Utama > komentar > Tiada akhlak dan tiada rahmah dalam politik

Tiada akhlak dan tiada rahmah dalam politik

Sebelum ini saya ada tulis secara umum perkembangan dan kemungkinan berlaku selepas Pr 12 dan keputusannya yang mengejutkan.

Hari ini kita masih lagi menyaksikan berbagai telatah yang ditunjukkan oleh pelakun-pelakun utama politik tanahair. Namun belum ada petunjuk tentang bagaimana ia akan berakhir dan siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Yang kita harap ialah jangan sampai kepentingan umat tergadai.

Dicelah-celah ini berkumandangnya laungan “perpaduan perpaduan Melayu”. kita tidak tahu lama mana ia boleh bertahan. slogan yang baik tetapi dirobek robekkan oleh tarik menarik pihak-pihak yang berkepentingan.

Dalam keadaan luka politik belum terawat kita dikejutkan pula dengan kenaikan mendadak harga minyak yang membawa kepada kenaikan harga barang dan telah memberi sumbangan kepada peningkatan peratusan imflasi. Ramai orang jatuh miskin bukan kerana tida duit tetapi kerana kuasa beli berkurangan.

Masa terus berjalan. Dalam sibuk-sibuk PR meraikan 100 tahun kemenangan UMNO tawar PAS berkerjasama dengan tawaran yang cukup lumayan. sedang beberapa pemimpin PAS berhitung-hitung, tepikan orang bawah menyedarkan mereka dari lamunan. PAS tolak tawaran UMNO. Orang PR dan ahli PAS kembali lega.

Belum sempat sapu tahi mata, antara sedar dengan tidak Anwar dituduh liwat lagi. Kuat sungguh…tidak serikkah Anwar?. Kenapa Saiful ni bagi Anwar liwat dia berkali-kali, takkan dia pun suka, kalu tak suka kenapa bagi dah banyak kali baru report?.   Tak faham…

Anwar kata konspirasi tertinggi membunuh karier politik beliau, boleh jadi. Puak-puak konspirator ni pulak tak ada modal lain ke selain liwat?. Macam itu je yang sesuai??. Tak tahu lah kita apa jenis politik ni.

Suka tak suka itulah politik dan kerja orang politik. Tiada akhlak dan tiada rahmah dalam politik.

Kategori:komentar Tags:
  1. Julai 12, 2008 at 6:03 pm

    saya pun tak suka politik, tapi awek2 puteri umno lawa2 la kat kampung saya… tapi saya tak kacau, saya tunduk jer… zikir…?😀

  2. mohamad
    Ogos 5, 2008 at 5:59 pm

    I see..
    Tiada akhlaq dan tiada rahmah dalam politik.

    Maybe sebab orang yang rasa dirinya berakhlaq dan boleh bawa rahmah tak join politik.

  3. AAAAA
    Oktober 19, 2008 at 3:20 pm

    Tiada rahmah dlm politik??… cuba bayangkan sebuah kerajaan pro-keadilan memerintah… usaha2 dakwah islamiah tidak dihalang malah dibantu… rakyat tak kira kaum diberi perhatian yg saksama… adakah ini tidak cukup utk kita manyokong kepada perubahan ini.. adakah kita lebih suka kepada kerajaan yg hostile kpd gerakan islam… nak buat program susah apatah lagi nak dptkan bantuan peruntukan dan sebagainya ..jauh sekali… silap2 kena tangkap bawah ISA.
    Jgn kerana pendekatan kita bukan melalui politik, kita tidak menghargai usaha2 sahabat2 dlm medan politik … adakah ini ini yg dikatakan jalan berbeza matlamat sama… perlu bantu membantu utk menjayakan matlamat.????

  4. abuadil
    Oktober 21, 2008 at 2:27 pm

    akhi,
    “UMNO tawar PAS berkerjasama dengan tawaran yang cukup lumayan. sedang beberapa pemimpin PAS berhitung-hitung, tepikan orang bawah menyedarkan mereka dari lamunan. PAS tolak tawaran UMNO. Orang PR dan ahli PAS kembali lega.”
    kenyataan ini sepatutnya tidak berlaku selama kita sama2 gerakan islam. lainlah kalau isma berpandangan sebaliknya.

    Apabila berlaku keputusan PRU12 yang tidak diduga, apakah syara’ mendiamkan diri? Tiada panduan syara’ dalam keadaan sebegitu?

    Asasnya ialah maslahah ummah islamiah di malaysia. justeru majlis syura ulama pas terpaksa duduk dan berbincang. bukan soal bersama dengan umno, atau mendengar tawaran, tetapi lebih kepada explorasi(meminjam kata2 us nasha). Berdasarkan memahami waqi’ serta mendalami fiqh syar’i, PAS terpaksa membuat keputusan antara berbagai pilihan.
    Istilah qorodhawiy fiqh almuwazanah.
    Rasululullah sewaktu mengambil langkah strategik untuk menemui rombongan haji dari Yasrib, telah mengajak Abbas yang masih kafir. Aku tak jumpa dalam sirah bahawa baginda berbincang terlebih dahulu dengan para sahabat.

    teringat aku akan syeikh arrosyid, menyarankan agar kita memahami antara muzayadah ‘athifiyyah dengan mantiq maslahiy.
    mari kita baca buku baru beliau ” al-istinbat al-istratijiy”
    selamat bersangka baik.
    and i love you all.

  5. Oktober 22, 2008 at 5:08 am

    terima kasih Abuadil dan AAAAA

    “muzayadah ‘athifiyyah dengan mantiq maslahiy”.

    Memahami istilah Ahmad rashid ni mungkin dapat menyingkap banyak perkara disebalik tingkah laku politik hari ini.

    Berapa kerat manusia yang memahami dan membuat unjuran berdasar mantik maslahi berbanding berapa ramai manusia yang bertindak berdasarkan muzadah atifiyyah.

    Saya sokong tindakan PAS berdailog dengan UMNO tempoh hari. itu pun kenyataan rasmi ISMA. jadi tidak ada masalah.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: