Utama > renungan > Ruhaniyyah Seorang Pendakwah

Ruhaniyyah Seorang Pendakwah

Ruh adalah rahsia tuhan pada diri seorang insan. Ia seolah-olah software yang dipasang supaya manusia boleh bertindak balas dengan ayat-ayat Allah, dalil-dalil al kaun/tajlliyat rabbani yang akan menghubungkan manusia dengan Tuhannya.

Di hari manusia menyedari dan menggunakan fungsi ruh – yang ditempatkan didalam hatinya- di waktu itu bermula perjalanannya menuju Tuhannya. Bertolak dari keyakinan dan tauhid yang tulus sehingga ke landasan makrifah, takwa, tawakal dan kebergantungan hati sepenuh kepada Allah s.w.t.

Melaluli mata hati (kepekaan ruh) menusia boleh menikmati kelazatan jaulah fi alam malakut (musafir di alam malakut) yang mengatasi segala kelazatan nafsani.

Bahkan ia merupakan kelahiran baru bagi sesaorang insan apabila fayadhan (limpahan) yakin ruhi menguasai setiap tindak tanduknya. Ibadatnya, solatnya, zikirnya, amar makruf nahi mungkar, berdakwah, berjihad, melakukan seluruh tindak tanduk kehidupan semuanya dijadikan kenderaan yang digunakan dalam musafirnya menuju Allah.

Sebab itu da’i harus memberi masa yang cukup untuk ia menjaga hati dan membangunkan ruh. Marilah kita berdoa agar Allah membimbing kita kepada jalannya. kalau mata kasar kita berhajat kepada cahaya untuk melihat, maka begitulah mata hati perlukan cahaya petunjuk dari tuhan untuk kita mengenalinya.

Ya ikhwah ! Selamatkan diri dari kongkongan hidup nafsani yang akhirnya akan membawa kita kepada kekesalan, kesedihan dan gundah gulana. Pandulah ransangan nafsani dengan pandangan ruhi, waktu itu kita akan menikmati kebahagian dan ketenangan hidup yang sebenarnya, insya Allah.

Kategori:renungan Tags: , , ,
  1. nebula
    Oktober 26, 2008 at 4:40 pm

    syukran jazilan.

  2. ibnzakaria
    November 1, 2008 at 2:32 am

    Jazakallah.. Amat memerlukan..

  3. fuad tanta,misr
    November 2, 2008 at 5:31 am

    jazakallahu khoirul jaza’,ust…walaupun ringkas, terkesan di hati, padat dan mendalam maksudnya..

  4. Abu Hafizoh
    November 26, 2008 at 1:44 am

    jzkhrl jaza, kita amat-amat memerlukan tazkirah2 sebegini agar ruh keimanan semakin segar… kita amat rindu dengan bicara sebegini kerana ia mampu membangunkan hati2 yang sedang nyenyak tidur.. lena diulit dodoian dunia… subhaanallah…

    ustaz… tulislah lagi.. peringatan2 dan kalam2 ruhi sebegini… kami sentiasa menanti2 bicara ruh yang mendekatkan diri kita semua kepada Allah.ws

  5. zaiful
    Disember 13, 2008 at 6:11 pm

    doa hidayat untuk sekalian makhluk

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: