Utama > renungan > Maqam Amar Makruf Nahi Mungkar

Maqam Amar Makruf Nahi Mungkar

Saya gunakan istilah maqam kerana ia adalah satu hal hati yang tetap dan berpanjangan.

Seorang musafir /salik menuju Allah s.w.t melalui berbagai hal (keadaan hati). Antara hal yang tertinggi ialah ia melihat dirinya alat penting dalam penegakan amru (tadbir) Allah.

Setelah selari kehendaknya dengan kehendak Allah, dia mencari qurbahu (menghampirkan diri dengan Allah) dengan meletakkan dirinya di selenggara mengikut amri (tadbir) Allah s.w.t.

tidakkah bagiNya (Allah) segala penciptaan dan urus tadbir“.

dia mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan

Justeru da’i yang arif menyeru manusia kepada Allah, menyuruh manusia melakukan perintah dan meninggalkan laranganNya, bukan kerana (didorong oleh) habuan pada dirinya bahkan ia tidak lihat perbuatannya itu dari kelebihan dirinya.

Ia tidak syirik,,,Riya’ dan ujub satu jenis dari syirik.

Syuhud (penyaksian hati) terhadap tadbir urus Allah terhadap makhluknya dan hikmat kebijaksanaanNya disebalik qadha’ dan qadarNya tidak menjadikan seseorang manusia pasif menunggu, bertawakul dengan tafakkur, doa, nawafil (ibadat sunat) dan beruzalah daripada kehidupan dan menjauhkan diri dari manusia.

Sebaliknya menganggap usaha, berpayah-payahan, berpenat-penatan dalam menyeru manusia kearah menegakkan awamir (perintah) Allah sebagai hadiah rabbani yang memberikannya kelebihan dalam mendaki anak tangga dalam usaha menghampirkan diri kepada (qurbu) Allah.

Sebagaimana solat dan nusuknya wasilah littaqarrub (manghampirkan diri kepada Allah) begitu juga jihad, menanggung kesakitan, tekanan, dan beban amar makruf nahi mungkar fi sabil (pada jalan) menegakkan kebenaran dan meninggikan kalimah Allah adalah juga (sullam) tangga-tangga seterusnya untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.

Da’i ketika menegakkan makruf, ia tidak melakukannya kerana habuan dirinya (hazzhu an nafsi), dia tidak menegah kebatilan/kemungkaran kerana ingin menangkan dirinya, tetapi tulus semata-mata kerana melunaskan urusan terhadap Allah. Da’i yang arif melihat Allah (kuasa dan ketentuan) pada tingkah laku dakwahnya. Dan itu akan menjadikan ia lebih yakin, tenang dan bertawakal kepada Allah terhadap hasil dakwahnya.

“tidaklah panahan kamu ketika kamu memanah, itu panahan kamu, tetapi lah sebenarnya Allah yang memanah”.

Seorang yang melihat wujud mukawwin di sebalik al mukawwan atau al khaliq di sebalik al makhluk (perbuatan manusia juga makhluk) dan berjaya menafikan habuan diri dalam setiap perkara taat yang dilakukan, sesungguhnya ia telah berada pada satu maqam/kedudukan rohani yang tinggi disi Allah s.w.t.

Da’i yang arif bi llah dalam semua keadaan sentiasa mendaki.

“Katakanlah sesungguhnya solat ku, nusukku, hidupku, dan matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam”.

Takwanya, ridhanya, tawakkalnya, zikirnya, doanya, usahanya, dakwahnya, tarbiahnya, amar makruf dan nahi mungkarnya, sabarnya dalam menanggung tekanan semuanya pada jalan Allah. Dari Allah dan untuk Allah s.w.t dan akan kembali kepada Allah.

Kategori:renungan Tags: ,
  1. November 6, 2008 at 9:50 am

    salam.bahasa yang high level.macam bhasa sufi.artikel menarik.jzkllh

  2. November 10, 2008 at 6:38 am

    ini bukan bahasa sufi, tapi BAHASA DAIE🙂

  3. Abu Hafizoh
    November 26, 2008 at 1:52 am

    ana pun nak kongsi juga… ia juga bahasa ruh iman yang berkata2…subhaanallah… Baarokallahu fiikum…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: