Utama > komentar > Iltizam Manhajiyyah

Iltizam Manhajiyyah

Assalamu alaikum, rakan-rakan semua, terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lama tak menulis lantaran terlalu sibuk ke sana dan ke mari. Isu Gaza mengambil sebahagian besar tumpuan saya hingga tak sempat nak update blog ini. Banyak pengalaman saya lalui sepanjang tempoh itu tetapi tak sempat nak tulis dan sebahagiannya tak sesuai ditulis buat masa ini.

Tulisan saya yang terakhir “Uji dulu orang “alim cakap” menarik perhatian ramai peminat. Banyak komen yang saya terima, sebahagiannya tidak dapat saya siarkan kerana kurang objektif.

Saya pun tidak mahu larut dalam isu yang bangkitkan.

Tujuan saya yang utama dalam tulisan-tulisan saya ialah untuk mencatat pengalaman berharga yang saya lalui untuk menjadi pengajaran kekal yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Kadang kala bersifat agak umum. Abu adil selalu komen kerana terlalu umum lalu dicadangkan agar lebih menjurus supaya mudah difahami.

Tetapi apabila saya juruskan dan perdekatkan contoh dan perbandingan ada orang yang terasa pedas, lupa kepada manhajiayyah cuba nak balas komen mengikut situasi yang dialami masing masing.

Itulah ragam manusia barangkali.

Dalam tulisan itu, saya sentuh beberapa perkara tetapi yang paling banyak menerima komen ialah isu taat pemimpin dan menghormati keputusan syura.

Ia menyingkap kepada saya suasana-suasana  dalam sesetengah organisasi yang dialami oleh sesetengah kita.

Dalam tulisan tersebut saya tidak mengatakan tidak perlu taat kepimpinan atau tidak perlu hormati keputusan syura, tetapi ramai yang mengambil persepsi begitu.

Terpulanglah kepada masing-masing, buat masa ini saya tidak ingin ulas lanjut perkara ini. Cuma nasihat saya agar kita sentiasa objektif .

Kategori:komentar
  1. abu ammar
    Februari 23, 2009 at 11:18 am

    Ustaz, teruskan menulis dan menulis. Penulisan ustaz sungguh bermakna dan berharga buat kami yang sentiasa menantikan butir-butir mutiara dari tulisan ustaz sebagai panduan dalam menempuh perjalanan dakwah ini …. biarkan mereka yang menyindir dan mengkritik tanpa asas dan berobjektif, terjun dengan labu-labunya!

  2. kuantan
    Februari 24, 2009 at 10:19 am

    salam..

    teruskan menulis wahai ustaz kami sentiasa menunggu artikel dari ustaz….

  3. abu basil
    Februari 25, 2009 at 8:07 am

    sindiran dan teguran kerana kasih sayang demi Allah. Sedikit cubit agar terasa dialam nyata. Prinsip biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya tak sesuai dalam penghayatan pendakwah. tq

  4. abuadil
    Mac 3, 2009 at 6:22 am

    siapa2boleh perjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Iltizam Manhajiyyah?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: