Utama > renungan > “Wahnu al Azimah” Dan Rantaian Keaiban

“Wahnu al Azimah” Dan Rantaian Keaiban

Si lemah yang licik

Saudara kita, bersama di atas jalan dakwah, memahami apa yang kita fahami, berkongsi pandangan dalam semua perkara, tetapi apabila kita menghadapi persimpangan yang genting tiba-tiba ia meninggalkan kita dan memilih jalan lain.

Apa yang memisahkan kita?

Jawapannya ialah keazaman……perbezaan dari segi kualiti keazaman

Sebahagian kita yang tidak memiliki keazaman kuat akan memilih jalan lain apabila dunia dia tergugat.

Amat jauh bezanya antara keazaman tinggi yang terikat dengan firdaus al a’la (tertinggi ) dan keazaman rendah (wahnu al azimah) yang terbelenggu dengan kepentingan periuk nasi.

Ada kecacatan dalam tarbiah…sebahagian makna tidak lekat dihati…maka suluk rujulah (akhlak kepahlawanan sebenar) tidak terbentuk.

Apabila kamu dikerah pada hari kerahan untuk berjuang, hati kamu berat ke bumi?, adakah kamu reda dengan kehidupan dunia ??? … Tidakkah kamu tahu bahawa yang akhir lebih baik dari yang pertama?

Kawan kita boleh jadi meninggalkan kita dan memilih jalan lain di waktu kita berhadapan dengan hari-hari yang memcabar kerana pentingkan keselamatan diri dan bimbang terhadap sumber rezeki.

Rezeki sebenarnya tidak terancam kerana Allah yang menjamin rezeki, tetapi syaitan yang menakut-nakutkan.

“Kami tidak meminta kamu rezeki, sebaliknya kami yang memberi rezeki kepada kamu”

Fenomena meninggalkan jalan istiqamah satu yang tidak ganjil dalam dakwah ini, jadi apa yang menarik dengan “wahnu al azimah”?.

“Wahnu al azimah” sebenarnya sejenis penyakit hati. Pengidapnya bukan sahaja merosakkan dirinya dengan memilih dunia dari akhirat atau memilih jalan selamat diwaktu perjungan memerlukan pengorbanan, tetapi mereka akan menyesatkan orang dengan dakwaan kosong.

Tentu orang yang lemah terutama lemah keazaman tidak akan mengaku atau memperlihatkan hakikat dirinya yang berpenyakit tetapi sebaliknya akan mencipta seribu satu macam alasan untuk melindungi kelemahan dan meghias kelemahannya menjadi kebijakan dan kepahlawanan.

Dia akan cuba mencipta untuk dirinya keperibadian hero atau keperibadian islah yang inginkan kebaikan. Namun oleh kerana jiwanya yang lemah ia tidak mungkin manpu melaksanakan tanggungjawab dakwah yang berat dan memerlukan pengorbanan, sebab itu ia akan sentiasa melompat dari satu alasan ke satu alasan dan berpindah dari satu babak lakonan ke satu babak lakonan. Orang seperti ini biasanya bergerak di belakang tabir dan takut untuk berdepan atau turun medan.

Dia mungkin mendapat mengumpul sokongan dari saf yang lemah atau golongan yang “suzzaj” yakni cetek pengetahuan dan lurus bendul. Lagi ramai orang yang terpedaya lagi rosak dirinya dan dia merosakkan orang lain. Ini kerana penyakit itu tidak sekadar menjadikan dia berlakun sebagai hero tetapi akan juga mengalih kelemahan dan kegagalannya kepada orang lain.

Seorang yang mengidap penyakit ini tentu tidak punya keupayaan untuk membawa perjuangan atau menonjolkan qudwah dalam perjuangan yang penuh liku dan pengorbanan, oleh itu dia perlu mengalih pandangan umum daripada melihat kelemahannya dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Dia seolah-olah mahu memberitahu bahawa kegagalannya bukan kerana kelemahan dirinya tetapi kerana masalah orang lain Jadi orang lain itulah yang sebenarnya bersalah dan perlu dihukum. Maka dia akan mencari mangsa untuk dikambing hitamkan dan memulakan cerita palsu, mengeksploitasi kelemahan orang lain dan mencipta tohmahan untuk mengalih tumpuan.

Di sini kita dapat lihat bermula bahaya penyakit “wahnu ala azimah” berbanding sebab-sebab kelunturan istiqamah yang lain. Lagi merbahaya jika dia dapat menarik kawan-kawan yang sama berpenyakit bergabung dengannya. Dan lebih bahaya jika mereka menduduki tampuk kepimpinan. Mereka dengan lebih mudah mengorbankan mangsa-mangsa atas alasan kepentingan dakwah atau atas nama jamaah ..

Bahkan itulah saat-saat kebinasaan.

“Sahabat bertanya bilakah kiamat atau kebinasaan besar itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, apabila urusan kepimpinan diserahkan kepada mereka yang tidak layak, maka tunggulah saat kebinasaan”.

Bahkan bahaya tidak berhenti setakat mencipta keperibadian hero yang palsu, mengambing hitam orang lain tetapi dia akan lebih melampau daripada itu iaitu dengan seterusnya cuba memusnahkan kejayaan-kejayaan orang lain.

Daripada cenderung kepada dunia, berlagak sebagai lelaki muslih, meletakkan masalah kepada orang lain kepada berusaha menghancurkan kejayaan orang lain. Satu pakej yang dinamakan oleh Ahmad Rashid sebagai rantaian keaiban,

Lihatlah betapa bahayanya penyakit “wahnu al azimah” atau lemah keazaman kepada dakwah. Sangat penting kepada murabbi dan naqib memahami fenomena yang merbaya ini dan merawatnya dari awal pembentukan seseorang. Kadang-kadang tarbiyah di satu-satu tempat lemah atau naqib tidak ada pengalaman meningkat mereka yang berpenyakit ini ke dalam saf . Ini boleh menyebabkan saf dihinggapi oleh penyakit yang sukar dirawat.

Sebab itu saya pilih untuk membuat pendedahan ini, agar generasi baru khususnya murabbi-murabbi muda lebih peka dan mengambil pengalaman dari kesilapan silam. Saya berterima kasih kepada Abu A’la Al Maududi orang pertama yang saya baca mendedahkan penyakit ini dalam bukunya Tarkirah Duah.

Moga-moga ia juga memberikan keinsafan, kerana kadang-kadang orang mengidap penyakit ini tidak sedar bahawa dirinya berpenyakit.

Di samping itu, saya juga berharap ia boleh membantu kita dalam memahami dan mentafsir fenomena fitnah tertentu yang berlaku dalam jamaah. Kadang-kadang satu-satu isu nampak simple pada lahirnya, perkara biasa dalam perbezaan pendapat tetapi amat sukar di rawat dan diatasi. Ini kerana ia adalah masalah penyakit didalam hati. Dalam kes perbezaan fikrah biasa yang mana hati masih sejahtera, masing-masing boleh buat kerja dan memaafkan perbezaan tetapi dalam kes ini orang tidak akan berhenti sehingga dapat memusnahkan kebaikan orang lain.

Kategori:renungan
  1. Oktober 5, 2008 at 3:02 pm

    faham. jzkk.

  2. zafry
    Oktober 5, 2008 at 4:12 pm

    mencabar…mslh ini akan berterusan…namun daie perlu teruskan amal meskipun sentiasa terganggu..

    ‘orang tidak akan berhenti sehingga dapat memusnahkan kebaikan orang lain’

  3. noorikhwan
    Oktober 6, 2008 at 4:23 am

    Allahumma inni a’uzubika final fitan. Kesilapan dalam berpegang dengan manhaj amal adalah fitan, sebagaimana bahanya sikap ingin berehat dari tanggungjawab mahupun terburu-buru dalam langkah tanpa menilai marhaliah.

    Beramallah. Allah dan rasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat amalmu..

    Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita utk istiqamah di atas jalan yang jelas dan menjauhkan kita dari penyakit-penyakit hati lantaran bisikan2 nafsu dan syaitan..

  4. hazbanna
    Oktober 7, 2008 at 4:45 am

    Akhirnya ketemu jua perkataan tersebut “Wahnu al azimah”. Artikel yang sangat memberikan kesan dan pengajaran. Jazakallah khair.

    “Segerakan jual beli dengan Allah”

  5. suhailsufian
    Oktober 7, 2008 at 5:02 am

    na’uzubillah min dzalik !!!
    Sedikit perkongsian,
    1. Didalam salah satu bacaan ana, didalam sebuah buku psikologi, penyakit ini disebut sebagai “self deception ”

    2. Kebiasaannya penyakit ini dapat dirawat dengan ukhuwah dan faham shahih, dan fokus kepada matlamat.

    3. Biasanya perkara ini bermula dengan membina alasan (atau lebih tepat justification) apabila datang sahaja tugasan atau rintangan.

    Kepada murabbi, cuba sedaya upaya mentarbiah anak buah dengan zero alasan, walaupun alasan dia kuat, latih untuk merasa bersalah dan rasa tidak memberi alasan. Dan antara cara terbaik, ialah membuat tidak endah dengan alasan yg diberi.

    4. Antara sebab utama berlakunya perkara ini adalah kerana ego dan gagal mengakui kesalahan diri.

    5 Iblis merupakan pelopor didalam bidang ini.

    Ini sahajalah yang dapat ana kongsikan dalam sedikit bacaan ana. Harap boleh membantu. Wallahu A’alam

  6. Oktober 8, 2008 at 2:08 pm

    Salam,
    Bagi saya tidak perlu membuang byk masa utk membincangkan dan merasa bimbang yg berlebihan ttg org2 sebegini, kerana manusia2 sebegini sentiasa wujud dan akan terus wujud selagi dunia belum kiamat. Kita cuma perlu doakan dlm munajat kita kpd Allah agar org2 seperti ini akan insaf dan kembali semula bersama dakwah – bukankah doa itu senjata pendakwah. Yg penting kita perlu berfikiran positif selalu dan bergerak bersama2 org2 yg ikhlas dan istiqamah dlm mencapai misi & visi dakwah… Betul tak ustaz?

  7. ust.rushdan
    Oktober 10, 2008 at 4:17 am

    salam,
    …alasan-alasan yg dicipta bukan sahaja kerana menjaga periuk nasi, kerana mungkin periuk nasinya dah stabil… tetapi mungkin untuk menjaga pengaruh dan sokongan atau menjaga imej kepada idea-idea yang dibawa sebelum ini masih lagi reliven walaupun sebahagian melihatnya suatu kegopohan dan kegagalan…kita berlindung dengan Allah daripada penyakit seumpama ini

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: