Utama > fikrah > Iltizam Maslahi

Iltizam Maslahi

Iaitu berpegang dengan semangat nas dan mengabaikan zahirnya.

Dalam keadaan biasa yang diberi keutamaan dalam pengambilan hukum ialah berpegang kepada zahir nas, samada difahami maksud/hikmah disebaliknya atau tidak.

Namun dalam sesetengah keadaan seolah-olah wujud percanggahan (lahiriah) antara nas dengan tujuan(maqasid)nya, lalu ulamak berpegang dengan maksud atau ruh dan mengabaikan zahir nas.

Sebagai contoh, menerima penyaksian wanita dalam kes yang tidak dapat disaksikan kecuali oleh wanita sepertiseperti jenayah yang berlaku dalam bilik air wanita. Al Quran hanya menyebut saksi dua orang lelaki atau satu lelaki dua perempuan.

Oleh kerana maksud daripada pensyariatan saksi ialah untuk menjamin hak dan menzahirkannya, tidak mengambil kira saksi wanita dalam kes yang disebutkan boleh menyebabkan hak terabai dan ketidakadilan berlaku kepada sesaorang.

Contoh yang lain, seperti keputusan Umar menggantung memotong tangan pada tahun kemarau, dimana manusia tidak cukup makanan.

Zahir nas sepatutnya sesiapa yang didapati mencuri dan cukup nisabnya sepatutnya dipotong tangan pencuri tersebut. Tetapi oleh kerana melaksanakan hukum tersebut akan menyebabakan kezaliman yang bercanggah dengan maksud pensyariatan hudud sendiri iaitu keadilan maka ia digantung perlaksanaannya oleh Umar berpegang dengan ruh atau maksud nas.

Pada zahirnya seolah-olah perbuatan itu bercanggah dengan zahir hukum yang terkandung dalam nas, tetapi bagi sesiapa yang memahami ruh sayarak tindakan Umar adalah sepenuhnya bertepatan dengan kehendak syarak.

Sayugia difahami bahawa “iltizam maslahi” adalah satu kaedah dari kaedah itihad yang muktamad disisi ulama’ muslimin.

Oleh itu adalah sangat penting bagi duah memahami kaedah ini. Kadang-kadang mereka tidak memahami kaedah ini menyebabkan manusia jumud pada bentuk dan “syakal” lahiriah sehingga mengabaikan masalih yang banyak sekali. Bahkan meruntuhkan maqasid syariah itu sendiri.

Ini tidak berlaku dizaman Sahabat. Kita lihat semenjak awal Islam lagi iltizam maslahi ini jelas dalam ijtihad sahabat seperti disebutkan.

Lihat ketika qaid Islam (dari kalangan Ansar) dalam satu sariyyah mengarahkan tenteranya supaya membuat unggun api dan kemudian memerintahkan agar mereka masuk kedalam unggun api tersebut, mereka tolak dan berkata kami masuk Islam dan taat kerana lari daripada api dan kamu menyuruh kami masuk kedalam api. Ini tidak akan berlaku.

Qaid boleh kata kalau kamu tidak taat kamu durhaka, tetapi taat kepada Qaid waktu itu secara harfi (daripada huruf) bercanggah dengan maksud taat iaitu mendapat pelepasan dari api (neraka). Tak kan nak masuk api neraka dunia pulak.

Begitu juga dalam kes sumpah, sesaorang kadang-kadang bersumpah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang ia lihat sebagai wajar dan patut kemudian terserlah kepadanya bahawa sebaliknya lebih maslahah ia digesa membatalkan sumpah tersebut.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya; “Sesiapa yang bersumpah atas sesuatu sumpah, kemudian melihat sebaliknya lebih baik, hendaklah ia melakukan apa yang lebih baik baginya dan membayar kafarah”.

Itulah yang dilakukan oleh Abu Bakr yang bersumpah untuk tidak lagi memberi makan kepada anak buahnya yang terlibat dalam pesritiwa “al ifk” lalu ditegur oleh Allah dan belaiu membatalkan sumpah tersebut.

Contoh yang sama juga wujud dalam akad jual beli dalam bab syarat mula’im(sesuai) iaitu syarat yang zahirnya bercanggah dengan nas yang melarang dua jual beli dalam satu akad tetapi oleh kerana syarat tersebut pada hakikatnya menguatkan maksud akad itu sendiri, maka ia diterima dan tidak membatalkan akad.

Kaedah ini dipakai secara meluas oleh muta’khirin Hanabilah dan Al Malikiyyah

Sebagai contoh “warranty” yang disyaratkan semasa akad, ia nampak seperti faedah tambahan yang tidak terkandung dalam lafaz akad dan boleh dianggap akad kedua tetapi oleh kerana ia lebih menjaga kepentingan(kemaslahatan) pihak yang melakukan akad maka ia diterima kerana berpegang dengan maksud akad iaitu merialisasikan kepentingan pihak yang malakukan akad.

Maksunya kalau kita berpegang dengan zahir hukum akad maka ia tentu tidak sah sebab ia nilai tambahan keatas akad asal tetapi syarat itu diterima kerana ia sebanrnya mengukuhkan kehendak akad walaupun pada zahirnya bercanggah dengan nas.

Dan begitulah seterusnya………..

Kategori:fikrah
  1. suhailsufian
    April 7, 2009 at 8:44 am

    salam,
    – tapi apa bezanya dgn alghayah la tubarrirul wasilah?
    – ada guideline tak untuk mengetahui maqasid dan sebagainya dan dlm mengetahui bagaimana menetukan keadaan yg memebenarkan sesuatu perkara tersebut.
    – kalau ada mungkin ustaz boleh kongsi bacaan yg membantu.

    shukran.
    ana ada sedikit hadiah untuk ustaz, harap ustaz suka.

    kalau ada ape2 ustaz komenlah dkt photobucket (link diatas) insya’allah ana sedia adjust ikut kehendak ustaz.

    Shukran..

  2. Abdullah Zaik
    April 7, 2009 at 9:37 am

    wassalam

    1. Terus terang ia bukan satu yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ijtihad begini perlukan kepada pengalaman kerana semua maslahah syar’i dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak Quran, Sunnah, Ijmak dan lain-lain. Kalau tidak mahir tentang dalil-dalil bagaimana kita boleh faham tentang maslahah syarak?
    2. Dulu( masa masih muda) masa saya baca tentang fikh maslahah saya pun keliru juga dengan kaedah itu, nampak macam nak sama. Tetapi sebanarnya ia sangat berlainan.
    3. Matlamat tidak menghalalkan cara di nisbahkan kepada teori meciavilly yang berpendapat bahawa kerajaan boleh melakukan apa sahaja perkara yang haram seperti membunuh, menggunakan wang, penipuan dan sebagainya atas nama menjaga kepentingan Negara.
    4. Dalam dakwah kita juga menggunakan kaedah ini . Bahawa matlamat kita untuk melakukan perubahan dan niat kita yang baik tidak mengizinkan kita membunuh, melakukan kezaliman, menipu,menggunakan wanita dan seumpamanya (perkara-perkara haram) untuk mencapai objektif yang mulia.
    5. Adapun iltizam maslahi maknanya kita berpegang dengan ruh, maksud atau maslahah mursalah dalam keadaan bercanggah (pada zahirnya dengan) zahir nas. Ini pebezaan lahiriah sahaja pada pandangan orang kebanyakan, tetapi bagi mereka yang alim mereka tahu bahawa tiada percanggahan. Maksudnya dalam kes sebegini dilalah zahir nas tidak dimaksudkan dalam suasana tersebut. Ia bukan percanggahan hakiki.

  3. abu basil
    April 8, 2009 at 7:30 am

    Lihat ketika qaid Islam (dari kalangan Ansar) dalam satu sariyyah mengarahkan tenteranya supaya membuat unggun api dan kemudian memerintahkan agar mereka masuk kedalam unggun api tersebut, mereka tolak dan berkata kami masuk Islam dan taat kerana lari daripada api dan kamu menyuruh kami masuk kedalam api. Ini tidak akan berlaku.

    Qaid boleh kata kalau kamu tidak taat kamu durhaka, tetapi taat kepada Qaid waktu itu secara harfi (daripada huruf) bercanggah dengan maksud taat iaitu mendapat pelepasan dari api (neraka). Tak kan nak masuk api neraka dunia pulak.

    memetika kata-kata ust itu, kena ana terhidu bau prejudis. Siapa qaid yang mengarahkan jundi masuk unggun api ni!!!. Ini bukan hukum yang diambil mengikut maslahah tetapi mengikut nas lah ustaz. Nas menyatakan: Dengar dan taat selagi mana tidak diperintahkan dengan maksiat… etc.

    Ittaqu Aalimullisann… Kekadang kita berjaya menperindahkan kata-kata sehingga orang ramai percaya tetapi maqasid di hati tiada kemurnian.

  4. Abdullah Zaik
    April 8, 2009 at 8:45 am

    Abu Basir patut rujuk dan teliti dulu hadis sebelum komen

  5. ..ukhtie...
    April 8, 2009 at 9:02 am

    salam, kenapa abu basil respon begitu? apa latarbelakangnya, dan apa kaitannya dengan kemurnian hati dengan iltizam maslahi? maaf cuba untuk memahami tapi tak faham…saya cadangkan lain kali tak payah siarkan jika komen tak berkaitan kerana mengalihkan pandangan orang yg membaca daripada topik sebenar…”wa ‘Akridh ‘anil jahilin…”

  6. abuadil
    April 8, 2009 at 2:34 pm

    ..ukhtie..,
    camna kita belajar bersabar terhadap hujah orang lain. dan kita cuba melihat semua hujah adalah berkaitan. takkan kita nak tutup ruang beri pendapat kalau pun bukan pintu ijtihad?

  7. ..ukhtie..,
    April 8, 2009 at 4:11 pm

    abuadil,
    saya cadangkan je, supaya komen yang disiarkan hanya yang boleh difaham oleh pembaca barulah manfaatnya meluas, yang hanya ust. abdullah saja yang faham orang lain tak faham, sama ada yang nak melepaskan geram ke,atau yang nak berfirasat ke, atau yang nak buat andaian di alam ghaib tentang kemurnian hati seseorang atau kekeruhannya tu biarlah dia dengan ustaz je sebab orang lain tak leh nak berkongsi sebab tak faham… saya rasa itu manhaj yang betul yang di ajar oleh rasulullah, bukan gitu ke ustaz? ” LIKULLI MAQAM MAQAL…”

  8. abuadil
    April 9, 2009 at 3:30 am

    ukhtie,
    correct, correct, correct,
    berbincangan sepatutnya mampu diikuti semua pendokong dakwah. tapi tidaklah perbincangan seperti orang yang baru berkenalan dengan dakwah. untuk mereka, masih banyak web2 yang lain.

  9. ..ukhtie...
    April 9, 2009 at 4:57 am

    abuadil,
    Rasulullah apabila berbicara di khalayak semua yang hadir boleh faham, kalau ada yang khusus utk sahabat tertentu baginda akan pesan ini untuk kamu sahaja…selepas wafat baginda baru sahabat meriwayatkan hadis tersebut. Jadi bagi orang2 yang terra dakwah macam abuadil dan yg lain patut lg terra bab ni, Saya suka blog perjalananku ini, krn boleh menambah dan mengingatkan saya tentang ilmu terutama ilmu dakwah dan saya rasa ustaz ikhlas dalam menyampaikannya… tapi saya tak suka komen-komen yang kadang-kadang melampau yang berbau prajudis dan tidak objektif seolah-olah diwarnai satu perasaan yg tak kena…saya rasa sepatutnya pendokong dakwah lg lebih rasional, lebih objektif, lebih mampu mengawal perasaan ketika berbicara dan menulis kerana perasaan banyak didorong oleh hawa nafsu yang sepatutnya di kawal oleh akal dan syariat… bukan gitu ke ustaz?… maaf sekadar pandangan orang baru

  10. anakdae
    April 11, 2009 at 2:39 am

    ..ukhtie & abuadil

    tiada manusia maksum. setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya melain Rasulullah saw. pendapat manusia kadangkala terselit emosi dan bisikan tersembunyi. muhasabah atas kasih sayang dpt leraikan rasa ego hati yg sentiasa diangkat dijulang.

  11. abu basil
    April 11, 2009 at 6:55 am

    ukhtie. Dah kalau orang baru, seharusnya bersabar dan mengenalpasti kaitan apa yang diucapkan bukannya terus menuduh wa aa’ridh anil jahilin. ini yang akan merosakkan kerana tidak tahu menjaga emosi.

    Maaf ukhtie. Dunia yang kecil ini masih terllau besar bagi orang yang kerdil. ilmu yang kerdil ini tidak wajar untuk memperlekehkan yang lain. Ingat ketika Rasulullah berhujjah dengan para musyrikin, baginda tiaada emosi bahkan membiarkan apa sahaja yang mereka perkatakan bahkan bertanya lagi: ada lagi ker yang kamu nak perkatakan?.

    Lagipun, semua manusia … semua manusia adalah terdedah dengan kesilapan. TQ

  12. akhi badar
    April 22, 2009 at 10:32 am

    hebat belaka orang-orang di sini!

    salam perjuangan daripada sekretariat antarabangsa (SekTAR) ISMA. http://www.jalinanukhuwah.info

  13. kizar
    April 25, 2009 at 2:56 pm

    askm

    dah teka dah
    kalau komen2 yang panas mesti di tapis lama2, atau tak disiarkan!!
    ni kot maksud iltizam maslahi, sesiapa yang tidak bersetuju di tolak dan di istilahkan sebagai salah dan tidak harus di ikut atau di layan, ni sikap yang tidak matang atau kebudakan namanya
    saya ingat ISMA tak perlu fikir pasal iltizam maslahi…fikir pasal zahir cukuplah dahulu, bagaimana kita boleh bermuamalah secara normal dengan manusia, ni dah cukup untuk menjamin keselamatan iman dan islam

    saya pelik kenapa komen saya tidak disiarkan, jangan ulat dalam kepompong dah lah

    salam

  14. razik
    April 30, 2009 at 12:22 am

    askm

    uji dulu apa yang di ucapkan oleh orang alim, termasuk ustaz abdullah zaik sendiri

  15. Mei 3, 2009 at 2:45 pm

    weih mantap !…tul la ikhwah wa akhwat kt sini…dunia lain…

  16. Mei 9, 2009 at 5:34 pm

    Assalamualaikum,

    Saya ini adalah seorang yang sangat berminat dengan kehebatan isma’. Tapi baru ini saya ada terdengar khabar angin yang cukup mengejutkan. Pertama ,Isma’ ini adalah kumpulan yang berpecah daripada jemaah haluan.Betulkah???

    Kedua, Pada asalnya aman palestin itu jim yang tubuhkan, selepas itu, isma merampasnya.

    Harap ustaz tidak lari untuk menerangkannya… harap ustaz ikhlas untuk menerangkannya.

    Tunjukklah isma yang dikatakan sering sama dengan ikhwan muslimin. ws..

  17. abu basil
    Mei 11, 2009 at 2:58 pm

    begitulah jika kita tidak menjadikan orang lain sebagai mad`u tetapi saingan ataupun musuh. Sedangkan wadah seangkatan dengannya seperti jim pun dianggap musuh. janganlah begitu.

  18. Abdullah Zaik
    Mei 12, 2009 at 11:12 am

    wa alakumussalam,
    Terima kasih kepada anda yang bertanya, harap saudar berhati hati dengan khabar angin yang seperti ini.

    Saya tidak pasti orang yang mengada-adakan cerita itu semua berniat baik atau tidak.

    Saya harap saudara berhati hati.Terima kasih kerana tanya saya sendiri.

    Sebenarnya semua cerita itu tidak betul. ISMA bukan pecahan dari mana-mana NGO lain termasuk HALUAN.

    Dan dakwaan AMAN PALESTIN ditubuhkan oleh JIM dan dirampas oleh ISMA juga bohong dan palsu.

    Saya harap kita berpegang dengan sunnah dan menjaga lidah. fitnah lebih besar keburukannya daripada membunuh.

  19. Abdullah Zaik
    Mei 12, 2009 at 11:22 am

    Kepada Abu Basil dan kawan-kawan semua,

    Saya harap kita berlapang dada dengan kelahiran organisasi lain.

    ISMA tidak bermusuhan dengan sesiapa termasuk JIM, sebaliknya menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain.

    Cuma kita cenderong untuk mencipta identiti sendiri membawa agenda perubahan sebagaimana yang kita faham dan uslub yang lebih kita selesa.

    Takkan itu dianggap fanatik????.

  20. Kuantan
    Mei 15, 2009 at 4:05 pm

    Salam. Ana pun pelik dengan sikap antum ni. Asal ada je tulisan ust Lah antumlah orang pertama akan kritik. Bukan maksud ust sbg maksum. Jauh sekali. Cumanya pelik atas asas apa antum bawa komen2 macam tu.
    1. Saja2 – Muslim yg baik tidak buat perkara sia2
    2. Nak perbetulkan kesilapan – Bukan di medan blog ni. Sebaiknya jumpalah. Kenalkan siapa antum. Berbincang elok2. Baru kesannya lebih. Apa niat antum sebenarnya dengan tulis2 komen di sini? Apa pula kesan pada yg baru ikut tarbiyah? Org yg anti tarbiyah lagi bertepuk tangan melihat sikap ‘kebudak-budakan’ kita. Sekaligus bertambah jauh..
    3. Nak sebar2 maklumat – Antara kebaikan seorang Islam itu ialah dia meniggalkan apa yg tak berkaitan dengannya.

    Mari sama-sama kita jadi hamba yang jujur. Tanya iman apa yg aku buat ini jujur kah dngan Allah dan rasul? Beginikah ajaran rasul?

  21. Mei 15, 2009 at 6:30 pm

    Assalamualaikum,

    Sedikit pendapat bagi ana.

    TIdak salah untuk berbincang di blog ini selagi ia bertujuan untuk merungkai segala persoalan.Ia bergantung kepada niat dan cara penulis dan bergantung kepada bagaimana perspektif pembaca itu.

    Ana cuma meminta pendapat ustaz sikit lagi.Jika ingin berjumpa ustaz mungkin agak sukar.

    Ini antara kenyataan ustaz:
    “Cuma kita cenderong untuk mencipta identiti sendiri membawa agenda perubahan sebagaimana yang kita faham dan uslub yang lebih kita selesa.

    Takkan itu dianggap fanatik????.”

    1)Soalan ana ialah, adakah maksud ustaz ini mencipta identiti sendiri membawa agenda perubahan itu dengan membuat lagi satu lagi organisasi yang baru?
    Tidakkah ia menimbulkan perpecahan lagi di kalangan umat islam lagi?

    ,

    “Suatu masa ada satu kelompok jemaah yang diketuai oleh seorang imam di dalam satu masjid itu. Jika sudah ada jemaah kita as orang yang baru datang ke masjid kena masuk juga bersama dengan jemaah itu. Kita haram membuat jemaah yang baru pula.(betulkan ana jika ana salah) Imam adalah seorang manusia yang tidak sempurna,sudah pasti ada kelompongannya. So inilah tugas makmum untuk menegur dan memperbetulkan imam itu. Selagi imam itu tidak membuat sesuatu yang dalam sembahyang yang terbatal dan salah dari segi syarak, semua makmum perlu mengikutnya dan memperbetulkan imam jika salah. Tidak boleh kita membentuk jemaah yang diketuai oleh satu imam yang lain pula.Jika kita membuat lagi sembahyang jemaah kumpulan lain, ini menunjukkan perpecahan umat islam sendiri.”

    Adakah betul kenyataan ana ini ustaz? Jika salah ana pohon tunjuk ajar ustaz.

    assalamualaikum.

  22. Abdullah Zaik
    Mei 15, 2009 at 7:50 pm

    Wa alaikumussalam,

    Terimakasih kepada saudara yang bertanya.

    Perpecahan mengikut Islam ialah keluar dari landasan Islam. Selama kita beramal dalam lingkungan Islam dengan tujuan yang syariatkan oleh Islam itu tidak dinamakan perpecahan walaupun banyak organisasi. Islam menerima kepelbagaian dalam uslub dan cara. kita berjemaah untuk menyelaraskan kerja supaya ia jadi lebih berkesan.

    Namun boleh berlaku kadang-kadang lama sangat berjamaah sehingga kita menjadi steriotype, rijik dan jumud sehingga yang furuk dijadikan usul dan yang usul dijadikan furuk, waktu ini akan timbul desakan pembaharuan, yakni kembali kepada asal. ini tabiat perjalanan hidup sebuah masyarakat atau jamaah.

    Sebab itu saya sentiasa menyarankan supaya jamaah sentiasa mengkaji semuala /memperbaharui sistem dan caranya. Jika tidak, jamaah akan kehilangan fungsinya yang asal tujuan dia ditubuhkan dan sibuk dengan pergaduhan mengenai titik bengit organisasi yang tidak berkesudahan.

    Bagi saya jikalah berlaku dimama jamaah-jamaah lama itu tidak lagi boleh berubah, hilang fungsi atau melencung dari tujuan asal penubuhannya, adalah harus bagi jenerasi baru menubuhkan organisasi yang lain. itu lebih baik dari berada dalam organisasi yang lama yang sudah hilang punca dan berputar pada pusingan yang sama.

    Ini bagi saya satu perkayaan kepada pengalaman yang ada tanpa perlu kita bergaduh atau sibuk dengan tuduh menuduh. ia lebih produktif.

    Saya menyebut ini secara teori bukan ditujukan kepada mana-mana jamaah atau pihak. ini dari istilah usul masuk dalam bab istihsan yakni kembali kepada kias jali (nyata).

    Maksud saya tujuan asal untuk kita berjamaah ialah untuk memberi sumbangan amal yang bermakna kepada Islam,tetapi jika kekal dalam mana jamaah menyebabkan tujuan itu tidak boleh dilaksanakan lagi maka bolehlah kita membuat organisasi baru untuk menghidupkan semula tujuan kita berjamaah iaitu untuk melaksankan amal islam. ini lebih baik dari terus bergaduh dalam perkara yang tidak produktif dan tidak tahu kesudahan.

    Dan Kadang-kadang kekangan undang-undang atau tabiat pertembungan menjadikan setiap organisasi dakwah terkonkong dalam tabiat amal tertentu dan melazimi uslub amal tertentu yang menyebabkan ia terpaksa berputar pada pusingan dakwah tertentu sahaja walaupun ia cuba dakwa sesyumul yang mungkin. ini menyebabkan banyak lagi sasaran dakwah tidak boleh di “cover”, oleh itu perlu diwujudkan organisasi yang sesuai dengan uslub yang sesuai supaya ia oleh mencapai sasaran yang berbagai ini.

    Masalah kita ialah bila kita mahu semua orang berada dibawah kita, kita sahaja yang harus kongker ‘as syariyyah” (keabsahan amal), kalau ada orang lain yang cuba nak buat amal makna ia akan merampas keabsahan (syariyyah) yang hanya layak ditangan kita. lalu kita anggap semua orang musuh. ini sebenarnya sebab perpecahan.

    Masalah kita juga kadang-kadang menganggap jamaah kita sebagai jamaah muslimah iaitu umat muhamad s.a.w, sesiapa yang keluar jamaah seolah-olah kita keluar dari umat Muhamad, itu tidak betul tu. Ikhwan pun tak anggap diri dia begitu. Mana-mana jamaah pun ia sebahagian dari umat Mushmad s.a.w. tidak menjadi kafir sesiapa yang keluar daripadanya.

    Kias ikut jamaah dengan ikut imam dalam solat pada saya kias maal al fariq(kias dua benda yang tidak serupa). Kalau imam tu kentut atau sembahyang tidak mengadap kiblat memang kita tidak boleh ikut dia. itu tidak perpecahan namanya.

    Ingat, perpecahan maknanya meninggalkan yang betul kepada yang tidak betul, bukan daripada yang tidak betul kepada yang betul. oleh itu dalam perkara ijtihad ni sesaorang itu kenalah seorang yang faqih bukan sekadar ulang-ulang nas sepertiu burung kakak tua. tak faham isi dan waqi’nya.

    walllahu aklam

  23. Mei 19, 2009 at 4:30 pm

    terima kasih ustaz, jelas dan tidak membawa kepada stres, semua boleh memberi manfaat kepada dakwah dan Islam. setiap orang itu mudah melakukan apa yang sesuai dengan kejadian dirinya dan semua muslimin itu bersaudara.Cuma dalam kita beramal kita sama2 doakan satu hari nanti Allah akan menonjolkan kepimpinan yang rashidah bagi menghimpunkan kesemua yang baik2 untuk satu kemenagan yang dijanjikan…tapi bukan tunggu Imam mahadi…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: