang bukanlah ‘gagal’ dalam erti kata sebenarnya walaupun sudah melalui proses yang panjang..cuma mungkin soal masa itu Allah belum mengizinkan kita menang kerana kita belum benar2 bersatu walaupun di kalangan yang mempunyai fikrah yang sama dan melalui tarbiyyah yang lama..jiwa raga dan harta kita juga mungkin belum benar2 bersih sebagaimana yang telah berjaya dicapai oleh awwalul muslimun dahulu..saya terfikir juga..mereka dahulu ketika dalam period mekah memang benar2 fokus untuk mengesakan Allah sahaja dan hanya itulah juga fokus mereka dalam menyebarkan dakwah kepada orang lain di sekitar mereka, tiada matlamat untuk merampas kekuasaan orang lain jika bukan atas dasar kerana Allah semata-mata..jika kefahaman, kesatuan dan kebersihan sebegini boleh dicapai di kalangan kita..walaupun jumlah kita masih sedikit..saya yakin sampai masanya Allah akan memberikan kita kemenangan..

    ini hanyalah pendapat peribadi saya..wallahualam

  5. Mei 4, 2008 at 9:45 pm

    jzkk for the article..

    saya tertarik dgn frasa ini:

    “Seorang itu kita anggap sampai atau berjaya dalam tarbiah jika ia terlah mencapai maqam takwa walaupun ia seorang tidak popular…”

    kadang2 kita selalu mengukur kejayaan dakwah melalui kejayaan2 yg bersifat luaran spt pertambahan ahli, banyaknya buku yg diterbitkan, undangan berceramah dll.

    sedangkan kita lupa aspek dalaman pada seorang da’i itu sendiri -adakah semakin dekat kpd Allah?bertambah khusyuk kah solat? semakin manis kah tutur kata?ini ialah indicator utk mengukur taqwa pada diri.

    ini tidaklah bermakna kita melupai terus aspek2 luaran tersebut.

    wallahua’lam

  6. agi
    Mei 8, 2008 at 8:29 am

    Sangat menarik rencana ini, disini dapatlah difahamkan bahawa manusia yang di anggap berjaya di sisi Allah adalah insan yang mengenal akan Tuhannya , menurut akan perintahNya dan meninggalkan apa yang di larangNya . Kejayaan seseorang Insan di mata Tuhan adalah Insan yang dapat menerapkan kehidupan mereka mengikut acuan Rasullullah , sebagaimana firman Allah: Apa yang diberikan oleh Rasul padamu ambillah. Apa yang dilarangnya, jauhilah.(surah Al-Hasyr:7) Rasullullah juga mengamalkan ketaqwaan dengan bersyukur sekiranya menerima Nikmat dan bersabar sekiranya di Uji (mendapat kesukaran dalam hidup).Orang kaya yang bersyukur adalah orang yang melihat Tuhannya, orang fakir yang sabar adalah orang yang melihat Tuhannya, Imam(pemimpin) yang adil adalah orang yang melihat Tuhannya dan sebagainya. Ukuran kejayaan atau kegagalan seseorang bergantung kepada ukuran Tuhan terhadap mereka, maka teramat penting seseorang merasa peka terhadap tanda-tanda yang Tuhan beri kepada kita.Percayalah Allah maha berkuasa dan kaya yang Dia tidak pernah menyembunyikan Diri , cuma kita tidak melihat apa-apa yang di perlihatkan terhadap kita. wallahua’lam.

  7. Jun 3, 2008 at 6:28 pm

    kejayaan sebenar dakwah..

    subhanallah!

    jzkk ya ustaz..(T_T)

    sgt menyentuh perasaan..huhu

  8. hafiz rantisi
    Jun 7, 2008 at 1:08 pm

    tiada apa yg bisa merubah kita dari kita yg merubahnya sendiri…..dunia ini seisinya tiada apa2 yg bermakna…berjalanlah diatas muka bumi ini dgn rs tnduk dan takut…bahawasanya allah maha mengetahui atas tiap2 sesuatu…allahuakbar..walillahillam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: