Utama > komentar > Israel Tidak Akan Berjaya

Israel Tidak Akan Berjaya

gaza

Israel menyerang Gaza satu jangkaan yang berlegar dikepala setiap orang yang mengikuti perkembangan semenjak HAMAS mengambil alih tugas mengawal keselamatan di kawasan itu daripada anasir keselamatan yang dikuasai FATAH tidak lama dahulu.

Tetapi waqi’ dan analisa semasa (Dalam Palestin) tidak membenarkan andaian tersebut, apa yang di jangka tidak berlaku pada waktu itu.

Ada pihak yang menyalahkan HAMAS dan menganggap itu satu keterlajakan yang tidak sepatutnya berlaku. Namun apa yang berlaku telah berlaku, kita harus berdepan dengan realiti baru.

Hamas dengan itu menggunakan kesempatan untuk membina kekuatan bagi menghadapi kemungkinan yang lebih buruk.

  1. Menubuhkan pasukan tentera yang lengkap
  2. MengHAMASkan penduduk Gaza yakni menjadikan mereka masyarakat muqawamah.
  3. Menyediakan benteng pertahanan yang kuat

Sebenarnya HAMAS tiada pilihan, mereka memang terpaksa berhadapan dua keadaan yang kedua-duanya buruk belaka. Kalau HAMAS tidak bertindak, kacau bilau akan terus memumcak dan kemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal.

Itu akan menyebabkan HAMAS dihadapkan dengan masalah misdaqiyyah (mandat) kerana ia sudah tidak mampu mengawal keselamatan lagi.

Dan pilihan kedua ialah mengambil alih kawalan keselamatan yang menjadi punca kacau bilau dari tangan FATAH. Pada waktu itu memang sudah ada rancangan untuk melumpuhkan pengaruh politik HAMAS dengan cara melemahkan sayap bersenjatanya, iaitu Izzuddin al Qassam.

Ini telah menyebabkan Gaza berhadapan dengan kepungan selama 2 tahun dan Gaza menjadi penjara besar.

Sementara itu Israel mengalih perhatian keselatan Lubnan untuk menguji kekuatan HIBULLAH. Banyak pihak menganggap peperangan tersebut berakhir dengan kekalahan Israel.

Saya tidak berani kata begitu.

Adakah kali ini Israel akan kalah sekali lagi ditangan HAMAS?

Ikut ilmu orang pengurusan kejayaan diukur berdasarkan objektif yang ditetapkan.

Oleh itu pada pandangan saya jika kita mengandaikan bahawa Israel mahu menguasai semula Gaza, kemungkinan Israel tidak berjaya besar.

Jika kita mengandaikan ia sebagai percubaan untuk melumpuhkan HAMAS, mereka juga mungkin tidak boleh begitu yakin untuk berjaya. Tetapi jiak objektif mereka ialah untuk membuat benteng keamanan Israel, mungkin ia boleh berjaya.

Sebagaimana perang selatan Lubnan berakhir dengan meletakkan Selatan Lubnan bawah kawalan anatarbangsa. Dan dengan itu Israel dapat menghalang roket HIZBULLAH dari sampai ke tanah jajahan Israel, maka begitu juga jika perang ini berakhir dengan meletakkan Gaza dibawah kawalan tentera negara-negara Arab. Itu juga boleh dianggap sebagai satu kejayaan.

Dengan itu keselamatan Israel lebih terjamin dan senjata HAMAS berdepan dengan proses perlupuhan baru, sebagaimana yang cuba dilakukan terhadap HIZBULLAH selepas tamat perang dengan Israel.

Tetapi itu juga tidak berjaya.

Suasana Darurat ini juga boleh menyelamatkan Abbas menghadapi krisis perlembagaan setalah tamat tempoh kepimpinannya January ini (tak silap saya).

Apa pun saya yakinkan saudara bahawa kawan-kawan kita yang berjuang di sana berkeyakinan penuh bahawa mereka boleh menghadapi kemaraan Israel.

Ya, akan ada kemalangan…Sabran Ya ahla Gaza, tempat kamu di syurga Insya Allah.

Mautana fi al Jannah wa mautahum finnar. (yang mati dikalangan kita dalam syurga dan yang mati dikalangan mereka dalam neraka).

Wallahu Aklam

Kategori:komentar
  1. Januari 4, 2009 at 6:32 pm

    salam perjuangan dari bumi syam (Jordan)… ikhwah di sini merancang-rancang untuk ambil manfaat sebanyak mungkin daripada AMAN Palestin untuk amal dakwah di sini… semoga amal dakwah terus subur… ilalliqa’……

  2. rm1juta
    Januari 5, 2009 at 9:38 am

    Kalau dicongak dengan akal.hamas pasti akan hancur.Gaza akan jatuh ketangan israel.Apa ada pada hamas jika mereka berjuang sendirian.Seluruh negara arab perlu membantu mereka….Jangan biarkan saudara kita keseorangan memerangi israel.

  3. Umar Abdul Rashid
    Januari 15, 2009 at 3:53 pm

    ‘ Mereka merancang Allah merancang, & Allah sebaik2 perancang’

  4. Februari 13, 2009 at 2:27 am

    Allah sentiasa memberi kemenangan kpd mereka yg berada di pihak yg benar.. anyway, salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 blog hopping..🙂

  5. suhailsufian
    April 6, 2009 at 12:37 pm

    salam, ustaz, ada sedikit hadiah dari iskandariah.
    Harap ustaz suka

    ana ada sedikit hadiah untuk ustaz, harap ustaz suka.

    kalau ada ape2 ustaz komenlah dkt photobucket (link diatas) insya’allah ana sedia adjust ikut kehendak ustaz.

    Shukran..

  6. Abdullah Zaik
    April 7, 2009 at 12:39 am

    terima kasih….moga dalam peliharaan Allah

    rasanya ok, cuma kalau boleh cerahkan sikit muka ana tu

  7. suhailsufian
    April 8, 2009 at 5:37 pm

    salam,alhamdulillah, ana dah cerahkan sikit. ni link yg terbaru

    harap ustaz suka.

    shukran kerana mesej ana, ana rasa sgt dihargai, dan menambah keyakinan dan rasa kasih kepada jalan ini.

    alf shukran ustaz.
    alf shukran.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: