Rumah > fikrah, komentar, renungan > Uji dulu orang “alim cakap”

Uji dulu orang “alim cakap”

mendung

Dalam bahasa arab di sebut “ikhtabir alima al-lisan” diistilahkan oleh Sayidina Umar apabila beliau mengabadikan satu kaedah penting dalam sistem perlantikan pemimpin dalam Islam.

Ahmad Ar Rashid dalam muntalaqnya menukilkan ibarat ini dalam rangka membongkar khazanah silam yang sangat berharga untuk menjadi panduan generasi kemudian. Kaedah ini jika dilaksanakan dengan baik akan dapat memelihara jamaah dari kerosakan diketuai oleh orang yang pandai cakap dakwah tetapi realitinya hidupnya tiada kaitan dengan dakwah atau jauh dari medan dakwah yang sebenarnya.


Kadang-kadang terdapat dalam saf dakwah orang yang pandai cakap, atau membawa gelaran Dr atau professor dan sebagainya, lalu kita utamakannya dalam pemilihan kepimpinan tanpa memeriksa dulu amalan dia atau kerja dakwah dia, pengalamannya dalam amal dakwah, tarbiah dan tajmik.

Itu akan menyebabkan jamaah berdepan dengan masalah besar kerana kita memilih pemimpin yang jahil tentang aspek amali dakwah dan terpisah dari pengikut serta tidak tahu realiti sebenar di medan. Bahayanya orang ini akan sentiasa mendominasi keputusan walaupun ia tidak alim dalam tindakan dan dakwah di medan.

Ketajaman pandangan Umar r.a sangat perlu kita hayati supaya kita dapat mengelakkan sebahagian dari gejala tidak sihat berlaku dalam jamaah lantaran kita melantik orang yang alim cakap tapi tidak ada pengalaman mencukupi tentang dakwah dilapangan.

Anda tentu pernah dengan satu kaedah yang menyebut, “al jundiayyah tariq ul qiyadah”, maksudnya al jundiyyah jalan menuju qiyadah. Untuk menjadi pemimpin sesaorang itu hendaklah memiliki pengalaman yang mencukupi dibidang dakwah dilapangan, tahu selok belok reality dan waqi’ dalam tanzim sendiri. Orang yang tidak cukup pengalaman sebagai jundi dan terlibat bergelumang dengan dakwah dilapangan bila di beri kepemimpinan akan merosakkan amal dan jamaah itu sendiri.

Saudara!

Ilmu bukanlah dengan banyak menaqalkan kata-kata ulamak atau banyak meriwayat tetapi ilmu ialah cahaya.

Ibnu al Jauzi dalam kitabnya, kelebihan ilmu salaf ke atas ilmu khalaf menyebut; “Bukanlah ilmu itu dengan banyak riwayat, tidak juga dengan banyak menukil kata-kata ulamak (seperti berkata ulamak pulan dalam kitab fulan begian-begian), tetapi ilmu adalah cahaya yang dicampak ke dalam hati, dengannya ia mengetahui kebenaran, dan membezakan yang batil, ia mengungkapkannya dengan kalimah yang ringkas yang membawa kepada maksud.”

Di riwayatkan bahawa Imam Syafie apabila ditanya oleh muridnya tetang sebab cepat lupa, beliau berkata; “Ilmu adalah cahaya, dan cahya Allah tidak di tunjukkan kepada orang yang melakukan maksiat”.

Oleh itu apabila kita bertemu dengan manusia lantang bercakap, kadang-kadang membawa gelaran Dr /prof, nuqil sana nuqil sini, sebut kaedah itu, kaedah ini dalam bentuk yang samar dan tidak cermat, periksa dahulu latar belakangnya. Amal dakwahnya macam mana?, Tarbiahnya macam mana?, Tajmiknya setara mana? Pengorbanannya setakat mana, prestasi kerja sebelumnya bagaimana?

Kadang-kadang orang cakap pandai penakut sifatnya, tidak berani turun medan, pencen baru nak berdakwah dan berharakah. Orang macam ni cakap je lah haraki, amalnya tidak haraki dan tak tidak ‘real’ fekahnya. Sebab itu Sayidina Umar sebut “uji dulu”, dan baginda apabila ingin melantik seseorang diletakkan dalam perhatiannya selama dua tahun, jika ia pasti ada kebenaran kata-katanya dalam amalan baru ia melantik, itu pun masih tidak pasti sepenuhnya.

Perkara seperti ini tidak ganjil berlaku sebab hakikatnya “Orang yang membawa fikah tidak semestinya seorang yang fakih” (Sabda). Ada beza antara pembawa fikah dengan fakih. Pembawa fikah mungkin menghafal banyak nas, teks dan nuqilan-nuqilan tetapi dia sendiri tidak menjiwai dan tidak menghayati fiqah /ilmu tersebut atau ilmu itu tidak menyerap dalam jiwanya.

Antara tanda orang yang menyerap ilmu dalam dirinya ialah timbul perasaan takut, waqar, dan wara’ pada tingkah laku dan tutur kata mereka. “hanya yang takut kepada Allah dari kalangan hambanya ialah ulamak” (firman). Orang yang ilmunya masuk dalam hatinya akan melahirkan rasa takut, rasa takut akan menjadikan ia berhati-hati, cermat dan bersungguh dalam memilih amal yang benar.

“Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya diazab sebelum penyembah berhala” (syair)

Kalau cerita hujah penuh mulut tapi amal dakwah di medan tak ada, maknanya tidak ada khasyah (takut kerana melihat kekurangan diri). Lantaran kekurangan sifat al khasyah mereka bermudah-mudah dalam melepas cakap, menuduh (melabelkan orang) dan menghukum serta tidak cermat dalam menggunakan dalil (bukti).

Saudara !

Dalam masalah menghukum, bukti adalah seperti dalil yang merupakan “mazannah” yakni tempat yang berkemungkinan besar wujud hukum. Sebagai contoh pemburu menjejak rusa, bila dia menemui kesan tapak kaki atau najis haiwan tersebut ia mengatakan bahawa di situ ada rusa. Kalau seorang itu jahil tentang rusa pergi memburu, apabila ia melihat tapak harimau dan dia menyangknya tapak rusa dia mungkin membuat kesimpulan yang sangat berbahaya.

Begitu juga dalam masalah hukum kepastian dalil amat penting. Sejauh mana kesahihan dalil akan membuktikan kesahihan hukum. Jika dalil atau bukti yang menjadi “mazannatul” hukum tidak wujud atau tidak sabit, hukum yang dijatuhkan sudah tentu batil dan palsu. Kita tidak boleh kata ‘Tanya hati’ dalam masalah hukum, kerana perasaan hati bukan mazannah hukum. Kadang-kadang ada orang kata nak tahu betul atau salah seseorang tanya hati anda. Ini mengikut feqah sesuatu yang amat tidak tepat, tetapi saya tidak pasti jika ada dalam ilmu psikologi !.

Hukum adalah ilmu Tuhan. Kita tidak boleh sampai kepadanya kecuali dengan melalui dalil. Sebab itu bukti penting, dan pemeriksaan pembuktian penting dalam penghukuman.

Bayangkan hukum yang dikeluarkan tanpa proses pembuktian yang dengan itu menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, tidakkah itu boleh menyebabkan kezaliman yang besar dan pelampauan terhadap hudud Allah.

“Nyawa, maruah dan harta muslim memiliki kehormatan yang tidak boleh dicerobohi oleh muslim yang lain”. (maksud hadis)

Dalam parti politik atau jamaah yang didominan oleh tobo’ siasi. Kadang-kadang perselisih faham (tidak sependapat) dalam masalah haraki yang merupakan masalah ijtihadi, apa lagi jika dikuasai oleh “alim al lisan” boleh mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar dengan mengambil istimbat yang salah dari kaedah-kaedah dan nas-nas syarak sehingga menggunakan kalimat melampau seperti menyifatkan orang yang tidak sealiran denganya sebagai bughah, khawarij dan sebagainya yang tidak kena pada tempatnya. Dia yang dilantik untuk melaksanakan hasrat dan amanah ahli yang ramai berlagak seperti amir al mukminin. Sesiapa yang tidak sependapat dengannya halal darah dan maruahnya.

Bahkan keterlanjuran ini boleh menyebabkan ia melakukan fujur (zalim) dalam pergaduhan. Perselisihan pendapat dan pandangan tidak harus menyebabkan kebencian dan permusuhan walaupun antara pemimpin dengan pengikut. Tetapi mereka ini jika berselisih mereka melampau sehingga meretakkan hubungan hati dan melakukan fitnah. Akhirnya perbezaan pendapat menyebabkan permusuhan seperti orang berebut harta atau mata benda dunia.

Selain menggunakan hujah secara tidak jujur dan benar mereka juga boleh menggunakan teknik-teknik mempengaruhi pandangan orang /pengikut yang suzzaj (dangkal) pengetahuannya seperti cara membuat tekanan, memujuk, menggunakan emosi dan sebagainya yang menyebabkan orang membuat keputusan secara tidak objektif. “Kalau anda tidak sokong pandangan saya dunia akan terbalik”, katanya. Lalu pengikut pun berkata, “Ya, ya tuan pemimpin”.

Antara kebijaksanaan mereka juga ialah menggunakan senjata taat untuk menghalang kebebasan berfikir dan membuat keputusan. Dengan itu lahirlah dalam saf pengikut-pengikut yang imma’ah (pak turut). Baik kata orang baiklah, buruk kata orang buruklah, apalagi kalau orang itu pemimpin yang alim cakap. Beri pendapat berlainan bermakna melanggar qarar jamaah. Ada dikalangan pengikut yang berkata, “Saya dah sepuluh tahun berpendapat bahawa ada tidak kena dengan cara kerja jamaah ini, tetapi saya tidak berani menyatakannya kerana saya menghormati sistem jamaah (indhibat)”. Ada yang kata “Saya tidak setuju dengan cara ini dan saya tahu ia salah tetapi apakan daya saya hanya seorang jundi”. Ini simptom yang sangat negatif  jika wujud dalam Jamaah Islam.

Sikap sedemikian sebenarnya tidak tepat dan bukan jenis sifat individu yang ingin dilahirkan oleh Tarbiyah Islamiah. Allah s.w.t menggesa supaya Nabi s.a,w mendangar pandangan sahabat. Tengok apa yang berlaku dalam peristiwa memilih tempat di perang Badar, sahabat bertanya “Adakah ini tempat yang Allah suruh atau ini taktik perang”, Rasulullah menjawab “Bahkan ia taktik perang”. Sahabat berkata, “Kalau begitu ini bukan tempatnya”. Nabi terima pandangan sahabat walaupun nampak seperti sahabat lebih pandai dari baginda.

Dalam harakah, “alim lisan” ini sukar menerima situasi yang seperti itu kerana ia boleh merosakkan pandangan umum terhadapnya. Kalau dia menerima pandangan orang lain yang bercanggah dengan pendapatnya bermakna orang itu lebih pandai darinya. Itu mustahil dan tidak mungkin.

Lihat contoh yang berlaku kepada Sayidina Omar, apabila ia meminta daripada pengikut-pengikutnya “sam’an wa thoah” dalam satu majlis, pengikutnya berkata, “Tiada sam’an wa thoah sehingga engkau menjelaskan kenapa jubah mu lebih labuh /panjang dari jubah orang lain”. Ini masalah jubah bukan masalah strategi yang tentunya lebih besar. Dan sebaliknya Sayidina Omar yang garang itu mengucapkan “al-hamdulillah, ada dikalangan pengikutnya yang berkata; Jika engkau menyeleweng kami akan membetulkan kamu dengan pedang-pedang kami”.

Alimi lisan bila hendak diperbetulkan dan diminta supaya mengakui kebenaran apa yang dibawa oleh orang lain akan melenting dan mengamuk secara luar biasa sekali.

Berani kamu tunjuk belang untuk memperbetulkan saya, saya tahu kebenaran itu dan saya boleh buat sendiri… Tunggulah saya akan menghukum kamu kerana keberanian kamu menyatakan dan mendedah kelemahan saya. Ini menunjukkan kamu telah melanggar arahan dan peraturan jammaah. Ini bughah namanya.

Inna lillah wainna ilaihi rajiun..

Anda mungkin tidak percaya contoh dan gambaran yang saya berikan tetapi ia adalah kisah benar yang saya mahu abadikan untuk menjadi pengajaran kepada generasi akan datang. Inilah bahayanya alim yang ilmunya tidak masuk dalam hati (alimu lisan) kemudian diberi mandat untuk memimpin dalam jamaah.

Oleh itu uji dulu orang “alim cakap”, cakapnya kuat, lantang dihiasi hujjah dan sulaman takwa tetapi hakikat kehidupanya jauh dari medan dakwah yang hakiki.

About these ads
Categories: fikrah, komentar, renungan
  1. Disember 23, 2008 at 4:25 am | #1

    Jazakallah. Entri yg sangat bermakna bagi ana.

  2. suhailsufian
    Disember 23, 2008 at 8:05 am | #2

    Salam, macam suasana kat mesir je he he

  3. nebula
    Disember 24, 2008 at 8:00 am | #3

    syukran jazilan ustaz.. amal lebih kuat dari kata-kata.

  4. Abu NMU
    Disember 26, 2008 at 2:20 pm | #4

    MasyaAllah…Semoga Allah membersihkan dari unsur2 buruk itu….. Kesudahan yang terbaik & Indah hanya utk Mukmin yang Ikhlas & beramal dgn jalan yang benar… Bagi pelaku2 yang jadi contoh2 diatas, ana terasa amat ‘seriau’ sekali…na’uzubillahiminzalik..minta dijauhkan dari mereka…bagi yg mendokong mereka, sudahlah…insaflah…benda common sense saja, mudah sangat nak faham…

  5. bima sakti
    Disember 27, 2008 at 10:36 pm | #5

    [suhailsufian, di Disember 23rd, 2008 pada 8:05 am Kata:
    Salam, macam suasana kat mesir je he he]

    ye ker utk kes mesir?
    tp klo btol psl mesir, kte sume dah uji blom orang alim tu cakap?

    mmg kne uji dulu, tp jgnla trus su’uzon.
    sedih lihat org Islam x amal husnuzon sesama sendiri skrg.
    sedih… x(

  6. alam maya
    Disember 30, 2008 at 4:30 am | #6

    terlebih husnud zan kot, smpi yg jelas lagi bersuluh pun tenggelam dek kalam emosi.

  7. Disember 30, 2008 at 7:53 am | #7

    Moga Allah memelihara kita semua dari sifat nifaq, amin….

  8. Razik
    Januari 4, 2009 at 9:41 am | #8

    kena uji jugak apa yang di tulis oleh ustaz abdullah zaik…ni baru adil kan?

  9. manusia
    Januari 5, 2009 at 5:14 am | #9

    “Antara kebijaksanaan mereka juga ialah menggunakan senjata taat untuk menghalang kebebasan berfikir dan membuat keputusan. Dengan itu lahirlah dalam saf pengikut-pengikut yang imma’ah (pak turut). Baik kata orang baiklah, buruk kata orang buruklah, apalagi kalau orang itu pemimpin yang alim cakap. Beri pendapat berlainan bermakna melanggar qarar jamaah. Ada dikalangan pengikut yang berkata, “Saya dah sepuluh tahun berpendapat bahawa ada tidak kena dengan cara kerja jamaah ini, tetapi saya tidak berani menyatakannya kerana saya menghormati sistem jamaah (indhibat)”. Ada yang kata “Saya tidak setuju dengan cara ini dan saya tahu ia salah tetapi apakan daya saya hanya seorang jundi”. Ini simptom yang sangat negatif jika wujud dalam Jamaah Islam.”

    btul ape yg ustaz ckp kn nih.mmg ade yg berlaku.mgkn ianya tidak berlaku kepada setiap ahli jamaah, tetapi kepada segilintir ahli yg tidak faham, hanya mengikut org di atas,sehingga kn dia berasa bahawa jamaahnye lah yg plg btul dan yg len salah, sehingga sanggup mengenepikan apa yg dikatakan oleh org lain,walaupun ianya tiada kaitan dengan hal2 jamaah, hanya kerana org tersebut bkn dr kalangan jamaahnya. Orang-orang ini sanggup mengenepikan keluarga kerana jamaah.Perkara ini terjadi sekarang. Setiap jamaah perlu memastikan benda ini tidak berlaku di kalangan mereka. Btul, setiap apa yang dikata perlu diuji. We must be skeptical. Although what i am saying right now and also what Ustaz Abdullah Zaik wrote about.

    Jangan benda ini membawa kepada permusuhan atau perpecahan dek kerana ketaksuban membuta di kalangan ahlinya kepada jamaah.

    Hidup untuk Islam, bukan hidup untuk jamaah. Jamaah hanyalah wadah atau wasilah untuk membawa Islam di atas muka bumi Allah.

    Islam Rules!

  10. Otak Kiri Kanan
    Januari 5, 2009 at 5:25 am | #10

    Bleh terangkan kenapa Ustaz mention Dr. or Professor? mgkn mereka bukan dr background agama tetapi bukankah Islam itu boleh belajar dimana-mana? x semestinya kna belajar kt Azhar(contohnya) utk jd ustaz, sekiranya die mendapat tarbiah yg btul dan didikan yg cukup dr jamaah atau dr Ustaznya, bukankah begitu?(bleh diperbetulkan)

    Dan mgkn juga Dr. atau Professor itu sendiri mempunyai lebih banyak pengalaman di tmpt mereka dan telah memahami waqi’ mereka. Ini lebih bersesuaian sekiranya dibandingkan dengan seseorang yg belajar agama di tmpt lain, dan mengikuti cara dakwah di tmpt tersebut lalu dtg ke tmpt si Professor dan mahu mengimplementasikan cr dakwah yg telah dipelajarinya. Mgkn ianya berbeza dan tidak sesuai.

    Bagaimana Ustaz? Bleh saya mintak pandangan.

  11. abdullah
    Januari 5, 2009 at 7:42 am | #11

    Ya Ustaz, ya Ustaz…

    Astarfirullah Ustaz….semoga Allah SWT sahaja yang memberikan sebaik-baik balasan terhadap amalan hamba-hambanya. Semoga kita tidak tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan..Kadang-kadang kita lupa, macam kita sahaja yang buat amal, macam kita seorang sahaja yang buat dakwah, macam system tarbiyah yang kita dokongi ialah yang terbaik, macam jamaah dan fikrah yang kita dokongi ini sahaja yang boleh masuk ke syurga……

    Siapa kita disisi Allah SWT yang boleh mengelarkan seseorang “dah pencen baru nak buat dakwah dan terjun dalam masyarakat dll”

    Semoga kita terus mendapat rahmat dan keampunan Allah.

  12. MujahidKecik
    Januari 5, 2009 at 10:45 am | #12

    Rasanya artikel ni tak ada kaitan dgn Mesir pun.. tapi pengajaran umumnya boleh la diambil… :)

    Setuju.. uji lah dan timbanglah dgn neraca keadilan.. jgn la mnghukum berasas andaian.. !

  13. Bersatulah!
    Januari 9, 2009 at 11:41 pm | #13

    Askm wbt.
    Semoga sentiasa dalam rahmat Allah Taala.

    Sekadar pandangan…. moga Allah ampuni atas kesilapan dan kesalahan….

    Selalunya dalam jemaah terdapat sistem syura. Melalui sistem syuralah segala keputusan dibuat. Sebelum diputuskan, nak bertengkar ke, nak bertegang leher ke, ahlan wasahlan. Pastikan dengan hujah2 belandaskan Quran dan Sunnah. Selepas syura memutuskan, bukankah mesti ditaati? Baik suka atau tidak. Takde cakap2 belakang. Itulah yg saya faham dan diajar dalam tarbiyah.

    Perkara yang ustaz cerita mungkin dapat diminimisekan atau dikurangkan bilamana sistem syura ini berfungsi dengan baik dan setiap ahli dan jundi patuh kepada keputusan syura. Saya melihat ada 2 punca kepada berlakunya perkara di atas:

    i) Sistem syura tidak berfungsi dgn baik.
    ii) Masalah disiplin ahli yang tidak taat pada keputusan syura (sehingga sanggup membuat perkara yang membelakangi syura).

    Itulah kelebihan sistem syura yang boleh menyelaraskan segala gerak kerja dalam jemaah agar bersatu-padu.

    Allahu ‘Alam. Sekadar pandangan. Sesungguhnya Allah yang lebih dan Maha Mengetahui.

  14. abu basil
    Januari 11, 2009 at 2:29 am | #14

    Ya Ustazunal Fadhil

    1. Harapan ana, kalam ustaz tu adalah muhasabah kepada kita semua termasuk diri ustaz sendiri. kekadang kita tak pernah fikirkan adakah kita sendiri tergolong dalam alimul lisaan ni.
    2. Gelaran Dr @Professor itu ana nampak seakan-akan ada prejudis kepada sesiapa yang tertentu. Walaupun darjah sijil kita tak sampai ke tahap tersebut, janganlah kita sangka buruk kepada mereka kerana setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri. Menidakkan kemampuan orang lain adalah simpon tiada siatuss sodr di hati kita, nauzibilla.
    3. Taat dan thiqah adalah rukun yang berbeza. gabungan kedua-duanya adalah sempurna kerana kita nak jamaah yang kukuh dengan ketaatan dan thiqah ahli. namun begitu taat yang tidak berserta thiqah juga kekadang boleh dilakukan dan itulah maksud sabda Rasul: Fil Mansyatil Wal Makrah. Ketaatan sebegini lama-kelamaan ia akan mendidik kita untuk thiqah dan menghargai keputusan umum jamaah.
    4. Sifat Ima’ah adalah sifat keji bila ia menghala kepada amalan yang menentang syarak. Dalam institusi dan tandzim, segala keputusan adalah mengikut syura dan tiada yang bertentangan dengan syarak. Di kala itu kekurangan ilmu berkenaan sesuatu keputusan tidak menghalang kita taat kerana kita yakin keputusan kepimpinan adalah kolektif yang berlandaskan syarak. Lihat wajibat al-AKh al-amil: bersedia menyatakan keputusan qiadah benar dan keputusan kita salah, bila berlaku pertembungan pendapat kita dengan qiadah.
    Semoga ceria dan dapat berkongsi kebenaran. TQ

  15. renungan2u
    Januari 12, 2009 at 4:03 pm | #15

    Assalamu`alaikum..

    seorang yang ikhlas akan menerima teguran daripada sesiapa sahaja walaupun daripada musuh.

    antara perkara sawabit dalam ikhwan ialah “jundiyyah tarriq ila qiyadah”…

    sesiapa tidak berpengalaman menjadi ahli usrah tidak akan mampu menjadi naqib usrah kecuali dia seorang mujtahid..

    kalau seseorang tidak melalui proses-proses tarbiyyah, meningkat dan ditingkatkan berasaskan penyempurnaan objektif tarbiyyah sebelumnya, tidak berpengalaman menjadi murabbi disemua peringkat tarbiyyah, tidak berpengalaman membuat analisa pencapaian objektif terbiyyah terhadap generasi yang ditarbiyyah disemua peringkat…

    kemudian orang ini dilantik menjadi mas`ul tarbiyyah maka ia juga dianggap menzalimi Allah dan rasulnya dan orang yang beriman.. jika disana ada orang lain yang memiliki pengelaman dimedan tarbiyyah yang lama.

    kerana asas perjawatan dalam Islam dan harakah Islam berdasarkan yang lebih layak.

    Yang lebih layak ialah orang teruji sabat dalam proses pentarbiyahan yang panjang dan memahami seluruh selok belok amal-amal tarbawi secara amali.

    Dalam dakwah ukuran perjawatan bukan sesiapa yang menyandang Dr, Prof. Ustaz dan sebagainya tetapi sesiapa yang terbukti hidup melakukan kerja-kerja asas dakwah dan tarbiyyah.

    ” Sesipa yang melantik seseorang untuk memimpin urusan muslimin sedangkan disana ada yang lebih diredai oleh Allah dan rasulnya, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulnya”.

    asas ini bukan dipakai semasa kempen2 parti politik sahaja. Ia juga terpakai dalam harakah Islamiyyah.

    Jika seorang wanita tidak mengenali kaum lelaki, tidak tahu ilmunya, tidak tahu takwanya, tidak tahu tahap kekuatan kerohaniannya… bagaimana boleh dia memilih seseorang untuk memimpin urusan muslimin hanya berasaskan lobi suaminya..

    begitu juga proses memilih ahli syura atau pimpinan.. penilaian mestilah berasaskan apakah seseorang itu lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya daripada seseorang yang lain..

    satu cara untuk mengenali mereka ialah menguji mereka dalam proses tarbiyyah yang panjang. atau nilai mereka berdasarkan kehidupan dakwah mereka yang lalu.

    jika kita hanya menilai berdasarkan kepetahan bercakap, kebijaksanaan mengemukakan hujjah semata-mata maka gerakan Islam mudah diserapi oleh golongan yang dilatih untuk menguasai harakah Islamiyyah dan memesongkannya atau melambatkannya atau memerangkapnya…

    wallahua’lam.

  16. abu Abdillah
    Januari 12, 2009 at 4:41 pm | #16

    Setuju dengana ustaz…..smoga Allah akan membersihkan saf dari sebarang unsur2 yg jelik, yg melambatkan da’wah, fikrah yang berserabut dan bercelup sana sini, yg mengikut arus, yg berputar-putar tanpa haluan, yg meraba-raba & tergaru2 merekacipta manhaj perubahan…..

    InsyaAllah, masa depan yg gemilang utk ISLAM. Allah tidak akan membiarkan Din Nya lemah selama-lamanya. Ubat selalunya pahit & tak disukai oleh org yg sakit…..Takbir…

  17. renungan2u
    Januari 22, 2009 at 11:22 am | #17

    Kadang2 saya rasa perlu letak syarat-syarat yang ketat untuk ahli syura harakah Islamiyyah antaranya

    1. Mahir asas-asas bahasa Arab
    2. Mahir Ilmu Usul Fiqh
    3. Mahir Ulum Hadis
    4. Pernah belajar Fiqh Perbandingan sekurang-kurangnya fiqh ibadah keseluruhannya.
    5. Tahu punca-punca perbezaan pendapat ulama mujtahidin
    6. Memahami sunnatullah terhadap manusia dan perubahannya.
    7. Mahir Fiqh Haraki daripada al-Quran dan al-sunnah.
    8. Berpengalaman menjadi murabbi dan hadir liqa-liqa tarbawi tanpa gagal dengan segaja atau sengaja mencari alasan untuk tidak hadir , meletakkan dakwah lebih utama daripada kerjayanya sejak penglibatan pertamanya dalam dakwah.

    Wallahu a’lam
    .
    .
    Tapi kalau ahli-ahli syura hanya sekadar habis mengkaji; buku majmuk rasail imam al-banna, hadis 40 imam nawawi dan faham tafsir 4 juzuk terakhir al-quran.. tidak layak lagi nak berijtihad dalam majlis syura harakah Islamiyyah kerana tidak memiliki ilmu asas sebagi mujtahid.

    Ahli syura banyak mengeluarkan qarar-qarar yang menjadi kewajiban syar`ie untuk ahlinya mentatati qarar tersebut.

    Sanggupkah ahli syura yang tidak ada asas-asas ijtihad ini menganggap keputusan syura yang mereka keluarkan adalah sama kuat dengan hukum-hukum ijtihad yang lain? Berdosa orang yang tidak mentaatinya?

    Bagi saya qarar-qarar yang membazirkan masa para duah, membuang duit para ahli yang menyumbang kepada projek-projek yang bertentangan dengan maqasid dan keutamaan amal dakwah; sedangkan qarar tersebut tidak terhasil daripada kaedah ijtihad yang sebenar; adalah haram hukumnya.

    Tanpa asas tersebut qarar-qarar akan mendadi qarar ala demokrasi dalam parliment.. ( sentimen puak akan mengatasi dan qarar akan dimenangi ole undi majoriti)

    Sebab itu ahli politik memerlukan kuasa majoriti tetapi harakah Islam memerlukan insan-insan yang bertakwa sebelum kemenangan daripada sokongan majoriti buih.

    “.. dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa”.

  18. Bersatulah!
    Januari 24, 2009 at 6:04 pm | #18

    Qiadah yang lemah hendaklah sama-sama kita bantu utk dikuatkan. Bekerjasamalah untuk kebaikan jemaah. Ya, tugas qiadah bukanlah mudah dan perlu mendapat support yang kuat drpd jundi. Tegurlah qiadah secara berhikmah walaupun ianya pedih dan memakan masa yang lama. Mungkin kerana asas perpaduan lebih utama daripada segalanya.

    Lihatlah bagaimana sikap Umar Al-Khatab selepas peperangan Badar. Walaupun keputusan syura tidak memihak kepadanya, namun dia tetap bersama-sama menjadi pendokong utama atas apa yang telah diputuskan dan akhirnya Allah telah membenarkan pendapat beliau. Begitu juga sikap Khalid Al-Walid apabila diturunkan jawatan sebagai ketua perang oleh Umar, beliau dgn mudah menjadi tentera yang cukup kuat memberikan ketaatan kepada ketua baru yang jauh lebih muda drpd beliau.

    Allahu A’lam. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui

  19. alam maya
    Januari 27, 2009 at 5:10 pm | #19

    Saudaraku Bersatulah!

    mcmane pula sikap Rasulullah sbg pimpinan yang lantas tunduk tanpa banyak soal kpd pandangan terbaik sahabatnya/org bawahannya dalam Perang Badar?

    Bagaimana pula sikap Umar apabila ditentang secara keras oleh rakyatnya “kami dgr tidak, taat pun tidak seandainya kau tak bagitau mana dapat kain yang lebih?”

    Nak berdalil biarlah ada gambaran yg syumul, perlu elakkan berdalil hanya utk backing side pimpinan sahaja.Suruh pengikut bersabar panjang sedangkan pimpinan sendiri tak bersabar dan toleransi

    Wallahul musta’an.

  20. Bersatulah!
    Januari 27, 2009 at 8:20 pm | #20

    Salam,

    Sangat2 bersetuju dgn alam maya. Jzkk. Mohon maaf kepada Allah Taala atas kelemahan diri.

    Semoga apa yg kita lakukan adalah dengan niat utk memperkukuhkan jemaah, membetulkan mana yang silap dan ke arah penyatuan yang utuh.

    Apa2 pun Bersatulah! masih merasakan sistem syura adalah yang terbaik dalam membuat sesuatu keputusan dan wajar dihormati.

    Allahu A’lam

  21. Razik
    Januari 29, 2009 at 11:48 am | #21

    Wahai saudara2 ku,

    Sabarlah. Lihat sesuatu benda secara objektif, jangan terlalu taksub kepada individu.

    Dalam sistem berjamaah, syura adalah cara sesuatu keputusan di buat, setelah keputusan di buat, jangan pandai2 pulak berdalik ITU dan INI semata2 ingin mencari jalan untuk TIDAK MEMATUHI SYURA, tanpa taah, HANCUR lah sesebuah jamaah.

    Ahli syura pulak, pilihlah ahli yang paling baik di kalangan kamu, sesiapa yang terpilih maka merekalah yang paling layak. JANGAN apabila tak terpilih maka keluarlah berjela2 kriteria pemilihan dan menyatakan ahli2 syura yang dipilih tidak mematuhi syarat ahli2 syura tadi,

    KENAPA PILIH mereka pada awalnya kalau NAK SOAL KREDIBILLITI MEREKA SELEPAS ITU?

    INI semua sikap YANG AMAT NEGATIF dalam perjalanan sesuatu jamaah, sikap yang merasakan DIRI SAYA SAHAJALAH YANG LAYAK DAN BERHAK

    Jauhkan lah dari sikap sebegini

  22. abu basil
    Februari 3, 2009 at 5:49 am | #22

    salam.
    Untuk renungan2u. Tidak mencacatkan walaupun tidak semua ahli syura tak sampai peringkat mujtahid kerana jika nak semuanya ditahap itu , sukar untuk dicapai kerana tiada seorangpun lagi ulamak di malaysia yang boleh kita anggap mujtahid. Memadailah bila ahli syura itu mempunyai bilangan ahli yang pakar dalam masiing2. Ini kerana syura adalah usaha kolektif yang menbenihkan keputusan yang perlu ditaati.

    Juga, mencari seorang yang lebih baik di kalangan yang baik-baik ini kekadangnya adalah satu kerja yang amat sukar. Ini memerlukan penilaian secara zahir sahaja kerana Allah yang menguruskan urusan dalaman, sedangkan neraca terbaiknya ini sepatutnya berlandaskan taqwa. Siapa kita untuk menyatakan bahawa orang yang baik ni kurang baik dan orang lain yang lebih baik. memandangkan memutuskan perkara ini sukar, proses pemilihan ini dilakukan secara syura (seperti pemilihan khalifah osman dan mursyid am ikhwan) atau secara pungutan suara sepertimana yang berlaku dalam negara demokrasi. ia tidak mencacatkan terutama calon2nya adalah orang yang mempunyai baa’ towil dalam jalan dakwah ini. Tiada siapa berani membeza-bezakan antara osman dan ali ra kerana semuanya adalah kelebihan masing-masing dan ali reda dengan kepimpinan osman ra.

    Maka, orang yang tidak terpilih menjadi jundi kepada orang yang terpilih, perlu patuh kepada qararaat selama mana ia menepati syariah Allah. Mungkin banyak keputusan yang sukar difahami atau diterima tetapi selama mana ia berlandskan syura, kita patut taat. Ingat kisah tentera Islam yang pelik dengan perangai dan kepimpinan amru bin Ass dalam satu perang, tetapi memendamkan rasa kejanggalannya itu sehingga balik ke Madinah dan mengadu kepada Rasulullah. Lantas rasulullah mengakui perbuatan amru tersebut.

  23. abu basil
    Februari 3, 2009 at 5:55 am | #23

    alam maya pula , bila berhujah janganlah secara emosi. bertentangan pendapat dengan pimpinan mempunyai adab2nya dan bukan dengan mengingkari amanah dan mewar warkan keburukan qiadah.

  24. alam maya
    Mac 1, 2009 at 9:55 am | #24

    Pungutan suara ok..
    Pastikan ianya dilakukan tanpa muslihat di belakang tabir dan
    taktik2 siasi yg jauh dari asas2 tarbawi yg cuba diterapkan dalam dakwah kita.

    Khalifah usman dipilih oleh org2 yg faham ciri2 khalifah. Mursyid am ikhwan juga
    dipilih oleh segolongan manusia yg faham dakwah ikhwan.

  25. renungan2u
    Mac 13, 2009 at 8:16 am | #25

    Harakah Islamiayyah ertinya gerakan yang berasaskan kaedah-kaedah Islam atau dalil-dalil Syarak.

    Bagaimanakah seseorang itu boleh dianggap ahli kepada majlis syura kalau dia jahil dalil-dalil dan kaedah mengeluarkan hukum daripada dalil.

    Yang saya bimbang walaupun ada ustaz2 mengeluarkan dalil berasas kaedah syarak tetapi mereka golongan minoriti maka pendapat mereka tidak dipakai kerana kalah kepada undi majoriti..

  26. abuadil
    Mac 20, 2009 at 2:41 pm | #26

    harus diakui terdapat beberapa organisasi Islam di Malaysia didakwa oleh ahli2 mereka sebagai harokah islamiyyah. katakan kita terima dakwaan ini berdasar realiti yang ada tanpa perlu berbahas tentang pengertian sebenar harokah islamiyyah.

    harus juga diakur bahawa majlis syura organisasi2 tersebut mungkin dianggotai mereka yang tidak mengcukupi syarat.
    Soalnya bagaimana mengatasi masalah ini, sedangkan majlis syura mesti terus berfungsi dalam keadaan yang serba kekurangan ini?
    Syarat menguasai kaedah atau manhaj dalam intinbat/deduksi hukum samada dalam soal isu atau strategi atau sebagainya, yang macam mana kita kehendaki?
    Bagaimana pula caranya melahirkan mereka ini?
    Cuba kita sama2 beri pandangan?

  27. abu basil
    Mac 27, 2009 at 10:15 am | #27

    sejak bila anggota syura mesti kesemuanya melengkapi syurut ijtihadi ya akhi. Asalkan mereka seorang yang adil , berkaliber dan ditaati dan pakar dalam bidang yang diperlukan itu sudah cukup. Jamaah bukan hak milik para asatizah, ia milik orang yang ingin sehidup semati dengan islam. Apa yang penting para asatizah perlu berubah ahar tidak dilanda penyakit ghurur, kerana merasakan dia seorang sahaja yang layak. Ittaqillah. TQ

  28. renungan2u
    Mei 4, 2009 at 12:22 pm | #28

    kepada abu basil harap baca semula komentar saya
    di atas.

    Sepatutnya ahli-ahli syura perlu bertaqwa kepada Allah terhadap keputusan yang mereka buat sebab implikasinya lebih hebat daripada fatwa seorang mufti dalam perkara cabang.

    Ahli2 syura juga tidak wajar terkongkong dengan kuasa-kuasa eksekutif dan mereka perlu menyerahkan isu-isu yang berkaitan dengan kehakiman kepada mahkamah.

    Di Malaysia buadaya bercampuraduk kuasa semacam menyerap dalam sesetengah golongan yang menyangka mereka gerakan Islam.

    Saya tak kenal siapa abu basil.. tetapi janganlah beliau menganggap penyakit ghurur ada kepada sesiapa sebagai tuduhan rambang untuk menamatkan hujjah akliah.

    Kalaulah sekelian yang memberi komen ini anak lelaki dan orang yang berani bertanggungjawab perkenalkan diri masing-masing kalau tidak mereka hanya sebagai penabur fitnah, melontar batu dan menyembunyikan tangan !

    Saya Annuar Salleh
    http://renungan2u.wordpress.com

    Wallahu a’lam.

  29. renungan2u
    Mei 4, 2009 at 1:05 pm | #29

    kadang-kadang saya rasa pelik.. ada sesetengah golongan yang anggap mereka beramal untuk Islam:

    bila nak panggil penceramah, pemberi kuliah, tazkirah, mengajar tafsir, hadis, seerah, menjadi imam qiamullail mereka cari ustaz ustazah..

    bila ustaz ustazah beri pendapat dalam bab-bab pengurusan harakah, sesuatu yang praktikal dan bercanggah dengan pendapat depa .. depa tak mahu pakai… mungkin bagi depa ustaz2 ni kolot kot.. tak pandai “strategik planning”….

    Setahu saya Aman Palestin digerakkan oleh ustaz2 jugak.

    Kemudian bila ustaz2 ini tak terlibat dalam amal dibarisan depan … ada yang tuduh ustaz ghurur pulak tak taat. dan .. yang mencarut #@@@&& ???? ( tak boleh sebut…)

    tak patut betui…

    Taubat2 … syarat sah taubat ialah dengan tidak bersekongkol dengan si penuduh itu sehinggalah golongan yang membuat tuduhan itu dihukum had qazaf atau digugurkan daripada saf pimpinan jika dia pimpinan lee.

    ( tuduhan x termasuk dalam ijtihad yang dimaafkan)

    ini pendapat seorang komentar saja.. harap yang tak makan cili x rasa pedas.

    oh ya kepada abu basil..

    syarat2 ahli syura dalam gerakan Islam hari ini dibuat oleh ahli gerakan Islam sendiri.. apabila mereka tidak
    layak berijtihad takkan mereka nak masukkan syarat2 tu …. apa yang say tulis adalah impian saya..

    Sebagaimana syarat-syarat ahli parlimen.. sah walaupun xde PMR selagi mana dia warganegara umur 21 tahun dan cukup sayarat2 wakilrakyat dalam perlembagaan persekutuan.

    apakah ahli parlimen sebegitu rupa sama dengan ahli syura daulah Islam?

    So jika geraka Islam mahu memantapkan barisan pimpinan mestilah mantapkan barisan syuranya.. Jika ingin memantapkan syura perlukan syarat-syarat tertentu selayak ianya sebuah gerakan Islam.

  1. April 17, 2009 at 6:25 pm | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: