Utama > komentar > Masalah “Taghlib siasi” atau dominasi tobo’ siasi

Masalah “Taghlib siasi” atau dominasi tobo’ siasi

Tobo’ ruhi adalah acuan asli bagi harakah Islamiah .

Perkataan tobo’ saya ambil dari at Tab’u, iaitu satu bentuk acuan diri pada pada manusia samada secara semulajadi atau datang dari pembawaan tertentu. Mungkin dalam bahasa melayu kita boleh guna perkataan tabiat, namun saya tetap nak popularkan perkataan tobo’ sebagai sebutan kepada perkataan at tab’u.

Taghlib (arus dominan) siasi merupakan satu tobo’ pada organisasi hasil dari pembawaan qiadah atau anggotanya yang mana acuan/tobo’ siasi mereka mengatasi tabiat tarbawi.

Dalam pengamatan yang panjang, saya mendapati sekurang-kurangnya ada dua kategori tobo’ yang menonjol yang mewarnai organisasi Islam di dunia ini;

1. Tobo’ tarbawi ruhi dan

2. tobo’ siasi.

Antara keduanya ada tahapan yang berbeza-beza dalam tarbawi dan siasinya.

Pada dasarnya tabo’ ruhi harus sentiasa dominan pada tingkahlaku pertubuhan Islam, kerana ia beroperasi dari muntalak (titik tolak) iman, amal, persaudaraan dan kasih sayang, namun latar belakang tarbiah /kecenderungan individu atau pengaruh persaingan politik boleh mengubah tabo’ asli ini kepada tabo’ siasi.

Wujud tabo’ siasi ini tidak semestinya membayangkan banyak keterlibatan dalam aktiviti politik. Kadang-kadang ada golongan, banyak melakukan aktiviti politik tetapi ia melakukannya dengan berprinsip, menjaga akhlak, telus, iltizam hukum hakam, menghormati peraturan, maka ia masih dikira memiliki tobo’ ruhi.

Tetapi ada golongan yang penglibatan politiknya tidak setara mana, tetapi sikap dan cara bertindaknya penuh dengan manipulasi, konspirasi, menfitnah, membunuh syakhsiah, menjatuhkan orang dan sebagainya.

Mereka yang telah sebati dengan tobo’ siasi kadang kala tidak sedar bahaya tindak-tanduk mereka. Talbis (pengeliruan) iblis menjadikan kebatilan nampak seperti kebenaran.

Mereka pandai menutup niat buruk dengan ibarat-ibarat warak dan taqwa. Tipu muslihat disebut sebagai strategic management. Mereka tidak sedar dalam pada itu mereka sebenarnya sedang mempermainkan prinsip, iltifaf haula (berdolak dalih) terhadap undang-undang, memutarbelitkan keputusan, mengambil mudah terhadap nilai akhlak, memandang enteng pada hukum-hakam dan sebagainya.

Atas alasan dhorurah dan maslahah mengalalkan itu semua.

Tobo’ siasi biasanya wujud pada orang yang cara fikir mereka sentiasa mahu menguasai orang lain. Mereka sangat pentingkan kuasa dan pengaruh. Hubungan dengan orang lain adalah hubungan ialah control, dominasi, hegemoni dan manipulasi.

Mereka boleh sahaja melakukan double standard. Dalam masa mereka menentang kezaliman, mereka boleh menindas orang lain. Mengekalkan dominasi, control dan pengaruh adalah prinsip bagi mereka, yang lain semua wasilah.

Sebagai contoh dalam pada mereka menentang perlaksanaan undang-undang ISA, mereka boleh menghukum orang tanpa bicara. Pada waktu mereka berjuang untuk good governens dan pemisahan kuasa, bila mereka berkuasa, mereka boleh menuduh tanpa bukti, mereka boleh menjadi pendakwa dan hakim pada masa yang sama. Pada waktu mereka menuntut keadilan dan penguatkuasaan undang-undang, mereka boleh mengabaikan keadilan dan mengeluarkan hukum tanpa perlu berlandaskan undang-undang.

Tobo’ ini boleh digambarkan wujud dengan meluas dalam parti politik khususnya parti sekular, namun ia juga boleh wujud dalam parti Islam dan juga dalam pertubuhan Islam yang lemah tarbiah imaniah dan penguasaan syaraknya atau dikuasai oleh golongan yang membesar dengan tobo’ siasi dalam tarbiah mereka.

Kebanyakan kita faham bahawa taghlib (dominasi) aspek siasi mengatasi aspek tarbawi merupakan satu simptom penyelewengan dalam harakah Islamiah. Namun sesetengah kita tidak berapa faham maksud ibarat tersebut, apabila kita sebut taghlib siasi, kita lihat pada saiz penglibatan siasi, dan apabila kita mendapati penglibatan siasi kita tidak seberapa, kita kata, “oh! kita tidak melakukan taghlib siasi”, pada hal, pada masa yang sama ‘tobo’ tarbawi sudah tidak dirasai kewujudannya lagi. Lalu kita tidak faham apa masalah kita dan tidak tahu bagaimana nak berubah.

Ya, taghlib siasi juga berlaku disebabkan oleh hilang keseimbangan dalam penekanan dari aspek aktiviti dan perlaksanaan. Pada awal pembentukan tobo’ tarbawi masih dominan tetapi apabila setelah masuk politik, harakah bertukar warna, menjadi tidak jauh beza dengan parti sekular. Safqah siasiah (perniagaan politik), menggadai apa sahaja demi mendapat populariti, tahalufat (kerjasama) yang mengorbankan prinsip untuk meraih kemenangan dan sebagainya boleh berlaku.

Dulu keutamaan ialah menengakkan prinsip, sekarang keutamaan mendapat kuasa pula. Bayangkan berapa banyak mana mizan/neraca akan berubah.

Dalam konteks harakah islamiah sepatutnya berlaku keseimbangan antara pengembangan tarbawi dan peluasan amal siasi. Tidak mungkin bagi harakah islamiah bertolak ansur dalam hal ini, kerana peluasan siasi yang tidak terkawal bukan sahaja boleh menghilangkan tobo’ tarbawinya (yang merupakan sifatnya yang asli) bahkan akan menyebabkan ia bergelumang dengan masalah-masalah organisasi yang dihadapi oleh parti-parti politik sekular dan akhirnya mencampaknya jauh dari landasannya yang asal.

Saya melihat dua fenomena ini berlaku dengan ngerinya dihadapan mata saya. Justeru saya terpanggil untuk mendahulukan topik ini ke atas topik yang lain. Menjadi dasar saya untuk tidak menyebut di mana dan pada siapa perkara itu berlaku, kerana tujuan saya bukan untuk mengkritik sesiapa tetapi untuk merakamkan pengalaman supaya dapat diambil pelajaran oleh generasi baru dakwah ini.

Sebagai pelajaran kita harus memperketatkan proses peringkatan dalam tarbiah, keanggotaan dan ta’mir (perlantikan pemimpin) terhadap mereka yang memiliki tobo’ siasi dan harus sentiasa peka dalam menjaga keseimbangan dalam penglibatan politik dan tarbiah, jangan kerana syok mengejar kuasa atau pengaruh sehingga memandang mudah terhadap prinsip.

Kategori:komentar
  1. abuadil
    Disember 9, 2008 at 10:24 am

    tulisan ustaz cukup baik sebagai usaha membicarakan tentang manhaj tarbawi haroki.
    agar tidak bersifat haipothetikal dan generalisasi, perlu direalistikkan agar pendakwah lebih memahami hakikat medan amal di Tanah Melayu ini. mana2 pun jazakallah khairan kathira.

  2. Disember 9, 2008 at 1:08 pm

    Orang yang lemah selalu inginkan kuasa….harapan mereka agar dengan kuasa mereka akan nampak hebat. Setelah berkuasa, mereka berusaha untuk mengekalkan kekuasaan. Alangkah sedih nya apabila amanah Kuasa atau authority hanya bermanfaat untuk tujuan peribadi bukan lagi untuk melebarkan da’wah…..

  3. Disember 15, 2008 at 6:17 am

    Jzkk.. Mendo’akan muga kepimpinan ISMA silih generasi senantiasa berada dalam tobo’ tarbawi yang asli…

    Kepada-Nya kita panjatkan harapan. Allahu akbar!!

  4. abu uways
    Disember 22, 2008 at 5:39 am

    jkk..harap2 kita dapat terus memilahara asolah kita sentiasa..kerana ramai bermula dengan yang baik akhirnya berlaku sedikit kecundang dalam amal..semoga terus maju jaya..amiin..

  5. Razik
    Januari 4, 2009 at 9:36 am

    askm
    saya rasa kurang senang dengan perumpamaan tobo’ siasi dikalangan para2 da’i sebagai sifat2 yang buruk seperti fitnah, gila kuasa, dominasi, enteng prinsip dan pelbagai lagi sifat yang buruk
    ikhwan di mesir, jordan dan sudan terlibat dalam politik yang memerlukan mereka bertindak sebagai parti politik, politik bukanlah sesuatu yang buruk, ianya satu yang daruri di dalam Islam, tanpa penguasaan politik umat Islam bacul dan lemah, Ianya satu matlamat jangka pendek untuk sesuatau yang panjang

    Golongan ruhi juga boleh berselindung di sebalik keruhian mereka, seolah-olah mereka ini jauh dari kesalahan, senantiasa betul walaupun berulang-ulang kali melakukan kesalahan demi kesalahan, mengambil mudah husnu dzun manusia

    Golongan ruhi ini mempunyai tendency untuk memperkecilkan orang lain, sesiapa sahaja mudah di tuduh tidak ruhi, maka dekat dengan sifat2 yang terkeji

    Sikap seperti ini mestilah di berhentikan serta merta
    selagi para2 da’i pandai mencari kesalahan orang lain tetapi tidak tahu melihat kelemahan diri sendiri, selagi itu kemenagan itu jauh dari Allah SWT

  6. abuadil
    Januari 9, 2009 at 2:56 pm

    pertama ambe sokong penuh padangan Razik. susah untuk menentukan taghlib siasi misalnya dalam Pas, kerana disamping amal siasi, Pas juga menekankan amal tarbawi atau ruhi. seperti penegasan Presiden dalam muktamar di Ipoh, Pas bukan saja organisasi siasah, tetapi juga dakwah dan tarbiah. Justeru masalah ukuran menjadi subjektif. Kita tiada data yang tepat, berapa kali setiap pimpinan hadiri program tarbiah dalam setahun. misalnya berapa kali seminar, usrah, tamrin dsb telah dihadiri. tambahan pula kita tidak pula memeriksa amal2 fardi mereka. yang kita tahu, misalnya, kita sering berjumpa pimpinan bersolah subuh berjamaah samada di masjid atau surau dan sering menhadiri program qiam.
    justeru ukuran mana yang kita boleh gunakan? apakah kerana mereka tidak berbaiah dengan Ikhwan?
    masalah dhoruroh yang ustaz sebut, adalah kurang tepat sebagaimana contoh yang diberikan.
    Keadaan ummah selepas khulafa’ rasyidin telah diistilahkan ulama sebagai khilafah adhdhoruroh. kalaulah begitu, keadaan tiadanya khilafah lebih teruk dari itu.
    satu hakikat yang mesti diterima bahawa di Malaysia keadaan ummah lebih teruk dari Mesir. Ummah yang hanya 50% daripada jumlah penduduk, bukan saja berhadapan pemimpin yang mengaku Islam dan menolak perlaksanaan Islam, tetapi juga berhadapan berbagai kumpulan yang berjuang untuk mendapatkan kuasa politik, ekonomi, sosial,pendidikan dsb. Sedangkan ummah terbelakang dalam segala2nya. Memperlahankan amal2 siasi bermakna memberi ruang yang lebih selesa kepada pemerintah yang menolak Islam serta kumpulan politik tersebut. Ini bermakna usaha dakwah di medan siasi diabaikan, bermakna proses memahamkan dan menyedarkan masyarakat tentang penyelesaian secara Islam terhenti.
    Soalnya apakah indicator yang kita boleh pakai untuk menentukan kita sudah bersedia terjun dalam politik.
    Ambe bimbang keadaan golongan ruhi ini hanya menghabiskan masa dengan qoidah yang jumud!!
    Sebagai komen penangguhan sementara, tulisan ustaz boleh menimbulkan keraguan serta pandangan serong sesama warga harokah.
    Jangan sampai ada yang berkata, biarkan anjing menyalak, kafilah tetap meneruskan perjalanan.
    Semoga kita bertemu dalam keadaan yang lebih baik.

  7. hurm..
    Januari 12, 2009 at 2:33 pm

    alhamdulillah..
    terima kasih ust… atas ulasan yg meyakinkan ana dgn isma.. sbb sblum ni ana join pas x de pulak ana tau banyak tntg apa itu usrah dn bagaimana ia mncorak masyarakat… tp yg ana tau bnyk isu politik jer… tapi ana hrp pas n isma tetap bersatu wlpn bercanggah cara pndkatan….

  8. abuadil
    Januari 13, 2009 at 5:13 am

    akhi hurm,
    pandangan ente berhubung usrah dan pas adalah kurang tepat dan boleh menimbulkan pandangan kurang baik tentang pas oleh kalangan tertentu. tarbiah tidak semestinya usrah sahaja, dan tidak semua orang boleh dilibatkan dalam usrah. apakah seorang nelayan yang sibuk dengan gelombang ombak di laut dalam untuk mencari rezki, serta mempunyai tingkat kemampuan berfikir yang rendah, layak untuk diusrahkan? setiap tingkat ada program tarbiah mereka yang tersendiri. justeru parti menyediakan pelbagai program sesuai untuk setiap ahli. kalau seorang buruh kasar yang kemampuan membaca merangkak2, tetapi ghairah dengan Islam, takkanlah kita mengupas al-masar atau tazkiratunnaqib kepada mereka. begitu juga seorang seorang prof. dalam syariah, takkan kita berbincang dengan nya kitab nurulyakin.Bicara kita mengikut kadar akal mad’u.

    cubalah lah elak perkara yang boleh menimbulkan khilaf antara kita. kaedah fekah menyatakan yustahbbu alkhuruj minal khilaf hendahlah dijadikan panduan.

    sebagai pandangan penangguhan sementara, pas, isma, haluan, jim dan beberapa kumpulan lain tiada perbezaan dari segi hadaf dan manhaj. cuma kita memberat2kan syarat hinggakan kita gagal duduk atas platform yang sama.

  9. hurm..
    Januari 13, 2009 at 6:39 am

    salam abuadil..
    asif , ana masih muda..cuma mnceritakan pngalaman..
    tetapi melihat komen2 nta lbih kpd menmbulkan khilaf n agresif..
    asif…
    moga allah menyatukan ntara hati2 kiter…
    wsslam

  10. Razik
    Januari 29, 2009 at 12:02 pm

    askm hurm

    saya terpanggil untuk menyampaikan sepatah dua mengenai artikel di atas
    saya ingat ada udang di sebailk batu dalam noktah2 yang telah di bawak oleh ustaz

    berkemungkinan ada di sana sedikit perasaan yang terbuku di hati, oleh itu wujud istilah golongan ruhi dan puak siasi, fenomena ini sebenarnya ialah sesuatau yang positif dalam sesuatu jamaah kerana jamaah itu mestilah mempunyai bayanan yan bersifat siasi di atas sebab aktivitnya yang lebih mirip “politik” bukan bermaksud penglibatan politik.

    Memberi tuduhan bahwa gologan seperti ini sebagai JELEK di dalam jemaah adalah satu tuduhan yang amat berat dan serious, mungkin juga boleh di sebut bahwa golongan yang tidak “siasi” ini sebagai “jumud dan futur” dari segi amalan dakwahnya, maka jadilah tuduh menuduh yang menghancurkan

    kalau inilah sikap kita, LABEL SANA LABEL SINI MAKA AKIBATNYA KITA SENDIRI YANG RASA nanti

  11. hurm..
    Februari 2, 2009 at 2:49 pm

    di sini ku bertemu dgn kpntingn husnuzzon..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: