Utama > renungan > Peliharalah Allah, nescaya Allah memelihara kita

Peliharalah Allah, nescaya Allah memelihara kita

Ya Ikhwan!

Hammu (concern) seorang Muslim hanyalah pada zat Allah. Darinya segala yang berlaku sama ada yang baik atau yang buruk dan kepadaNya jua kembali segala urusan.

la mal ja’a wala manja minka illa ilaika”, maksudnya tidak tempat berlindung dan tiada tempat yang menyelamatkan diri dari Mu ya Allah kecuali kepada Kamu”.

gambar-petang

“Wahai tuhan tiada yang menghalang apa yang Kamu beri, tiada yang memberi apa yang Kamu halang, tiada orang yang boleh tolak apa yang telah Engkau tentukan, tidak manfaat kesungguhan mereka yang bersengguh (untuk mengubah apa yang telah engkau tetapkan)”

Ini sebuah bicara dari lubuk hati.

Asas dalam tauhid ialah menolak iktibar (menggangap) selain dari Allah memberi bekas dalam apa-apa tindakan. Manfaat dan mudharat hanya dari Allah. Tetapi diri manusia telah terlekat kuat dengan undang-undang tabe’i sehingga mereka meletakkan kepergantungan hati kepada sebab bukan kepada Tuhan kepada segala sebab.

Hati terikat dengan nikmat, sedih dengan kedatangan nikmah (malapetaka), melihat kedatangan manfaat dan mudharat daripada makhluk. Hati mereka terikat dengan makhluk lebih dari keterikatan mereka dengan Allah.

Padahal Nabi s.a.w menyebut apa yang maknanya, “Kalaulah satu umat berkumpul untuk memanfaatkan kamu nescaya mereka tidak akan dapat manfaatkan kamu kecuali apa yang telah ditetapkan untuk kamu, dan kalau satu umat berkumpul untuk memudharatkan kamu, mereka tidak akan memudharatkan kamu kecuai apa yang telah ditentukan ke atas kamu”.

Telah terangkap kalam dan dakwat pada sahifah pun sudah kering” . Maksudnya, segalanya surat ditentukan dalam suratan taqdir.

Ya Ikhwan !

Mari kita menjaga hati kita dengan ketulinan tauhid dan kebenaran tawakal. Buang dari hati kita segala iktibar selain Allah. Hayatilah sepenuhnya Rahman dan Ihsan-Nya. Saksikan mahabah-Nya sehingga kita mengasihi-Nya. Pastikan tertahkik pada diri kita sifat ubudiah yang sempurna. Kalau kita mahukan kemuliaan hinakan diri kita kepada-Nya, kalau kita mahukan kekayaan , faqirkan diri kita dihadapan-Nya dan begitulah seterusnya.

Hilangkanlah segala keresahan dan kebimbangan, letakkan kepergantungan sepenuhnya kepada Allah, serahkan segala urusan kepadanya, “apabila kamu hendak meminta, mintalah dari-Na dan apabila kamu mahu mahu minta tolong, minta tolonglah daripada-Nya”.

Setelah itu, sibukkan diri anda dengan apa yang Dia mahu dari anda, jangan sibukkan diri anda dengan perkara yang Dia telah jamin untuk anda.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya menghambakan diri kepadanya dengan setulus ketundukan”,

“kami tidak minta dari kamu rizki sebaliknya kami yang memberi rezeki kepada kamu”.

Ya Ikhwan !

Inilah landasan hidup muslim, apabila kita mahu Allah menjaga kita, kita jagalah apa yang Allah mahu dari kita. KEMURNIAN TAUHID, KEBENARAN UBUDIAH, TAWAKAL YANG TOTAL DAN AMANAH TERHADAP HAKNYA. Sibukkan diri kita dengan menjaga perkara-perkara ini, bukan dengan apa yang dilakukan oleh manusia dan apa yang mereka kata. Biarkan apa yang mereka buat dan apa yang mereka kata, pintalah kepada Allah s.w.t apa yang baik darinya.

Sambungan hadis,,,…..”peliharalah Allah nescaya Ia berada pihak kamu”.

Kategori:renungan Tags: ,
  1. November 24, 2008 at 4:44 am

    jzkllh yg ustz atas peringatan kerohanian yg bermakna

  2. November 25, 2008 at 5:26 am

    salam ustadz..tajuk ustadz yang smpaikan teringat saya buku tulisan Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni,ihfazillah yafazhka…kebanyakan manusia bergantung sumenya pd Allah, disebabkan ketulusan Tauhid pada Allah…kadang2 kita alpa yang segala disekeliling kita ada hubung kait dengan Allah, jika kita kehilangan barang atau rosak, mungkin ada dosa kita pada Allah, kita tak pelihara hubungan kita dgn Allah Azza Wa Jalla, that’s why Allah menegur kita…..jika kita jaga hubungan dengan Allah dan melakukan perkara2 sunat, Allah akan bagi lebih kat kita.i2 lah kelebihan klu ihfazillah…

  3. Abu Hafizoh
    November 26, 2008 at 1:49 am

    Allahu yahfazok ya ustaz…. jzkllh khrl jaza… teringat ana kepada ayat al-Quran di dalam surah al-an’am yang membincangkan tentang aqidah…Qul ayyu syai’in akbaru syahaadah…. qulillah…ws

  4. ibnzakaria
    Disember 2, 2008 at 3:19 pm

    satu tazkirah yang cukup bermakna dan terkesan. tertunggu-tunggu juga tajuk sebegini diolah oleh yang lebih arif. moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita kerna hanya Dia sahaja tempat kita bergantung.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: