Utama > komentar > Keaslian Fikrah Menuntut Keunikan Projek Siasi Kita

Keaslian Fikrah Menuntut Keunikan Projek Siasi Kita

pulang-senja

“Mereka sahaja yang betul, orang lain semua tak betul, tak ada tarbiyah, tak asolah dan sebagainya”. Itulah antara persepsi setengah kawan-kawan terhadap ISMA. Setengah tu sampai kepada saya, seolah-olah itu lah komen ikhwah ISMA kepada orang lain.

Saya sendiri tidak setuju dengan bentuk dakwaan sebegitu…. Kita boleh buat apa yang kita faham dengan sungguh-sungguh tanpa perlu melukakan hati sesiapa dengan komen-komen tertentu.

Saya harap itu bukan satu yang benar-benar berlaku atau hanya persepsi. Kita iktiraf kerja semua orang dan tidak harus memandang rendah terhadap ijtihad sesiapa. Namun ini tidak juga harus menghalang kita memberi pandangan kita walaupun mungkin berbeza dengan pandangan orang lain.

Saya juga harap semua pihak dapat menangani perbezaan pandangan dengan cara yang positif. Kalau pandangan saya betul saudara boleh terima kalau tidak, biarkan ia diruangan tasamuh /tolerensi. Ungkapan saya pada noktah yang berbeza bukan untuk mengkritik orang lain, tetapi bagi menjelaskan pandangan saya sahaja.

Ok, terima kasihlah atas teguran. Saya mulakan dengan muqadimah ini sebab bimbang nanti ada juga orang yang silap faham dan terasa terhadap apa yang akan saya tulis.

Saya berpegang kepada;

a) “Agama adalah nasihat” dan

b) “Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit”

Dan saya tetap menjunjung pesan Allah s.w.t kepada Nabi Musa a.s, “Cakaplah kepadanya (Firaun) dengan kalimah yang lembut, mudah-mudahan ia beringat atau merasa takut”. Kalau itu gaya bahasa yang digunakan untuk bercakap dengan Firaun, maka lebih lagilah sesama kita.

Sebenarnya bukan itu yang sebenarnya saya nak cerita. Topik saya lebih besar dari itu, iaitu berkaitan dengan keperluan mempertahankan istiqlaliyyah (keunikan) dalam projek siasi kita sebagai harakah Islamiyyah.

Keghairahan kita dalam mengejar hasil yang dekat kadang-kadang melupakan kita bahawa ia boleh membawa akibat buruk untuk jangka masa panjang. Apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan pencairan terhadap keunikan projek Islam dalam projek sekular yang lain adalah suatu yang tidak tepat pada pandangan saya.

Pada saya ketulinan fikrah dan keaslian sumber kita sepatutnya menjadikan projek Islam satu projek mutamayiz (unik) yang harus sentiasa dijaga /pelihara dari sebarang percampuran dengan ideologi lain yang mencampur adukkan antara hak dan batil.

Saya tidak menolak tahaluf (kerjasama politik) dalam perkara yang disepakati untuk kepentingan umat dengan sesiapa sahaja yang tidak menentang Islam. (istianah /tahaluf dengan golongan yang menentang Islam bagi saya satu yang dilarang syarak).

bingungTahaluf dalam Islam adalah satu metode pengecualian dalam konteks hubungan politik. Maka ia harus dalam skop tertentu yang jelas bagi dua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama pihak Islam masih mustaqil /tersendiri dengan identiti dan agenda mereka. Tidak mungkin terjadi satu masa agenda Islam bercampur baur dengan agenda lain yang akhirnya membawa kekeliruan atau ketidak jelasan. Itu satu kemudharatan yang besar kepada projek Islam untuk jangka masa panjang.

Bagaimana agenda Islam boleh bercampur dengan agenda sosialis, liberal atau demokratik sekular. Dia akan jadi apa akhirnya??

Anda mungkin berhujjah dengan fikh muwazanah, fikh maslahah atau fikh dhorurah tetapi anda tentu tahu bahawa kaedah itu semua hanya boleh di implimentasikan dalam soal teknikal, pendekatan dan wasail bukan masalah pokok. Bagi saya tamayuz dari segi agenda adalah satu masalah pokok, kerana ia melambangkan akidah, pendirian dan identiti politik kita. Kalau Islam, Islam lah dan kalau tidak-tidaklah tak kira apa namanya sekali pun.

Al kufru millatun wahidah”, maksudnya; kekufuran itu adalah satu agama (walaupun namanya mungkin berbeza).

Mazhab multy racial yang menyamakan manusia Islam dengan manusia tidak Islam, menyamakan Allah dengan berhala, menyamakan ajaran Islam dengan ajaran agama lain, tidak mungkin boleh disernegikan dengan dasar Islam. Tak kan kita nak balik zaman Moghul??? Atau nak buat PANCASILA ala Malaysia?

Maksudnya dalam kita bertahaluf dan berpolitik jangan sampai meleburkan identiti, melenyapkan kelainan /keunikan dalam agenda kita sehingga kita lebur dalam agenda bukan Islam atau mencampur baurkan agenda Islam dengan bukan Islam.

Ini peringatan bagi yang dah lama berada di medan, maka bagi yang baru khususnya kumpulan atau aliran-aliran kecil harus syaratnya lebih ketat lagi, kecuali mereka nak jadi kumpulan menumpang untuk selamanya.

Bayangkan masyarakat tidak begitu kenal organisasi kita, tidak kenal tokoh kita, tidak pernah dengar pandangan kita, tidak pernah tahu tentang projek kita, tiba-tiba kita masuk dalam tahaluf siasi dengan menyerapkan segala-galanya dalam agenda orang lain entah Islam, entah tidak. Tentu timbul persoalan, mana keunikan fikrah kita, keaslian sumber kita, bagaimana kita boleh sisipkan agenda kita dalam agenda orang lain sebegitu rupa?.

Saudara !

Ada satu kaedah yang digunakan oleh ulama’ dalam membuat dasar penglibatan politik iaitu kaedah saddu azzariah atau teori menimbang natijah (al maal). Dalam kontek perbincangn yang saya utarakan anda boleh gunakan kaedah ini untuk menentukan hukum pendirian yang anda ambil. Dalam keadaan yang saya sebutkan yakni kita belum jelas identiti dan projek tiba-tiba kita bertahaluf /kerjasama dengan format yang boleh meleburkan keunikan projek Islam dalam projek sekular, tentu ia akan membawa kepada nitijah yang sangat buruk iaitu akan melenyapkan agenda kita sendiri dari wujud dalam arena percaturan politik Negara untuk selamanya.

Itu tentu satu kemudharatan yang besar. Oleh itu menjalankan kerjasama atau tahaluf yang boleh membawa kepada keaadan tersebut jelas menyalahi kanun pemikiran Islam kerana ia boleh membawa kepada natijah yang amat memudharatkan projek Islami yang anda bawa.

Kategori:komentar Tags: , ,
  1. abuadil
    November 27, 2008 at 9:40 am

    jazakallah ya ustaz,
    kita amat memerlukan pandangan yang relevan dan realistik, agar mudah difahami. hipothetikal dan generalisasi wajar dielakkan walaupun kadangkala mengguris perasaan orang lain. bukankah karat2 besi mesti dibersihkan dulu agar kimpalan yang sempurna terhasil.

    berhubung soal asolah, perlu dijelaskan secara berbutir, apakah yang kita maksudkan asolah.apakah ianya asolah islami yang qoth’iy atau ia juga merangkumi aspek ijtihadi. atau (maaf ambe menyebutnya) asolah ikhwani.
    asolah ikhwani ini pun sukar diperjelaskan baik ahli ISMA, atau Haluan atau JIM dalam perbincangan dengan mereka. sedangkan perkara ini tidak berlaku sekiranya mereka bersepakat atas sawabit ikhwani tanpa menambah atau mengurangi atau memberati atau beringan-ringan. hingga kini (lebih 30 tahun)anda semua belum mampu duduk atas platform bersama! Malang sungguh ummat di Malaysia!!!!!!

    Soal tahaluf, tentulah berkait dengan PAS.
    akhi,
    Aku pendokong PAS, aku cukup sedar apa yang anta sebut. Tapi sebahagian kami dalam PAS masih dan istiqomah melihat semua persoalan berdasarkan aqliah fiqhiyah. Kami mengambil semua alat2 penimbang syarak, samada fiqh syar’i, fiqh waqi’, fiqh maslahah dsb. sudah tentu fiqh syar’i merangkumi saddu zaraai’ dan maslahah mursalah. Aku yakin Presiden kami akan mempertahankan manhaj ini.

    Sebagai tugasan untuk anta, ya akhi, tulislah sebanyak mungkin tentang manhaj amal islami yang asolah, agar kami dapat manfaatkan. Kami, pendokong PAS amat menghargainya.

  2. Pro Reform
    November 28, 2008 at 3:35 am

    Ustaz,
    Dipendekkan cerita…. apa alternatifnya?? Bagaimana projek Islam boleh ditonjolkan didlm situasi politik di msia sekarang ini… membiarkan ia berlalu saya rasa bukan satu alternatif.. Allaahu A’lam

  3. November 28, 2008 at 6:35 am

    Mantop! Suatu yang perlu dihadam. Penegasan pendirian diri mendahului dakwaan sekalipun kemungkinan dakwaan bersifat benar..

  4. U_Insyirah
    Disember 8, 2008 at 9:27 am

    Pendirian ramai individu di dalam sesuatu badan tidak bererti badan tersebut berpendirian seperti individu-individu yang ada di dalamnya.

    Maka dengan itu adalah amat penting untuk suatu badan mempunyai manhaj yang jelas, kemudian menterjemahkan cara apa yang praktikal untuk memenuhi tuntutan semasa, dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjayakan projek mengembalikan ketuanan islam.

    Kemudian setiap individu dalam satu badan perlu jelas apa matlamat dan apa agenda yang disusun di dalam badan tersebut.

    Ana lihat dalam banyak badan islam di Malaysia, mempunyai beberapa fenomena:

    1) Keputusan yang dibuat tidak berpegang kepada dasar badan itu sendiri
    2) Dalam meraikan kesatuan matlamat pelbagai dengan pihak lain, banyak mengorbankan prinsip
    3) Tidak mampu menterjemahkan matlamat kepada agenda/amal yang tersusun
    4) Tiada istiqamah dalam berpegang dengan islam dan menerima kecairan
    5) Kegagalan dalam beramal secara syumul sepertimana islam itu diturunkan

    Yang pasti langkah-langkah untuk mengembalikan islam ke ustaziyatul alam bukanlah langkah yang boleh dibuat sekaligus, tetapi bertapak-tapak. Mungkin mengambil masa yang sangat lama, yang kita sendiri tidak sempat melihat natijah kemenangan itu.

    Kadangkala gopoh gapah ingin melihat natijah di depan mata, sedangkan Allah hanya melihat usaha yang cantik dan ikhlas.

    Semoga Allah kurniakan kita hati yang lebih sabar dan tiada gopoh, fikiran yang lebih jelas, amal yang tersusun, kemahuan bekerja dengan keras dan tidak larut dengan pencair-pencair islam

    Allahua’lam

  5. abu uways
    Disember 22, 2008 at 5:55 am

    apa jua teguran mestilah dengan cara yang baik dan berhikmah..dan apa jua teguran mestilah diterima dengan hati yang terbuka bukan terasa hati..ana harap Islam akan kembali ke hati2 umat Islam di Malaysia..kita akan terus bekerja walau apa jua mihnah yang melanda..semoga Allah satukan kita atas jalannya..

  6. Abu Usaid
    Disember 25, 2008 at 6:55 pm

    Alhamdulillah..power..berkocak seketika. Ini baru lontaran pandangan. Nampak sangat kita amat kekurangan serba serbi, hatta sekadar pandangan.. x ada model. Bukan sekadar 30tahun, yang 50 tahun dah pun x boleh tunjuk model, terumbang-ambing, kluk-klek….sedih..semoga amal kita lebih maju utk ISLAM…biar amal jadi jurucakap….

  7. Razik
    Januari 4, 2009 at 10:04 am

    wks

    Sila bagi sikit contoh yang lain dari formula yang dah ada di Malaysia ni…ikhwah yang berada di Malaysia samada di PAS, ABIM, JIM dan sebagainya telah berusaha sedaya upaya mereka dalam realiti yang ada…….kalau ada lagi orang nak kata ada satu lagi yang unik…….ni yang nak dengar ni

    Takut2…..cakap tak serupa bikin atau bila bikin,,,,benda yang sama juga di buat….sabar dan jaga2 bila berkata2 terhadap apa yang telah di perjuangkan oleh orang2 yang terdahulu

    Mereka juga ikhlas dan berusaha sedaya upaya mereka
    dalam kelemahan yang ada

  8. hurm..
    Januari 5, 2009 at 11:02 am

    zaman hasan albanna pun dah ada lagi banyak jemaah tapi im tetap bergerak tanpa membelakangi peranan jemaah lain.. x gitu… wasslam

  9. abuadil
    Januari 9, 2009 at 6:08 am

    aku masih menunggu secara berbutir apa yang disebutkan keaslian fikrah.

  10. Razik
    Januari 29, 2009 at 12:10 pm

    wks

    ini kali kedua saya membaca artikel ini dan saya2 sungguh berharap agar ustaz abdullah zaik atau ikhwah dalam ISMA dapat melontarkan sedikit inspirasi kepada istilah projek siasi yang UNIK ini, jangan GAH je ye!!

    Jangan tunggu lama2, nanti di tinggal orang

    wasalam

  11. Bersatulah!
    Januari 30, 2009 at 2:30 pm

    Salam,

    Setuju dgn Ustaz. Dalam usul 20 pun ada dinyatakan tentang kaedah melihat natijah ni tetapi ia lebih tertumpu kepada hukum kita melawan maksiat.

    i) Wajib – Kalau maksiat dapat dihapuskan serta-merta atau natijah baik akan lebih besar drpd natihaj buruk yg akan timbul.

    ii) Haram – Kalau membawa kpd mudarat yang lebih besar.

    iii) Kalau mudarat yang akan timbul sama besarnya dgn mudarat yang ingin kita cuba hapuskan – maka ini bergantung kepada ijtihad kita dan tidak salah.

    Allahu A’lam.

  12. radzhi
    Mei 29, 2009 at 11:32 am

    “Agama adalah nasihat”
    MASALAHNYA NASIHAT DARIPADA SIAPA? KALAU NASIHAT ITU DARI RASULLULLAH, BARULAH TEPAT…..

  1. Disember 2, 2008 at 6:24 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: