Rumah > tazkirah jumaat > Pendakian Mencari Sebuah Ketenangan

Pendakian Mencari Sebuah Ketenangan

di-puncak-sindoro

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Sudah lama saya nak tulis tajuk ni, tetapi ia amat sukar bagi saya untuk memulakannya. Itu juga yang saya hadapi hari ini iaitu sukar untuk mencari permulaan. Namun saya akan tulis juga kerana saya fikir penting untuk saya kongsikan terutama pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Isu saya kali ini ialah berkenaan pengembaraan seseorang mencari sebuah ketenangan. Kita sering mendengar cerita ramai orang yang memiliki berbagai keupayaan kebendaan duit banyak, rumah besar, isteri cantik, berpengaruh dan berkuasa tetapi mereka mengalami kesengsaraan hidup, tekanan perasaan, kemurungan, kecelakaan dalam kehidupan keluarga atau tidak juga menikmati ketenangan hidup atau izinkan saya menggunakan kalimah kebahagian.

Kawan saya juga seorang yang berduit. Saya selalu bermusafir bersamanya. Dalam musafir itu dia sering bercerita tentang masalah-masalah, tekanan, keserabutan yang tidak berakhir. Dia menceritakan kepada saya bagaimana dia membelanjakan wang yang banyak untuk memuaskan keinginan nafsunya dalam mencari sebuah kedamaian atau ketenangan atau kebahagiaan.

Tetapi tidak juga menyelesaiakan masalah beliau. Barangkali betul juga kata orang kebahagian tidak boleh dibeli.

Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita mengalami masalah yang sama dan mencari penyelesaian dengan cuba memuaskan kehendak nafsu (saya tidak maksudkan melakukan perkara haram) membeli barangan mewah, kereta besar, makan sedap, peralatan rumah yang canggih dan sebagainya. Namun tidak juga dia dapat keluar dari tekanan hidup yang dia hadapi.

Saya memberi respons kepada kawan saya itu bahawa tidak ada dalam turath (peninggalan ilmu silam) menyarankan kepada kita cara mengendalikan nafsu dengan cara memuaskan kehendaknya. Kerana kehendak nafsu tidak akan habis.

“Kalau anak Adam diberi satu bukit daripada emas ia bercita-cita untuk mendapatkan satu lagi, sehingga tidak penuh perut anak Adam kecuali tanah”.

Cara menguruskan nafsu ialah dengan cara mendidiknya dengan perkara yang menyalahinya. Amat jelas bagi saya, kita tidak boleh mencapai kebahagiaan atau ketenangan dengan cara memuaskan kehendak nafsu semata-mata, tetapi sebaliknya dengan mendidiknya (mujahadah).

Saya tidak mahu menterjemah kalimah mujahadah dengan makna melawan nafsu kerana nafsu adalah sebahagian dari kita, kita tidak boleh memisahkkannya daripada kita. Jadi yang terbaik ialah mendidiknya dan memandunya dengan panduan rohani.

Saudara/i !

Keserabutan dan tekanan yang kita hadapi dalam kehidupan kita datangnya dari gelojakan jiwa (nafsu) yang tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku disekelingnya, dalam kerjaya, dalam pergaulan, dalam hubungan sosial dan sebagainya. Lalu lahinya perasaan tidak puas hati, marah, kecewa, geram, keliru dan sebagainya. Itu semua adalah tindak balas nafsu atau disebut juga sebagai psikologi.

Nafsu ditakrifkan oleh sebahgaian ulama’ sebagai jisim bersifat asap. Ia merupakan kekuatan penggerak /pendorong pada diri manusia seperti ingin berusaha, mempertahankan diri dan sebagainya. Gerak geri nafsu boleh kita rasai dengan berbagai simptom yang saya sebutkan. Sesetengah kita membataskan nafsu dalam skop keinginan tertentu seperti makan, minum, seks dan sebagainya sahaja.

Sebenarnya nafsu lebih luas dari itu. Ia meliputi segala segala bentuk perasaan yang dihadapi oleh manusia, suka, duka, marah, malas dan sebagainya.

Saya bukan orang psikologis, tetapi seorang murrabbi yang mempunyai sedikit pengalaman dalam selok-belok tindak-tanduk nafsu manusia.

Dari pengalaman, seorang murabbi yang mahir faham bahawa dalam urusan tarbiah ia sebenarnya berhadapan dengan tindak-tanduk nafsu anak buahnya. Ia harus memiliki kemahiran bagaimana selok belok mengendalikan tindak tanduk yang lahir dari berbagai tindakbalas nafsu. Jika ia tidak faham atau tidak punya pengalaman mustahil murabbi itu akan berjaya dalam tugasnya mentarbiah anak buahnya.

Nafsu adalah unsur terpenting dalam proses tarbiah Islamiah. Ia adalah paksi kejayaan orientasi tarbiyah manusia keseluruhannya. Silap cara mentarbiah nafsu manusia akan jadi lebih menarik dari sebelumnya, kerana nafsu yang diberi ilmu tetapi tidak ditarbiah lebih tahu menipu daripada nafsu yang jahil.

Saya dapati ada orang melaksanakann tarbiyah yang berbentuk pengisian maklumat tetapi sangat memanjakan nafsu. Maka lahirlah manusia yang kalimah takwa meniti pada lisannya sahaja tetapi tidak berpijak pada hatinya. Maksudnya lisan berbahasa taqwa tetapi tidak-tanduknya sepenuhnya dicorakkan oleh nafsu yang bebas merdeka tanpa tambatan.

Ada juga yang bermetode ruhi atau sentuhan jiwa tetapi sentuhan itu lebih dalam bentuk memujuk dan memanja-manjakan jiwa. Jadi lahir manusia yang tidak “real” dan cuba menunjuk-nunjuk dengan penampilan takwa, menangis, sensitif dan cepat terasa dalam dengan kata-kata ruhi walhal dalam muamalat masya Allah liarnya seakan-akan nafsunya tidak pernah terusik atau pun terdidik.

Saudara/i sekelian

Tarbiah akhirnya ialah cara bagaimana kita berintraksi dengan nafsu. Nafsu perlu dididik, disergah dan dita’dib. Sesaorang yang melalui tarbiah harus melalui detik-detik pedih dalam tarbiah nafsu. Bagi saya seorang yang melalui tarbiah tetapi tidak pernah melalui detik-detik seperti itu, sebenarnya ia belum lagi melalui proses tarbiah yang sebenarnya.

Nafsu sifatnya menipu, munafik, malas, putar belit dan sebagainya. Ia mesti diketuk dan disanggahi dengan tegas. Ia mungkin pedih dan menangis bila disanggah atau dikasari dengan taujih rabbani atau teguran murabbi yang sadiq. Itulah orientasi tarbiah yang membentuk dengan bentukan Islamiyyah yang sebenar sehingga nafsu menjadi lurus dan patuh dengan arahan dan reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

“Tidak beriman sesaorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa” maksud hadis.

Saudara/i

Murabbi yang benar akan membawa anak buahnya kepada Allah, menikmati ketenangan abadi yang tidak ada tolak bandingnya. Ia merupakan satu pendakian menuju rida dan itmi’nan (rela dan ketenangan hati). Dari satu nafsu yang ammarah dan munafik kepada nafsu yang rela dan tenang.

Ya akhi, saya ulangi ketenangan bukan dengan memuaskan nafsu tetapi dengan mendidiknya sehingga ia faham bahawa kebahagiaan ia pada pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Tinggalkan (buang dari dalam hati) pergantungan kepada manusia, harta benda, wang ringgit, segala makhluk dan lain-lain, yang benar hanyalah Allah s.w.t sahaja.

About these ads
Categories: tazkirah jumaat
  1. salman farisi
    Februari 27, 2009 at 7:52 am | #1

    syukran ustaz!

    perkongsian yg sangat mendidik.

    salam dr Kaherah.

  2. Februari 27, 2009 at 4:53 pm | #2

    Masya Allah! Jazakallah Ustaz,
    mmg amat payah bila berurusan dgn nafsu ni.
    Urusan pertama mendidik nafsu diri sendiri sudah amat payah..
    Apatah lagi menjadi murabbi yg mampu mendidik nafsu dan jiwa manusia secara rabbani juga lebih susah.
    Kita kena banyak bergantung kepada Tuhan pemilik nafsu itu dan sentiasa meminta petunjuk dariNya.
    Allahul musta’an.

  3. kuantan
    Februari 28, 2009 at 8:26 am | #3

    syukran jaziilan…

  4. Abu Zar
    Februari 28, 2009 at 2:28 pm | #4

    TQ. Satu artikel yang membuka mata

  5. abu huzaifah
    Februari 28, 2009 at 3:31 pm | #5

    syukran ustaz,
    kegagalan kita mendidik nafsu menjadi kita sebagai hamba nafsu bukan hamba Allah swt yg bertakwa…
    satu pengisian yg berguna dan bermanfaat utk diri saya…
    moga diambil ikhtibar utk mentarbiyah diri yg selalu lalai dan leka

    salam dari bumi sakura…

  6. Mac 1, 2009 at 8:30 am | #6

    saya teringat tentang tulisan ibn qayyim bilamana membicarakan tentang jihad..perjuangan yang bebas dari nafsu yang tidak terdidik dan dididik akan menjadi penghalang besar kepada kemenangan disisi Allah. adapun kemenangan itu ditentukan Allah. kemenangan yang paling agung adalah pertemuan dengan Allah dengan hambaNya di syurga..adapun yang lainnya “wa ukhra tuhibbunaha”..Mari kita mendaki bersama ayyuhal ikhwaH !!

  7. aburazin
    Mac 1, 2009 at 9:01 am | #7

    wallahul ghaniyyu wa antumul fuqara’. ertinya Allah yang kaya sedangkan kamu semua adalah faqir miskin.

    hati yang tidak dimasuki oleh cahaya Allah akan sentiasa miskin. hati yang kaya ialah hati yang sudah mendapat cahaya Allah.

    macamana hati nak tenang kalau 24 jam terikat dengan urusan dunia?

  8. Mac 1, 2009 at 3:42 pm | #8

    Alfu syukran ustaz..
    Ana amat tertarik dengan statement;

    “Seseorang yang melalui tarbiyyah harus melalui detik2 pedih dalam tarbiyyah nafsu”

  9. Hanan
    Mac 2, 2009 at 2:50 am | #9

    Jazakallahu khair ustaz di atas peringatan yang sungguh bermakna ini..

  10. Mac 2, 2009 at 7:44 pm | #10

    Salam…

    Mendidik nafsu menjadi seorang yang bersifat rabbani adalah satu hal…

    Mendidik nafsu menjadi seorang jundullah adalah satu hal lagi…..bagi mengenepikan kepentingan diri sendiri dengan lebih mengutamakan urusan dakwah…

    Semoga rahmat Allah sentiasa bersama dengan setiap amalan yang kita lakukan…Amiiin…..

  11. Mac 4, 2009 at 3:06 am | #11

    Ustaz,
    tk kerana berkongsi pengalaman.

    saya juga dulunya (setahun yg lalu) hidup dgn penuh keserabutan, tidak aman, sentiasa tercari2 di mana dan apa itu hidup tenang.

    Tapi, kini, sedikit demi sedikit rasa tenang itu datang bila kita hampirkan diri dgn yg Mencipta. Kita akur dengan perintahNya, buat yg diperintah dan tinggal yg ditegah. Jiwa jadi tenang.

    Peringkat seterusnya ialah menjadi mukmin sejati, yg mana seluruh jiwa raga diserahkan kepadaNya,,, pengajian at Taubah 111…insyaallah.

  12. suhailsufian
    Mac 10, 2009 at 10:29 pm | #12

    shukran,

    nafsu = keinginan manusia

    keinginan manusia = keinginan tidak terbatas

    keinginan tidak terbatas = susah nak kawal

    susah nak kawal > perlukan tarbiyah yang lengkap dan jelas

    moga Allah mudahkan nafsu kita untuk tunduk

    Ameen ya rabb

  13. Mac 11, 2009 at 11:05 pm | #13

    Semoga Allah meringankan kita semua untuk tunduk dan taat pada semua aturannya..
    Robbuna Yusahhil..

  14. Mei 16, 2009 at 11:45 pm | #14

    assalamualaikum…

    saye rase saye patut tahu tentang perkara nie 10 tahun dulu..

    anyway, tq atas tulisan ustaz nie..

  15. Mei 11, 2010 at 8:32 am | #15

    Dengan ketenangan hati Hidup terasa indah ……Meskipun merasa dalam kesukaran…dan kepedihan …maupun dalam kesempitan….

  16. faizal
    Mei 15, 2010 at 8:11 pm | #16

    assalamualaikum ustaz….
    satu penerangan yang amat bermakna bagi saya
    cuma saya ingin mengetahui cara-cara melawan hawa nafsu yang disyorkan oleh Nabi kepada para sahabat baginda…wassalam

  1. Februari 28, 2009 at 11:35 pm | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: