Utama > komentar > Disebalik kempen Pilihan Raya, betulkah mereka begitu ikhlas ?

Disebalik kempen Pilihan Raya, betulkah mereka begitu ikhlas ?

  1. Setiap kali belaku kempen pilihan raya, kita dengar setiap calon dan parti bersungguh menaburkan janji bahawa mereka akan orang yang berkhidmat untuk rakyat.

  2. Secara logik biasa, sukar dipercayai di dunia kebendaan dan individualistik ini ada manusia yang bersungguh menawarkan diri berkerja untuk orang lain tanpa ada kepentingan sendiri.

  3. Atau mereka sebenarnya mempedaya rakyat dengan janji-janji kononnya ia berkerja untuk kebahagian rakyat demi mendapat kepentingan sendiri setelah berkuasa ??

  4. Tidak tahulah dalam dunia politik hari ini ada keperibadian sesuci itu ? berkerja untuk orang lain tanpa ada kepentingan sendiri?

  5. Mengikut teori politik barat pemerintah dilantik untuk menjaga kepentingan individu supaya kebebasan mereka tidak digangu oleh mana-mana anggota masyarakat sama ada secara individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ini dinamakan sebagai kontrak sosial.

  6. Dalam masyarakat kita pemerintah bila diberi kuasa berlagak sebagai tuan, seolah-olah keamanan, kebebasan dan khidmat adalah kurniaan pemerintah kepada rakyat. Meminta rakyat agar bersyukur kepada mereka dan mereka boleh beri dan tarik balik sesuka hati mereka.

  7. Mereka tidak faham atau sering lupa diri bahawa mereka hanya khadam yang berkhidmat dan berkerja untuk rakyat dalam memastikan kebebasan dan keamanan mereka setiapa individu rakyat tidak diganggu atau dicabuli.

  8. Namun masalah akhirnya, masalah rakyat juga yang  jahil terhadap hak mereka dan dan begitu terbiasa dengan budaya mengapu/menyembah pemerintah.

  9. Akhirnya pemerintah yang menjadi pencabul kebebasan, mengamankan diri mereka sahaja serta membolot kekayaan untuk diri mereka sahaja. Rakyat kekal miskin, ketakutan dan terdesak.

  10. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI…..

Kategori:komentar
  1. farhan
    April 11, 2009 at 1:41 pm

    assalamualaikum ust. ana nampak post ni cam pukul rata semua calon PR sedangkan ada kemungkinan di kalangan mereka sungguh2 nak perjuangkan nasib rakyat.. Kalau ust rasa ada pihak yang sebegini rupa, lebih elok dinasihati atau dicatatkan siapa supaya orang ramai yang membaca dapat menilai dengan lebih tepat tanpa timbul masalah salah faham. Bahkan lebih elok kalau dikiaskan dengan “sesetengah calon PR” dari “sesetengah parti politik”, tidaklah semua yang mengambil jalan demokrasi ini dihumban ke semuanya dalam tajuk yang ust cuba bawakan. Keikhlasan orang lain itu bukanlah sesuatu yang menjadi penilaian kita, bahkan Allah itu Maha Tahu siapakah yang ikhlas di kalangan hambaNya. Bukanlah persoalan ikhlas yang timbul agaknya, tetapi usaha yang telah dibuat pemenang2 undi semasa PR tersebut.. Nak letak prasangka, siapalah kita? Sekian, wassalam..

  2. ..ukhtie..,
    April 14, 2009 at 10:28 am

    salam
    apa yg saya faham dari entri ustaz ialah sukar untuk menjaga prinsip,keikhlasan dan asas2 kejujuran bila berpolitik.. bukankah begitu?
    mintak ustaz terangkan sedikit apa yg ustaz smpaikn adakah semuanya begitu atau sebahagian..?
    dan sebahagian yang terperangkap dengan keadaan..

  3. Abdullah Zaik
    April 16, 2009 at 12:55 pm

    jawapan saya dalam post saya yang baru

  4. kizar
    Mei 3, 2009 at 4:40 pm

    askm

    memang mudah untuk bersuara sekiranya kita tak terlibat dalam medan
    mudah jugak bagi sesorang itu untuk mengkritik selepas sesuatu berlaku, seolah-olah sudah mengetahui akan akibat sesuatu pekara
    senang jugak untuk kita kritik, dan akibatnya tak mungkin menjadi darah daging kita sebab kita tak terlibat
    betul tak ustaz, ustaz setuju tak?

    salam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: