Utama > komentar > Pengumuman Pak Lah Kurangkan Peluang Anwar

Pengumuman Pak Lah Kurangkan Peluang Anwar

Bagi 9. Okt. 2008 – Sudah lama saya tidak komen tentang tingkah laku politik dalam Negara kita. Ia bukan kerana tidak mengikuti perkembangan tetapi adegan-adegan yang dilaporkan pada pengamatan saya tidak sampai tahap merubah status quo atau membawa akibat yang besar. Saya pun tidak berminat untuk memperkatakan tentang gerak- geri orang politik semata-mata.

Kemenangan Anwar di Permatang Pauh satu yang sangat menarik perhatian ramai, tetapi umum masih berteka-teki terhadap sejauh mana ia akan membawa perubahan. Saya sendiri menunggu-nunggu kalau ia akan bawa perubahan khsusnya dengan kempen 16 September yang diwar-warkan. Saya kurang yakin, dan ternyata ia telah berlalu tanpa apa-apa perubahan yang dijanjikan. Hasrat Anwar ke Putrajaya tidak berlaku.

Namun kempen 16 September Anwar memberi impak yang berlainan. Ia telah meningkatkan tekanan dalam UMNO dan mendorong mereka membuat perubahan drastik yang sekaligus mengambalikan kepercayaan dalaman kepada kepimpinan parti.

Kini Pak Lah telah mengumumkan untuk tidak bertanding presiden UMNO pada pemilihan akan datang. Itu memang satu yang dijangkakan. Tekanan yang dibuat oleh Anwar diambil kesempatan oleh Najib untuk mendesak Pak Lah berhenti awal. Pergolakan dalam UMNO memang sudah sedia berlaku apabila Pak Lah didakwa Mahathir tidak tepati janji, apabila tidak menyerahkan jawatan Presiden kepada Najib seperti yang dijanjikan.

Rupanya pengaruh Mahahtir masih kuat dan tinggkah laku politiknya masih berkesan, namun jika tidak ada tekanan dari luar mungkin Pak Lah masih boleh bertahan.

Peralihan kuasa ini bukanlah penyelesaian yang diharapkan terhadap berbagai kekusutan dalam politk Negara. Ini mungkin boleh menghentikan countdown ke arah kemusnahan besar UMNO, tetapi bukan pakej penyelesaian yang diharapkan oleh Masyarakat berbagai kaum di Negara ini, atau hatta sekurang-kurang membendung tuntutan politik berbagai golongan.

Tugas sebenar ialah mengembalikan Negara kepada satu keadaan yang lebil stabil dari segi politik, ekonomi dan juga sosial dengan meninggalkan segala amalan politik yang tidak berakhlak dan menyimpang. Pada pandangan saya satu rumusan baru dalam konteks hubungan kaum diperlukan, semestinya patut digunakan sebagai kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan muslimin dan dapat memenuhi keperluan dan hak-hak bukan Islam.

Walaupun itu boleh boleh dianggap sebagai hasil tingkah laku politik Anwar, tetapi tentu pengumuman itu akan mengurangkan peluang Anwar untuk ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ini. Kerana ia akan mendatang Najib. Dan Najib walaupun dikatakan lebih tidak bersih tetapi ia dijangka dapat mengembalikan perpaduan kepada UMNO, memandangkan bawahan UMNO seperti sepakat dengan kepimpinan beliau.

Kategori:komentar
  1. abuadil
    Oktober 23, 2008 at 3:25 am

    anwar tetap anwar, umno tetap umno dan Islam tetap Islam, manhaj yang tersendiri dalam merobah kehidupan manusia.
    Yang penting bukan setakat analisa, tetapi duah memerlukan panduan syarak dalam menilai senario politik semasa, agar stand kita bertepatan dengan maqosid yang ustaz selalu sebutkan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: